Powered By Blogger

Happy Birthday Umi!

Upacara bergambar dengan cupcake sempena birthday makbear pada 4 Jan 2013

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Percutian yang tak dirancang di Colmar Tropicale, pada 16-18 Nov 2012

Disneyland Hong Kong

We made it!! Hong Kong Disneyland 17-22 Nov 2011

Hari Raya Aidilfitri 2012

Huda asyik melalak je, so amik gambar pun lebih kurang je! Hehehe

Selamat Hari Lahir Waseem 2012

Sambutan birthday Waseem di Taska Permata. Cake Barney yang begitu menarik perhatian!

31 December 2014

Aku, pakar pengurusan barang

Antara sikap aku yg pakbear selalu geram adalah kepakaran aku menyimpan barang aku dengan 'sangat baik'...kihkihkih...

Pakbear selalu membebel:

Spek tu letak lah satu tempat, asik hilang spek je...

Hp tu janganlah sepah2, kang tak jumpa salahkan anak2...

Gelang tu beli mahal2 letak entah mana2 je...tu yg abang malas nk belikan macam2 tu...:D

Scarf, brooch, jam, tudung....segala macam la yg biasanya nanti pakbear akan membising atas kepakaran aku yg sgt 'rajin' menyimpan...aku bukan malas menurut pakbear, tp otak bini dia sgt powerful sampai segala benda dibuat secara automatik dan sgt cekap lepas tu lupa mana letak..hehe

Tapi kan satu kelebihan aku adalah barang2 aku yg bersepah entah mana sudut tu biasanya tahan sangat lama, berfungsi sangat bagus walaupun dah berusia bertahun2 dan tak terjaga...bayangkan kadang2 dia terhempuk di sudut berhabuk mana entah, tapi lepas tu masih sihat, confirm ikut genetik tuan dia ni yg hanya tidak sihat bila pregnant..:p
Waktu lain, 3 tahun tak sekali aku sakit...

Aku bagi contoh satu benda eh...

Tadaaaaa....


Maafkan meja aku yg bersepah ni, keja tgh banyak tp aku gatal jugak nk mem'blog'...netbook pink ni kan aku beli bulan Disember 2008...so cer korang kira dh berapa tahun umur dia? Dah 6 tahun tp masih sihat, tanpa maintenance, tanpa antivirus yg updated, tanpa tuan dia simpan baik2, di caj berjam2 tanpa henti sampai laki Tuan dia naik geram. Kihkihkih...pakbear pun pelik, dia yg org IT pun kagum dengan budak pink ni...dapat Tuan punyalah tak pandai menghargai, tapi masih gagah bekerja...bateri pun sihat lagi...

Anyway, pengajaran yg aku nk bagi di sini adalah adakalanya kita terlalu concern berkenaan sesuatu perkara sampai berhari2 memikirkannya, sampai perabis duit kat benda tu, tapi hasil tak seberapa, adakalanya kita buat endah tak endah, juz jalani hidup seada dan semampunya, tengok2 hasil nya lumayan...semua tu rezeki Allah yg bagi. Jangan lah terlalu memandang sesuatu masalah itu sgt bermasalah, adakalanya bila kita buat dunno je, masalah tu pun setel sendiri...apa susah2..kita adalah apa yg kita fikirkan...kita fikir positif, yg datang juga positif.

Selamat tahun baru...azam tahun baru aku tahun 2015 ni nak jadi isteri dan umi yg lebih baik...Amin....:)

29 December 2014

Lawatan mem'bakar' duit di Angry bird park JB

Trip ke Angry bird park ni kami tak plan...actually juz mencari tempat untuk melepak sebelum kami ke airport Senai untuk pulang ke Kuching pada malam Sabtu yang lalu.



Atas saranan abg teksi yang kami chartered, maka kami pun pergilah ke Komtar JB dengan tujuan menjengah Angry Bird park tu, kununnya nak jengah je, tapi dah bawak kanak2 riang 3 orang ni mana lah boleh jengah je kan Umi...kenalah masuk...kalau tak kang muncung berbatu2 budak2 kurus tu...hehe...

