Powered By Blogger

18 January 2013

Ambilkan Bulan Bu...


Salam Jumaat! *Chapter 1 xde kena mengena dengan tajuk... Huhuhu*
"Alangkah bagusnya kalau Wafiy bersekolah di sekolah dan kelas yang sama dengan Amir..." itulah luahan hati aku sebaik saja aku baca pasal insiden anak buah aku (Amir) yang dikhuatiri dipau/dibuli oleh murid di sekolahnya, seperti yang ditulis oleh mamanya di fb. Ye mmglah khuatir, sapa yang xde lansung rasa khuatir pasal anak dia yang baru darjah 1 kena buli ke, pukul ke, ugut ke hatta kena jentik pun, mesti ada something wrong dgn mereka ataupun anak mereka dah terlalu ramai sampai they don't even bother what happened to their children or even worst sbnrnya anak mereka tu lah pembuli! ;)

Ekceli Makbear ada gak ulas pasal isu ni, berapi2 Makbear... makwe aku tu mmg garang, dr jaman bercinta dulu sampai sekarang in fact masa zaman muda2 dulu, Makbear lg garang tau, sekarang dah kurang sikit. aku dah asah 'kuku' dia jgn tajam2 nau. kalau x naye sapa buat hal dgn dia, mmg kena racik halus2!! Aku... nyaris2 juga kena racik (maklum laa notti..) tp lom lg kena betu2l laa... calar balar je. huhuhu... sori umi, gurau je.

Anw, kembali semula kepada statement aku td, pasal kan bagus kalau Wafiy satu sekolah dgn Amir adalah so that mereka can always looking for each other back at school. At least bila jd benda2 yg x diingini, salah sorang boleh bantu or boleh jadi saksi utk direpot ke cikgu. Ye mereka mmg rapat, mmg kami pernah plan utk sekolahkan mereka sama2 darjah 1 dulu tp sbb plan changed, kami terpaksa pindah dr Melaka. Kalau x, kalau mama dia x larat (baru dpt baby) nak g jumpa cikgu biar aku je g wakilkan mama/abah dia... Biar aku g jeling2 sikit kat budak yg membuli tu... Nak kata sound tu mcm over sgt tp biar aku psiko kan sikit budak tu. Tp ni kalau betullah kejadian tu, kalau cuma salah faham budak2 je, xpelah... Syukur Alhamdulillah...

Aku ada baca komen2 mak bapak di fb n blog pasal isu buli2 di peringkat 'pra-matang' (budak2 baru nak naik kata orang) ni and some of them mmg bersikap acuh x acuh.. Alaa biasa laa budak2, nakal sikit…. salah faham je tue, budak tgh nak cr kawan mmg laa mcm tue n yang paling best, ibu bapa pulak yang dipersalahkan. Kata terlalu manjakan anak laa, suka sangat campur urusan anak2, percaya je apa yang anak2 complaint… I'm like… huh?!! Ko nak tgu sampai anak ko patah tangan kaki ke baru nak masuk campur. Anak2 ko x makan kat sekolah sbb duit kena pau ko tau ke x? Tup tup anak xnak pergi sekolah (takut sebenarnya), tapi tuduh budak tue malas dan mcm2 lagi tuduhan yang x berasas. *Koma* 

*Chapter 2*
Budak2 skrang bukan macam dulu. Meh aku bgtau satu citer, al-kisah masa hari pendaftaran (Sabtu) Wafiy, aku nampak sorang budak yang karektarnya lain dr lain. Baju x kemas x masuk dalam, rambut walaupun x panjang, tp x sekemas mcm yg sepatutnya laa.. mcm dah lama gunting, kulit tangan dan badan mcm 'pekung' sikit (bukan kutuk tp nak gambarkan mcm badan tue x dijaga bersih) dan ada parut/kesan2 luka yg dalam di pipi. Beratur pun belakang sekali dan sering membuat aksi yang 'mcm bagus' dan agak 'kerek'. Aku peratikan kerektar budak nie mcm ada potensi utk jadi gangster. Aku tgk mak dia sound supaya 'behave' tp dia buat endah x endah je. Tapi aku xnak double standard. Aku cuba berlapang dada dan pikirkan benda yg positif. Tup-tup ari Isnin ada perhimpunan pagi (parents kena dtg lagi utk urusan buku teks) , budak tu datang lambat, so kena tahan dgn cikgu disiplin dan bajunya masih di luar seluar. Nampak? Aku x kata budak tu gangster (hanya kerana sampai lewat), tp aku tau budak tue ada masalah. Something wrong somewhere, parent dia ke, masalah di rumah dgn adik beradik ke or dia ada kisah silam yang kita x tau yang kalau tidak dibendung segera akan merebak menjadi masalah yang lebih serius.

