Powered By Blogger

Happy Birthday Umi!

Upacara bergambar dengan cupcake sempena birthday makbear pada 4 Jan 2013

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Percutian yang tak dirancang di Colmar Tropicale, pada 16-18 Nov 2012

Disneyland Hong Kong

We made it!! Hong Kong Disneyland 17-22 Nov 2011

Hari Raya Aidilfitri 2012

Huda asyik melalak je, so amik gambar pun lebih kurang je! Hehehe

Selamat Hari Lahir Waseem 2012

Sambutan birthday Waseem di Taska Permata. Cake Barney yang begitu menarik perhatian!

31 March 2005

Rakaman Ehwal Diablog

Tok R kata : Best la dengar CD ni. Mmmg pilihan wav adalah format yg baik.
Memudahkan orang tinker dgn file ini. Isi CD ni penuh info + lawak.
Mesti dimiliki oleh semua GJ!
+++
75% rakaman suara sesi Diablog@Rumah Pena pada 27.03.05.
Moderator: Tipah _ Ahli Panel: S.Muzaffar & MatJan.
Tukang Karut:Nazmi, PakBear, WkDin, CempakaBiru & Faizal.
Tukang Gelak & Tukang Sorak: Ahli-ahli GJ dan seisi Rumah PENA (entiti?!).
Rakaman dalam bentuk [*.wav] format. Hanya boleh dimainkan menggunakan pc/laptop.
Duration:1:24:59 (unedited version, so kalau korang kentut pun dengar!).
Plus [+] beberapa keping gambar tak berkualiti daripada SonyCybershot 3.2mgp aku.
Harga: RM5.00 (termasuk pos)
Special offer: RM10 (GT4+CD+postaklaju~bukan pos express)
Kalau nak pakai PosLaju/PosEkspress kena tambah duit tang 'LAJU/EKSPRESS' tu laa.
Ada yang berminat?
Untuk Tok R & De5lin hari ini, on the way!!
+++
Maklumat Lanjut >> KLIK SINI

29 March 2005

Entri Tertangguh ~ GT4

*8.05 mlm{28.03.05}

Santai betul rasanya bila dapat duduk bersandar depan tv sambil melunjur kaki. GT4 kejap di tangan. Biasanya bila aku dah mula mengadap GT nie, memanglah aku dah tak ingat sekeliling. Sebab tue lah aku sengaja taknak baca masa kat pejabat. Kalau tidak alamatnya tak jadi kerja aku.

Buletin 8.00 (tv3) langsung tak menarik minat aku. Mak di sebelah leka melipat. Sekali sekala mak bersuara memecah kesunyian bertanya tentang itu dan ini. Aku jawab sepatah dua. Masih lagi tekun menatap GT4 yang masih panas. Baru terima pagi tadi.

Hurmmm, terasa semakin mantap. Bukan sahaja banyak artikel humor yang menggaru buah pinggang dan menggeletek ketiak bahkan cukup padat dengan pengajaran dan tips-tips kehidupan. Namun mungkin disebabkan penyumbang-penyumbang artikel kali ini ramainya terdiri daripada 'orang-orang lama', jadi mode funky dan groove nya sedikit kurang. Lebih kepada pop yeh yeh dan a-go-go. Heheheeee. Tapi layann beb!

Suasana sunyi bila masing-masing melayan perasaan sendiri. Tiba-tiba berderai ketawa! Aku bergolek-golek menekan perut.
"Apasal nie?", Mak aku bertanya pelik.

Aku bacakan artikel 'Jelingan Ayah' nukilan saudara Nordin. Aku bacakan bait demi bait. Biler sampai part Abang Nordin (masa kecil-kecilnya) memasukkan semula kain pelikat tok imam tue di celahan punggung semasa sedang sembahyang, aku dan mak tak boleh tahan. Bergema lagi ketawa seisi rumah.

"Pasnie, mak nak pinjam buku tue yee?!", hurmm
"Ok!", betapalah GT boleh memesrakan 2 jiwa!

Rakaman Diablog Siri II

Alhamdulillah, dapat jugak aku upload sikit-sikit rakaman Diablog: Menjadi Blogger Super yang telah berlangsung di Rumah PENA, Ahad yang lepas. Banyak kesukaran yang aku hadapi nak upload file nie tapi tak payahlah aku cerita. Cukuplah aku bagitau semalam aku berjaga sampai pukul 3 pagi, tapi kesudahannya hampa belaka. Aku dah hampir 'give-up' tapi demi GJ dan sahabat-sahabat yang menaruh harapan pada aku, akan aku ikhtiarkan.

File nie dalam format RealMedia (*.rm) sebab dalam format nie jee lah yang aku boleh kecitkan saiz asalnya (*.wav) iaitu lebih kurang 19MB! Terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Bahagian A, B dan C which is tempoh rakaman ada dalam 25 minit, +-4MB setiap satu (setelah di ZIP kan). Nampak kecit kan? Tapi nak upload pakai 'diap-up'? Pengsan wooo!

SILA GUNAKAN REAL ONE PLAYER!

Kalau nak yang versi penuh (full version), maklumkan pada aku, aku akan poskan CD yang boleh dimainkan di VCD player ataupun di komputer. Harga RM5.00 termasuk pos.

DOWNLOADABLE VERSION (winzip file)
Partition A (Dur:28:14) :: Save Target As ::
Partition B (Dur:30:20) :: Save Target As ::
Partition C (Dur:26:50) :: Save Target As ::

Enjoy!