Angry bird park ni indoor playground tau, besar lah jugak...kalau sesapa di melaka maybe korang boleh bayangkan saiz tempat ni 4-5 kali ganda dari Kidzoona kat AEON bandaraya tu....besar tak? Besar la, tp bagi aku entrance fee mahal, tak berpadanan dengan saiz playground tu, sbb aku masuk Legoland beli online ticket untuk children baru rm88...legoland open park dan besar. So memang rasa tak berbaloi lah masuk Angry bird park ni time pokai..hehe


Ni aku copy paste dr Internet...entrance fee bagi aku agak mahal. Walaupun dia valid untuk 1 day pass...tapi aku personally tidak rasa ada anak2 yg akan gila main dari pagi sampai malam..anak2 aku tak lah begitu..the most pun maybe 3-4jam je lepas tu dah penat. Tak tahulah anak orang lain ada yg super energetic. Btw dorg dh ubah harga tau. Yg family pass tu kami bayar rm218 bukan rm180. Makanan dan toilet di luar. Sama macam playground lain lah. Oh ye! Masuk kena pakai stokin tau.


Tapi kan satu kelebihan Angry bird park ni adalah mak bapak orang yg muda belia macam aku dan pakbear pun boleh main sekali..adalah game tembak2 macam dlm angry bird game kat ipad tu...boleh main basikal...main lalu bawah laser, kang terlanggar laser, kunun matilah...mcm dalam game tu lah...ada game bergayut kat tali pastu kita swingkan badan dan jatuh terhempas dalam lautan bantal/span lah...main lompat2 lah...main terjun2 lah...terjun atas bantal angin besar tu..hehe..basically aku dan pakbear enjoy la pegi...sama penat lah dengan anak..main playground..kihkihkih...

Ruang dia luas dan selesa walaupun tiada ruang khas untuk ibu2 menidurkan anak dan menenenkan baby, tapi dia ada banyak sudut2 tersembunyi yg ibu2 boleh melepak, nyorok2 nenenkan baby...alah...kan sekarang famous dah NIP (nursing in public). Semua yg masuk pun bapak2 orang, sepatutnya otak tu taklah 'senget' sangat aku harap..think straight guys! :)

Anak2 pun kita tak perlu risau sgt lepaskan dorg main sendiri. Playground ni nampak selamat, insyaAllah anak2 yg dah berusia 5 tahun kat atas pandai jaga diri sendiri. :)

Basically aku hepi lah pegi Angry bird park ni. Aku recommend u all pegi tapi make sure kaji dulu kewangan korang sebelum ambil keputusan datang. Entrance fee tu bagi aku agak mahal. Ditambah pula kalau korg jarang2 turun JB/Spore. Kang nak pegi Legoland lah, Hello kitty land lah, Thomas train park lah, JPO lah, USS lah...confirm bankrap la..hehe...

Btw, hotel yg boleh walking distance ke Angry bird park ni yg aku perasan adalah Tropical Inn, Amansari hotel dan Doubletree Hilton. Kami tido di Tropical Inn, old but clean and comfortable hotel. Breakfast pun sedap. Hehe

Ok..babai semua...Bagi peminat game Angry bird baik korang pegi..best wooo...

Kami tak ambik gambar bnyk sebab hp kong...sabau je le..takpe..next year boleh pegi lagi...actually aku nk pegi Muzium Johor. Asik renovate je dari last year, nampaknya aku akan ke JB lagi di tahun2 akan datang..selagi tak dapat masuk muzium JB, selagi tu aku akan tekun ke JB..haha..aku dan pakbear memang minat muzium, mana2 pegi mesti pegi muzium..skrg penyakit cinta muzium dah terjangkit kat Wafiy. :p


11 December 2014

Wafiy, anak Melaka cemerlang di bumi Kenyalang

Bulan lepas pada 20hb sekolah Wafiy telah mengadakan Majlis penyampaian hadiah....



Seperti sekolah2 di Semenanjung, hanya ibu bapa yang anaknya menerima hadiah dijemput hadir...aku rasa macam tak patut je pihak sekolah tak benarkan anak2 yg tidak mendapat hadiah turut hadir. Bagi aku inilah peluang anak2 yang kurang cemerlang ini dibakar semangatnya untuk jadi cemerlang seperti kawan2 lain....tapi tu urusan pihak sekolah lah kan? Aku pulak nak menceceh...hehe

