Powered By Blogger

Happy Birthday Umi!

Upacara bergambar dengan cupcake sempena birthday makbear pada 4 Jan 2013

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Percutian yang tak dirancang di Colmar Tropicale, pada 16-18 Nov 2012

Disneyland Hong Kong

We made it!! Hong Kong Disneyland 17-22 Nov 2011

Hari Raya Aidilfitri 2012

Huda asyik melalak je, so amik gambar pun lebih kurang je! Hehehe

Selamat Hari Lahir Waseem 2012

Sambutan birthday Waseem di Taska Permata. Cake Barney yang begitu menarik perhatian!

28 November 2013

Pasal yang mencari pasal

Lately ni aku sebenarnya merasa dan terasa sedikit terganggu dengan bbrp insan yang rajin update status or komen mengkomen berkenaan perkara2 yang di luar ruang lingkup mereka, perkara yang mereka sendiri tidak pernah lalui dan adakalanya komen dan status tu mengganggu emosi org lain...

Aku bagi contoh ye:

1) orang yang tak buat PHD tapi membising bila graduan PHD minta gaji lebih tinggi bersesuaian dengan tahap pendidikannya..yang buat bising tu macam la tau macam mana susah payah orang buat phd dgn thesis yang boleh membotakkan kepala tu..

2) orang yang tak buat Master dan tak melalui gazetment period macam aku tapi mempertikaikan kenapa pakar2 baru macam aku sibuk nak mempertahankan kelayakan kami mendapat elaun pakar ketika gazetment, mereka mendakwa kami tak buat keja pakar pun, still buat keja MO..eh! Macam la awak tu hari2 tengok aku buat keja apa...

3) Orang yang belum kahwin tapi bagi komen kat status wall orang yg dh berkahwin dan sudah beranak pinak supaya jangan curiga pada suami bla bla bla...supaya jangan pentingkan diri sendiri...kena jaga suami etc

4) Orang yang tak keja hospital, bukan dalam medical line mendakwa vaccination punca autisme la, kanak2 cacat la...seolah2 mereka hari2 keja kat hospital dan tengok hari2 pesakit2 kat hospital autism sbb vaksin...wei! Kat hospital tu lagi ramai baby dan anak2 yang sakit sebab penyakit berjangkit ye...yang kita harapkan ada vaksin untuk mengelakkannya...

Pasal vaksin ni kan, ada sapa2 perasan tak dengue (denggi) vaksin sudah hampir dipasarkan tak lama lagi? Vaksin yang dah lama KKM nantikan penghasilannya..Aku teringin nak tahu sapa yang sanggup melihat diri sendiri or anak or org yang mereka sayang masuk wad kena cucuk ambik darah berulang kali, pastu masuk ICU sbb bleeding dan pastu innalillah disebabkan jangkitan denggi? Kalau u all yakin sgt natural antibodi u all boleh protect diri dari kena denggi silakan  tidak ambil vaksin denggi tu bila KKM luluskan penggunaannya nanti ye....jangan lupa masa H1N1 berebut2 orang yang tak layak dapat vaksin H1N1 datang klinik request utk vaksin kat anak dia lah, mak bapak dia lah..masa wabak H1N1 tu semua seriau kan dan tak sabar2 tunggu vaksin tu keluar...

5) Sapa lagi ek? Ha!! Orang yang tak pernah kena pindah randah banyak kali dalam kehidupannya macam aku ni tapi bagi suggestion itu ini pada aku, cuba nak menafikan keperluan aku bercuti at least satu dua hari sebelum aku report duty kat tempat baru

Tu je kot senarai aku, aku bukan apa, disebabkan ada org2 sebegitu dalam friend list fb aku so aku rasa tak bebas nak melontarkan pendapat, share apa2 psl kehidupan aku ni...sbb aku rasa ada orang yang aku tak paham apa tujuan dorg request friend aku kat FB...nk stalking xtvt budak nakal macam aku ke? Ke nk promote bisnes dia ke? Dan sbb orang yg sama bila komen je sounds macam nak condemn aku..dan aku rasa dia tak ikhlas berkawan dengan aku dlm fb sebagai teman so akhirnya malam ni aku decided to unfriend mereka2 itu...