28 March 2005

Lemau

*11.05 pagi {27.03.05}

Sebuah kereta kancil yang penuh dengan "penumpang-penumpang kasih" bergerak perlahan-lahan meninggalkan stesyen minyak SHELL bersebelahan Hotel Kitari Katari (thanx E1!) dan berhadapan dengan Hentian Puduraya, menuju ke Rumah PENA.

Nasib baik ada orang yang sudi nak bagi teduhan. Terasa begitu mesra dan terpancar keikhlasan dalam pertolongan yang dihulur. Aku susah sekali untuk berasa kekok berada di dalamnya (kereta kancil) sambil melayan keletah teman-teman yang hanya sekali-sekala dapat bersua muka.

Usai melangkah masuk, mata sempat mengitar seisi kereta. Kecuali seorang, yang lainnya semuanya aku agak yakin sudah pernah berjumpa.

Seiring kancil meluncur laju, perbualan pun semakin rancak.
"Siapa eks yang sorang lagi tue?", hati kecil berkata-kata.

Seperti dapat dibaca-baca pulak hati aku, orang belakang berbunyi,
"Hi, saya Shida. Saya kiranya GENG BARU laa.", kata orang belakang.
"Oh ok, hi! Saya Pak Bear, GENG VIDEO!", sambil mengulum senyum.

Suasana senyap seketika seperti malaikat lalu. Tiba-tiba, hahahaha! Baru pecah gelak. Ampess, baru diorang dapat tangkap lawak aku!

'lemau' kan mereka-mereka itu?! Ntheheheee.

Anw, terima kasih sekalung budi pada yang sudi bagi can aku menumpang kasih sepanjang di Rumah PENA kelmarin. Jasa kalian akan ku kenang sampai ke akhir hayat.

Pra Resolusi Diablog I

Ustaz Mat Jan: Kalau nak bandingkan produk tue betul tak kulit haiwan, nak tengok kulit babi atau bukan kulit babi, kulit babi ada 3 titik.

Mat Jan: Saya nak tulis, nak labelkan blog yang ada 3 titik tue sebagai blog kulit babi. Tapi saya tak sampai hati.
----------
Aduhh, bisa! Aku rupanya aku adalah antara pengguna kulit babi di dunia blog! Mungkin lepas nie aku patut ubah cara penulisan aku. Elakkan 3 titik! :)

26 March 2005

Loneliness...

+++
Am I STRONG enough to fight this LONELINESS? I don't know...

24 March 2005

Diari Bakal Pengantin Pt 3

*Jiwa kacoo!!

Seisi rumah aku tengah busy sesangat sekarang nih! Tengah busyyy nak buat persiapan terakhir untuk kenduri kawin. Maklumler besoknya tue dah nak langsung! Sedara mara dan adik beradik aku semua tengah bertungkus-lumus. Aku sampai tak menang tangan nak setelkan apa yang belum disetel... Rasanya cam tak setel-setel...

Sedang-sedang sibuk tue, aku terpikir... "Ehh.. aku kawin besok.. bukan bulan depan ke?", setau aku, aku kawin bulan depan!

Tit tit tit... Tit tit tit... *&%*@#.... (berpinau!!)

Alarm hset aku berbunyi... Ampess aku mimpi lagi! Arghhh.. penatnya badan... Lembik aku laa kalau selalu-selalu mimpi camnie... ntehehehehe...

.:Nota Tangan:. - Mimpi mainan tidur...

23 March 2005

Bila Marah

Di beberapa musim bunga minggu yang lepas (ececece...), ketika aku menjadi pendengar kepada seorang sahabat yang sedang 'down' (tapi mulut berapi-api!!), aku ada kata sesuatu pada dia yang menyebabkan dia begitu berterimakasih dengan kata-kata aku itu.

Entah apa yang istimewa dengan kata-kata aku tue, aku tak tahu. Tapi apa yang pasti, sejak peristiwa itu, kata-kata itulah juga yang sering bermain-main dengan teringang-ingang di gegendang telinga aku...

"Manusia akan berada di keadaan yang paling lemah ketika dia MARAH. Bila kita marah, kita seperti pemain ragbi yang memegang bola di tengah padang tetapi tidak berlari... Kita boleh dirempuh dari pelbagai sudut dari depan, belakang, kiri dan kanan oleh pemain lawan untuk menjatuhkan kita dan mendapatkan kembali bola ragbi berkenaan."

"Bila kita MARAH, kita lemah... Bila kita lemah, kita takkan mampu membuat keputusan yang rasional dan akan melakukan kesalahan yang mungkin akan memburukkan keadaan. Minimakan kesalahan..."


bila aku renung balik kata-kata aku tue, baru aku perasan bahawa selama ini formula itulah yang sering aku gunakan untuk menangani sebarang konflik dalam diri aku. Tapi yang bagusnya aku nie jarang marah, so cam tak efektif sangatpun lah kan rumus aku tue untuk diri aku sendiri.. ekekeke..

Mungkin korang nak cuba praktikkan?

.:Nota Tangan:. - Macam mana aku noleh buat rumus tue padahal aku tak pernah main ragbi pun?! :)

GT4 Memasuki Pasaran!

+++
Sesiapa yang berminat... Boleh book terus dengan aku! Ntehehe...

21 March 2005

Apala ASTRO nie!

Sekiranya korang penagih tegar televisyen... korang mungkin hendak berkongsi beberapa fakta dengan aku mengenai rancangan penampal ataupun dalam bahasa mudahnya rancangan yang diulang tayang beberapa kali semata-mata untuk mengisi kekosongan slot sekiranya ada:

+ Rancangan Phua Chu Kang, Senario the Series dan Konsert Karnival Sure Heboh (ulangan) adalah merupakan antara rancangan penampal paling popular sekiranya TV3 menghadapi masalah mengisi kekosongan slot.

