Powered By Blogger

Happy Birthday Umi!

Upacara bergambar dengan cupcake sempena birthday makbear pada 4 Jan 2013

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Percutian yang tak dirancang di Colmar Tropicale, pada 16-18 Nov 2012

Disneyland Hong Kong

We made it!! Hong Kong Disneyland 17-22 Nov 2011

Hari Raya Aidilfitri 2012

Huda asyik melalak je, so amik gambar pun lebih kurang je! Hehehe

Selamat Hari Lahir Waseem 2012

Sambutan birthday Waseem di Taska Permata. Cake Barney yang begitu menarik perhatian!

28 February 2014

Kek Gula Hangus a.k.a Sarang Semut untuk Pakbear


Tengahari tadi masa lunch break aku sempat mengadun bahan2 untuk buat Kek Gula hangus..hehe..pastu bila nak masuk balik keja selepas solat Jumaat aku jadi keletihan..tulah penangan rajin sangat baking membaking ni...

Sebenarnya malam semalam, aku dah buat Kek Batik..

Si Waseem la yang suka sangat Kek Batik, sanggup tu call Dedi nya yang pegi solat kat masjid malam semalam semata2 nak pesan nanti balik solat, Dedi beli bahan bahan kek Batik tau..



Ni bukti kegilaan Waseem pada kek batik..ktorg potong sikit2 kek batik tu masukkan dalam tupperware..dia dah makan habiskan dalam tupperware pastu mengopes lagi peti ais..dok cuit2 kek batik yg Umi dah buat..

Waseem kata sedap sangatlah kek batik yang Umi buat ni...Adik suka..nanti Umi potong lagi tau, Adik nak makan lagi...

Yang kelakar hari ni, pagi tadi Waseem request nak bawak kek Batik tu ke tadika..sebagai bekal..dulu pernah juga Waseem bawak..Org lain bawak bekal breakfast mihun la, nasi goreng la, cekodok la...si Waseem bawak kek batik..haha..tapi yang menyebabkan aku teruja, masa aku fetch Waseem dari tadika tadi, cikgu Waseem beria2 tanya resepi kek batik aku sebab dorg kata kek batik aku rasa sedap tak sama macam orang lain punya..dorg kata dari last time Waseem bawak tu dorg dah perasan dah kesedapan kek batik tu, so kali ni dorg geram agaknya apsal sedap sangat....kahkahkah..aku tak sangka kek batik yg simple macam tu pun ada org nk tanya resepi kat aku...aku bgtau dorg saya gugel je resepi tu..tp mungkin aku buat dengan kasih sayang maka jadi sedap lah kek tu...:)

Ok, berbalik pada topik utama iaitu kek Gula hangus...


Kek Gula hangus ni peminat nya adalah pakbear...hari tu dia dh try buat sendiri tapi tak berapa jadi..so disebabkan esok kami akan berpisah sekejap, makanya aku pun bersungguh2 la ni nak buat kek tu sebagai bekalan pakbear esok..kot dalam flight tu dia rindu aku boleh dia makan kek Gula hangus tu...:p

Resepi ni pun aku gugel je....btw, bila gugel2 ni kena pandai juga cari resepi yg bagus sbb bukan semua resepi yang dorg share kat internet tu akan sedap dan menjadi bila kita try..huhu

KEK GULA HANGUS a.k.a SARANG SEMUT

Bahan - Bahan :

1 Cawan gula
1 Cawan Air Panas
2 Sudu Besar Butter 
4 Biji Telur Gred A
1 Cawan Susu Pekat
1 Cawan Tepung Gandum Di ayak
2 sdb Soda Bikarbornat Di ayak
1 sdb Essen Vanilla

Cara Penyediaan :-

1) Goreng Gula tanpa Minyak dengan Api dapur sederhana kecil , Sehingga Cair dan jadi warna keperangan..
2) Masukkan Air Panas, Gaulkan sehingga sebati sekiranya masih ada sisa sisa gula yg belum cair.
3) Masukkan Mentega, dan gaul sebati. Tutup Api dan Biarkan sampai sejuk...