Pakbear memang tahu aku amat selektif dalam meng"approve" friend list aku, nama yg pelik2 ala2 diva gitu mmg aku tak accept, mereka2 yg aku tak kenal tp agak2 macam kenal pastu langsung bila dh accept friend pun tak kenal kan diri, tak tegur sapa aku pun aku unfriend after some time...sbb aku rasa fb aku bersifat peribadi so hanya mereka2 yang menghormati aku sebagai manusia biasa dan yg benar2 berminat jadi kawan aku sahaja yang aku rasa sesuai menjadi friend fb aku...so korg yang masih friend di fb aku kira bertuah la..hahaha..aku bukan apa dari zaman sekolah lagi sudah amat biasa dipandang serong disebabkan kelantangan dan keberanian aku dari segi tindakan dan kata2 so aku tak suka insan2 yang berciri2 "PENGAWAS" ada dalam hidup aku yang suka jatuhkan hukuman dan melaksanakan undang2...aku rimas!!

Dan akhir kalam, pesanan utk diri aku dan juga sesiapa yang baca entri ni, cubalah jauhkan diri dari menjatuhkan hukuman pd mereka2 yang mempunyai pendapat dan cara hidup berbeza dari kita...kalau pun u all rasa menyampah gila kat status update seseorang tu, rasa macam bengong je status org tu, kita tak payahlah sibuk2 nk komen especially bila  tahap orang tu berbeza dgn kita contohnya org tu anak dara sedih2 sbb putus cinta, kita nk bagi nasihat macam2 sampai menambahkan moody org tu, org tu tulis kata penat keja, gaji sikit, pastu kita sibuk kata keja kita lagi teruk, gaji kita lagi sikit sampai mcm nk kata kawan kita tu tak layak mengeluh..or org tu buat master/phd merungut pasal kehidupan dia, pastu kita pertikaikan kenapa org phd/master nak macam2 pulak...kalau rasa tak suka dgn status update seseorang dlm fb tu or dalam kehidupan seharian la kan, kita abaikan je..kalau rasa perkara tu wajib ditegur sbb menyalahi hukum agama, kita pm je dia kat fb or panggil dia jumpa kita, face to face tegur..tak perlulah nk condemn dan condemn sampai akhirnya aku terus unfriend ko...hahaha.....kan rugi tu ko dah tak dpt nak stalking kehidupan aku dah lepas ni...good bye Mr/ms the great...dirimu terlalu hebat utk jadi kawan aku yg sekadar di pinggiran ni..:)


26 November 2013

Kenapa Kucing Mandi Banyak Kali?


*Jangan betulkan skrin smartphone/pc anda... Warna anak2 nyau aku mmg polo double black. Hehehe

Semalam Wafiy tanya kenapa syasha asik jilat anak2 dia? Aku jawab syasha jilat sbb nak bersihkan bulu anak2 dia, kira mcm mandikan anak laa...

Kalau mcm tu x acilah manusia sehari mandi 2x jee tp kucing mandi banyak kali. Bebel Wafiy bila tgk syasha asik jilat anak2 dia jee...

Hurmmm... Kalau Wafiy nak dedi pun boleh jilat Abg Wafiy mcm tu setiap hari! Sambil jelir2 lidah kat dia. Hahaha terus Wafiy lari dengan muka geli geleman! Euuuwww!!!

Pergi mandi! Kalau tak dedi jilat abg mcm syasha! .... Berdebumm!!! Bunyi pintu bilik air! Hahaha

Sent from my iPhone

19 November 2013

Jalan Jalan cari haiwan (Zoo Negara)

Malam ni bagi memuaskan nafsu nak berblog aku ni, aku nak share gambar2 masa kitorang pegi Zoo Negara
2 minggu lepas..


Kenapa Zoo? Entahlah..aku rasa memang sejak beranak pinak ni, at least setahun sekali ktorg mesti pegi Zoo..samada Zoo Melaka or Zoo Negara...lama2 aku pun dah hafal selok belok dan semak samun dalam Zoo tu..hehe

Dulu2 masa sebelum kawin dgn pakbear pun kitorg rajin gi zoo sbb kononnya nak melawat sedara mara pakbear dalam tu so of course la bila dh ada anak pakbear nk bawak anak2 balik kampung kan? Haha

Tapi trip kali ni memang matlamatnya adalah untuk tengok tahap ke'obses'an Huda pada binatang....sbb ktorg perasan Huda amat suka benda2 comel dan berbulu tidak kira haiwan hidup mahu pun yang memang kiok sejak lahir...

Kelihatan aku berposing bersama dua orang bodyguard hensem aku...masa ni tgh tunggu tram, terpaksa naik tram sebab hujan lebat hari tu....punah harapan ku nk berjalan santai sambil merangkul lengan tough pakbear..kehkehkeh..