+ Begitu juga siri-siri Fear Factor dan Maximum Exposure yang sentiasa mengisi kekosongan menampal kebocoran slot rancangan di AXN walaupun telah diulang beberapa kali.

+ Kalau korang bernasib baik, korang juga boleh mengulang beberapa kali menonton Dari Studio 1 (berbagai artis) sekiranya anda menonton RIA. Ada Siti Nurhaliza, ada Siti Sarah, ada Dayang Norfaizah, Ella, Flop Poppy, Ning Baizura, Raihan dan ramai lagilah!

+ Untuk rancangan TV1 dan TV2 aku kurang perasan sebab jarang tengok, tapi setakat yang pernah aku terperasan adalah mungkin juga rancangan Agro-Jurnal dan juga Hiburan Minggu Ini. *Mungkin korang boleh bantu part nie. Hehehe...

+ Rancangan-rancangan sitcom seperti Friends, Ed, Fraser, Everybodys Love Raymond dan beberapa lagi juga adalah merupakan rancangan yang sering diulang-ulang di channel 70, tapi rasanya tak sampai tahap rancangan penampal kot sebab masih ramai lagi yang minat rancangan nie (termasuk aku) walau diulang tayang beberapa kali.

Ada banyak lagilah.. tapi kepala aku penatlah plak nak ingatkan balik. Hehehe... Oh btw, kalau sesapa nak belajar 'kissing' ke, nak tengok pompuan seksi-seksi kee... mungkin korang nak marathon tengok rancangan di channel 16, 40, 41, 42 dan 70 di ASTRO... Hehehe.. giler babeng nyer tak cencored!! Macam-macam adaaa!!! Bila sekali sekala tertengok segan aku ngan diri sendiri..

Apalaa ASTRO nie!

.:Nota Tangan:. - Post sesaja nak isi masa lapang..

20 March 2005

A to Z TUTORIAL MEMBUAT VIDEO

Aku telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan ruangan Geng Video di Forum GJ bersama dengan Op...

Macam biasa, sifat manusia... suka salahkan orang lain, bukannya nak tuding ke muka sendiri. "Haa.. tuelah, sapa suruh aku jadi pengendali Geng Video tue? Kan aku dah jadi gila kuasa!", ntehehehe... kata aku kepada diri aku sendiri...

"Sesi kita malam nie (yee murid-murid...) adalah bagaimana untuk membuat video semudah A to Z!", Nampak mudah bukan? Tapi sebenarnya susah aaa sikit.. Tapi aku cuba permudahkan dengan buku warna gambar gambar berwarna supaya korang senang paham. :)

Namun adalah diingatkan bahawasanya tutorial aku nie adalah menggunakan perisian Screenblast Movie Studio (SbSS). Sebab apa SbSS? Sebab aku pakai SbSS! Hehehe..

So kalau nak mudah, dapatkanlah perisian nie supaya korang boleh follow sejibik-sejibik... Kalau tak, mehh aku bagi tip mudah... Walau apa pun jenisnya, caranya tetap sama, cuma terserah pada korang nak adapt/relate pendekatan yang digunakan oleh SbSS nie dengan perisian yang lain-lain.

Forum >> Geng Video >> A to Z TUTORIAL MEMBUAT VIDEO
atau Tutorial 1.1 >> Save target as (PDF format)

.:Nota Tangan:. -Selamat mencuba!!

17 March 2005

Diari Bakal Pengantin Pt 2

Maafler kalau bakal entri-entri aku lepas nie nanti akan lebih berkisar kepada DIABLOG, PROJEK BASAH 2.0 dan MUNAKAHAT~ WALIMATUL URUS! Heehehe... Dah memang 3 perkara tue agenda utama aku buat sementara waktu nie.

Anw, baru selepas mengemaskini TO DO LIST kami untuk majlis 29/4 dan 2/5 nanti:

30 Perkara...
+ Kursus perkahwinan.
+ Confirm tarikh perkahwinan.
+ Booking mak andam.
+ Booking studio untuk sesi fotografi.
+ Booking jurugambar di rumah.
+ Tempah cadar, langsir dll.
+ Discuss persiapan kenduri dengan family/pembahagian tugas.
+ Discuss senarai hantaran kedua-dua belah pihak.
+ Discuss mengenai pakaian, pelamin, bilik dll dengan mak andam.
+ Confirm balai tetamu, pengantin, tukang masak, kompang dll.
+ Survey rumah sewa.
+ Beli perabot bilik pengantin.
+ Design kad jemputan.
+ Tempah kad jemputan.
+ Tempah baju nikah.
+ Shopping hantaran dan souvenir dll.
+ Buat hantaran & souvenir untuk kawan & keluarga (dlm proses).
+ Kemaskinikan hantaran dan souvenir.
+ Beli gelang untuk upacara selepas nikah.
+ Confirm sewa rumah + deposit.
+ Edarkan kad jemputan
(*untuk GJ~ sasaran adalah semasa DIABLOG dan PROJEK BASAH).
+ Pilih dan confirm baju sanding (this week).
+ Shopping barang-barang personel semasa langsung nanti~finale!
+ Ambil gambar ukuran passport.
+ Isi borang permohonan kahwin.
+ Jumpa dengan Tok Imam kampung.
+ *JOIN KLD BERHABIS-HABISAN (mengentalkan jiwa! ntehehe..)
+ Touch-up, make-up, seven-up, up-up & away! kemasan diri~finale!
+ Persiapan pra perkahwinan~balai makan, pinggan mangkuk dll.
+ Kahwin.. Yahooo!!

.:Nota Tangan:. - Nie saja yang aku ingat daripada banyak yang aku dah terlupa. Huahuahua...

