Powered By Blogger

Happy Birthday Umi!

Upacara bergambar dengan cupcake sempena birthday makbear pada 4 Jan 2013

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Percutian yang tak dirancang di Colmar Tropicale, pada 16-18 Nov 2012

Disneyland Hong Kong

We made it!! Hong Kong Disneyland 17-22 Nov 2011

Hari Raya Aidilfitri 2012

Huda asyik melalak je, so amik gambar pun lebih kurang je! Hehehe

Selamat Hari Lahir Waseem 2012

Sambutan birthday Waseem di Taska Permata. Cake Barney yang begitu menarik perhatian!

28 September 2005

Menantu Taukeh

Sekarang nie aku dah menjadi usahawan kecil-kecilan menjual kerepek-kerepek/jajan dekat pejabat. "Nak besarkan anak-anak..", kata aku pada peminat setia jajan di pejabat. Biasanya laku, dengan bantuan pelajar praktikal aku yang telah aku lantik sebagai 'sales director', dalam seminggu hampir 30 paket 'sapan'!

Kerepek-kerepek tue aku tak buat sendiri dan sesungguhnya juga bukan MakBear yang buat sebab dia ada banyak keje lain yang nak hadap (di samping untuk membelai dan mengulit aku, hehehe). 'Supplier' aku adalah mak mertua aku sendiri. Selang 2 3 hari sekali mesti call tanya perkembangan bisnes.

Memandangkan mak mertua aku dan jadi 'tokan' besar sekarang nie, maka tatkala aku bersalaman dengan dia aritu aku panggil dia taukeh! Dia tergelak sambil marah-marah manja kat aku; sebab panggil dia taukeh, auuww!!

Makanya jadilah aku menantu taukeh. :)

25 September 2005

Sakit

Orang kata, perkara yang menyakitkan bagi wanita adalah melahirkan anak dan bagi lelaki pula adalah sakit gigi?!

Betul ke?

Betull, memang sakitttTTTtt! Bergolek-bergolek. Tapi aku baru rasa sakit gigi je laa belum sakit nak beranak lagi. Hehehehe

21 September 2005

Jalan

Faizul: Aduh laparnya perut aku. Menggigil-gigil rasanya tangan aku nie menahan kelaparan.
Nita: Alah ko tengok jee laa kat dapur tue, kan ada biskut-biskut yang kau boleh makan.
Faizul: Aku dah makan dah, tapi tak jalan jugak. Nak makan nasik jugak nie.
Nita: Haaa, kalau macam tue kau makan racun tikus nie, konpem kau jalan terus!
Faizul: &*@%^#

20 September 2005

Beli Ketenangan

Sekarang ini dah gila dengan hobi baru. Bulan lepas beli akuarium bersaiz sederhana, beli ikan, beli 'filter-pump' dan aksesori yang lain, ranap rm250.

Semalam merengek-rengak pada MakBear, mintak akuarium 6 segi pulak. Konon nak bela ikan eksotik kaler-kaler 'striking' cam kat Langkawi Underwater World dulu. Bila dah dapat, baru lena tidur malam sebab dah letih leka mengadap dari pukul 8 sampai pukul 12.

Pagi nie, MakBear menyarankan supaya aku beli baju kemeja baru. Sebab baju-baju yang ada dia dah boring tengok. Aku cakap tak payah, membazir. Bajunya elok- elok lagi.

"Ooooo... beli akurium semalam sampai beratus-ratus tue takpe, tak membazir ke?", MakBear pulang paku buah keras.

"Tue takpe, itu membeli ketenangan namanya, saya beli ketenangan untuk diri saya sendiri yang berharga ratusan ringgit", aku cepat-cepat angkat kaki sebelum kena jeling dengan MakBear.

18 September 2005

Orang Tipu Orang

Cukup membengangkan aku!

Trend menipu zaman sekarang pakai kertas gores dan menang. Dengan modal 50sen, si penipu boleh dapat untung ribuan ringgit! Macam-macam helah, dapat cabutan bertuah laa. Kupon, baucer atau apa sahaja sehingga ke potongan harga istimewa untuk memiliki kereta Naza Ria idaman sehinggalah Gen2, buat jadi '2nd car' memudahkan isteri tersayang ke sana ke mari.

Budak-budak yang datang minta derma dan menjual pelbagai macam benda juga dah susah nak dipercayai. Dari menjual takwim Islam, pelekat doa naik kenderaan sehinggalah ke menjual keropok ikan ataupun sarung kotak tisu berharga RM10 kononnya untuk derma pembinaan masjid, rumah anak yatim ataupun untuk menampung kos belajar. Satu lagi bagi buku fadhilat dan seumpamnya kononnya ikhlas nak bagi, bistue minta dari kita derma ikhlas pula. Ikhlas ke tu?! Kalau tak bagi karang kata kedekut, kalau bagi nanti dah ada 5 buku yang serupa kat rumah.