Kelihatan di sini Huda bersama pemuja nya iaitu pakbear yg setia menjaga dan melindungi anak dara kesayangan walaupun dh letih tunggu tram yg tak sampai2...

Ktorg dh naik tram..eh!! Tolong! Tolong! Ada nampak tak lelaki hensem tough memakai baju biru? Uwaaaa!!! Laki saya tak naik tram sekali...

Ha!! Ada pun pakwe hensem pakai baju biru ni...terima kasih ye haiwan2 sekalian yang menemukan pakwe saya ni, dia memang selalu hilang bila masuk Zoo ni, jumpa ramai sedaralah katakan, banyak nk dibualkan...:p

Ni mak ghimau...badan maintain slim je walaupun sudah beranak dua...:)

Ni anak kepada Mak ghimau di atas, aku tengok dah macam Wafiy dan Waseem, main je, berguling sana, bergasak sini...patutlah mak dorg ni kurus macam aku jugak..haha

Ni ghimau putih, disyakki sekor ghimau betina berdasarkan kecerahan kulit dan renungan seksi mata nya..hehehe..

Dua ekor ghimau ni sebenarnya baru lepas main lari2..dari air muka nampak macam masih kanak2...muka notti dan penuh tipu muslihat..haha



Gmbr aku lagi dan anak2 bearuang

Huda sedang melambai2 mesra kenalan barunya..

Pakbear kata dia suka gambar ni sbb cute...mesti sbb ada aku dalam gambar ni kan sbb tu pakbear kata cute..hehe

Ktorg menonton Animal show..perasan tak Wafiy macam tengah menggigit sesuatu dgn semangatnya? Hehe..itu adalah roti keras kejung yg ktorg bawak dari rumah..camne ntah boleh jd kejung camtu...time ni dh lapar, so sumbat je lah apa yg ada dulu..

Pandai dia ni...

Si Binturong sedang menunjukkan kekuatan ekornya ketika bergayut...

Aku rasa aku boleh buat camni...maklumlah hidung ferrari kan pakbear? ;p

Budak burung ni sesat jalan...patutnya show dia last sekali tapi dia dh terdatang awal...kihkihkih...

Dah habis Animal show, kita makan pulak

So boleh balik dah...


#eh! Aku baru perasan aku tak jumpa langsung bear...konon datang nk jumpa sedara, tapi asik jumpa ghimau je...Pakbear, camne awak bawak sy balik kampung awak ni? Kita dah salah rumah ni...ish! Ish! Ish!


10 November 2013

Legoland & JB trip Mei 2013


Assalamualaikum...aku tak boleh tdo malam ni sebab tadi Huda mood tak baik...melayan dia tengok kartun dan akhirnya pukul 2.30 pagi tadi baru dia lena...

Dan aku pulak tiba2 rasa nak tulis entri pasal trip ktorg ke Legoland JB bulan Mei lepas...lama gaban dah...baru aku perasan yang ktorg takde entri pasal pegi Legoland ni..hihi..atas dasar mahukan blog ni hidup hingga ke anak cucu jadi aku rasa entri Legoland ni sgt penting untuk anak2 aku mengimbau kembali kenangan kami di sana...

Disebabkan otak aku pun dah nak shut down so kita layan gambar je lah eh..

Sampai2 je pose dulu...sebelum semua org mengamuk..hehe



Wafiy di driving school...keta yg ni khas utk kanak2 yg dh agak matang macam Wafiy



Yang ni untuk kanak2 yang belum mumaiyiz...hehe..cikai sikit la...tapi masih syiok..




Aku dah ada driver peribadi...hehehe



Pakbear dan anak2 main bomba bomba...FIRE! FIRE! Peluh2 pakwe aku..

Ni baby care...kita boleh berehat bersama baby2 kita di dalam ni...ada aircond, facilities utk buat susu anak, utk bagi baby makan, ada toilet dan ada 3 rooms bertirai utk ibu2 yang nak breastfeeding...ada kisah sbnrnya kat baby room ni...aku menangkap seorang staf Legoland tido dalam one of the room for breastfeeding tu...disebabkan dia tdo kat bilik tu so aku terpaksa bf Huda di ruang legar je...geram aku...aku snap gambar minah yang tido terbongkang tu dan aku email ke pihak Legoland time2 tu jugak...dorg pun dah reply dan mintak maaf..huhu..nama je tempat gah tapi kalau dh pekerja nya org takde sivik, tempat yg bagus pun boleh drop..

