Powered By Blogger

22 January 2013

Mak dan Nasi Goreng

Terasa nak makan mihun gorengan sendiri. Tapi dah tinggal berdua je dengan Huda nie rasa malas pulak nak goreng. Abg2nya dah ke sekolah, di taska dan transit sudah disediakan makan. Selalunya sarapan aku hanya 2 keping roti bakar ataupun apa2 aje laa ikut bekalan yang aku sediakan untuk anak2 dan Makbear, nugget ke, cekodok ke, roti telur dan roti bakar.


Gambar hiasan. Simple tapi sedap!
Anw cerita pasal mihun goreng, teringat nasi goreng mak. All time favourite! Masa zaman duduk bawah ketiak mak abah (belum kawin) dulu, kadang2 aku sampai lambat ke opis semata2 sbb nak tunggu mak siap buat nasi goreng. Mmg bukan salah mak pun, mmg aku yg bersiap lambat. 'Patern' mak, kalau dia tahu anaknya dah lewat ke ofis, dia akan buat something yg simple dulu mcm lempeng ke, cekodok ke, goreng pisang ke... kiranya mcm 'backup plan' laa kot2 anak dia x sempat nak jamah sarapan, lepas siap backup plan baru laa ke 'hidangan utama' iaitu ns goreng! Masalahnya, aku nak tgu tang ns goreng tu jugak... cekodok pun belasah jugak. Hahahaha... Op kos ler lewat jadinya. xnak tapau, nak makan juga panas2 kat umah... sampai melecur lidah dan tersedak2 sbb makan laju2. Kekeke... Tp ns goreng mak mmg sempoi, bawang, telur, ikan bilis, cili hidup, sayur sikit... perghhh!!!

Sejujurnya aku sangat kagum dengan mak aku (dah mak2 orang lain). Pagi2 dah bangun solat subuh dan siapkan sarapan anak2. Untuk sarapan pun mcm2 masak, 2 3 jenis menu (walaupun sikit2). Siap dengan airnya hidang dalam teko dan cawannya, siap susun atas dulang. Walhal malamnya tidur lewat jugak siapkan baju anak2 dan setelkan keje2 rumah yang lain sebelum melelapkan mata. Kadang2 masa aku tgh tidur (belum bangun lg tue), dah dengar 'ketang-ketung' mak menumbuk bawang dan ikan bilis, kejap tu berbau jee bahan tumis atas kuali. Ahh... indah2 sungguh saat itu. Bingkas bangun, mandi dan bersiap. Pergi dapur hidangan dah siap atas meja. Walhal masa tue mak aku keje juga, kul 7.45 terkocoh2 abah hantar mak (tmpt keje mak lebih kurang 10 min dari rumah).

Sampai sekarang pun kalau balik umah mak, bunyi 'ketang-ketung' dan bau tumisan tu masih lagi semerbak di awal pagi. Masanya untuk Makbear bangun menjenguk apa yang mak masak di dapur. Hehehe...

Kadang2 aku balik keje lewat (flashback lagi), sampai umah kul 9-10 malam. Mak tanya "ko dah makan lom"? Kalau aku jawab belum atau dah makan petang tadi, segera mak panaskan lauk (mak tau kalau lauk dah sejuk aku x lalu nak makan sangat). Kalaupun xde lagi lauk bersisa, mak goreng telur mata, letak hirisan bawang besar dan kicap (pun sodap!!), siap2 aku mandi dah ada lauk panas atas meja. Alhamdulillah aku dikurniakan mak yang penyayang dan prihatin, x sanggup tengok anaknya berlapar. Walaupun hakikatnya kalau aku nak, aku boleh buat sendiri. Terima kasih mak.

Nasi goreng mak the best!! Ehhh?? (tetiba!) Hahahaha...

13 comments:

Masy said...

buat aku lapau jelah!

makbear said...

Hehehe...Nek nah the bestest!!!

fairus said...

DAH BOLEH MASUK MASTERCHEF NANTI.. :)

pakbear said...

Masy: Hahaha.. skrang dah kenyang lom?

MB: Yeahh terbaik dr ladang!

Pai: x boleh, mskn mak aku utk kami anak beranak je rasa... huhuhu

isabelle frankly said...

Makbear...
Nape pakbear xpuji nasi goreng yg ko masak ekk?

pakbear said...

is: dia akan ckp mcm nie... "pak bear makan memilih!" hahaha... anw aku suka apa ns goreng dgn bihun goreng makbear. boleh ketagih wooo!! hahaha

Unknown said...

nasi goreng mak memang the best!

pB said...

teringat pada nasi goreng yang arwah ayah selalu buat ....

anak anak pB pun suka


rindu nya pada arwah ....

pakbear said...

Pn FA: opkos lerr... apa2 pun yg mak sendiri masak mmg terbaekk punya!! huhuhu...

Pn pB: kannnn...?! kita sedekahkan ler al-fatihah apabila teringat pada arwah... ;)

Ummi Syahidah said...

Nak wat nasi goreng jugak laaaa...

Anonymous said...

Nasik goreng mak saya mmg cedap..tawar ke masin ke..mmg sumpah sedap

pakbear said...

Apa lg... Bak mai sepinggan! ;)

pakbear said...

Hahaha sumpah x tipu kan?! ;)