Step seterusnya aku gunakan Mixer

4) Pukul Telur Hingga Kembang 
5) Kemudian masukkan Susu Pekat. Pukul hingga sebati.
6)Masukkan Tepung dan Soda bikarbonat yang telah diayak tadi. Pukul hingga sebati.
7) Masukkan esen vanilla dan Gaul hingga sebati.
8) Kemudian masukkan Gula Hangus tadi ke dalam bancuhan Tepung dan gaul sebati.

So kira dah setel lah 'mix'kan semua adunan.
Kemudian,

9) Perap adunan ini selama 3-4 jam (bertutup) bagi mendapatkan sarang yang cantik.
10) Kukus selama 1 jam 45 minit

Nota (menurut orang yg membuat resepi ni)
:: Jangan lupa sapukan butter pada loyang yg di gunakan untuk kukus. 
:: Untuk dapatkan sarang yg cantik, pastikan air gula tu betul betul sejuk sebelum campur dalam bahan2 yang kita adun tu..

So hasilnya amat memuaskan hati..hehe..

Cantik tak sarang semutku?

Tadi pakbear telah menyumbat beberapa potong kek Gula hangus ni, pakbear kata sedap banget..hehe..oklah, orang yang nak makan kata sedap, kira aku puas hatilah malam ni...

Hmmmm...Aku ni teringin nak beli oven sebab terasa nak buat roti dan piza..ada sesapa nk kasik oven free..hehe..aku tau ramai orang ada oven tapi korang tak sempat pun nak guna kan?? so baik korang sedekah je pada aku..:)



24 February 2014

Choc moist cake Umi

Semalam walaupun aku ada macam2 perkara yang perlu dilakukan, aku bersemangat juga membuat kek choc moist, start buat pun dh pukul 8.30 malam semalam...hehe

terasa nak buat sebab hari ni aku meninggalkan buah hati pengarang jantung ku semua di Kuching sementara aku pulang ke Semenanjung menemani abah aku untuk bypass operation esok...1st time ni nak berjauhan dengan pakbear setelah bertahun2...So bagi memastikan kesayanganku semua tidak terindu2 kan Umi nya yang best ni, maka aku pun buat lah choc moist cake ni...




Nampak sangat delicious kan? Haha..memang sedap dan lembut banget...hepi aku sebab percubaan pertama menjadi..

Resepi nya aku gugel internet je..haha

Bahan untuk kek coklat.

Bahan A· 1 cawan serbuk koko ( tak kisah jenama apa pun, aku guna Van Houten)
· 1 cawan gula pasir 
· 1 cawan susu cair 
· 1 cawan minyak masak 
· 1/2 cawan susu pekat 
Bahan B 
· 11/2 cawan tepung gandum 
· 1 sudu teh bikarbonat 
· 1 sudu teh baking powder 
· 1 sudu teh esen vanilla 
· 3 biji telur (suhu bilik) 

Cara-cara 
1. Masak Bahan A dalam periuk sampai sebati. Api kecil. Sejukkan. 
2. Pukul telur sampai betul2 kembang (lebih kurang 5 minit ++) kemudian masukkan bahagian A. 
3. Masuk esen vanilla. Pukul sampai sebati. 
4. Masuk bahagian B sedikit demi sedikit. (seelok2nya tepung, bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu). kacau sebati selama 5 minit ++ 
5. Masukkan adunan dalam loyang dan ikat dengan beg plastik. Boleh juga pakai kertas foil. Papepun pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan. 
6. kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu..). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa 
7. angkat ... tunggu sejuk baru boleh potong. kalau rajin boleh letak topping.. 


BAHAN UNTUK TOPPING (ganache) NYUMMMM

Bahan:
300 gm coklat masakan (pun aku guna Van Houten) ~ dipotong kecil
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1/4 cawan air panas 

Cara: 
Panaskan susu cair dan susu pekat dgn kaedah double boiler. 
Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair. 
Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lg hingga cair. 
Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek. 
Biarkan lebih kurang 15 - 30 min supaya ganache tadi meresap ke dalam kek. 
Panaskan kembali lebihan ganache td (kaedah double boiler) dan masukkan air panas. 
Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi. 
Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais. 
Boleh juga dinikmati ketika suam2 panas.. 
* mmg agak banyak ganache yg dihasilkan sbb nak kena siram 2x atas kek tu nanti utk menghasilkan kek yg super duper moist 

Kalau u all nak try folo je step di atas...gerenti menjadi...dan sangat sedap..