Pada pandangan aku, parents tau sampai takat mana sesuatu perkara tu berlaku baru mereka akan masuk campur. Xdelah terus nak serang cikgu or parents lain memboboi buta. Macam kitorang pun, pantau2 dari jauh jee. Xdelah lorat2 tunggu kat sekolah (masa minggu orientasi) setiap hari. Hari pertama je. Tu pun lepas rehat aku tinggalkan dia. Sungguhpun begitu, x pernah lak sekali pun kami tunjuk yang kami abaikan dia. Everyday tanya how's school today, td rehat makan apa etc… So anak2 taulah kita care terhadap mereka. Kadang2 kami pesan juga, kalau ada sesapa kacau, pertahankan diri sikit, or at least elakkan dari terlibat secara lansung. Kalau masih berterusan, repot terus pada cikgu. So far Alhamdulillah utk darjah 1 nie Wafiy mmg xde komplen laa ada org buli dia ke apa… Cuma masa mula2 dulu ktorg ada risau sikit pasal bagi duit RM5 tapi bila sebutkan apa yg dimakan tu x sampai plak jumlahnya RM5. So kitorang tanya laa baik2. Anw cerita tu aku dah pernah ceritakan dalam entri sebelum nie.
Allah, panjang juga entri ni. Aku sebenarnya tgh nak blaja taip pendek2 je. Tapi terpanjang lagi pulak. Huhuhu… So kesimpulannya jgn nak stress2 x tentu pasal dgn anak2, kena siasat dulu dan berbincang laa secara baik dgn suami isteri untuk cari jalan penyelesaian kalau ada sebarang masalah. Untuk beri pesanan pada anak2 pun kita x boleh bg arahan gitu2 je. Mereka bukan robot, mereka ada hati dan perasaan. Ada caranya secara psikologi yg kita boleh tackle supaya dia ikut cakap kita. Sayangilah anak2 kita, pada mereka kitalah penjaga dan pelindung mereka. Seberani mereka pun, bila gelap dia cari kita untuk perlindungan dan minta pasangkan lilin, hehehe... Macam lagu Ambilkan Bulan Bu... (Sheila on 7). Akhir kata saya akhiri syarahan saya dengan serangkap pantun ehh lagu nie… Enjoy!! ;)


6 comments:

makbear said...

Ngantukler dengor syarahan en penceramah ni...lain kali datang bagi ceramah pakai baju ketat skek..bior nampak ketak2 badan tu..eh!! Silap...ketak2 perut..kehkehkeh...jgn marah..jgn kata racik..sy blend awk dgn steamer blender smpi halus nanti...huh!!! ;P

pakbear said...

wow woww!! terujanya... hahaha. Kalau dah steam baru blend x sakit sgt.. dah lembut... kihkihkih

makbear said...

Huh!! Dah gi jaga anak2 awak tu..umi busy!!! ;p

pakbear said...

ini tidak adil!! hahahah ;p

fairus said...

MEMANG TIDAK DINAFIKAN BAHAWA KEJADIAN BULI MEMBULI INI MEMANG MASIH BERLAKU DI SEKOLAH, LEBIH-LEBIH LAGI DI SEKOLAH BERASRAMA. ANAK BUAH AKU BARU MASUK TINGKATAN 1 DI SEKOLAH SUKAN DI KUALA LUMPUR SUDAH BEBERAPA KALI LOCKER DAN KATILNYA DIKOPAK DAN DIKOYAK2KAN BAJU DAN TILAMNYA. BUKAN SEKALI DUA BERLAKU, DAH KERAP DAN BUKAN DIA SEORANG SAJA YANG KENA, YANG LAIN TURUT TERLIBAT.

MASALAHNYA, MEREKA TIDAK MELAPORKAN KEPADA GURU KERANA MEREKA MENERIMA UGUTAN SEKIRANYA MELAPORKAN KEPADA GURU.

BARU-BARU INI MAK AKU ADA TELEFON (KEBETULAN AKU BARU BALIK DARI BUKIT JALIL), MAK AKU BERITAHU LOCKER ANAK BUAH AKU KENA PECAH LAGI. KALAU AKU KAT KL LAGI, BOLEH AKU TENGOK-TENGOKKAN TAPI DAH BALIK, NAK BUAT CAMNE.. MAK BAPAK DIA PULA KAT MELAKA.

ANAK BUAH AKU DAH MENANGIS2 TAKNAK SEKOLAH KAT SITU LAGI, DIA NAK BALIK MELAKA SEMULA. TETAPI PAKCIK AKU PUJUK SUPAYA SEKOLAH SAJA DI SITU.

ERM.. NANTI TENGOKLAH MACAMANA, IKUTLAH CAKAP AYAHNYA NANTI SAMA ADA NAK SEKOLAH SANA ATAU SEKOLAH SUKAN KAT MELAKA. MASALAHNYA KAT MELAKA NI BOLA SEPAK TAK BERKEMBANG, KAT SITU JE TAKUKNYA..

pakbear said...

sebagai seorang yang telah mensonglap piala milo budak tu ko pun kena bantu dia mengharungi kesukaran yang dihadapi... huhuhu.. kesian kan. mesti trauma anak buah ko tu...