Powered By Blogger

Happy Birthday Umi!

Upacara bergambar dengan cupcake sempena birthday makbear pada 4 Jan 2013

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Percutian yang tak dirancang di Colmar Tropicale, pada 16-18 Nov 2012

Disneyland Hong Kong

We made it!! Hong Kong Disneyland 17-22 Nov 2011

Hari Raya Aidilfitri 2012

Huda asyik melalak je, so amik gambar pun lebih kurang je! Hehehe

Selamat Hari Lahir Waseem 2012

Sambutan birthday Waseem di Taska Permata. Cake Barney yang begitu menarik perhatian!

31 January 2005

Info Mutakhir (VCD Gath 04)

LAPORAN JUALAN
20 keping vcd Gathering GeJu 04 telah dibawa ke KL pada 29 Januari 2004 yang lalu bersempena dengan Forum Weblog:Ruang Ekspressi Idea & Sastera di Rumah PENA dan GMI Poolside BBQ di rumah Presiden GMI. Sebuah mini jualan secara terang-terangan dan gelap (di Rumah PENA terang dan di rumah Presiden GMI memang sah gelap!), hanya 2 keping sahaja yang dibawa pulang semula ke Melaka. Walaupun aku agak-agak kalau bebetul aku promote memang habis semua 20 keping vcd tue, tapi sengaja aku tak habiskan lagi 2 keping tue sebab hari nie tadi aku dah poskan 2 keping vcd tue pada Ayares di Kulai dan Kak Nis di Ipoh!! Hahaha... tak payahlah aku burn lain vcd tue. Kesimpulannya, setakat petang nie (31/1/2005) 20 keping vcd telah berjaya di'let-go'kan samada secara jualan langsung ataupun telah disaguhatikan dengan sengaja!

20 pemilik vcd special edition nie...
+Tok R
+ Mie Bro
+ Uncle EP
+ Yadziz
+ WkDin
+ Op
+ ND
+ Diman
+ E1
+ Mely
+ Eisya
+ Nida
+ Lin Langsatz
+ Tipah
+ Nesloice
+ Zhoulsz
+ Nazmi BH
+ De5lin
+ Ayares (akan terima)
+ Kak Nis (akan terima)

TESTIMONI PENONTON
*Op kata : "Puas hati dengan VCD terlampau ko tue, berbaloi RM5.00!"
*Tok R kata : "VCD kau memang best. Great editing. Tidak bosan. Good music. Funny. Cuma 5 minit terakhir VCDaku sangkut-sangkut. Calar kot tapi masih boleh tengok. 5 bintang!"
*De5 kata : "PB chunn nya. CD ok cun gile. Aku tak tido-tido lagi nie, semata-mata nak tengok CD ko... "
*Zhoulsz kata : "CD ko tue menarik siot. Malas nak puji lebih-lebih. Hehe.Tahniah dari aku."
*ND kata : "Aku baru tengok CD gath tue. Best gilos! Aku suka time credit yang ada lagu aku tue, memang cantik je sampai ending. Hehe, thanks dude!"
*Yadziz kata : "ko punya cd sekat sekat..memang betullah cd cetak rompak.."
Adoi!! Huhuahu...

CARA UNTUK MEMILIKI VCD INI
Aku masih lagi larat dan bercadang untuk ulang cetak beberapa keping lagi vcd ini memandangkan masih ada lagi permintaan. Disebabkan jualan secara langsung dah tiada jadi aku akan mengepos vcd-vcd berkenaan kepada empunya diri yang berminat. Harga vcd adalah masih RM5.00 jika dijual secara langsung. Ikut harga GT, kalau GT turun aku bleh turun harga. Hahaha...

Kepada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan secara pos harganya adalah RM10.00. Al-maklum, harga terpaksa dinaikkan untuk mengcover kos penghantaran. Spesifikasi kos adalah seperti berikut:

Kos vcd - RM 5.00
Kos Sampul - RM 1.20
(Buble envelope)
Kos Penghantaran - RM 4.73
Jumlah - RM10.93


Tapi sebab aku tak pandai kira, jadi aku genapkan RM10.00. Aku bukannya nak ambik untung sangat. Janji korang puas hati. Balance 0.93 sen tue aku halalkan.
Medium penghantaran adalah menggunakan PosLaju... Dijamin sampai esok.. tak esok lusa.. tak lusa tulat.. tak tulat tonggeng.. tak tonggeng, aku yang menonggeng sebab kena pulang balik duit korang!! Kalau pakai Pos Ekspress... takde sampul yang berbuble, takut pecah plak vcd korang tue nanti. So setelah dinasihatkan oleh Cik Pejabat Pos yang cantik jelita, aku pun pakai laa sampul spesel nie... Boleh letup-letup tue!!

Cara pembayaran adalah seperti berikut:
1) Bank-in kan jumlah yag dinyatakan tadi ke dalam akaun Maybank2u aku. Boleh bank-in pakai Maybank2u (online) ataupun pakai Express Cash Deposit Machine. Tak kiralah yang mana satu pun. Tapi takkan RM10.00 pun nak pakai mesin? Terpulang laa pada korang... Butiran akaun aku:
Nama : Afzal Effendy bin Ab. Razak
No. Akaun : 104031035004


2) Dapatkan statement bayaran (kalau pakai cash deposit... kertas resit transaksi tue laa), tulis alamat korang besar-besar dan terang-terang kat slip tue pastu scan dan e-mailkan kepada aku kat pakbearuang@yahoo.com. Kalau takde scanner, memadai korang e-mailkan pada aku butiran penyata bayaran (yang penting tarikh, masa dan no. rujukan transaksi) korang tue dan tuliskan sekali address korang kat situ.

3) Lagi bagus kalau lepas korang buat bayaran dan e-mailkan butirannya pada aku, korang maklumkan pada aku via sms ke, chatterbox di weblog aku ataupun memalui YM. Offline massage pun ok. Namun begitu... ini hanyalah bersifat optional jerk. Tak buat pun takpe.
Aku akan poskan vcd-vcd tue sebaik sahaja aku dapat e-mail korang. Okeh?!

P/s: Aku telah melantik E1 (Antropose) sebagai wakil jualan wilayah tengah TIDAK SAH aku bagi vcd-vcd nie. Kalau sesapa yang pandai kecek dengan dia mungkin boleh dapat vcd free dari dia. Aku tak kisah... Aku pun lanun cetak rompak gak, tapi E1 nie aku panggil hantu cepat rompak sebab dia cetak rompak dari lanun cetak rompak! Kiranya dia lagi power laa kan?! Hahahahannntuuu....

Cuma kualiti mungkin kureng sikit laa.. Sebab yang aku punya pun kualiti dah kureng, kalau diburnkan lagi tak taulah aku camner jadinya. Lagipun kalau kat E1, takdelah kot cover kaler yang cantik cam aku punya.. Huahuahua... Gurau jerk!! Alaa RM10.00 bukannya mahal (tuepun termasuk kos pos.. kalau tak harus lagi murah!). Mari-mari beli.. singgahler!!!


.:Nota Tangan:. - Sokonglah produksi domestik!

30 January 2005

Senario Di Rumah PENA

"Baiklah sekarang kita buka kepada sesiapa yang ingin mengajukan soalan kepada ahli-ahli panel kita", Ujar saudara Nazmi BH selaku pengerusi forum semalam.

Hurmm... Aku kunci mulut. Aku ada buah fikiran yang hendak dilontarkan tetapi aku memilih berdiam diri kerana kegugupan mengusai diri.

"Kalau aku bercakap, harus bergetar intonasi suara aku!", Gempa bumi melanda dari dalam. Kelihatan seperti sengaja beralasan. Memang itulah hakikatnya. Biarlah orang kata aku pengecut, tapi situasi di Rumah PENA semalam sedikit sebanyak (apabila di keliling bijak pandai bahasa dan sastera), aku masih belum bersedia. Masih belum bersedia...
----------
Dalam kelewatan menghadirkan diri di Rumah PENA, sekonyong-konyong menjejakkan kaki di tingkat 1 rumah ala-ala kolonial yang begitu indah (daripada luar) aku terkejut kerana sebuah majlis diskusi ringkas yang sepatutnya berkitar kepada dunia Weblog sebagai ruang untuk mengekspressi idea dan sastera bertukar kepada sesi pengadilan ke atas weblog, blogger (mereka yang berblog) dan 'dignity' sesebuah weblog.