15 March 2005

Videografi ~THE MESSAGE

*Sepagian aku menghadapai masalah dengan blogspot aku.. berikut ada re-entry daripada post aku terdahulu dengan sedikit pengubahsuaian.
-----------

Trimas pada sesapa yang sudi mendownload dan menonton video aku nie. Trimas juga pada yang telah memberi teguran dan pujian yang melambung-lambung sampai aku rasa kerusi pejabat aku nie dah tak muat nak menampung aku yang sediakala XXL nie! Nthehehehe...

Pada yang lain-lain (yang belum download tue) taknak cuba-cuba ke tengok?! Ada mesej tersembunyi (tersembunyi ke?) yang ingin disampaikan entiti-entiti nie pada kita. Agaknya entiti nie Jin Islam kot. Dia suruh kita semayang 5 waktu, suruh ngaji pastue suruh kita tengok video nie (pastue duit korang pun akan lesap dalam perkadaran tertentu.. sekiranya korang terpengaruh!). Hahahaha...

Anw, pada sesapa yang ngadu tak boleh download sebab dah reached exceeded limit, Mie Bro bermurah hati tumpangkan file video tak seberapa aku nie kat server dia. So dalam ertikata lainnya ada alternatif lain laa korang nak download selain daripada geocities aku nih. Tq.. tq..

Apa lagik.. jangan lepaskan peluang!! Download dan tengoklah, semoga video nie akan membuka lembaran baru (anjakan paradigma : aku tak boleh guna ayat nie selalu-selalu... nanti orang marah! huahuahua..) dalam hidup korang!

Alternatif I (zip file) ::Save target as::
Alternatif II ::Save target as::
Forum GJ>>Video GJ>>Entiti ::Click here::

.:Nota Tangan:. - Isi kandungan video nie bukan lagi rahsia. Sehubungan itu aku namakan video ini THE MESSAGE (Projek Basah v2.0). Lihatlah bertapa kami bersusah payah mengajak dan mempengaruhi anda!! Wakakakaka...

14 March 2005

Mesej Dari Entiti

Adehlaa... bohsan betul kalau nak upload/download file pakai dial-up nie!!

Apsal laa kat Selandar nie takde Streamyx?! Kalau ada kan best... Senang keje aku. Jangan nak kata anak Streamyx, bapak, tok nenek Stremyx pun aku sanggup beli.

Memula aku ingat nak set kualiti video nie pada 256MB supaya kalau korang tengok video size 200% (menggunakan Window Media Player) pun selamba jee clear. Tapi besar sangat laa plak sizenya nak upload 6.7MB lebih. Last-last aku set takat 100MB jee.. Lantak korang laa nampak ke tak entiti yang aku maksudkan tue. Huahuahua...

Takpe-takpe... yang penting mesej sampai. Ahaks! Penat tue aku nak adjust. Walaupun video aku nie tak setanding video Tok R ataupun OP, harap-harap korang boleh terima video aku nie sebagai sumber tontonan alternatif selain daripada Al-Kuliyyah dan Ehwal Islam. Hahaha...

Harap-harap takde yang tak boleh tidur malam biler tengok rakaman tak sengaja tersengaja aku nie. Yaa.. memang aku sengaja pun!

Tajuk video nie terpaksa aku rahsiakan sampai besok/lusa atas sebab-sebab tertentu. Enjoy guys!

--------------------------------------:: Save target as ::------
Duration - 3:31mins
Size - 2.16MB
Best view - 100% video size (Windows Media Player)

---------------------------------------------------------------

.:Nota Tangan:. - Baik download cepat-cepat sebelum reach exceeded limit cam video aku yang sebelum nie... Cepat... cepat!! Hehehehe...

Penemuan & Projek Basah

*Seperti post aku di forum GJ.

Semalam...
Semalam aku sesaja bereksperimentasi dengan Sony DVCam aku...Aku setkan mode kepada night-vision.

Aku tutup semua lampu dan sumber-sumber elektrik yang ada sambil melilau-lilau dalam rumah untuk merakam sebarang aktiviti-aktiviti parnormal/pergerakan entiti kot-kot ada...

Saspen beb! Tak pernah aku rasa sesaspen nie... Dahlah aku sorang-sorang jee kat rumah.

Tiba-tiba...
Tiba-tiba lensa DVCam aku berjaya merakamkan sesuatu. Memang sah, aku dah agak. Musti ada sesuatu... Ada penemuan nie beb!

Aku rasa pelik, seperti ada sesuatu yang ingin disampaikan daripada penemuan itu. Kenapa dia pilih aku? Kenapa dia tak pilih Basrie ke, Cik Nana ke, E1 ke, ND ke (sekadar menyebut beberapa nama..). Kenapa aku?!

Namun aku tak sempat lagi nak proses rakaman DV tape tue lagi. Tak sabar-sabar aku nak balik rumah. Aku nak proses rakaman tue dan aku akan uploadkan di sini nanti.

Korang tak caya ehh? Aku tak kelentong maa... Tunggu!!
***

Oh yaa.. amacam ahli-ahli GJ lain yang masih dan terus bersemangat nak gi Projek Basah nanti. Panas lagi tak? Perlukan 'api'? Nanti malam sikit, aku kasi boost itu sumbu kasi berapi balik!!

Makin lama aku dalam GJ nie, makin banyak yang aku kenal manusia-manusia yang bernama 'BLOGGER' nie..

Betullah kata korang, ada yang cakap berapi kat dalam blog, YM dan forum, tapi bila tiba masa komitmen dan penglibatan ahli-ahli ditagih. Dia senyap...