Adalah di luar jangkaan apabila aku membelek2 buku aturcara Majlis penyampaian hadiah tu rupa-rupanya Wafiy dapat hadiah banyak kali..asyik anak aku je lah yg naik pentas....Balik2 bin Afzal Effendy....tak sebut pun nama Umi...jeles tau asyik MC sebut nama Dedi je...hehe...takpe, nanti bila mahu pulang ke syurga, nama Umi akan disebut kan? :D


Best student dalam kelas


Terbaik matapelajaran BM dan PI


Terbaik keseluruhan tahun 2


Terbaik Kelas KAFA

Tengah2 majlis tu kan bila tengok keadaan dewan dan pentas yg dihias cantik, korang tahu tak apa perasaan aku? Aku rasa sedih...kenapa sedih? Sebab aku tiba2 teringat tahun lepas arwah Abah dan Mak datang konvo Master aku....aku tetiba2 terfikir, kalau lah aku yg anaknya baru darjah 2 tapi menerima hadiah macam2 ni boleh berasa sangat bangga dan terharu atas pencapaian anak aku, mesti Abah dan Mak2 kita semua rasa benda yang sama kan? Terutamanya bila kita terima degree ke, master ke, phd ke, anugerah apa2 ke....Dan sekarang baru aku faham kenapa Arwah Abah aku dulu tiap kali org datang rumah, dia akan memberi huraian yg panjang lebar berkenaan kesemua 6 orang anaknya dan adakalanya kedengaran berlebih lebihan aku rasa promosi Abah aku tu...kihkihkih...rupanya dia bangga atas pencapaian anak2 dia...rasa bangga yg mengatasi rasa bangga yg ada di seantero dunia ni...cuma Mak Abah kita ni orang lama, jadi dorg tak pandai nak puji kita berdepan...kena marah depan2 adalah..haha..begitulah rasanya bila ada anak ni, betul lah orang kata kita sukar hendak memahami tindak tanduk mak abah kita sehingga lah nanti kita ada anak sendiri...rasa sayang pada anak itu mengatasi rasa sayang pada orang atau benda lain...rasa sayang yg macam kembang mekar selari dengan setiap nafas yg kita hembus....:)

Ok, berbalik pasal majlis Wafiy...parents pada mulanya disuruh duduk di ruang atas yg disediakan, tapi aku kan pakai hp cap iphone je, takde lah kamera dslr macam yg pakbear punya jadi aku puas pikir macam manalah aku nak ambik gambar Wafiy yg cantik...so disebabkan aku macho terlebih dan malu kurang, so aku beranikan diri turun berhampiran pentas untuk snap photo...btw, actually Wafiy dah bagitau dia prefer Dedi yg pegi majlis dia sebab Dedi boleh ambik gambar cantik...well...obvious sgt la tu yg Umi takde skil fotografi..kehkehkeh...tapi sebagai study partner wafiy, Umi jugak yg pegi...diikuti oleh Dedi beberapa jam kemudian...nasib baik Dedi sampai tepat pada masanya...so dapatlah snap gmbr2 yg cun tapi masih dalam simpanan pakbear la...hahaha...gmbr yg aku share ni snap guna henpon je...

Well done Wafiy...anak Melaka cemerlang di bumi Kenyalang...Umi dan Dedi Love u....

Dah setel semua hal2 penting dalam famili kita nanti, Umi dan Dedi bawak gi holiday...:)

Eh! Next year memang sangat eventful la Wafiy kehidupan kita sekeluarga...huhu...holiday tangguh sampai adik2 semua dh besar la wafiy....tulah Wafiy...wafiy jugak yg dipersalahkan...hehe

08 December 2014

Huda dipotong rambut...

Last week Huda yg gendut telah melalui proses pemotongan rambutnya yg pertama...antara 3 anak bear, Huda adalah pemilik rambut yg paling lebat berbanding abang2 nya memandangkan anak2 bear memang kesemuanya berambut halus dan nipis...so tidaklah pelik pada usia 2 tahun setengah ni barulah Huda dipotong rambutnya...

Halus pun halus la Huda, janji ada rambut..hehe


Muka pasrah...


Ada nampak cahaya sikit...haha...


Umi setia menanti di tepi bersama Abu kepunyaan abg Wafiy yg telah bertukar milik kepada Huda...Abu tu dah tua dah tu....sudah bersama keluarga kami daripada usia Wafiy 5-6bulan. Sekarang Abu sudah ada gelaran baru iaitu BUBU....hihi...