Keadaan di luar sejuk berangin dan diselangi dengan hujan renyai-renyai...

Berbeza di dalam ini, keadaan agak panas mungkin kerana alat penghawa dingin yang tidak berfungsi dengan baik, dan mungkin juga keadaan ruang sempit kusam di tingkat atas itu kelihatan cukup-cukup menampung jumlah peserta yang hadir (yang majoritinya terdiri daripada para blogger dan 'tuan rumah') ditambah lagi dengan keletihan berpusing-pusing mencari arah ke Rumah PENA sebentar tadi (dengan tergesa-gesa) menyebabkan aku berasa agak tidak selesa dan sedikit berpeluh.

Mana ada sesi pengadilan?
Tiada seorangpun di kalangan ahli panel dan peserta yang secara terang-terangan membantai para blogger. Memang tiada (apatah lagi Tok R dan Kak Sri Diah yang sentiasa memberikan projeksi yang baik tentang perkembangan dunia weblog semasa). Tetapi maaf kata, aku rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena (mungkin aku agak emosional! Mungkin...), aku melihat suatu senario di mana di ketika itu WEBLOG, yang merupakan topik utama semalam seolah-seolah sedang dilucahkan secara tidak sengaja!

Sedang dilucahkan?
Aku merasakan, tatkala aku mengeluarkan buku nota kecil untuk menghayati diskusi semalam, satu garisan halus (yang sangat halus!) sedang dilakar untuk membezakan antara weblog sebagai ruang mengekspressikan idea dan sastera secara 'salinan lembut' dan dan karya sastera yang bercetak (salinan keras). Ok, itu aku masih boleh menerima dan mengikuti. Seperti kata Kak Nisa dan Tok R, antara weblog dan buku antologi sastera (hanya sekadar contoh) adalah sama sekali berbeza dan berada di dalam kelas (bukan yang tersendiri) tetapi kelas yang berlainan. Bukannya dalam suatu aliran yang sama pun. Macam air dan minyak, macam gas argon dalam udara. Tak boleh bercampur.

Untuk 10 minit berikutnya, aku melihat suatu lagi senario di mana, para blogger telah ditujukan jalan (indirectly...) supaya lebih berhemah dan mengikuti sebuah lagi garisan yang sedang dilakar. Garisan yang akan menjadi benchmark kepada ciri-ciri penghasilan weblog yang lebih baik supaya dapat membantu industri sastera supaya lebih berkembang. Di saat itu aku mula berfikir,
"Perlukah aku sebagai blogger mengikuti tata tanda berkenaan supaya sedang bila aku berkarya di atas talian aku tidak membunuh produk-produk sastera di toko-toko buku?!"

Aku melihat, kemudahan weblog hanyalah media alternatif terutamanya para pelayar internet seperti kita dapat memanfaatkannya (dengan kemudahan yang ada) untuk kita berkarya dan tak semestinya karya itu adalah penulisan sastera. Dan pula ianya sama sekali tidak menggantikan peranan media cetak sebagai medium utama penyebaran sastera. Para audience telah diterangkan sebelum itu bahawa weblog dan buku antologi sastera adalah 2 medium berbeza walaupun akhirnya boleh mencapai maksud yang sama... Jadi kenapakah kita mesti mengubah cara kita menulis, membetulkan bahasa penulisan kita (ITALIC kan bahasa slanga dan hapuskan bahasa sms dalam entri) dan perlu melalui beberapa proses saringan baru ianya layak diPUBLISH?

Kenapa ya? Kalau begitu keperluannya, baik aku mula berkarya di atas kertas dari sekarang dan menghantarnya ke DBP untuk di disemak dan disaring oleh editor. Kemudian aku tunggulah ulasan dari mereka samada karya aku itu layak untuk diterbitkan atau tidak. Untung sabut (kalau editor berpuas hati dengan standard dan mutu karya aku... pun mungkin perlu melalui beberapa sesi melantit bersama editor berkenaan), setahun kemudian terbitlah karya aku itu.

Apabila weblog perlu mengikuti citarasa ahli bahasa dan sastera berkarya maka lumpuhlah fungsi weblog yang sebenar. Yang bertahan mungkin Jurnalam dan Fajaronline (sekadar menyebut beberapa nama), yang selebihnya masuklah kelas malam untuk mengikuti semula kelas bahasa ataupun kalau tidak mampu, mungkin boleh bermula semula dengan berjinak-jinak dengan buku-buku linguistik dan sastera. Ataupun tutup sahaja weblog kalian, kerana kelak kalian akan dituduh sebagai pembunuh sastera pula.

Point aku di sini adalah... weblog adalah weblog! Weblog adalah medium alternatif untuk sesiapa sahaja (yang tidak memerlukan kelas tersendiri) untuk berkarya. Bermulalah dengan bahasa slanga, bertitik tolaklah dari bahasa SMS pun asalkan kita berkarya. Selagi ada minat. Jangan kerana terlalu banyak 'tidak boleh' dan 'tidak perlu', minat kita mati. Di peringkat awal aku berblog dulu, tiada sesiapapun yang memaklumkan kepada aku bahawa untuk berblog perlu begitu dan begini. Dan aku akan terus begitu... Yang aku tahu, Kalau aku ingin berpuisi, aku mahu menjadi seperti Jurnalam dan Fajaronline, kalau aku nak berkritis dan bersinis, mungkin Tok R dan Mat Jan boleh jadi pilihan aku. Segala-galanya ada di dunia blog... Bukankah indah jika begitu?

...menuju ke minit-minit terakhir, jiwa aku sedikit tertekan. Sehinggalah saudara Dahri (Kak Sri Diah ada menerangkan serba sedikit profail beliau, tapi aku terlalu malas untuk mengingati... maaf) memberikan pandangan beliau yang sedikit sebanyak seperti apa yang aku fikirkan. Cuma bezanya beliau lebih berani (dari aku) dan dalam keadaan tertentu agak agresif menyatakan pendapatnya yang aku rasa agak perlu dalam situasi yang sebegitu. Walaubagaimanapun, itulah namanya forum. Masing-masing berhak melontar buah fikiran dan soalan. Takkan ada yang tak puas hati kot dengan pandangan aku ini?
----------
Semasa sedang mengambil jamuan ringan buat mengisi perut...
"Kat sini semua blogger kan?", seorang 'tuan rumah' membaling soalan.
Kami berpaling sekadar mengangguk...
"Hah.. eloklah tu, PERKAUMAN!", jerkah 'tuan rumah' lagi.
Huh?!
Begitulah senario di Rumah PENA. Adat orang bertandang...

.:Nota Tangan:. -Cuba memandang pada perspektif yang lebih positif supaya mungkin PENA dan GeJu di suatu masa boleh bekerjasama untuk "bring the best from each other!".

29 January 2005

Gejuis Terlampau Melampau Lampau!


Title : CD Gejuis Terlampau (Gathering GeJu 2004)
Duration : 49.40 minit
Type : VCD format (Boleh main dengan VCD player dan komputer)
Apa yang ada dalam CD ini :
* Liputan sekitar Gath Geju 2004 di UPM
* Sedutan ucapan WkDin, Sultan Muzaffar dan Tok R
* Persembahan Multimedia Tok R dan Sinaganaga (unedited)
* Persembahan Unplugged GeJu Skacinta (unedited)
* Aksi-aksi Gejuis Terlampau to the max! Huahuahua..
Harga : RM5.00
----------
Arghh.. kul 4 pagi tadi baru aku selesai siapkan 20 keping (limited edition) cd-cd nie untuk di bawa ke Rumah Pena dan Mahligai Presiden GMI kita hari nie.. Letih dan sangap woo!!