Bukti kesedapan nya..loyang pun huda umpil2 untuk menikmati kek coklat yang tersisa...hehe..

Next weekend, aku plan nk buat Kek Red Velvet pulak...haha

Wafiy request piza..tapi aku belum sempat gugel lagi resepinya...lagipun tengah mood kek...piza tu lambat sikit..:)

Bye uols!!! 

Aku bersiaran dari Hosp Serdang ni...doakan ayah aku selamat menjalani operation bypass esok...Amin...:)






21 February 2014

Perkara yang susah apabila menjadi Ibu dan Bapa

Apakah perkara yang paling susah dalam kehidupan ini apabila kita menjadi ibu bapa?

Aku selalu rasa aku ada solution untuk masalah2 berikut:

1) Anak malas membaca, tidak suka buat homework

Jawapan aku mudah, anak2 ni peniru yang hebat..jadi sekiranya ingin anak yang ulat buku, berminat dengan ilmu pengetahuan maka ibu dan bapa haruslah menjadi mak bapak ulat itu..
Perkara ini mudah bagi aku kerana aku memang obses buku...so dari Wafiy dalam perut aku sudah membeli koleksi buku2 bacaan untuk Wafiy...dan makin beranak ramai, makin banyak lah buku kanak2 dan komik yang bersesuaian dengan umur anak2 yang aku beli..

Tapi bukan setakat membeli sahaja anak akan terus minat membaca, tapi daripada dalam perut Wafiy, Waseem dan Huda sudah biasa dengan Umi nya mengulit buku atau apa2 bahan bacaan..dalam perut lagi sudah biasa dengan Umi yang memerah otak untuk menghafal pelbagai fakta...sepanjang mengandung dan bersalin 3 orang anak, aku pernah exam PTK dan dpt score 4-4..hehe, pernah entrance exam untuk master dan berjaya lulus dengan jayanya, lulus exam master part 1, lulus exam master part 2...so bayangkan berapa kali anak2 aku melihat dan merasai Umi mereka berulit buku dan jurnal article..nasib baik aku lulus...hihi..

So masalah membaca dan buat homework bukan masalah bagi aku, kerana daripada dalam perut, anak2 bearuang 3 orang itu sudah biasa dengan ilmu...dan sesungguhnya aku juga amat suka menemankan anak buat homework..kerana ianya menguji semula ketangkasan otak aku yang makin tumpul ni...

  Aku dan Huda yang comel.

Wafiy baca buku parenting..hehehe

2) Anak malas mengemas barang mainan, suka sepah2 barang

Pun not a big deal pada aku kerana dari anak2 ku kenit lagi aku dah train mereka untuk menghargai setiap barang mainan mereka...Percaya tak train Thomas Wafiy yang kami beli masa Wafiy berusia 2 tahun masih utuh lagi...dan boleh digunakan oleh Waseem...aku berbangga dengan perkara ni sebab aku banyak melihat parents yang belikan anak train Thomas tapi selepas itu train entah ke mana, rail nye pun lesap...so far koleksi train kami masih wujud...dan sudah beranak pinak..



Tips nya mudah, belikan rak/almari yang cantik utk anak2 menyimpan barang dan jgn putus2 memberi kefahaman kepada anak akan prinsip hak milik dan sayang pd barang kita...dengan ada box sendiri dan rak almari yang cantik anak2 akan bersemangat mengemas barang dan akan bangga dengan koleksi mainan yang mereka ada...:)

Bila dah sampai semangat mengemas sampai bawah katil Wafiy masuk untuk clearkan barang2 mainan..hehe

3) Anak hantu ipad/tablet/computer game/Youtube

Juga bukan masalah bagi kami setakat ini kerana kami amat tegas dengan Wafiy dan Waseem, game, ipad, computer etc hanya dibenarkan pd weekend sahaja kecuali atas sebab2 tertentu kerana Umi baik hati baru kami benarkan...

