29 January 2013
Sedetik Lebih Buat Selamanya
Di waktu malam malam begini, di kala pakbear dan semua anak2 bear dah tido, di waktu mata aku dh hampir terkatup, di kala hati masih meronta2 untuk menghabiskan tugasan yg belum selesai, aku yang teringin membaca blog sendiri telah tertaip afzal.blogspot yang membawa aku ke sebuah blog yg amat mengusik hati...blog seorang ibu yg amat merindukan anak nya bernama Afzal yg telah kembali ke alam sana....
Membaca setiap satu entri nya membuat kan aku mengakui satu hakikat...kasih ibu membawa ke syurga...aku amat teringin bertemu si ibu yang menulis blog itu...alangkah baiknya sekiranya aku bole menjadi ibu yg sebaik itu...
Anak2 umi, satu hari nanti kalu anak2 Umi dah pandai baca blog Umi dan Dedi ni, bacalah setiap satu entri Umi dan Dedi itu…. setiap satu daripadanya adalah rakaman detik2 istimewa dalam hidup Umi dan Dedi semasa membesarkan kalian...tidak ada satu pun yg Umi dan Dedi sesali dalam kehidupan kita ni...melihatkan senyuman dan keletah anak2 Umi cukup menghiburkan walaupun adakalanya menimbulkan rasa sebal di dada...hahaha...bergembiralah anak2 beruang Umi dan Dedi...sememangnya tugasan seorang kanak2 adalah untuk bergembira selalu...
Umi nak anak2 Umi tahu Umi dan Dedi amat menyayangi kalian semua....kalau boleh biarlah hanya kemanisan yg kalian rasakan...biarlah segala kepahitan dalam kehidupan ini Umi dan Dedi yang hadapi...
Luv u all anak2 bear...;)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
alaa... gambar dia dgn anak2 jee. x aci betul! ;(
Hahaha.
Betul tu...x aci sbb taruk video boiprenku
hahaha... anw aku try comment kat blog ko td tp slow giler.. apasal eh?
BRO, SATU HARI NANTI AKU PUN INGIN LIHAT ANAK AKU BACA BLOG AKU.. :)
Fairus, blog ni sy memang suruh pakbear hidupkan semula untuk jadi rujukan kami sekeluarga sebagai rakaman semua memori dalam keluarga kami..;)
betul3x!!
Post a Comment