Cd nie aku akui bukanlah hasil kerja aku yang terbaik! Apatah lagi nak menyaingi kehebatan hasil kerja Tok R, Sinaganaga dan WkDin! Banyak yang aku tak puas hati. Tapi disebabkan masa menghimpit (ilham lambat sampai laa..) dan dibuat dalam kuantiti yang banyak (20 keping sekali hadap), aku akui akan ada kesilapan dan kekurangan.. Kalau ada salah dan tak puas hati.. bagitau aku, aku akan pulangkan duit. No hal..

So.. kepada sesapa yang bertanya.. this cd in for ya all!! Harga RM5 tue aku kira amik harga kos dan penat lelah aku record dan edit dan design cover dan print (print banyak makan ink woo!!) dan potong dan lipat dan masukkan cd-cd tue dan lagi dan lagi dan lagi.. Kiralah oklah kan.. Tak untung mana pun.. harap korang sudi beli sebagai tanda sokongan kepada produksi domestik macam aku nie. Industri domestik sebab aku buat untuk diri aku sendiri (sebenarnya...) dan orang sekeliling aku (saudara dan teman) sekiranya ada permintaan. Katanya pun home made/in-house... Kiranya macam nie laa..

Aku tak sempat lagi nak buatkan trailer untuk movie nie.. nanti aku akan apdet dari masa ke semasa.. Untuk sesapa yg berminat membeli melalui pos pun aku akan usahakan. Tapi harga mungkin kena masukkan kos postal. Lebih kurang RM10.00. Cara-cara pembayaran pun aku akan apdet kemudian. Nak cepat nie woo... nak naik KL nih!! Sayang Najah tak bleh ikut...

.:Nota Tangan:. - Bukan nak curik-curik makan.. bukan nak carik makan..

26 January 2005

Diari Dr. X II

Pada sesiapa yang pernah membaca Diari Dr. X aku yang pertama dahulu, pastinya mengingati betapa susahnya semasa Dr.X mengharungi saat-saat awal bergelar seorang bakal pegawai perubatan. Hari ini juga aku akan bawakan sebuah kisah yang aku dengar sendiri daripada Dr.X yang aku rasakan cukup menyentuh hati...

Dr. X sekarang bertugas di wad O&G iaitu di bahagian ibu-ibu mengandung. Di wad yang Dr. X bertugas sekarang ada sepasang suami isteri yang kurang sempurna kerana mempunyai masalah penglihatan (buta). Kali pertama Dr.X terpandangkan pada pasangan itu Dr.X dah mula terasa kasihan akan nasib yang menimpa pasangan suami isteri berkenaan. Setelah diselidiki latar belakang mereka, rupa-rupanya si isteri sedang mengandung untuk kali yang ke-6. Walaubagaimanapun, daripada 5 kelahiran si ibu, hanya seorang sahaja yang masih diberikan kesempatan oleh Allah untuk terus hidup manakala yang lainnya terlebih dahulu dipanggil olehNya. Pasangan berkenaan pasrah namun masih beriktiar dan bertawakal. Dr. X kagum sungguh dengan kasih sayang, keyakinan dan kesungguhan yang ditunjukkan mereka.

Antara sedar dan tidak, pasangan berkenaan telah menjadi 'tetamu' yang paling istimewa dalam diri Dr.X. Biarlah pesakit yang lain, terkesima dan makan hati dengan ugutan dan jerkahan Dr.X supaya menjaga kesihatan dan diri mereka (Ialah, bukan untuk orang lain, untuk kebaikan mereka juga). Tapi untuk 'si ibu' yang satu nie, bicara yang paling lembut Dr.X tuturkan supaya si ibu sentiasa selesa dan tidak berasa hati. Makin lama, Dr.X bersama mereka, makin banyak kisah suka duka mereka yang Dr.X dengar. Makin luluh hati Dr.X... seluluh hati pasangan yang berjiwa cekal itu. Fikiran Dr.X lebih terbuka biler mendengar kisah mereka.

"Rupanya masih ramai lagi insan di dunia ini yang kurang bernasib baik jika dibandingkan aku", Dr.X menghela nafas dengan penuh keinsafan.

Pada suatu pagi, semasa Dr.X berada di wad...
"Pagi nie anak dalam kandungan saya ada bergerak beberapa kali nurse".
Dr. X pasang telinga. Biler dah terdengarkan perbualan tue, Dr.X tergerak nak bertanyakan sesuatu pada si ibu...
"Kak, macam mana akak tahu sekarang dah siang?", Dr.X pelik.
"Ermm.. saya tak tau Dr. Saya agak-agak jee",

"Dah berapa kali baby akak bergerak?", Dr.X bertanya sebab penting untuk mengetahui samada baby berkenaan aktif ke tak. Biasanya seorang ibu yang mengandung, perlu mengira berapa kali baby mereka bergerak dari pukul 9.00 pagi sehingga 9.00 malam. Paling minima perlulah melebihi 10 kali. Kalau lebih kerap lagi bagus menandakan bayi berkenaan aktif.
"Saya tak kira Dr. berapa kali", Balas si ibu.
"Akak tak tahu ke macam mana nak kira pergerakan baby? Selama akak bersalin 5 kali sebelum nie, tak pernah ke Dr. lain ajar akak cara nak kira?"
"Tak pernah Dr. Tak tau pun camner nak kira", Dr.X terperanjat!

"Ok kak, saya ajar akak... mulai hari nie akak kena kira tau berapa kali baby akak bergerak dari pukul 9.00 pagi sampai 9.00 malam", ujar Dr.X dengan nada yang paling lembut.
"Ehh tapi camner plak dia nak tau dah pukul 9.00 kalau dia tak boleh melihat?" Bisik hati Dr.X.
"Takpe kak, saya bantu yee... lepas nie setiap pagi pukul 9.00 saya akan datang check akak, akak mula kira tau masa tue... sampai laa saya round ward malam pulak. Akak kira jee... sebab saya akan datang kul 9.00 malam. Boleh kak?".
"Terima kasih Dr... saya cuba ikut nasihat Dr.",
Lega rasanya dapat membantu si ibu.

Pada suatu pagi, di atas sebab yang tak dapat dielakkan, Dr.X terlewat menjengah 'tetamu istimewanya' untuk melakukan pemeriksaan rutin . Jam 10 lebih baru Dr.X berkesempatan menjenguk si ibu.
"Apa khabar kak, sihat?", sapa Dr.X mesra.
"Alhamdulillah sihat Dr...".

"Akak dah kira pergerakan baby? Dah berapa kali?", tanya Dr.X.
"Err.. belum kira Dr... Dr. kata tunggu Dr. datang dulu baru kira...".

Ya Allah!! Bagai kaca terhempas ke batu. Hati Dr.X remuk. Hiba... Cecair hangat sudah bertakung di kelopak mata. Hampir menitis...
"Betapalah engkau lemah dan pada masa yang sama, aku alpa akan janjiku sendiri pada dirimu waha si ibu!"

"Sabarlah wahai si air mata... jangan kau menitis sekarang".
"Tabahlah wahai hati kerana si pemilik hati di depanmu ini lebih tabah dari diriku....".

Sehari dalam segugus pengalaman Dr.X yang takkan dilupakan buat selama-lamanya.. Terasa begitu hangat 'sapaanMu' yang satu ini Tuhanku...

----------
"Alaa awak.. rasa nak nangis lagi! Biler saya teringat jee kisah nie mesti saya rasa nak nangis".
"Takpelah, sekali sekala senaman jiwa pun bagus juga. Kan jiwa kita juga memerlukan senaman", Balas aku dalam kehibaan.

.:Nota Tangan:. -Entri aku yang paling sedih!! (I guess..) Waaaaa.....

25 January 2005

Kelabu

I was kinda bloghoped to one of my friend weblog, then kat situ ada cam ala-ala boleh check kaler (yang akan menggambarkan personaliti kita) melalui tarikh lahir. Tetiba rasa nak testlah plak kan... Rupa-rupanya aku nie berwarna KELABU! Ciri-ciri orang KELABU:
Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna KELABU ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu oleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.
Siapa yang mengenali aku mungkin boleh tahu yang mana satukah antara sifat-sifat berikut yang sama dengan aku. Apa yang aku boleh kata, ramalan tue boleh dikatakan hampir-hampir tepat! Melalui pendekatan apa ek diorang boleh membuat prediction seperti nie? Aku tau kat GeJu nie ramai pakar-pakar yang boleh merungkaikan persoalan ini. Cuba korang bagitau aku rasional korang... Diman, ko taknak cuba? Hahaha...