Mak bapak aku pun dah terkena. Kononnya dapat cabutan bertuah daripada kupon-kupon pembelian barangan elektrik yang pernah dibeli sebelum ini. Kebetulannya bapa aku memang suka menghantar kembali kupon-kupon tue. Tarikh, masa dan tempat telah di'set'kan. Hujung minggunya mereka pergilah ke sebuah kedai di Muar, tawarannya lumayan. Mak bapak berpeluang mendapat cabutan bertuan yang terditi daripada sebesar-besar kereta Atoz, motor Virago, sehinggalah ke set teater rumah ataupun wang tunai RM20k. Semua hadiah-hadiah tue berharga RM20k ke atas.

Bapak aku terus setuju. Kira punya kira, kupon tak cukup beberapa keping. Untuk melayakkan bapak aku membuat cabutan bertuah tue, bapak aku kena tambah RM8k. Mak aku dah mula syak sesuatu, tapi bapak aku dah tak peduli. Nak sangat dapat laba segera dalam sekelip mata. Mengadu di dinding, wang segera RM8k selamat dikeluarkan dan terus bertukar tangan. "Jangan risau kak, abang, kesediaan abang membayar duit ini membolehkan akak dapat sebuah Gen2 pulak bulan 12 tahun depan dan duit kakak dengan abang akan kami pulangkan 100%", kerani berwajah manis dan berbaju kurung sopan memujuk.

Tiba masa mencabut undi, bapak aku terkumat-kamit membaca doa murah rezeki. Alamak dapat set teater rumah jee! Mak bapak aku tepuk dahi. Siapa yang nak gunakan set tue, anak-anak bujang semua dah beristeri. Tiada maknanya!

"Takpe kak barang-barang nie boleh bawak balik terus hari ini. Kami hadiahkan lagi tv dan set pengurut kaki" bila tengok mak aku dah tersenyum kelat. "Tahun depan kita jumpa lagi, kami bagi Gen2 dan pulangkan duit sekali, kakak jangan susah hati".

Ini semua kes orang tipu orang. Kesian mak bapak aku, duit dah terbang RM8k, hanya berharap-harap dan tunggu Gen2 tahun depan mampu dimiliki. Mimpi yang tak pasti.

16 September 2005

Sampai Bila


Sampai Bila
By: Afdlin Shauki
Apakah erti kehidupan ini
Adakah hanya untuk memuaskan hati
Dengan bekerja tiap malam dan pagi
Cukup bulan menambah kadar inflasi
Fikirkan segala kesusahan ini
Berhimpit-himpit
Dalam bas setiap hari
Jalanraya kesesakan
Menyiksakan badan

Sampai bilakah harus kita begini
Sampai tua atau ke akhir nanti
Mengulangi putaran roda hidup ini
yang tak henti-henti
Sampai bila kita begini
Sampai bila ke akhir nanti
Sampai bila roda ini
Sampai bila tak henti-henti

Dalam kesibukan perlu kita beringat
Kehidupan bukan hanya memerah keringat
Hingga kekadang diri kita terjerat
Dalam kancah orang tidak beradat
Fikirkan tentang segala eksploitasi
Yang tak mengenal maruah dan harga diri
Mengulangi putaran roda hidup ini
Yang tak henti-henti

Repeat C/O

Kita hidup di dunia
Tidak akan lama
Usahlah dipersia-sia
Ini semua
Hanya sementara
Jangan lupa kepadaNya


15 September 2005

Teh RM1.00

Seorang lelaki singgah di sebuah warung dan memesan segelas teh ais... Sebentar kemudian teh pun sampai dan ketika dia hendak meminumnya dia mendapati ada seekor lalat sedang berenang didalam tehnya. Lalu ia memanggil pelayan.... "Waiter..! Kenapa ada lalat di dalam teh saya...?" Dengan muka selamba si pelayan menjawab.. "Takkanlah dengan harga teh RM 1.00 anda mengharapkan ada kambing di dalamnya...".

13 September 2005

'Tendon Hammer' ~ Realiti Kehidupan

Ini adalah kisah sepasang suami isteri di suatu pagi.