Seterusnya adalah gambar pakwe2 aku yg hensem2 di mata ku...ada yg berkenan? Sila ambil no giliran ye..ramai ni anak2 dara dh book pakwe2 ni...hehe..kriteria menantu aku senang je...aku nk menantu yang kerja cikgu sekolah rendah...:D








Ada sesetengah games dorg akan suruh kita ukur ketinggian anak kita dulu...cukup or sampai ke tahap ketinggian yg ditetapkan baru bole main game tu...so ada lah beberapa kali Waseem tak dpt masuk main...kesian anak Umi..nanti Waseem dh besar lagi kita pegi lagi...:)

Castle ni bagi aku biasa2 je lah. Castle disneyland Hong Kong lagi extravaganza la...uwaaaa!! I miss HK disneyland...


Aku tak naik menatang ni sbb aku gerenti akan mabuk sepanjang minggu kalau naik dia ni...


Main Lego pulak


Hip hip hurray!!


Kesayangan ku...


Busuk wooo!!


Bye Legoland...


Anak2, tengok le Dedi korang ni...ish ish ish!


Kami juga ke Zoo Johor keesokan harinya, setelah kechiwa mendapat tahu Muzium Johor tutup for renovation until next year...sedih dan terkilan tau...aku teringin sgt nk masuk Muzium Johor tu..


Aku hilangkan kesedihan dengan naik paddle boat...


Masjid yang cantik di atas bukit..sesuai untuk merawat hati yang duka lara...

Bye JB...:)

Syasha dah jadi Mama

Tengah malam semalam secara rasminya aku menjadi nenek kucing buat yang ke berapa puluh kali nya..hehe

Aku dulu dlm sejarah pernah ada sampai 13 ekor kucing di rumah mak aku kat kampung tu...masa tu aku masih bujang trang tang tang...takde komitmen, masa free utk diri sendiri sgt banyak..so selain daripada membelek diri sendiri, aku juga membelek kucing2 aku dari hujung hidung ke hujung ekor..syok ooo dulu2...aku dh macam Mak kucing...setiap masa dgn kucing..makan, mandi, tido, solat, ngaji..ada je kucing duduk di tepi2 aku...baca buku pun kucing temankan...dorg le yg rajin meng'geget' pensel dan pen aku sampai berlubang2...tapi takpe sayang, umi suka..hehe..pensel lobang2 tu lah penguat semangat umi time exam..:)

Ok, sebelum aku tersasar lebih jauh dari tajuk, bercakap pasal Syasha..smlm dia memang mengiau ngiau tanpa henti..yg ajaibnya mmg baru je 2 hari lepas aku tergerak hati nk bawak balik kotak2 kat stor lab aku tu..org dok usik aku katanya aku dh tak sabar nk pindah Sarawak, tapi aku menjawab dengan yakin "Kucing aku nak beranak la, tengah tunggu hari je.." Hehe..tak sangka masin mulut aku...aku katakan pada pakbear itulah instinct seorang Umi kucing seperti aku..dpt rasa yg Syasha akan bersalin very2 soon...

So di kala Syasha mengiau sana sini tu, aku pun ambikkan lah kotak yg aku ambik kat lab tu, aku letakkan suratkhabar, then letak baju2 lama pakbear..dah siap alaskan semua aku pun memberi tunjuk ajar kepada Syasha cara2 beranak di dalam itu..hehe..

Syasha pun macam paham2 je tu lah bilik bersalin dia...dia adalah cubaan nk menyelit masuk almari ktorg tapi lepas tu dia kembali semula ke kotak tadi..:)

Oh ye!! Malam semalam pakbear main badminton..jadi aku ni agak rimas la jugak bila Syasha mengiau2 je..sampai Waseem pun cakap kat Syasha.."Syasha ni nak beranak, pegi lah beranak..janganlah kacau ktorg tengah main train ni"...hehe..si Waseem pun dh rimas....

Tapi kan Syasha masih restless sampai la Wafiy dan Waseem dh tertido kepenatan main train Thomas...dan hinggalah pakbear balik di malam yg sudah gulap gulita itu

Disebabkan Syasha mengiau je, so pakbear yg baru pulang tu meng'offer' Syasha wetfood favourite Syasha dan surprisingly Syasha hanya memandang pakbear sebelah mata..hihi..dia tak datang langsung kt pakbear..