Kami juga tidak berniat membelikan Wafiy dan adik2 nya ipad/tablet milik mereka sendiri sehingga Wafiy berjaya buktikan yang Wafiy boleh menjaga masa Wafiy sendiri...itu yang aku terangkan pada Wafiy...

Selain tu, komputer juga kami letakkan di common area maksudnya di tempat yang Umi dan Dedi boleh nampak dan selalu dilalui oleh Umi dan Dedi...jadi no Youtube lagu2 lagha, cintan2, video seksi2...

Aku juga tak teragak2 untuk menarik balik privilege bermain game di hari cuti sekiranya anak2 buat hal..hehe...
Bukan apa, aku alergik la dengan budak yang tersangkut betul dgn ipad/tablet ni...takde life..last wk masa di kampung, aku memang kerahkan Wafiy dan Waseem untuk keluar main bola, berlari2 keliling rumah atuk..ipad aku simpan...aku pesan pada Wafiy, orang lelaki kena kuat, badan kena tough, bertenaga, baru boleh jadi lelaki yang disayangi Umi, dan makwe..ekekeke...kalau main game je otot Wafiy dan Waseem lemah, macam mana nak pertahankan Umi dan Huda kalau ada orang jahat kacau ktorg? So far teknik psycho itu berjaya...anak2 aku ni kalau dipuji umpama superhero mereka akan cepat teruja...orang lelaki kan..of course la Superman, Ultraman, Batman menjadi pujaan..
Huda so far masih girl yang comel..princesh yang wangi sangat2...:)


Eh! Abang aku penah puji Wafiy kerana patuh arahan aku untuk tidak bermain ipad sebaliknya untuk bermain di padang mainan saja..Abang aku kata kalau anak dia, sure mengamuk bentak2 kalau tidak diberi Ipad...hehe..aku katakan mungkin sebab aku garang kot..entahlah...:)

TAPI...satu perkara yang super susah bila mendidik anak2 ini adalah

1) Tidak on TV dari sebelum azan maghrib hingga lah habis solat Maghrib dan mengaji..


Perkara ini ketika Wafiy dan Waseem masih kecil, aku dan pakbear tak terasa sangat sbb ketika itu anak2 bear itu belum faham akan kepentingan solat..sekarang apabila mereka sudah faham, sudah pasti aku dan pakbear tidak boleh menunjukkan di hadapan Wafiy dan Waseem akan kemalasan kami untuk mengangkat punggung untuk solat berjemaah Maghrib setelah seharian penat bekerja...solat no 1, katun dan tv no 2...

Bukan senang tau, aku tidak pasti parents lain...huhu..

No 2 susah adalah untuk konsisten setiap malam mengajar anak2 mengaji...ia jadi susah kerana, adakalanya makan malam belum siap dimasak lagi, Huda bad mood, so tak boleh fokus mengajar abang2 nya mengaji...umi ada kerja urgent yang perlu disiapkan...Huda dah sibuk nak makan, so kena suapkan huda makan dulu..
Aishhh!!! Panjang lah excuse aku sebenarnya...
Kadang2 rasa sedih sangat sebab tak dpt konsisten setiap malam mengajar anak2 Bear ni ngaji...bukan aku sorang, tp pakbear pun kdg2 kelelahan nak memastikan diri sentiasa bertenaga untuk mengajar anak2 Bear ngaji....mungkin sebab tidak dibiasakan daripada dolu2...our mistake...itu yang aku katakan pada pakbear...kita terlalu penat bekerja di siang hari sehingga bab2 asas macam ni pun terkucil kadang2...tapi Alhamdulillah Wafiy tu cepat belajar, sekarang dia dah juz 3 Al Quran, boleh baca sendiri dah cuma tajwidnya je yang perlu ditengok2...Waseem pun terang hati...baca Iqra' dah banyak juga..huhu..
Yang lebih menyentuh hati, adakalanya kalau aku dan pakbear terlewat hendak mengajar mereka mengaji, Wafiy dan Waseem akan ngaji sendiri...Umi dan Dedi pun jadi malu sendiri pulak....hahaha..


Wafiy mengajar Waseem Iqra'

Oklah, aku tulis pasal benda yang tak best ni sebab aku ingin menjadikan ianya motivasi untuk aku jadi Umi yang lebih baik...pasal ngaji dan solat berjemaah tu memang aku dan pakbear kena polish gilap betul2...Doakan kami berjaya...Amin...