Di hadapan cermin besar yang terdapat di bilik mereka, si suami sedang bersisir rambut dan merapikan pakaian. Si isteri hanya memerhati kemudiannya berkata:
Isteri: Abang nie kan kalau ada orang lain menyamar jadi Abang pun, saya tau beza mana satu Abang yang asli mana satu Abang yang palsu.
Suami: Errr, macam mana?
Isteri: Alaa, saya tengok jee camner cara dia merapikan diri di hadapan cermin. Kalau siap berposing-posing, pusing kiri, pusing kanan, 'konpem' lah abang tue!
Suami: Hahaha, hey ramailah orang yang buat macam tue. Taklah 'significant' sangat.
Isteri: Alaa, susah-susah saya bagi jee 'tendon-hammer'. Saya taulah dia tue betul Abang atau tidak.
Suami: Erkkkk, kantoi!! (Hampeh)


(Si suami ada satu gelagat luar biasa yang istimewa apabila bermain-main dengan 'tendon-hammer'!. Pantang tue, tak boleh jumpa.)

Suami: Alaaa, abistue kalau orang yang menyamar tue sebenarnya hensom macam Brad Pitt?
Isteri: Kalau macam Brad Pitt, saya mengeaku jee dia suami saya walaupun dia tak kenal 'tendon-hammer'.

Suami: Cissss!! (Hampeh lagi)

P/s: 'Tendon-hammer' adalah satu alat yang digunakan oleh para doktor untuk menguji kepala lutut.

12 September 2005

FuUyoO!!

Aku dah dapat CD Fuuyo Abang Kodok. Best woooooo!! Thanx Abang Kodok, lu punya karya memang M+A+S+T+E+R =PIECE!!

FuuUUUyooOoooo!!!

Sumer lagu dalam album tue aku suka tapi yang paling best adalah:
+ Sampai Bila
+ Aku Lelaki
+ Tuan & Hamba
+ Daku Percaya
+ Mia Sara

Aku layan sambil terangguk-angguk kepala macam orang tak betul. Dalam album tue ada cd Fuuyo! Vcd the making of Fuuyo! Dan fancy lyrics book of Fuuyo! Memang Fuuyo ah! Thanx Abang Kodok, nanti aku bank-in duit kasi lu Fuuyo!

P/s: Aku agak mungkin Abang Kodok akan jadi artis tempatan yang paling berjaya menjual albumnya melalui jaringan internet.

09 September 2005

Gangguan

Lewat tengahari tadi, semasa aku dan Mak Bear keluar dari rumah hendak ke kereta untuk ke tempat kerja, aku telah disapa awek rumah sebelah:
Awek sebelah: "Pak Bear! Pak Bear!"

Uish, terkejut beruang aku ada awek penggil nama aku. Aku jenguk, rupanya awek Wanda, awek Maya dan awek EL (Three Musketeers)! Diorang ada rehearsal konvo arinie. Aku senyum sambil merapu meraban kontrol gelabah. Aku tanya jee apa-apa soalan yang terlintas di fikiran aku masa tue.
Awek Wanda: Najah mana?

Berlakulah sesi suaikenal sebab si Wanda memang tak pernah jumpa Mak Bear. Lepas tue aku dapat satu soalan bernas dari awek Wanda:
Awek Wanda: Kenapa dengan blog hang Pak Bear?
Aku: Errr.. Hehehe, semalam baru apdet. (Menyeringai..)
Awek Wanda: Wah, dah kawin nie susah tul hang nak apdet Pak Bear.
Aku: Aku bukan taknak apdet, aku diganggu aaaa.. ada 'gangguan' yang telah menghalang aku dari apdet blog. Sambil menjeling kat Mak Bear.
Mak Bear, awek Wanda, awek Maya & awek EL: Cehhhh.. ye laa tue!!

P/s: Boleh tak aku guna jawapan 'gangguan' nie sebagai alasan sebab aku tak apdet blog?!

08 September 2005

Dah Hilang Akal!

Hahaha, aku dah hilang akal sebab tinggalkan blog aku nie bersawang sampai hampir 2 bulan! 2 bulan aku tak menaip entri (walaupun aku mahu) dan 2 bulan aku tak respond pada member-member yang bertanya di YM, chatterbox mahupun email aku (walaupun aku terharu).

Kepada penanya-penanya soalan yang bertanya tentang itu dan ini, jawapannya:
+ Takde apa-apa, aku OK! Sihat. Alhamdulillah.
+ Mak Bear belum 'berisi' lagi. Yang tanya dah ada ulat ke belum, biji sawi laa, taugeh laa, anak beruang laa, jawapannya belum lagi yee. Anak setan ada laa, selalu bergayut kat disk astro rumah aku. Muahahaha!
+ Aku belum merancang hendak berhenti blog. InsyaAllah, aku masih lagi makan blog, minum blog dan tidur blog. Cuma mungkin tak se'hard-core' dulu. ;p

Bistue kenapa? Sebab aku dah hilang akal!

Aku pun semakin hilang akal sebab tunggu Album Fuyyo si AbangKodok kita nie tak sampai-sampai lagi. Takkan abang posmen yang kebas kot! Hehehehe...