Ada yang sekali-sekala muncul dalam forum, YM dan begitu low-profile di blog, tapi begitu aktif dan memberikan kerjasama jitu dalam sebarang aktiviti GJ... Demi untuk melihat GJ terus maju ke hadapan. Tak kiralah aktiviti GJ apa pun, lantit ke, kelawo, menduging ke, futsal ke, memanah ke, bowling ke, piknik ke...

Sayang sangat RM90.00 tue? Alaa.. kalau korang tak join Projek Basah nie pun, abis gak RM90.00 tue. Tak ke mana... Percayalah cakap aku!! Huahuahua...

Kejamnyerr... aku!! :p

p/s: Amacam aktiviti pra duging, jadi tak? Aku dah berkobar nie... Ahaks!!

.:Nota Tangan:. - Tunggulah pembongkaran melampau aku malam ini... Hahaha...

12 March 2005

Diari Bakal Pengantin Pt 1

{08.03.05}
Selepas waktu keje, window shopping dengan Najah.

Najah sudah berkenan dengan sebuah gelang jenama Kong Wah (wakaka...) di TESCO. Baru usya, belum nak beli lagi.. :)

{09.03.05}
Sibuk membuat keja-keja last minute nak approvekan design kad jemputan kawin aku. Menjelang petang akhirnya selesai jugak.. Tunggu untuk dicetak. Dalam 10 hari insyaAllah siaplah...

{10.03.05}
Membeli beberapa lagi barang untuk dijadikan hantaran kami.

Minggu lepas, (hari semasa sesi lantit) kami berkesempatan membeli barang-barang seperti perfume, kasut dan jam tangan semasa shopping di Midvalley.

So cadangnya masa nie nak lengkapkan apa yang tak cukup lagi. Tapi memasing baru balik kerja. Otak letih dan badan penat. Shopping pun shoppinglah juga walaupun kesudahannya barang aku tak berbeli, Najah jee yang sempat menyambar sebuah wallet.

Kemudiannya kami berkejar ke TESCO. Sebab kat TESCO tue ada Kong Wah, kedai emas yang kami dah usya beberapa hari lepas. Hangus RM1000++ aku buat beli gelang angkara tak puas hati sesi bershopping tak berjalan seperti sepatutnya... Hehehe...

{11.03.05}
Kad jemputan Najah dah siap. Tengahari merengek soh aku datang hospital nak tunjuk kad jemputan dia yang baru siap tue.

Cantik kadnya, simple dan comel!

Kami duk bawah pokok yang redup dan nyaman barang beberapa minit sambil aku memuji kad dia yang cantik. Tersengih-sengih Najah suka (Akupun suka!).

Aku mintak satu, Najah tak kasi. Sebab katanya kad 2 keping tue (1 besar 1 kecik) buat peneman dia on-call malam nie.

"Kalau saya boring, boleh saya tengok kad-kad nie..", katanya.

{12.03.05}
Tengahari lepas kerja Najah ada sesi ber'Mustika Ratu' dengan ditemani kakak iparnya. Aku tak boleh ikut, sebab aku lelaki. Hehehe...

Nak service/overhaul body kot!

Aku balik rumah, bantai tidur sampai petang.. "Errrkk... adeh letihnya badan!".
----------

Sekarang nie musti Najah tengah nak qada' tidur. Dia post-call arinie... Kesian Najah!

.:Nota Tangan:.
- Sesekali, belajar gak ilmu-ilmu perkahwinan.. buat bekalan dunia dan akhirat...

09 March 2005

Pomot Projek Basah v2.0

*Edited version~ seperti yang telah dipost di forum GJ.

Aku ingat nak buat pertandingan 'terjun melampau' ke dalam tasik seperti yang telah dibuat oleh Basrie dan org rumah Tok R (terjun ke dalam tasik sambil tutup hidung). Wakakaka.. musti lawak giler babengsz!!

Harap-harap Geng Duging dan yang lain-lain tak lepaskan peluang nie.. Aku dengar E1 boleh buat balik kuang!! dasatt tue... Mari kita kocakkan tasik damai KLD dengan gaya-gaya melampau GJ.

Malam nie nampaknya kenalah aku pikir nak buat aksi apa.. Setakat nie yg terlintas di fikiran hanyalah aksi melemparkan badan ke dalam tasik secara ekstrem (seperti diterajang oleh orang jahat) peringkat ke lapanblass jeee...

Hadiah disediakan... Aku sponsor!!

Jangan lepaskan peluang. Banyak lagi aktiviti sampingan lain yang akan diadakan supaya korang rasa seronok dan berbaloi keluar duit join projek basah nie!!

***
Aku seronok nak tgk apa alasan yg bebudak nie bagi sbb tak mahu join projek basah kali nie...

~kalau korang kata busy
come-onlah beb.. aku masa tue lagi busy nak kawin.. tinggal beberapa hari jee lagi tue. in fact skrang nie pun aku tgh busy giler nie nak buat persiapan.. aku join gak. advanture apa.. hikhikhik...

~kalau korang takde duit
aku lagi laa tgh nak pakai duit.. tapi kalau setakat rm90.00 tue insyaAllah aku boleh korekkan. sebab aku tak moh putih mata untuk kali ke 2 ke 3 ke 4 dan seterus2nya... KORANG TAKKAN BOLEH BAYANGKAN CAMNER PERANG SARAF YANG BEBUDAK NIE BUAT BILER BALIK DARI KLD NANTI...

Tempat TERHAD.. korang biler lagi... fakskan segera borang dan lunaskan yuran seperti yg sepatutnya..