19 February 2014

Kuih Donut resepi Kak Dar

Hehehe...glamer Kak Dar maid mak aku ni...aku namakan resepi ni, resepi Kak Dar sbb dia yang ajar aku resepi ni...

Aku ingatkan aku tak snap gambar masa buat Donut kat kampung hari tu, rupanya ada..hehe

As usual, pakwe pakwe hensem aku jadi pembantu khas...

Bahan utama...tepung gandum dan yis..


Wafiy belajar mengadun tepung sambil diperhatikan oleh Huda yang cemomot


Pecahkan telur sebiji...



Mula mula Waseem yang pegang senduk..


Pastu, berjaya dirampas oleh Huda...perhatikan muka Waseem...muka marah... Dan muka Wafiy...muka sedang menceceh pada Waseem kenapa dengan Huda pun taknak beralah...hehehe


Uli2 tepung jadi bulat


Apa entah yang kelakar...dua dua gelak..:)



Bocorkan tengah2 adunan dan kemudian membuat gerakan jari secara berulang ulang di tengah2 supaya jadi lubang cantik..


Donut dah sedia untuk digoreng...

Step seterusnya selepas goreng, lumurkan donut dengan gula castor atau apa2 yang seumpamanya...:)

Ok...tu je...aku stop lunch tadi...belek belek ipad jumpa gambar2 ni...memori bersama anak anak, aku catitkan dalam blog supaya bila dah besar nanti dorg boleh baca blog ni dan tahu betapa sayangnya aku pd dorg...so kalau dah tua nanti aku dah nyanyuk, harapnya dorg boleh jaga aku dengan penuh kasih sayang...Amin...

15 February 2014

Kuih Nagasari Nek Com



Ha!! Sapa kenal kuih ni? Seriously aku tak penah makan kuih ni di rumah orang lain hatta beli di pasar malam/ramadhan.....aku tak sure kuih ni resepi wong jowo tenenan atau juz salah satu resepi kampung...

Tapi kecik2 dulu aku suka kuih ni...boleh makan sorang2 3-4biji sekali ngap..hehe..bawak lari masuk bilik..:p

So, sebagai penutup sesi pembelajaran membuat kuih dengan Mak aku untuk minggu ini, aku buat la kuih ni under supervision Mak aku..

Simple je buat kuih ni,
Bahan2 nya:


Santan dan Tepung beras dicampur dengan sedikit garam. Mak aku kata kalau nak campur tepung gandum sikit pun boleh..tapi aku tak campur tepung gandum atas sebab masalah komunikasi...hehehe...Mak aku kan dah umur 79 tahun, dia lupa resepi...hehe..sabor je ler...aku dh buat semua, baru dia ingat pasal tepung gandum tu..:)


Tepung beras tu campur je dengan santan tu ikut sesuka hati aku sukatan nya...hehe...pastu tenggekkan periuk atas api....

Lantik seorang tukang mixer yang menyayangi kita...so dia akan me'mix' kan adunan dengan penuh kasih sayang..:)

Api kena perlahan je, utk elakkan adunan tu berketul2 dan 'gosong'...korang faham ke gosong? Korang Google la eh..hehe

Pada masa yang sama, kopek pisang..pisang yang sesuai dan menjadi Gold standard untuk buat kuih ni adalah pisang Awak...or nama glamer dia, pisang Raja Abu...ekekeke...kelakau lah nama dia..aku baru tahu tadi...

Tapi tadi Pisang Raja Abu takde, yang ada pisang apa eh? Alah...aku lupa pulak...pisang kapas eh pakbear? Dia yang pegi beli tadi...dah malam2 ni lupa pulak aku...huhu...

Ok, sekarang adunan dah likat...kira wes mateng lah ni...

Step seterusnya men'cover' pisang tadi dengan adunan yang dah likat tadi..





Ok...pisang sudah diliputi adunan...

Maka...


Kukuslah mereka dan saudara2 mereka..