.:Nota Tangan:. - Mula berkira-kira untuk bertukar kepada beruang kelabu. Geeee...

24 January 2005

Forum Perdana

Relaks sekejap...
Cedokan dari forum GeJu

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Tajuk : Weblog: Ruang Ekspressi Idea dan Sastera
Pengerusi : Nazmi Yaakub - Cerpenis, Novelis, Wartawan.
Ahli Panel: Sri Diah - Editor Kanan Karangkraf, Novelis Alaf 21.
Nisa Harun - Peguam, Cerpenis, Novelis.
Tok Rimau - Presiden GeJu 2004, Pensyarah di UTM, Skudai

Masa: 3 petang.
Tarikh: 29/1/ 2005 (Sabtu)
Lokasi: Rumah PENA Kuala Lumpur
(Depan Wisma MAA berhampiran dengan DBP)

Penulis dan pembaca weblog dijemput hadir untuk berkongsi pendapat dalam perbincangan ini. Kehadiran saudara/i bakal memeriahkan majlis.

Jika tuan-tuan ada pendapat, persoalan atau isu yang ingin dipertengahkan untuk forum tersebut, bolehlah mula menampalnya di sini untuk perbincangan pra-forum. Sila nyatakan kehadiran anda bagi memudahkan PENA buat persediaan. Berapa kerusi hendak disusun dalam dewan.

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

.:Nota Tangan:. - Aku sanggup amik cuti Sabtu tue sebab tak nak lepaskan peluang keemasan ini. Buktikan bahawa ahli GeJu bukan sahaja hebat ber'huhahuha' bahkan turut juga mengikuti diskusi ilmiah seperti ini. Korang biler lagi? Moh gi reramai!! (Satu 'ketumbukan' akan bergerak dari tol Sungai Besi! Hahaha..)

22 January 2005

Gangster? Tak Gangster...

Aku berjaya jugak menonton filem Gangster selepas aku memenangi pertandingan 'oosom' sebanyak 3 pusingan menentang Najah di hadapan GSC Mahkota Parade (bersaksikan penjaga kaunter tiket) hari Selasa lepas, kalau tak silap aku. Hahaha... Najah tak moh tengok citer Gangster sebab dia kata banyak review yg dia baca mengenai citer nie menyebabkan dia hilang minat untuk menonton sebaliknya lebih berminat untuk menonton cerita lain. Tapi sebab aku menang kan, dia kenalaa ikut pilihan aku. Ngehngehngeh...

Just to be frank, akupun takdelah minat sangat untuk menonton Gangster sebabnya aku cam boleh agak jee jalan citer nie camner. Tapi tuelah... aku nie kalau menonton sesuatu filem, bukannya sebab citer tue best sangat baru aku tengok, tapi kalau filem tue tak best giler dan berkontroversi pun, aku sanggup untuk mem'burn'kan beberapa ringgit duit aku sekadar untuk membuktikan ketidakbestan citer tue.

Tapi untuk Gangster kali nie, aku memilih untuk menonton kerana aku berminat untuk melihat buah tangan Bada kali nie selepas KL Menjerit dan sememangnya aku agak-agak terpengaruhlah kiranya untuk menonton sebab ada Rosyam Nor dan Saiful Apek. Lagipun melihatkan 'gazet' citer nie di kaca televisyen, melalui adengan kereta EVO bunyi cam kerete F1 tue, aku pikir cam menariklah plak kan untuk menonton.

Setiap orang ada pilihan genre filem masing-masing, misalannya si ND suka tengok citer pengembaraan ala-ala Indiana Jones dan si Ayares ngan Superdiman suka layan citer perang-perang. Aku plak, suka menonton citer high-speed car chasing yang memperlihatkan superb driving skills, kereta kostum dan kecanggihan teknologi turbo charger serta suntikan nitrogen supaya enjin power tahap dewa. Fast & Furious, Too Fast Too Furious, Lagi-lagi Senario dan Taxi part 1&2 cukup untuk membakar melonjak (diman kata perkataan membakar kurang seswai) adrenalin aku to the max. Faktor x ini jugaklah yang mendorong aku untuk menonton filem nie. Mana tau untung nasib ada filem ode tempatan yang mampu mencapai tahap kalau tak sama hebat pun setidak-tidaknya mempunyai kemampuan untuk berkembang (melalui filem-filem produksi lain) manjadi lebih baik.

Malangnya tak banyak yang boleh aku garap daripada Gangster, selain daripada kagum dengan kebolehan Rosyam Nor membawak 2 3 watak dalam satu filem (watak Nala memang ngeri arr), adengan perlumbaan kereta dan aksi stunt (yang boleh dibanggakan bagi sebuah produk label tempatan) dan aksi bersahaja Saiful Apek dalam cerita ini. Watak-watak pembantu seperti Umie Aida (memang poyo giler dalam cerita ini dengan fesyen tudung makcik kat kampung), Hasrul serta pendatang baru seperti Nana dan Siti (siti apa eks nama dia? nthalaa..) sekadar melengkapkan jalan cerita. Kemampuan Ako untuk membawakan watak pelumba jalanan dalam cerita ini pun kurang berkesan kerana masih kelihatan terlalu charmed dan tidak cukup brutal (bagi aku laa). Di samping itu, aku juga terpaksa bergabung otak dengan Najah untuk mencari pucuk pangkal jalan cerita yang agak tunggang terbalik. Patutlah daripada banyak dari review yang aku baca, ramai yang tak paham dengan jalan ceritanya, rupa-rupanya Gangster banyak menggunakan pendekatan flashback dalam flashback dan sutradaranya tidak pulak memasukkan signage seperti "3 hari sebelumnya..." dan seumpamanya untuk memaklumkan kepada audience bahawa ianya adalah flashback. Aku tak tau samada ianya adalah disengajakan ataupun sebaliknya.

Kesimpulannya, korang boleh tengok filem ini sebagai menyokong produk tempatan dengan harapan mudah-mudahan lagi banyak filem seumpama ini di pasaran Malaysia pada masa-masa akan datang. Untuk Bada dan Rosyam Nor, secara peribadinya aku rasa KL Menjerit lebih baik daripada Gangster kerana mesej dan jalan ceritanya lebih berat dan memberikan kesan yang lebih mendalam kepada aku sebagai audience. Daripada 5 bintang, aku sedekahlah 3 bintang kepada Gangster sempena hari raya korban nie.
Rating aku-

.:Nota Tangan:. -Masih lagi yakin dengan kemampuan Bada sebagai pembikin yang berkaliber dan unik.

21 January 2005

Kawan Lama

Ketika itu si mentari baru kelihatan seinci dari kaki langit di ufuk timur. Aku sudahpun berlegar-legar di perkarangan masjid melawat 'kawasan'. Rasanya kali terakhir aku ke sini adalah semasa raya puasa kelmarin.Tak banyak yang berubah cuma di belakang masjid tertambat beberapa ekor lembu yang bakal menjadi korban selepas solat raya nanti. Bau lembu dan bahan buangannya mencucuk hidung."Lembu nie seekor binatang yang hensem jugak kan.... Selain daripada kuda dan kambing". Hahaha... bisik aku pabila melihat kumpulan lembu berkenaan (Najah kata kambing korban kat rumah dia dulu hensem!). Saja berlawak, nak melupakan perasaan k*s*h*n, takut tak bleh makan plak aku nanti daging korban tue kalau aku rasa begitu.

Sedang aku leka memerhatikan lembu-lembu tue, aku disapa seseorang... kawan lama.