***
LAGI SATU KALAU KORANG TAK JOIN PROJEK BASAH KLD NIE.. ALAMAKNYA TAK DAPAT LAA KORANG NAK MENGABADIKAN GAMBAR KORANG DALAM VCD TERLAMPAU VERSI BASAH AKU NANTI... JANGAN MENYESAL!! HAHAHAHA...

M A K L U M A T L A N J U T
Laman web rasmi Projek Basah v2
Forum>>Projek Basah KLD 2.0 (sambungan)
Video Projek Basah>> OP
Video Projek Basah>> Tok Rimau

.:Nota Tangan:. - Teringin nak main perang-perang dalam selut... cam best jee aku tengok!!

Blogger Yang Gembira

*Seperti post aku dlm comment box Hang Buah.

Ada orang gila-gila nak lonjakkan diri sendiri (secara diam-diam) untuk jadi ajk. Apa yg ada pada nama/title ajk tue... Ada orang kejarkan khidmat sukarela sebab terasa lebih gembira dan berpuashati apabila melihat GJ terus mantap dan maju ke hadapan...

Biarlah aku jd sukarelawan GJ sampai selama-lamanya. Aku akan jadi blogger yg gembira!! hahaha...
----------

Keluarga GJ sekarang sedang panas dengan isu-isu semasa. Ada yang kena cucuk dari depan dan belakang. Ada yang suka-suka nak cucuk. Isu apa? Kalau korang mengikuti perkembangan GJ, korang akan tahu.

Aku nie orang baru... Hijau sangat! Rasanya tak layak lagi nak campur tangan. Walaupun ada sesetengahnya terasa begitu tajam menusuk tangkai hati, tapi aku takkan 'betah' kerana mereka lebih mengetahui.

Untuk meredakan keadaan... Aku akan nyanyikan lagu nie secara maya untuk korang...

"Senyum kepada semua... senyuman mu amatlah berharga...
Senyum membawa sinaran.. dengan senyuman terlahirlah ikatan...
Lalalala..."

.:Nota Tangan:. - Senyum juga adalah suatu sedekah.

08 March 2005

Selamat Hari Wanita

Usah biarkan 'ammarah' bersarang lama...
----------

Mungkin untuk sehari dalam hidup korang (wanita), korang nak baca artikel ini.

.:Nota Tangan:. - Prihatin terhadap wanita.

Prasangka

*Entri kali ini aku tujukan pada yang 'terasa' jee.. kalo korang tak terasa, usah jiwa kaco...

Aku benci pada kau!
Buat apa kau pandang tempat lain?
Aku cakap dengan kaulah
Habis kau ingat kat sini ada orang lain selain kau?
Kau buat tak tahu pulak
Takkan dah baling batu kau nak sembunyi tangan?!

Mari sini
Pandang muka aku
Kau siapa nak bercakap soal darjat dan kasta dengan aku?
Kau kata kau tak faham apa maksud aku
Kau tak payah cakap
Aku nampak dari biasan mata kau
Ehh.. kau pandang orang lain pulak
Kaulah!
Angkat muka kau kalau berani

Kau nak cakap perihal darjat
Kau tahu ke darjat tu apa?
Kau berdiri sekejap
Aku nak tengok darjat kau dengan darjat aku
Siapa lagi tinggi
Apasal kau duduk lagi?
Yelah.. kaulah siapa lagi!

Cinta
Kau reti ke bercinta
Yang ini cinta kau yang ke berapa
Setelah berapa kali kau main cinta?
Hebat sangat ke cinta kau tu?
Ada tak 10 tahun macam aku
Itu baru cinta pertama
Aku tak suka nak heboh
Sebab cinta tak ke mana
Dah cukup ke bekalan di dada?
Kau terpinga-pinga kenapa?
Tepuk dada tanya selera

Bukan aku nak cakap apa
Kau bagi aku seorang akauntan
Kau bagi aku seorang lawyer
Kau bagi aku seorang engineer
Kau bagilah aku sesiapa
Taulah aku nak uruskan macam mana
Kau nak ukur Ijazah dia dengan Diploma aku ke?
Ambiklah ia cuma sekeping kertas
Aku tak pernah culas
Kerana survival bukan hanya terletak pada Ijazah dan Master
Kau ada apa?
Iyee.. engkaulah ada lagi ke sesiapa?

Kau tak pernah rasa apa yang aku rasa
Kau tak pernah alami apa yang aku harungi
Kau baru selangkah dari berbatu perjalanan aku
Jadi kau jangan cakap apa-apa
Kalau kau tak terduduk
Tersembamlah kau jawabnya
Kalau jiwa kau tak tegar
Kalau sabar kau tak tebal
Kalau fikiran kau tak rasional
Jangan kau mimpi nak dapat yang satu ini
Bangun jangan kau nak tidur!

Ini adalah tuaian aku setelah sekian lama
Jangan kau jenguk bakul tuaian itu
Sudah tentu ianya penuh dengan laba keringatku
Kau perlu belajar lagi
Cinta itu bukan perihal darjat dan harta
Bagilah aku peluang untuk merasa
Lupakanlah perihal 'itu' untuk seketika
Bagilah aku mengecap makna
Tutup mata kau
Iyee.. mata kau!!
(Sebab mata kau penuh PRASANGKA!!)

.:Nota Tangan:. - Sajak pedas aku pada yang terasa...

06 March 2005

La Kenangan D'Lantit

Setelah sekian lama memendam hasrat untuk menyertai sesi lantit-melantit yang selama ini dimonopoli oleh Geng Mak Itam, Geng Kelawo dan juga Geng Lantit sendiri (sudah tentunya), detik 8.30 malam, 5 Mac 2005 menjadi saksi bahawasanya rakan-rakan GJ daripada selatan tanahair juga tidak mahu ketinggalan untuk turut merasai kemeriahan yang dikecapi oleh ahli-ahli lantit seantero GJ.