Wajah Huda malam selepas potong rambut....Umi yg rasa bagai dipotong2....penuh ruang tamu dengan bedak...Huda huda...

Anyway, walau dh potong rambut, Huda tetap kelihatan serabai mcm Umi masa kecik2 dulu...but dun wori Huda, dah besar nanti Umi akan pastikan Huda anggun dan jelita...kecik2 ni kita comot puas2...:D

30 November 2014

encikSOHO.com: CUTI-CUTI SEMATAN 2014

Assalamualaikum wbt & Salam SOHO!

Hari ini baru berkesempatan nak upload gambar-gambar semasa percutian santai kami ke Sematan pada 18-19 Oktober yang lalu. Sebenarnya banyak lagi gambar percutian dan aktiviti sekeluarga kami yang saya belum pilih dah upload. Kesian isteri saya, tertunggu-tunggu. InshaAllah saya akan cuba selesaikan sebelum hujung tahun ini...

29 November 2014

encikSOHO.com: LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE UTC SARAWAK

Assalamualaikum wbt & Salam SOHO!

"Wafiy, Waseem... Siap-siap jom kita pergi UTC", ujar saya.
"Yahooo!!!!" Girang nampak? Korang ada?! Hahaha... Itulah gelagat anak-anak apabila diajak ke UTC (Urban Transformation Center) ataupun dalam bahasa ibundanya Pusat Transformasi Bandar...

17 November 2014

Kisah Aku dan roti Gardenia


Roti Gardenia ini naik 'belon' pagi tadi dari KL sebelum sampai ke tangan aku...

Masa mula2 kami mahu berpindah ke kuching, rakan kami telah mengingatkan kami "Di Sarawak, Gardenia takde tau!"

Ok...pada mulanya kami tidaklah kisah sangat...kerana menyangkakan roti hanyalah roti....takkan sebab takde Gardenia ktorg tak boleh hidup kot....hehe

Tetapi setelah berbulan2 hidup di bumi Meow ini akhirnya kami mengaku...OMG!!! Sedapnya roti Gardenia, rindunya nak makan roti Gardenia....hehe

Ianya kerana kami belum bertemu lagi dengan roti yang boleh menjadi pujaan di Kuching ni...kalau makan pun akan rasa terkulat2 ketensenan...bukan tak sedap...tapi memang rasa roti di Sarawak ni lain....:)

Makanya bila kami pulang Semenanjung or bila ada kawan balik Semenanjung berketul2 lah roti Gardenia ni dibeli/dikirim....

Dan aku bernasib baik kerana ada rakan yg memang setiap minggu balik semenanjung kerana suami dan anak2 nya menetap di sana...kesian kawan aku ni...takpe...nanti kt balik keja semenanjung sama2 ye...hehe...terima kasih kerana menjadi pengedar tidak rasmi roti Gardenia untuk ktorg...

Sekianlah kisah aku dan Gardenia...i luv u Gardenia...muahhhssss!!!! Cant live without u...

04 November 2014

Kisah Wafiy mengidam no 2


Menjadi anak kepada seorang Puan Duktur, aku rasa adakalanya agak sukar bagi Wafiy dan adik2 nya kerana expectation aku biasanya agak tinggi...basically aku mahukan anak yang berjaya dalam pelajaran...rajin berusaha...tidak mudah putus asa...tidak memandang enteng pada kepentingan menjadi orang yg berpendidikan tinggi..

Tapi disebabkan aku adalah orang yg dilahirkan sebagai pemalas sejati, makanya adakalanya aku di dalam dilema antara membiarkan anak aku belajar macam time aku dolu2...iaitu tak study pun...tahu2 je exam dpt no1...upsr 5A, pmr 9A, spm? Hehe..spm aku tak lah hebat mana..adalah 6A...pastu matriks dn medic dengan jayanya...time nk final exam master dulu pun sampai pakbear kagum dgn aku..sbb aku jarang study, tapi masih boleh pass dengan jayanya...kihkihkih...Alhamdulillah, aku dikurniakan otak yg cepat pick up dn mudah faham setiap apa yg aku belajar...

so patut kah aku biarkan Wafiy bermain je?tak perlu buat ulangkaji...tak perlu buat latihan...hehe..