Kawan Lama : Wehh... Assalamualaikum!
Aku : Wa'alaikumsalam... Ehh Fauzi!!
Fauzi nie kawan lama aku masa sekolah rendah dulu. Dia nie kira antara kawan baik dan juga pesaing sihat aku di sekolah.
Aku : Wah... lama betul aku tak jumpa ko kan?
Kawan Lama : Ha'ah, last time aku jumpa ada laa 4 5 tahun lepas. Kita jumpa kat Bandar Melaka...
Aku : Yelaa... ko keje mana sekarang, kat tempat lama lagi ke?
Kawan Lama : Kat mana ler lagi aku nak keje... Wah ko semakin sihat yee?
Aku : Hurmm..nak buat camner, hati dah senang di samping faktor genetik yang membantu. Hahahaha...

Perbualan berlangsung beberapa minit sampailah tiba waktu untuk sembahyang..
Aku : Okeh... jumpa lagi lepas nie.


Selepas sembahyang, kami sambung bersembang. Memang banyak perkara yang disembangkan terutama mengenai perkembangan kawan-kawan sekolah dulu. Hahaha... nak tergelak jee rasanya bila mengenangkan saat kanak-kanak riang yang dah hampir 13 tahun aku tinggalkan. Ternyata banyak jugak yang aku dah lupa. Especially bab-bab nama gelaran kawan-kawan dulu. Ada tanduk, ada jepun, ada kelly... macam-macam nama.

Kawan Lama : Apalaa ko nie... Tue pun dah lupa.
Aku : Wehh... aku nie nama samaran jee lupa. Tapi kalau aku pegang gambar kelas kita dulu, sorang-sorang aku boleh sebutkan tau!

Aku cuba menegakkan benang yang sediakala basah! Hahaha...

Rupanya dah ramai teman-teman sepermainan kami dahulu yang yang berkahwin, akan berkahwin, yang dah beranak dan sedang sarat mengandung. Yang dah tiada pun ada (Al-Fatihah...). Begitu cepat masa meninggalkan kita. Rasanya baru semalam kami bermain galah panjang dan polis sentri di belakang sekolah. Hurmmm... begitu indah kenangan semalam...

.:Nota Tangan:. -Tak lupa bertukar no kontek untuk memanjangkan silaturrahim...

20 January 2005

Atuk oooh... Atuk!

Esok hari raya Aidiladha. Erm... hampir tak perasan. Kalau tak kerana diberikan cuti bergaji pada hari Jumaat (esok), mungkin ramai yang tak perasan (termasuk aku) bahawa esok hari raya haji. Apa yang aku rasa? Aku rasa biasa... aku rasa takde apa2 yang istimewa (memang biasanya pun begitu... kerana hari raya haji tak semeriah hari raya puasa) melainkan kemeriahan berkumpul dengan sanak saudara di kampung.

Yee... aku baru balik dari menjengah datuk dan nenek aku yang masih hebat. Hahaha... mereka masih hebat kerana masih lagi mampu bergurau senda dan kutuk mengutuk antara satu sama lain di hadapan anak-anak dan cucu-cicit! Atuk aku tue memang begitu, kalau mood dia tengah baik... Macam-macamlah idea lawaknya yang keluar. Walaupun selalunya aku tak paham sangat dengan lawak 'emas'nya tue (kerana percakapannya yang kurang jelas), tapi aku boleh agak dia berlawak bila tengok dia tersengeh-sengeh gelihati. Akupun gelak lah... Kalau tak kecik plak hati orang tua tue.

Hahaha... tuelah atuk aku, masih lagi betah bergurau walaupun usia sudah meniti awal 80an. Agaknya tue yang istimewanya pasal atuk aku, kalau tak, takkan kami terpaksa menghantar pulang maid indon yang kitorang sediakan untuk mereka hanya kerana nenek aku jeleskan atuk aku yang asyik bergurau dengan maid tue. Manalah nenek aku tak jeles, ada ke patut dia kata Kak Tini (maid indon) tue cantik cam Siti Nurhaliza. Sah atuk dah rabun.. Ngehngehngeh... Mau tak menyinga nenek kat kampung. Disebabkan geramkan atuk, Kak Tini yang jadi mangsa. Atuk... atuk... Atuk aku adalah seorang DATUK yang mendapat pangkat MOYANGnya lebih dulu dari pangkat DATUKnya (JP.AMN.DMSM)!!

Mari kita belajar sejarah...

Atuk aku adalah seorang pejuang kemerdekaan tanahair. Masa zaman pendudukan Jepun dulu, atuk pernah dipaksa bekerja sebagai Pegawai Penyelidik (bukan perisik tau) untuk tentera Nipon. Disebabkan benci sangat dengan Nipon, atuk melarikan diri bersama beberapa kawannya dan menganggotai tentera British (kerana pada masa itu British berjanji untuk mendapatkan kemerdekaan untuk Malaya) sebagai perisik tentera. Atuk pernah naik kapal selam dari England untuk ke Malaya tetapi tak dapat berlabuh kerana pelabuhan Singapura dikawal ketat oleh tentera Jepun. Atuk kemudiannya dihantar ke Sri Lanka oleh British untuk berlatih payung terjun. Bila dah mahir atuk dan kawan-kawannya dijatuhkan dari kapal terbang oleh tentera British dengan menggunakan payung terjun lalu tersangkut di sebatang pokok di Sungai Petani, Kedah. Dari situlah bermula karier atuk sebagai perisik tentera British sehinggalah Jepun menyerah kalah.

Begitulah hebatnya atuk aku. Itu baru beberapa cerita daripada berkoyan-koyan cerita beliau yang tak jemu-jemu diceritakan kepada kami (setiap kali kami cucu-cicitnya) pulang ke kampung. Sampai nak hafal kami dengan cerita-ceritanya. Lagi satu cerita yang agak menarik mengenai atuk aku adalah, atuk telah pergi menunaikan Haji sebanyak 7 kali (aku rasa) dan kali pertama atuk ke sana adalah ketika atuk berumur 14 tahun! Tahun berikutnya atuk aku pergi sendiri ke Tanah Suci dengan menyelusup masuk menaiki kapal laut dan menetap belajar ilmu agama di sana sehingga berumur 20 tahun. Hebatkan atuk aku? Masa atuk balik ke kampung, orang kampung ingat dia dah mati sampailah dia membuktikan bahawa dialah Hj. Ahmad bin Hj. Joned dengan menunjuk tanda lahir (berwarna hitam) yang terdapat di belakang bahunya... Ketika itulah atuk bertemu dan berkahwin dengan nenek aku Sapiah bte Adam ketika nenek berusia 14 tahun!

Namun, dalam kehebatan kisah silamnya, atuk tak boleh lari dari dimamah usia. Atuk dah tak dapat ingat lagi dah nama cucu-cucu dan cicit-cictnya. Setiap kali kami balik, setiap kali tuelah dia tanya nama kami. Yang mana Pendi, yang mana Arin, yang mana Apis, yang mana Keloi, Wan, Izam, Lela, Adi, Ina, Su, Miza, Amir, Nina, dan yang lain-lain tue...? Nama cicit? Aku sendiri tak boleh nak ingat, ramai sangat woo!! Maklumlaa.. anak-anak atuk aku ada 13 orang! Atuk oooh... Atuk!

.:Nota Tangan:. -Atuk aku tak bleh tau aku keje muzium, kalau tak asyik dia tanya gambar dia terjun pakai payung terjun pada 31 Ogos 1957 dulu ada lagi tak?! Errr... aku pun tak pernah tengok gambar tue sebenarnya! Hahaha...

19 January 2005

Andainya Aku Pergi Dulu... Rindu

"Andainya aku pergi dulu sebelum mu
Janganlah kau bersedih hati...
Andainya aku tiada lagi di sisimu
Janganlah kau memencil diri..."

Terdengar lagu dendangan Alleycats berkumandang di corong radio kereta. Terasa masih segar lagunya walaupun dah lama direkodkan. Hurmm.. layaklah dipanggil lagu evergreen. Bisik hati aku... Hati menyanyi2 kecil. Lalala...