Kekebalan parti komponen GJ (seperti yang disebutkan tadi) selama ini telah dipecahkan dengan kemasukan 2 ahli baru iaitu aku dan Ayares. Huahuahua... bestnyer, kembang hidung aku! Diameter lubang hidung semakin membesar dan gigi emas aku hampir kelihatan (disebabkan terlebih menyeringai) apabila dimaklumkan oleh Presiden GMI (Basrie bro) penyertaan sesi lantit semalam adalah merupakan yang terbesar iaitu lebih kurang 20 orang!

Jumlah meja yang disambung-sambungkan adalah nak dekat 6 ke 7 meja, panjang macam mesyuarat pasca-kabinet UMNO sehinggakan mamak kat kedai tue dah tak kasi tambah meja lagi! Hehehe...

Pun begitu, mahar yang perlu dibayar bagi orang jauh macam aku nie untuk menyertai sesi melantit nie bukannya sedikit. Seteleh bergegas dari Midvalley sekitar jam 7.30, kami menempuh jem yang panjang dari Angkasapuri sampailah ke Kelana Jaya. Time tue h-set aku selang 10 minit berbunyi, bebudak nie hantar SMS, pergi ke tak melantit?! Aiyoo... macam YB plak rasanya aku!

Sampai di KJ, satu lagi masalah timbul sebab aku sendiri tak tahu kat mana Syed Bistro nie sebenarnya. Nasib baik E1 (antropose) dan ND ada, setelah menghabis credit prepaid aku sekitar RM1.50 dan setelah 2 kali berpusing-pusing --> Damansara --> Puchong --> Damansara balik, baru jumpa jalan keluar. Well... biasa laa aku nie kalau tak pusing-pusing tak sah. Saja nak test kekukuhan jalan LDP tue. Ngehngehngeh...

Tiba di belakang SM Kelana Jaya, call ND balik then E1 yang kutip aku yang dah kepasrahan tetapi teruja abis. Teruja sebab first time nak melantit nih! Walaupun jarak dari 'check-point' E1 kutip aku tue dengan Syed Bistro tue dah tak jauh, tapi E1 saja jee bawak aku meronda-ronda sambil menunjukkan skil memandu sambil memasang signal (konon-konon) nak U turn tapi tak 'U turn-U turn' lagi! Last-last dengan extreme nyer E1 buat U-turn dekat 4 junction (akupun follow laa..) sambil dihon dengan hebat oleh kereta kat belakang aku. Hampeh betul kereta tue!!

Sampai-sampai, aku ternampak kelibat satu 'entiti' yang sebelum nie SMS aku katanya tak join malam tue, sekali aku tengok tengah dok syok membaham dengan rakusnya. Ciss... ko De5!! Patutlah aku nampak pelangi atas bumbung Syed Bistro tue. Hehehe... Sib baik aku tak mensia-siakan prepaid aku untuk membalas SMS nakal ko tue. Auuww!!

Sesi lantit semalam aku jumpa 2 orang blogger yang aku tak pernah jumpa sebelum nie iaitu Kak Mulan (selama nie OP bro kata, orang rumah dia duduk rumah... ahaks!) dan juga Rudy Kure-kure Sakti bersama temannya Suraya, opss Anisss... Hahaha... ada juga teman-teman lain yang datang seperti adik Basri bro dan adik Rudy K. Dasat beb, dating dengan Anis ajak adik escort!!

Anyway Rudy K, ko ngan Anis memang nampak sepadan. Dengan spek ala-ala nerd, korang nampak sama jee disebalik bingkai tebal 4 segi tue. Walaupun dari segi isipadu jisim badan korang tak sama, tapi style tue sama. Suka aku tengok Anis gelak berdekah-dekah siap tutup-tutup mulut, sapa yang buat lawak?! Ntahlaa.. aku pun tak tau. Aku ke? Sigh!

Beberapa minit lepas tue Geng Lantit cawangan Serdang pulak datang. Diman datang berbaju melayu, gayanya macam orang nak meminang. Ko nak pinang sapa Diman? Hehehe.. nak provoke nie! Diman diapit dengan 2 orang dayang GJ bersama 2 bodyguard yang badan masing-masing memang macam mat gym. Cayalaa... Aku ingat, orang yang pegang jawatan Presiden Geng Lantit cawangan Serdang jee yang boleh dapat keistimewaan seperti tue. Diman, ko ada bawak pistol tak?

Yang paling sibuk semalam adalah Ayares. Beraksi dengan kamera baru. Aku ingat snap aksi-aksi makan bebudak nie memang best, tapi kalau rakam aksi Ayares dengan kameranya lagi best! Hahaha... Ayares, thanx belanja air. Air epal aku tue aku rasa diorang blend dengan ranting-ranting pokok epal tue sekali kot, berserdak semacam. Tapi best, aku balun laa.. satu gelas besar tue sampai abiss.

Duduk bertentang mata meja ke meja dengan Diman, bukanlah suatu perkara yang mudah, aku pun purak-purak sibuk ajar Salina camner cara nak handle dan mengambil gambar menggunakan digital kamera dengan baik. Lang... sori tak sempat aku nak explore h-set Samsung ko semalam. Oh btw, jam ko semalam stripe nyer tue memang daripada kulit buaya ke? Ahaks.. Ehh, siyes laa aku tanya nie!

