Powered By Blogger

Happy Birthday Umi!

Upacara bergambar dengan cupcake sempena birthday makbear pada 4 Jan 2013

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Percutian yang tak dirancang di Colmar Tropicale, pada 16-18 Nov 2012

Disneyland Hong Kong

We made it!! Hong Kong Disneyland 17-22 Nov 2011

Hari Raya Aidilfitri 2012

Huda asyik melalak je, so amik gambar pun lebih kurang je! Hehehe

Selamat Hari Lahir Waseem 2012

Sambutan birthday Waseem di Taska Permata. Cake Barney yang begitu menarik perhatian!

Showing posts with label Candid. Show all posts
Showing posts with label Candid. Show all posts

19 August 2013

Ragam Bergambar di Aidilfitri!

Salam Aidilfitri 1434h! Rasanya x terlambat lagi utk aku nak ucapkan selamat hari raya dan memohon maaf zahir dan batin kepada semua. Maklumlah kita ni manusia yg lemah, mmg tidak dapat lari daripada kesalahan dan kekurangan.

Anw raya kali ni sama je mcm tahun2 yg lalu. Pakai baju raya, makan juadah raya yg best2, berjumpa sanak saudara, main bunga api dan mcm2 lagi... Yg x bestnya kena bg duit rayalah! Hahaha gurau jee...

Bila raya nie, mcm2 ragamlah kami anak beranak... Yang paling beragam2 mcm pancaragam adalah sesi bergambar ala2 retis dan next top model gitew! Aku rasa setelah makbear 'pecah kepala' pikir nak pakai baju raya tema n kaler apa, inilah masanya makbear akan beraksi sakan melaram dengan baju rayanya! Hehehe...

Aku x salahkan dia, sbb kebetulan teknik shooting n editing aku mmg superb (sila muntah), x peliklah makbear meminta lagi dan lagi gambarnya diambil. Hohoho... Tawun ni lepas semayang raya terus posing, x sempat lg nak bersalam2... ;)

Jom layan gambar raya tahun ni...
Pose maut!
Gambar ni mmg lawak, aku mmg x reti nak pose mcm ni. Fail!
Idea makbear suh buat mcm ni...
Dah penat diri, duduklah pulak! Hehehe
Ni gambar family ramai2 belah aku
Ni kat umah mak belah makbear
Mcm2 gaya...
Bersama nekchom...
Gambar terakhir pose raya tahun 2013

Kali ni meh tgk gambar raya 2012 plak. Kalau lemah semangat jgn tgk sbb banyak aksi lagak ngeri!
Kan dah cakap kan kan? ;)
Paling suka dgn gambar nie...
Sesi bergambar beramai2...
Masa ni huda tgh melalak! Hehehe

Ok yg last sekali nak tunjuk ragam bergambar raya tahun 2011...
Suka dgn warna kuning baju nie...
;)
Hehehe poyos abisss!!!
Freestyle! Masa tahun 2011 ni pestaim pakai Dslr... Tgh giler editing wat mockup album org kahwin... Gambar pun pelik2 jeee...

Begitulah kekdahnya serba sedikit ragam bergambar hari raya kami yg huru raya tapi best! Hehehe

Sent from my iPhone

08 March 2013

Jadual Injek Montot ;)

Terjumpa info ni di FB melalui share seorang sahabat. Jadual imunisasi yang aku rasakan sangat penting untuk kita beri perhatian terutama pada sesapa yang ada baby baru nak membesar sehingga umurnya 18 bulan. Aku harap info nie betullah sbb aku tgk ada logo KKM kat bawah tue. Bukannya ape, makbear mmg pantang share2 info (terutama dr FB) yang x betul kesahihannya nih! Hehehe...

Anw kembali kepada pucuk pangkal cerita, well i might say I'm very lucky to have makbear yang sangat prihatin dengan date2 checkup n injection anak2 beruang kami. Maklumler aku nie seringkalai lemah ingatan. Banyak tengok benda 'lagho' katanya. Hahaha... Tapi aku rajin temankan makbear g klinik tau! Thanx sayang... Semoga anak2 kita membesar dengan sihat dan sempurna bagaikan juara! Amin...

08 January 2013

Waseem Hilang!

Ya Allah Waseem...! Logik akal aku mengatakan mustahil Waseem boleh hilang dalam rumahku yang sekangkang kera ni. Kalau pun dia x hilang, mustahil juga dia boleh menyorok sehinggakan aku x boleh nak jumpa sedangkan lekok, ruang tersembunyi rumah aku bukannya banyak. Paling tidak pun di bawah ampaian baju/tuala ataupun di sebalik pintu. Selain itu, tiada apa yang boleh menyorokkan tubuh Waseem yang comel tetapi ligat itu.

Puas sudah aku mencari, pelbagai kemungkinan menjelma di fikiran. Xkanlah ada orang jahat masuk rumah ataupun Waseem pandai2 keluar rumah sedangkan rumah dan gate berkunci kejap. Aku dah hampir hilang pedoman... Patutlah rumah aku sunyi sepi jee. Manalah Waseem nih.

Tiba-tiba.... laaa... kat situ rupanya anak notty dedi nie! Dengan susu botol yang aku buatkan tadi masih berbaki di tangan. Tertidur!!! Bawah meja 'workstation' aku yang walaupun sekali imbas dia memang boleh menyorokkan dirinya kat situ, tp aku x pernah terlintas yang dia boleh tidur kat situ, dengan panas dan sumuk bilik yang menyimpit rongga pernafasan, sebab bilik tu juga merangkap setor. Alahai anak dedi, bikin dedi gundah!!

Hehehe... Apa motif dia tidur kat sini nih?
Al-kisahnya Waseem mmg bukan kaki tidur, tapi kalau dia 'terrrrtidur', mmg ekstrem sungguh gayanya! Hahahaha... Pernah sekali dalam kereta, baru seminit dia minta aku bukakan plastik lolipop, pastu tengok2 dia dah tertidur di seat blkg dgn lolipop masih lagi di dalam mulut. Patutlaa keadaan dalam kereta sunyi secara drastik! Kalau x mulut dia je menceceh. Aku rasa makbear ada snap gambar dia nanti aku uploadkan. Kihkihkih... Waseem2...

Aku angkat tubuh mungil Waseem dan aku baringkannya di katil empuk. Selamat tidur sayangku. Nanti jap lagi kita nak g jemput abg balik sekolah pulak.
+++UPDATED++
Gambar waseem tertidur dengan lolipop! Hehehehe





03 January 2013

Suka Suki 3 Suku

Anak-anak permata hati, penyejuk jiwa, penambah bara...hahaha...tak gitu Pak bear