Sekonyong-konyong.. tetiba terlintas di fikiranku, apakah yang terjadi pada Najah kalau aku yang pergi dulu...? Camner plak dengan aku kalau Najah dah tiada di sisi...? Mampukah aku memadam ingatanku terhadap dirinya yang amat aku kasihi. Rasanya tidak... nak delete no. telefonnya dari h-set aku pun aku tak sanggup... Nau'zubillah!
Ya Rahman Ya Rahim...
Berilah aku sedikit masa walau secebis cuma
Agar dapatku leraikan simpulan kasih ini
Biarlah kulaksanakan amanahmu ini
Walaupun untuk sekelumit jua
Kernaku kasih kernaku rindu
Takkan ku rela dua jiwa ini terpisah
Walau di batas situasi dan waktu
Biarlah ajalMu yang menentukan
Aku pasrah dalam keheningan...

... Terasa sarat sungguh rindu aku pada Najah.
Errr.. apa aku nie, pepagi dah layan feeling. Pergilah ingatan... Biar hilang rindu di hati. Apalah yang ada pada rindu... jika dirimu sentiasa mendiami kamar hatiku...

----------
Topik saman jalanraya di Era begitu menggeletik jiwa. Hahaha... Ada ke patut, ada sorang lelaki tue, baru 8 tahun memandu dah 30 saman speeding dia kena which was cost him almost RM3000++. Wow dasat betul!!

.:Nota Tangan:. - Sebenarnya si pemanggil tue ada lagi 17 saman yang belum dilangsaikan!! Giler...

18 January 2005

If I Ain't Got You

Baru2 nie aku telah dihadiahi satu soalan yang aku rasa jawapannya adalah antara jawapan paling bodoh pernah aku pulangkan...

Najah: "Awak nak tanya nie.. "
Aku : "Erkk.. apa?"
Aku nie biasanya tak boleh nak lari dari merasa saspen bila ditanya soalan2 camnie.
Najah: "Awak letak lagu kat weblog awak tue sebab apa? Apa yang mendorong awak memilih lagu tu instead of lain2 lagu yang awak boleh pilih.."
Aku:
*%$##*!! Aku terkedu sekejap... Kepala ligat mencari jawapan..
Najah: ???!
Aku: "Takde apa2 sebab.. saje jee. Ada gak dengar2kan liriknya, tapi takler concerntrate sangat. Tapi melodinya memang best. Tue yang pilih lagu tue."
Najah: "Ok.. nak tanya tue jer."


Aku tak tau apa tujuan soalan tue. Aku rasa dia memang saja nak tanya kot. Sebab lagu Keith Sweat~Nobody, kelihatan macam tak menggambarkan hubungan kami selama nie. Jadi dia taknak orang salah paham plak biler dengar lagu 'Nobody' tue. Agaknyer laaa... Aku membuat telahan sendiri... Tapi still aku tak puas hati ngan jawapan aku sendiri pada dia.

Malam tadi, aku tergerak hati nak cari lirik lagu tue... Oh my GOD! Lirik lagu tue lucah giler ahh... Eeee.. malu aku membaca lirik2nya. Patutnya aku check dulu lirik lagu tue! Aku marah diri sendiri. Soo.. aku mengambil keputusan drastik untuk menamatkan riwayat lagu tue or maybe aku tamatkan langsung lagu2 kat weblog aku nih hehehe walaupun ramai yang puji kata lagu tue best!

Apapun tujuan di sebalik soalan Najah kelmarin, aku tetap hormati dan berterima kasih pada dia sebab menyedarkan aku dengan soalan pop kuiz tue. Kerana menyelamatkan maruah aku sebelum ditempelak dan dihentam oleh 'alim ulamak' lain. Maklumler kann..?! Hehehehe.. Akhirnya aku memilih lagu nie yang aku rasa liriknya lebih seswai lagi best. So terpaksa ler korang dengar lagu nie ehh.. sampai aku boring.. Huahuahua...

If I Ain't Got You
By Alicia Keys

Some people live for the fortune
Some people live just for the fame
Some people live for the power yeah
Some people live just to play the game
Some people think that the physical things define what's within
And I've been there before
But that life's a bore
So full of the superficial

Some people want it all
But I don't want nothing at all
If it ain't you baby
If I ain't got you baby
Some people want diamond rings
Some just want everything
But everything means nothing
If I ain't got you

Some people search for a fountain
That promises forever young
Some people need three dozen roses
And that's the only way to prove you love them
Hand me the world on a silver platter
And what good would it be?
With no one to share, with no one who truly cares for me

Some people want it all
But I don't want nothing at all
If it ain't you baby
If I ain't got you baby
Some people want diamond rings
Some just want everything
But everything means nothing
If I ain't got you, you, you

Some people want it all
But I don't want nothing at all
If it ain't you baby
If I ain't got you baby
Some people want diamond rings
Some just want everything
But everything means nothing
If I ain't got you
If I ain't got you with me baby
Nothing in this whole wide world don't mean a thing
If I ain't got you with me baby

.:Nota Tangan:. -Untuk yang teristimewa..

17 January 2005

Gangguanisme


Aku terganggu...

Aiyarkk!! Aku terganggu...
Fikiran kacau.. jiwa tak tenteram.
Konsentrasi tak menentu!

Selesai mesyuarat tadi, aku didatangi oleh kak receptionist, menyerahkan satu sampul Pos Ekspres yang tertera nama aku di atasnya. Ermm.. sah nie mesti si ayares nyer GT3 yang dah dijanji nak diposkan kepada aku. Yeah.. yeah.. akhirnya sampai gak GT3 idaman kalbu. Thanx Ayares.. owe u..

Telek jam kat tangan, baru kul 11.00 pagi. Erkk.. ada lagi 2 jam sebelum lunch break. Kalau aku ngadap buku mini biru nie, harus sampai petang aku tak buat keje nanti.
Buka laci...

"Duduk dulu sini diam2 yee..."
Sambil menepuk sampul Pos Ekspres tue dan letakkan dalam laci aku.
"Tengahari nie siap aku khatamkan ko" Kalau sempat... Hahaha...


Buat keje pastu memanglah dah tak konsentret. Asyik2 telek jam.. biler nak pukul satu. Dalam batu jemala, terbayang kerja bersusun yang nak disetelkan sambil sekali2 terselit iklan GT3 yang akan aku adapkan tengahari nanti.

Tepat kul satu.. terus stop keje2 yang aku sedang usahakan. Break emergency nie beb! Dalam kepala dan berkira2 camner posisi yang aku nak buat sambil membaca GT tue. Aiseh.. takde bantal plak. Kalau ada best nie! Tetiba terlintas idea nak baringkan kerusi aku. Kerusi aku tue memang agak2 empuk ler. Apa lagi aku baringkan kerusi tue, bahagian atas kerusi aku jadikan buat alas kepala mengganti bantal. Uishh.. boleh tahan empukk!!

Sambil berbaring2 membaca GT, mata dok terkebil2 menahan ngantuk. Last2 selesai jee citer BIL by Op terus aku terlena... ZZZzzzZZZzzz... Cheh.. hampeh betul! Tadi beriya benor nak baca, last2 layan tidur plak aku. Sedar2 dah kul 1.59pm. Alamak, bingkas bangun... tak semayang lagi nih! Berpinar bijik mata, keempukan semasa berbaring tadi bertukar rasa tak selesa akibat salah tidur. Sengal2 rasanya bahu dan leher aku nih. Takpelah, petang karang bleh sambung baca balik GT3... Eeee... ada tak blogger lain yang terganggu cam aku? Ngehngehngeh...

Dah terlanjur menyintaimu citer pasal GT3 nie, mehh aku promote sikit pasal GT3. Menurut Tok R :


..projek GT nie bertujuan memperluaskan sebaran penulisan dari web kepada golongan tanpa kemudahan web ...merupakan projek himpunan catatan terpilih dari pemilik weblog Malaysia dalam medium cetak...
Haa gituler gamaknyer. Pada sesapa yang suka membaca, GT nie bolehler dijadikan bahan bacaan alternatif korang cuma sayangnya ianya tak keluar secara bulanan. Ada material, cukup 13 keluar satu GT. Asam garam kandungan GT nie kadang kala akan membuatkan korang rasa sedih, gembira, lawak dan geli2 geleman tahap ke-8. Hahahaha...