Aktiviti perdana semalam selain bersembang sambil menyuapkan makanan dalam mulut adalah bergambar. Aku ingat ada 3 4 kali juga aku tawaf meja panjang tue semata-mata nak pastikan wajah-wajah semua Geng Lantit semalam diabadikan dalam kamera aku. Julung-julung kali jee nie... Buat kenang-kenangan beb!

Dalam kul 9.30 aku nak angkat kaki. Nak balik Melaka, jauh perjalanan lagi nie. Sayangnya Ep bro sampai masa aku dah betul-betul dah niat nak masuk gear reverse. Sembang-sembang sekejap pastue terus minta diri. Tue pun 2 3 kali pusing-pusing, tak balik-balik lagi. Hahaha... Okey laa... aku balik laa... aku balik laa...

Thanx to member-member yang ramah menerima kehadiran aku. Ikut kedudukan meja: Basrie : E1 : Awin : De5lin : Adik Rudy : Ayares : Op : Kak Mulan : Lang : Salina : Anis : Rudy K : Atoi : Adik Basrie : WkDin : Neslo : Ep : Diman :Sayang Mama : kawan Basrie E1 : 2 orang anak Ep.

Gambar-gambar sekitar sesi lantit semalam, DI SINI. Tak apdet lagi. Dah apdet!!

.:Nota Tangan:. - Sampai rumah kul 12.30 mlm, ingatkan masing-maisng dah balik, rupanya sambung melantit round 2 kat Shah Alam! Amboi korang... ZZzZZzZZzzz...

04 March 2005

'Leg-Park'

Adakah perkataan 'leg-park' tue sama ertinya dengan perkataan lepak?

Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga cetakan 2002:

LEPAK
Lepak i: melepak putih betul (seperti kapas di busur), sangat putih: kulitnya putih
Lepak ii: bunyi seperti bunyi barang jatuh ke tanah (orang bertumbuk dll) ~ lepuk bunyi lepak yang berulang-ulang
Lepak iii: (le(tanda)pak); budaya (tabiat) ~ amalan negatif di kalangan masyarakat, seperti di kalangan remaja yang menghabiskan masa dengan duduk-duduk tanpa melakukan kegiatan yg berfaedah
budaya ~ yg pada peringkat awalnya dilakukan oleh kutu-kutu jalan telah diikuti oleh remaja
Melepak 1. dalam keadaan terlalu letih, melepek;
Melepak 2. berbuat sesuatu yg tidak mendatangkan faedah (seperti duduk-duduk di kompleks membeli-belah tanpa tujuan, berbual-bual kosong dll).
*Pengertian lepak (iii) lebih menepati konteks cerita entri aku kali ini.

Mengikut pemahaman mudah aku, 'leg-park' pula bermaksud:

LEG-PARK
Leg: kaki
Park i: taman (seperti taman permainan);
Park ii: kawasan untuk meletak kenderaan ataupun benda (tempat meletak kereta).

So secara logiknya istilah 'leg-park' tue mungkin boleh ditafsirkan sebagai berehat sebentar (di suatu kawasan tertentu) untuk melegakan kaki (daripada penat berjalan).

Ironisnya, samada kita melepak ataupun me'leg-park', perlakuannya adalah seakan-akan sama. Iaitu duduk bersantai-santai sambil berbual-bual kosong di tempat-tempat awam seperti pusat membeli belah, perhentian bas ataupun di simpang-simpang jalan dengan tujuan untuk menunggu seseorang, berehat menghilangkan penat ataupun memang sesaja nak menghabiskan masa.

Jadi kemungkinan besar perkataan melepak yang sering kita gunakan selama ini berasal dari perkataan 'leg-park'. Perkataan yang telah di'convert' dalam bahasa melayu sama seperti 'makgad' (mud-guard) dan juga 'karipap' (currypuff).
----------

Terima kasih kepada Nida dan Kak Ina yang membantu.

.:Nota Tangan:. - Tak kiralah me'leg-park' ataupun melepak, korang tetap membuang masa. Buat benda-benda yang berpekdah lagi bagus! Hahaha...

03 March 2005

Saat Aku lanjut Usia

Saat Aku lanjut Usia
by: So7

Saat aku lanjut usia
Saat ragaku terasa tua
Tetaplah kau selalu di sini
Menemani aku bernyanyi

Saat rambutku mulai rontok
Yakinlah kutetap setia
Memijit pundakmu
kau tertidur pulas

::korus::
Genggam tanganku saat tubuhku terasa linu
Kupeluk erat tubuhmu saat dingin menyerangmu
Kita lawan bersama dingin dan panas dunia
Saat kaki telah lemah kita saling menopang
Hingga nanti suatu pagi
Salah satu dari kita mati
Sampai jumpa di kehidupan yang lain

Saat perutku mulai buncit
Yakinlah kutetap yang terseksi
Dan tetaplah kau selalu menanti
Nyanyianku di malam hari
----------

Citer romantik versi 'lucon' kami adalah kiranya boleh aku nyanyikan lagu nie masa kami dah tua nanti. Masa tue kepala aku botak, gigi dah rongak dan perut buncit. Najah plak rambut dah beruban dan jalan terbongkok2 macam Erra Fazira dalam citer Hingga Hujung Nyawa tue.. wakakaka...

Kami sama-sama suka lagu nie, dan aku selalu purak-purak 'miming' kan mulut dan buat muka-muka bodo konon-konon nyanyikan pada dia kalau terdengar lagu nie dalam kereta. Masa tue kalau aku tak terima sedas cubitan berbisa daripada dia ataupun dia tarik muka masam, tandanya dia dah malas nak layan lawak aku laa tue. Tak sah! Hahaha...

.:Nota Tangan:. - Ekeke.. nasib laa, dah awak pilih pakwe giler-giler cam saya nie..