Jawapannya..sori anak2 Umi..walaupun Umi dulu malas study, tp korang kena juga study...tapi dari pemerhatian aku, Wafiy amat cepat belajar...bijak menjawab soalan exam kdg2 hanya berdasarkan informasi yg dia belajar/dapat daripada buku cerita dan  rancangan National geographic yg dia tonton...or juz based on perbualan dia dengan aku masa kami berbual hal2 duniawi...so aku pun terpaksalah kadang2 suruh dia study, kdg2 aku kasik je dia main...tapi lebih banyak main daripada belajar...hihi..

Kerana itulah walaupun aku tahu Wafiy bijak tapi aku tidak meletak harapan yg menggunung tinggi pada Wafiy...dah dia pun bukan study sgt...aku cuma ingatkan dia yg belajar tu penting, tapi dapat nombor berapa tu tak berapa penting...as long as aku tengok result dia agak ok, aku tak berapa kisah...

So last week actually Wafiy exam final...makanya minggu ini result keluar lah kan? So hari2 lah Wafiy bagi laporan markah dia berapa...ada yg 100, ada 94, ada 96...pelbagai angka lah...
Tapi dalam banyak2 subjek, Wafiy sangat confident Maths dia akan dapat 100...sebab dia rasa semua jawapan dia betul...yg menariknya subjek Maths tu lah yg result paling lambat keluar...kihkihkih...

So masa aku pick up Wafiy dari sekolah tadi, 

Wafiy: Umi, abg tak dapat 100 la Matematik...Abang dapat 98 je...mesti Abang tak dapat no 1 lah nanti...Abang rasa Abang dapat no 2 lah Umi...

Umi: Takpelah Wafiy, Wafiy dah usaha..kalau tak dapat no 1 pun takpe..

Wafiy: Haah lah Umi, lagipun kan kalau dapat no 2, Abang dapatlah jugak tengok pingat no2 camne...

Hahahaha...

Tergelak besau aku...ok jugak excuse Wafiy kenapa dia perlu dapat no2 tu..hihi

*last year Wafiy dapat no 1 sek agama...mid term exam aritu dapat no 1 sek kebangsaan..so faham2 je lah ye kenapa title no 1 agak menjadi fokus bagi kami sekeluarga..lagipun dulu Umi nya daripada darjah 1 hingga form 1, dpt no 1 je...masuk form 2 & form 3 baru drop sikit...ini semua gara2 bercinta dengan pakbear....kehkehkeh...tapi apa2 pun cinta itu yg membakar semangat ku utk terus hidup..:)

28 October 2014

Kisah Wafiy nak adik girl lagi...

Petang tadi dalam perjalanan pulang dari work Umi, Wafiy dengan tidak semena2 berkata...

Wafiy: "Tahun depan Abang nak adik lagi sorang, nak baby girl nama ....."

Umi: "Alamak! wafiy dah buat hajat lagi, dulu pun dia yg doa nk adik girl...akhirnya keluarlah Huda...hihi..."

Dedi: "Wafiy, kalau yg keluar tu adik baby nama Muhammad Wa... camne?

Wafiy: "Alah...Abg nk adik girl...baru cukup famili kita..ada 3 lelaki, 3 perempuan"

Dedi: "Macam mana Abg boleh yakin sgt yg keluar tu adik girl?"

Wafiy: "Abg tau lah.."

Dedi: "Abg tau tak yg bagi baby dalam perut tu boy ke girl ke adalah Allah..kita tak boleh pilih2 tau.."

Wafiy: "Kalau Abg nak adik girl jugak camne?"

Dedi: "Wafiy kena doalah...lepas solat kena doa yg Wafiy nak adik girl"

Wafiy: "Ooooo..."

Malam ini sebelum tido....

Wafiy: "Alamak Umi, tadi lepas solat Abg lupa doa mintak adik girl pada Allah"

Hahaha....nampaknya anak kami yg seorang ni amat serius nak adik girl lagi sorang...:p


Abang Long dan Abang Ngah sedia membantu...:)


16 October 2014

Sabah trip - Poring hot spring & Fish Tagal

Entri ini asyik tertunda sahaja...hehe...busy bekerja dengan bersungguh sungguh..
Meh sambung story..

Hari ketiga di Sabah kami bangun dari lena yg kebekuan kerana suhu sejuk gaban di Kundasang...

Plan nak keluar pukul 9...tapi semua malas nk mandi sebab sejuk sangat2...ambik wudu' pagi2 pun rasa macam kena electric shock...subuh di Kundasang awal..sebelum jam 5 pagi...so memang sejuklah..