Pastu kan, tak lama pastu aku yg sedang bergolekkan di atas toto depan tv tiba2 terbau busuk macam bau tahi kucing..dan aku mati2 menuduh pakbear yg berbau busuk itu sbb sblm pakbear balik, rumah ktorg harum je..hihi.. Setelah gagal memaksa pakbear yg berpeluh2 dan kepam setelah penat bermain badminton itu mandi, aku pun mencari la punca bau busuk tu...

La..rupanya Syasha terberak atas toto yg aku golek2 tu...hampeh ko Syasha, nasib baik aku tak terkena yak ko...

Aku pun dh semakin mengesyaki yg Syasha dh nak beranak sbb Syasha tak penah berak merata ni...

Dan dulu masa aku nk lahirkan Waseem pun simptom aku adalah diarrhea..:)

Pastu setelah mengemas toto yg dh busuk tu, aku pun suruh pakbear cari Syasha kat mana..pakbear ku yg masih berbau kepam itu pun menjengah dlm kotak yg aku sediakan tadi...pastu pakbear keluar dari bilik yg aku letak kotak tu dengan muka excited..

Pakbear: "Yang, abg rasa Syasha dah pecah air ketuban la"...

hahahaha..kelakau kelakau...aku gelakkan pakbear...

Aku: "Camne abg tau air ketuban Syasha dah pecah?"

Pakbear: "Sebab abg tengok paper yg Ayang buat alas tu dh basah"

Logik alasan pakwe ku itu...

Tak lama pastu pakbear yg masih excited jenguk Syasha lagi...

Pakbear: "Yang, abg dengar bunyi baby meow"...

Aku: "Ha!! Ye ke??!! Berapa ekor dah bang?"

Pakbear: "jap..ha..baru sekor...hitam legam yang"...

Dan selepas itu dan selepasnya aku dan pakbear pun asik ulang alik tengok cucu2 kami tu...

Sebelum tdo kami tengok ada 3...semua hitam...hehe

Bangun pagi tengok lagi...

Ha...ada pun sekor yg hitam putih...

Welcome to the world cucu2 Umi dan Dedi...tak sabar tunggu korang main lari2...hehe..skrg ni korang nenen lah dulu sampai gumuks ye..Muahhss!!!


03 November 2013

Jam untuk Dedi



Ni jam hadiah untuk pakbear...dah berbulan2 dia menggoda aku utk membeli kan jam ni...tapi aku a bit reluctant sbb aku tak nampak di mana ke 'macho'an dan kecanggihan jam2 macam ni..hehe..

Dan korg tau tak, aku mati2 tak tau yg jam macam ni adalah jam ori yg mahal, aku mati2 ingat jam brand G-shock casio apa ke benda ni adalah jam pasar malam je...aku lebih kenal jam ni sebagai jam pasar malam yg cikai...pendek kata takde class la..aku tak penah pasan pulak kewujudan jam brand sebegitu di kedai2 jam, mungkin juga sbb aku sendiri tak minat pakai jam..jam aku ada berbagai2..tapi semua tak pakai..entahlah..aku mmg tak minat pakai jam, gelang ke, cincin ke kat tangan/lengan...rs susah nk buat keja..:p

So hari ni baru la aku dpt tengok jam g shock ni hidup2 depan batang hidung kenit aku ni..hehe...mmg pun rupa dia macam jam pasar malam tu tp dia nampak hensem sikit la..hehe..kesian ko jam, aku lebih kenal member ko yg imitate tu dari diri ko..takpelah janji pakwe aku suka, aku on je...ko jgn notti2 tau...duduk kt tangan laki aku tu jangan nk gatal2 kan dia tau..laki aku tu alergik macam2...kang dia alergik kat ko, kat laki mana pulak lah aku nk kena pass ko? Dah lah semua lelaki lain tak menepati kriteria yg aku suka...hehehe...sori incik bam...

Oklah, akhir kalam....aku nak tujukan lirik lagu di bawah ni untuk pakbear...

"Ain't nothin' better
We beat the odds together
I'm glad we didn't listen
Look at what we would be missin'"

We luv u dedi...memang ktorg notti tapi ktorg semua sayang dedi....dedi cuba nyenyum ikit...ha!!! Kan comel mcm ktorg...hehe


02 November 2013

Aku dan verifikasi

Hari ini dalam sejarah...sbb hari ni 1st time aku verify report aku sendiri..sejak aku gazetment starting bulan 7 lps, akhirnya barulah boss2 di tempat aku keja skrg confident nak melepaskan aku verify report sendiri..