So sila dapatkan dari stokis2 yang berdekatan anda. Sementara stok masih ada. Harga senaskah adalah RM5.00 tak termasuk bayaran pos. Di sini aku ada sertakan beberapa senarai penulis/stokis untuk memudahkan navigasi korang. Sekadar menyebut beberapa nama...

Area KL/Tengah-> Bluehikari :: Basrie :: Op :: Irwandy :: Amyz

Area Johor/JB/Selatan-> Ayares :: Tok R

+++LawatGangguan!!

.:Nota Tangan:. Badan masih lagi terasa sakit akibat salah tidur... Arrrggghhhh!!!

16 January 2005

Puas vs Tak Puas

Puas sudah aku meneliti
Puas sudah aku mencari
Namun ada sesuatu yang aku tak puas hati...
Puas sudah aku menggodeh
Puas sudah aku menokok
Namun aku masih tak puas hati...
Puas sudah aku tak berpuas hati
Tak puas pula yang bersarang di hati
Tak puas di minda dan jiwa...
Kenapa aku tak berpuas hati?
Kerana aku manusia
Manusia tak pernah berpuas hati...
Ooooo.. baru puas hati aku!

.:Nota Tangan:. - Menunjukkan ketidak puasan hati sebagai protes tak berpuas hati.. Huh???!!

14 January 2005

Peristiwa Pagi

Pagi tadi semasa aku nak ke tempat kerja.
Di traffic light. Lampu merah...

Di sekolah berdekatan kelihatan berbaris2 manusia comel berpakaian baju putih dan berseluar biru tua beratur di hadapan kelas masing2. Bersedia untuk masuk ke kelas bagi mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran. Tiba2 teringang sesuatu yang begitu biasa (tidak asing) di pendengaranku selama nie. Pernah menjadi begitu biasa...

Nas alu kayaaman huwallaa hullazie... Lailahaillaa huwarrahmaa nurrahiem...


Hurmmm... menusuk terus ke dalam hati. Menerjah ruang2 rongga... dingin dan nyaman. Terasa tenang yang teramat sangat! Mengetuk kotak fikiranku. Tiba2 aku seperti merindukan sesuatu. Satu perasan kehilangan dan mendambakan... Yaa... aku mendambakan ketenangan seperti itu. Dulu aku pernah selama 5 tahun setiap pagi di perhimpunan sekolah aku, melalak2 menyebut kalimah2 tue. Melafazkan 99 nama2 suci si Pencipta dengan setulus hati. Terasa lancar jee meniti di bibir... Namun waktu itu ianya kelihatan seperti suatu yang kebiasaan. Tak terasa nikmat dan hikmatnya.

Buat pertama kali dalam sejarah hidup aku... aku nak lampu merah (traffic light) tue terus kekal dengan warna saganya... Tak perlu tergesa2 bertukar kepada warna hijau. Biarlah ia merah, setidak2nya sehingga puas aku menikmati suasana yang maha hebat nie. Malangnya si saga tak betah menunggu aku... Kenderaan mula bergerak, di sepanjang perjalanan, aku melayan perasaan, memuhasabah diri (kerana 'ketukan' tadi masih terasa). Bibir aku menyanyi2 kecil Asma al Husna, tapi tak selancar dulu.

Baru aku sedar, dah lama sangat aku tak berzikir 99 (Asma al Husna). Semenjak lebih kurang 7 tahun yang lalu (saat aku meninggalkan bangku persekolahan), berapa acap aku mengingati nama-Nya? Boleh kira dengan jari! Untuk seketika aku insaf, betapa masa dan keadaan boleh melalaikan kita. Untuk sejalur masa, aku belajar merindui detik2 yang berharga.

Ya Allah.. Begitu jauh aku dari persimpangan redha-Mu...

.:Nota Tangan:. - Bersyukur, masih lagi mampu mengingati 99 nama-Nya walaupun dalam kepayahan...

13 January 2005

Mimpi Ngeri

Fuhhhhh!!!

Baru sahaja melalui sebuah mimpi ngeri!! Aku hampir2 kehilangan Ragam Pak Beruang (tema weblog terkini) aku disebabkan kelalaian aku sendiri. Secara tak sengaja semasa ingin membantu seorang teman dengan weblognya, aku ter'overwrite' template aku dengan template dia. Patutler masa aku view webpage siang tadi tetiba jerk aku rasa cam dah tak kenal jee ngan weblog aku sendiri!! Aku tenyeh dua kali camtue gak.. tenyeh lagi sekali tak berubah gak... Hurmm.. cuba tekan refresh plak ahh, aik.. Dah sudahh...

Alamakk.... Ciss.. Cisss!!
Menyumpah aku dalam hati 2 3 kali.

Dahlah memang aku takde back-up template coding tue kat pejabat. Terpaksa ler aku tunggu sampai petang supaya aku balik rumah nanti boleh aku godek2 dalam pc aku kot2 ada back-up codings dedulu yang aku pernah buat. Sebenarnya, jauh dalam hati aku dah tak konfiden ada lagi ke tak codings tue sebab takut aku dah delete masa aku mengemaskinikan file2 dalam pc aku. Sampai rumah.. terus aku terkam pc.

Mintak2ler ada...
Ampesss!!

Kenapalah aku tak simpan bebetul codings tue. Dulu masa mula2 aku design Ragam Pak Beruang tue memang aku ada simpan codings tue tapi sebab dah konpiden takkan jadi apa2 aku dah ter'delete'. Argghhh!! Sepatutnya aku kena back-up satu. Aku marahkan diri aku sendiri sebab cuai. Tapi aku takkan putus asa. Aku cuba2 carik jugak kat laptop aku dan akhirnya aku jumpa.

Alhamdulillah...

Ada jugak terselit satu. Tuepun ntah bulan berapa nyer. Yang pasti coding tue aku back-up sebelum gath. So, surelah kan... senarai Kroniz2 (list url member2) aku yang paling latest takde. Isk2.. rasa nak nangis woooo... Banyak tue aku nak trace balik. Walaubagaimanpun... aku kembali kepada pendekatan sepotong pizza (analogi penyelesaian masalah~kata nesloice) aku tue. Hahahaha.... apa lagi, cariklah slow2... menjelajah dari satu blog ke satu blog yang lain, nak cari url member yang aku dah commit untuk barter link (vice versa~kata salina) ataupun url yang memang favorite aku. Nak dekat maghrib, baru aku berenti. Ada lerr beberapa url yang aku dah traced balik. Penat wehhh...

So guys.. please.. please do me a favor...sesapa yang pernah aku link kan dia sebelum nie, tapi aku tak masukkan, tolong bagitau aku. Mintak tolong sangat... OK?!

.:Nota Tangan:. - Ralat kalau ada url kawan2 yang aku terlepas pandang...

12 January 2005

Sepotong Pizza

Sometimes, I'm just a really good damn counselor ya know?!

Aku adalah seorang yang tidak suka terbeban dengan masalah. Bagi aku masalah adalah seperti kanser yang akan merebak dalam hati kita dengan cepat dan akan menyebabkan kita mudah hilang mood dan lebih teruk lagi pertimbangan kita... Aku adalah seorang yang selalu cuba untuk melenyapkan sebarang masalah yang sedang ataupun akan menimpa diri aku. Aku akan lakukan apa sahaja cara yang mampu untuk mengatasinya and u know what? I'm quite good on that!! Setidak-tidaknya aku mampu melindunginya sehingga kadang2 takde orang pun yang tau aku sedang menghadapi masalah. Bukannya memendam masalah.. tetapi cuba menyelesaikannya melalui approch yang tertentu...