Aku kukus tak ingat berapa lama..around 15-20 minit je kot..kakak aku datang pulak malam2 buta tadi...so aku bantai borak dengan dia sampai aku lupa yang aku tengah kukus kuih..hehe..


Tadaaa...Nagasari dah siap...nyum nyum!!! Sedap walaupun tak pakai pisang Awak dan tak campur tepung gandum...

Ok, so selama hampir satu minggu aku berkampung di rumah Mak aku ni, aku dah belajar buat kuih apam, kuih kemohong, kuih Nagasari, kuih Donut (*aku tak sempat snap gambar sebab senang dan kejap nau aku buat)...hahaha...dan yang penting mi kari ala Nek Com...kari Mak aku lain sikit sebab mak banyak pakai rempah asli...ada juga tambah rempah kari instant tu, tapi very very minimal...hasilnya pun memang sangat sedap....

Tak percaya mi kari aku sedap? tengok ni!!



Hehehe..

Eh! Aku belajar jugak buat rempeyek...pun macam senang...tp rempeyek tu aku tengok je sbb masa tu Maid mak aku yang buat, aku dah kelam kabut nak balik kampung pakbear...

Tapi bahan2 nya

Ketumbar, kencur, bawang putih dan daun limau purut, campur santan, tepung gandum dan garam...

Kelihatan maid mak aku iaitu Kak Dar yang bersemangat buatkan rempeyek yang aku request...kacang lebih please!!!! Hehe..

Oklah, bye Uols...esok aku nak balik Kuching dah...kita sambung kelas memasak kita masa cuti sekolah nanti..:)

14 February 2014

Wafiy Waseem homemade Ice cream

Chewah!!! Tajuk ala2 omputeh gitu...hehehe

Anyway, few weeks ago aku dan anak2 Bear yg hensem hensem dan rajin itu telah membuat aiskrim...buat sendiri di rumah...

Kebetulan pula lately ni ada je orang share resepi buat homemade aiskrim so aku pun teruja la bila tengok bahan2 nya...sangat mudah...

Mula2 kami buat kek rainbow..


Lihat lah anak2 bear ku yg jadi model aiskrim...

Sebelum tu berposing dengan mixer yang dipinjam daripada kawan kami...hehe..

Aku kan punyalah lurus bendul...aku baca resepi tu tulis bancuhan bahan aiskrim tu perlu dipukul dan pukul selama 5 minit la, kemudian 15 minit la...tp aku tak perasan yang tahap memukul itu ada tahap kelajuan nya yang tertentu, ada level 1,2 pastu 5...mula2 tu aku ingat nak suruh pakbear je jadi mixer aku...kuikuikui..gelak pakbear bila aku bacakan semula resepi aiskrim tu...pakbear yg sudah bertenaga kerana kononnya rajin ber'gym' itu pun menunjukkan ketangkasannya beraksi memukul bancuhan itu secara teori...kehkehkeh...kelajuan 1, kelajuan 2, kelajuan 5...hahaha..tu pakbear kata "Yang, mana lah boleh nak abang jadi tukang mix, boleh tertanggal sendi siku Abang" 

Ekekeke...tak terpikir yg laki ku bukan mesin...makanya kami pun pinjam la mixer tu...hehe

Btw, aiskrim rainbow tu rasanya memeningkan...maklumlah 1st time try, resepi yg aku folo tu suruh letak ovalette satu sudu besau...amik ko..sekali tu rasa berasid je aiskrim tu...hapa punya resepi lah...huhu

So keesokan harinya, aku yang tak puas hati sbb tak dapat menikmati aiskrim yang best, so aku try aiskrim oreo plak...tapi ovalette aku letak satu sudu kecik je..

  
Yang ni menjadi...sodap!!!! 

Wafiy kata rasa macam aiskrim mcdonald...hehe


Bukti kesedapannya, anak2 bearuang bangun pagi2 breakfast aiskrim gitu...hahaha

Ok, itu sahaja buat masa ni...buat aiskrim ni senang je rupanya...kalau anak korang hantu aiskrim macam Waseem elok buat sendiri je...jimat dan bole buat macam2 perisa pilihan kita...pakbear tu dah berangan nak aiskrim keladi la, jagung la....tp perkara pertama kena buat adalah BELI MIXER...hehe