Pagi itu kami bersarapan di Pekan Kundasang...sejuk giler kau..air teh o panas yg aku order baru nk minum dah jadi suam2 kuku...dengan air sejuk bertiupan, memang kejung aku dibuatnya..

Dan selepas bersarapan dengan teh panas yg sejuk itu, kami pun bergerak ke Poring Hot spring yg terletak di Ranau..agak jauh juga dr pekan Kundasang...lebih 35km kalau aku tak silap...dan dengan jalan yg umpama ular kena palu itu perjalanan mengambil masa 1jam lebih...anak2 semua sudah diingatkan agar sarapan secukupnya dan jangan moody dalam keta sebab perjalanan ini jauh..

Apa yg best di Poring? 







Pertama...

Korang tengoklah pakbear dan anak2 bearuang...kihkihkih








Kedua...



Canopy walk..ianya adalah jambatan gantung atas pokok...

Ok utk menuju ke Canopy walk ni kita perlu berjalan mendaki bukit kira2 200m...penat ooo...maklum lah aku ni sejak lepas bersalin Huda tak pegi lagi exercise..huhu...



Aku dah nak pecah lutut time ni...

Tapi yg aku kagum ialah anak2 bear termasuk Huda yang baru 2 tahun ini sangat sporting...tak mengeluh pun...budak2 kan..tahu berseronok je lah..



Kami rehat sekejap sebelum meredah jambatan Canopy walk yang goyang2 itu...







Jambatan ni 30m from ground...kalau tengok bawah nampak gaung2..sungai...seriau tapi syiok...

Dah turun Canopy walk, kita perlu turun semula ke pondok permulaan yg terletak 200m di bawah...



Dan kami ada satu lagi misi...

Mencari Rafflesia...



Actually kan aku tak plan langsung nak tengok Rafflesia blooming ni...tapi sebab nampak beberapa banner di sepanjang jalan menuju ke Poring berkenaan rafflesia blooming ni...so apa lagi...of course la kami bertekad juga untuk bertemu bunga pujaan ramai ni...actually kt Sarawak pun ada Rafflesia ni..hihi..aku pun baru tau..;p

Nk gi tengok Rafflesia ni kena bayar entrance fee tau..actually dia kt kebun2 orang je..so kira dh jd mcm bisnes kecil kecilan penduduk kampung sini bila time rafflesia ni berkembang...


Pondok tepi jalan tu la kaunter bayaran..hehe




Makcik ni tukang jaga kebun Rafflesia tu...muka dia masam je pada mulanya...tapi masa salam nak balik aku hulur rm10 pada dia dan terus berubah muka makcik ni jadi hepi..:)




Actually comelnya je Rafflesia yg kami gi tengok ni..hihi

Maka selesai lah kami di Poring...


Destinasi seterusnya adalah Fish Tagal Sungai Moroli..tempat ikan geget2 kaki..

Aku tak turun sebab Huda dah tertido..cian anak Umi, jauh jalan tadi...huda sekarang dah pandai...tak mau dukung...nak jalan sendiri...so penat extra la cik adik sorang ni..:)






Menurut pakbear, ikan2 ni tak minat pun kat kaki Wafiy dan Waseem.....tapi mereka2 menghurung kaki pakbear..so faham2 je lah ye..hehehe...

Dah setel pakbear bermain dengan ikan, kami menjengah sekejap ke Sabah tea farm..tapi tak masuk sebab dah petang sangat...huhu



Kami kemudiannya bergerak pulang ke Kundasang...

Tapi singgah solat di Masjid Ranau dulu...dan makan di restoran berdekatan kerana tak sanggup makan dalam kesejukan melampau di Kundasang...kihkihkih..

Btw, aku menasihatkan u all kalau nk ke Kundasang, elok isi minyak secukupnya di KK or Pekan Tamparuli..kerana selepas itu next stesen Minyak yg proper yg kami jumpa adalah di Ranau...di Pekan Kundasang ada satu stesen minyak tapi mcm kurang proper...

Nak draw duit pun sila draw duit secukupnya di KK...kerana di Kundasang hanya ada ATM Alliance bank...so bayangkan jika ATM tu rosak...next ATM machine yg ada adalah di Ranau juga...jauh tu..:)

Ok...nanti aku buat entri seterusnya..hihi