Actually verify report as pakar ni memang antara perkara yang menyeramkan bagi ktorg..sebab management pesakit almost 90-100% bergantung pd apa yg pathologist tulis. Kalau aku kata biopsy tu kanser, hampir konpem lah patient akan di'operate'..dan konpem lah patient dan family members depressed sbb diagnosis kanser tu. Sbb tu ada pakar2 senior yg nasihatkan, selalu...kena selalu pikirkan implikasi diagnosis yg kita tulis tu sbb pakar di wad/klinik amat bergantung pd kita, walaupun patient langsung tak kenal kita, dan langsung tak tahu bahawa pathologist la org pertama yg tahu diagnosis dia..kesian patient...

Sbb tu kalau aku dh penat or rasa mood kurang baik aku jarang menjerumuskan diri untuk diagnose kes2 yg berat macam kanser tu..nk diagnos kanser under microscopy hati kena tenang..kena lapang dada...kalau letih better rehat dulu, makan ke, solat ke, main internet kejap ke..hehe
..sbb tu org ramai kata pathologist lepak, tp sbnrnya aku lepak2 kan diri sbb taknak tersalah diagnos patient bila aku keletihan...walaupun begitu, kerana workload yg amat tinggi, aku dh train otak aku utk bekerja dlm keadaan tenang dan munasabah walaupun aku kepenatan....huhu..teringat dulu ada sorg relative patient masa aku houseman tnya aku:

Relative patient: Doktor, Doktor memang tak balik rumah langsung ke dari semalam? Saya perasan doktor ada je dari pagi semalam..

Aku: Haah. Saya oncall, so memang tak balik..

Relative patient: Abih, doktor tido pun tak ke? Sy perasan doktor ada je dalam wad buat kerja..

Aku: Haah, admission banyak, sy tak tido langsung..

Relative patient: Tak ngantuk ke doktor? Muka doktor nampak segar bugar je..

Aku: Ngantuk..tapi dah biasa..dari sy medical student dulu lagi dah biasa oncall..memang tak tido...

Relative patient: Doktor makan ubat apa kasik tak ngantuk tu? 

Aku: haha..set dalam otak je..takde makan apa2...

So in summary, aku nk mengatakan mungkin disebabkan doktor2 ni dah dibiasakan dari zaman undergrad dulu memang otak kena alert, mental fizikal tahan lasak, hati keras macam batu sbb tu kot Angkasawan Negara kita pun seorang doktor..Tun Dr Mahathir pun doktor kan? Doktor mmg dah biasa kerja secara luar biasa dalam keadaan yg memerlukan fokus yg tinggi walaupun sbnrnya dia dah letih..

So, itulah hasilnya aku sekarang...bila dh jadi specialist, gaji mmg best..tp workload dan tanggungjawab sgt banyak...sampai adakalanya aku rasa nk nangis bila tengok slide kes aku bertimbun2...sedih wooo..aku memang tak cukup rehat skrg ni...balik lewat tu perkara biasa...weekend pun aku dtg hospital...

So bila dah bole verify result sendiri ni, adalah rasa hepi sikit sbb org dah yakin dgn kita, tapi aku tahu beratnya tanggungjawab yg dipikul....tapi hidup memang lah camtu kan? Setiap hari, setiap masa kena ada challenge..barulah hidup, kalau hari2 buat benda yg sama je pun bosan jugak..huhu

Anyway, tadi 1st result yg aku verify adalah kes yg MO aku dh tengok dulu slide kes tu...yg best tu MO tu adalah bff aku dari zaman aku MO biasa kat Melaka dulu...skrg aku dah pakar, dia master student final year...insyaAllah next yr dia pun dh jadi pakar....ktorg selalu gelak buat lawak membayangkan camne le rupa paras jabatan pato melaka kalau aku dn kawan2 aku yg jadi boss2 nye...hahaha...mesti huru hara dan penuh dgn gosip2 hangat..hehe..mesti boss2 yg skrg cuak nk mewariskan jabatan tu pd ktorg. Ktorg siap pikir ni sapa nk naik jd HOD..aku rs ada sorg lagi kawan aku yg rajin buatkan biskut sapu jem tu kot...hahahaha...rindu korang semua...Melaka patho always in my heart..insyaAllah satu hari nanti aku balik ye as consultant pathologist pulak...kihkihkih...