Tak dinafikan, sebagai manusia tak semua masalah kita dapat atasi dengan segera (atau lebih teruk lagi tak dapat diatasi langsung!) kerana kita takde kuasa hikmat untuk mengelak ataupun menyelesaikannya. Segelintir orang apabila terperangkap dalam masalah, mereka akan terus meratap dan membiarkan dirinya selama-lamanya dalam masalah. Sekiranya mereka telah sedarpun bahawa ada certain masalah tue, they can simply jump over it. But they didn't... because what? Because they just DON'T! Kadang-kala segala-galanya telah terlewat tatkala mereka sedar bahawa masalah tue hanyalah satu tembok objektif yang boleh mereka pecahkan sekiranya mereka mampu untuk berfikir secara subjektif. Banyak masa dah peluang terlepas tatkala kita mula merangkak keluar dari kepompong masalah itu.

Namun aku akui kadar penerimaan dan tindakbalas seseorang tue terhadap masalah ataupun rintangan yang dihadapi berbeza. Aku tak boleh kata mereka tak patut buat begitu sebaliknya harus dihadapi dengan cara sebegini. Apa yang aku boleh nasihatkan pada sesiapa yang sering buntu apabila menghadapi masalah ialah dengan tidak memandang sesuatu masalah tue sebagai sesuatu perkara yang BESAR dan tidak boleh diatasi (kalau masalah tue memang masalah besar.. tak dapat den nak nolong!!). Cuba perkecilkan (bukan aku suruh perlekehkan... tapi perincikan) masalah2 tue kepada skop yang lebih kecil ataupun bahagikan kepada beberapa sektor supaya kita boleh selesaikan dikit demi dikit.

Tapi selalu orang tak paham dengan pendekatan aku. So aku suka nak ibaratkan bahawa cara kita memandang sesuatu masalah tue (untuk diatasi) adalah seperti kita makan sepotong pizza (jenis pizza ikut citarasa masing.. nak BBQ ke seafood ke..). Umpamanya sepotong pizza tue masalah kita, cuba pandang pizza tue dari sudut yang paling tirus supaya kita boleh nampak bahagian tirus tue kecil dan mampu untuk dikunyah sedikit demi sedikit secara perlahan2 sampai habis. Apa yang akan terjadi jika kita makan sepotong pizza tue di bahagian yang paling besar? Kalau yang mulut besar macam aku nie memanglah senangkan... sekali telan jerk dah separuh!! Ngehngehngeh.. tapi kalau yang mulut comel2 tue camner nak telan pizza tue?! Kalau mampu pun mesti mulut kita comot sebab terkena bahagian tengah pizza tue dan comot tuelah yang mewakili sisa2 masalah kita yang tak terselesai apabila masalah2 tue tak diatasi secara tertib dan teratur...

Tips nie bukanlah tips yang aku dapat dari Dr. Fadzillah Kamsah ke apa... tapi melalui pengalaman aku sendiri. Cubalah... mudah-mudahan.... Siapa tahu kan?!

.:Nota Tangan:.
- Belajar dari pengalaman...

Mana Moderator? dan Tugas Mereka...

Sekali dua menjenguk ke forum nie perasan gak ada beberapa moderator yang bukannya tak menjalankan amanah, tapi mungkin kecapekan masa nak menguruskan 2 3 perkara sekali gus. tak dinafikan, ada di kalangan moderator forum bahkan ajk GeJu sendiri yang selama ini bekerja hanya berbekalkan motivasi sendiri dan bukannya berorientasikan wang ringgit. And u know wutt? We really have to RESPECT that!!

Pasal perlantikan, pengguguran, penarikan diri dan pemaksaan sebagai moderator nie......
Untuk ulasan seterusnya...

.:Nota Tangan:. -Sedang cuba memberi pandangan dan komentar yang paling adil dan saksama di Forum Jurnal Biz. No offends!! Berilah pendapat korang.

11 January 2005

Dah Bosan Ngan Hotmail?


25 MB?!

Ngehngehngeh.. baru berjaya mengupgrade akaun Hotmail aku kepada 25mb! Aku nyer akaun Hotmail dah hampir2 aku 'kuburkan' disebabkan ruang storage yang melampau kecik. Kemut giler!! Pakai Yahoo lagi best!! Dah lama dah aku menikmati keselesaan space sebanyak 250mb!

Anw, thanx to PuteraKL kerana telah memberi tips nie. Berminat??
PuteraKL-->Artikel : 7 Tips To Get 25 MB for Your SuratPanas Account

.:Nota Tangan:. - Tengah tunggu tips dia camner nak upgrade ke 250mb plak! Ajarler aku woii...

09 January 2005

Rakyat Prihatin


Ekkkkk.. Censored!!

Cedokan daripada Utusan Online bertarikh 6 Januari mengenai komen seorang pembaca...

Pengunjung Terkejut Ada Tarian Ghairah di Pameran Pelancongan
Saudara Pengarang,

PADA 26 Disember yang lalu Malaysia telah digemparkan dengan bencana alam tsunami yang amat menyedihkan dengan jumlah kematian meliputi negara-negara terlibat hampir 130,000 orang.

Namun begitu, perkara yang amat menyedihkan apabila saya telah mengunjungi pameran `International Show Tourism Melaka' pada 1 Januari 2005 di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) baru-baru ini di mana, penonton telah digemparkan dengan tarian ghairah dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri ketimuran.

Memang tidak dinafikan pihak penganjur menjalankan tanggungjawab di mana pada masa yang sama mengutip derma kepada mangsa-mangsa yang ditimpa bencana tsunami. Tetapi pada pandangan saya, cara ini tidak bertepatan niat murni pihak penganjur. Rata-rata penonton yang hadir membawa keluarga dan kanak-kanak.

Adakah budaya ini yang harus ditunjukkan pada generasi muda yang akan datang? Namun begitu, adakah salah ibu bapa yang sengaja membawa anak-anak mereka untuk menonton tarian sedemikian rupa di tempat umum?

Saya berharap Kerajaan Negeri Melaka memantau dan menyediakan garis panduan kepada pihak penganjur supaya perkara seumpama ini tidak berlaku lagi.

- SITI RAHAYU ZAKARIA, Petaling Jaya, Selangor.

Kebetulan akupun berada di situ.. Dan aku dengan setulus hati mengaku bahawa persembahan demikian memang tak sesuai dipertunjukkan, bukan sahaja atas dasar menghormati mangsa bencana Tsunami, bahkan tidak wajar dipersembahkan langsung pada mana2 majlis ataupun function yang melibatkan khalayak daripada pelbagai peringkat umur! Akupun pelik jugak macam mana persembahan seumpama ini boleh terlepas?

Walaupun aku mengaku, aku pun turut menonton persembahan berkenaan, namun aku hanya menonton dari jauh dan mengambil beberapa keping gambar dengan tujuan bukti. Lucunya aku memang menjangka bahawa komen/teguran sebegini akan terhambur daripada segelintir rakyat yang prihatin. Tuepun aku menjenguk sekali sekala... Aku plak yang naik segan dengan pompuan2 dan budak2 yang berada di situ.

Soo.. people!! Citer jerk tak gunakan? Meh aku tunjukkan sikit gambar2 terlampau yang aku katakan tadi tue.. Ngehngehngeh...

.:Nota Tangan:. -Soriler.. akupun terpaksa censored gambar nie atas dasar keprihatinan aku.. hehehe...

08 January 2005

Kung Fu Hustle


Filem bulan ini...

Orang sumer cakap cerita Kung Fu Hustle nie best giler. Dalam beberapa film review yang aku baca, banyak yang kata best... Sampaikan dalam satu ulasan persendirian yang aku baca, diorang kata...
"Anda akan tergelak besar dari mula sampai habis bila menonton filem ini, tapi awas jangan berhenti gelak secara drastik..."
Terpengaruh dengan ulasan2 mahupun rekemen dari kawan2, aku curi2 masa menonton filem karya terbaru Stephen Chow nie malam Selasa aritue di TGV, Suria KLCC. Tiket yang berharga RM11.00 membuatkan aku lebih menyiapkan diri untuk menonton bagi memastikan harga tiket yang dibayar berbaloi.

Setelah mengah menunggu iklan hampir setengah jam, tayangannya pun bermula. Permulaan tayangan, terpampang amaran 18PL iaitu cerita ini hanya untuk tayangan 18 tahun ke atas sahaja. Adehh.. takyahler nak check ic kan.. dah tentu ler umur aku dah melebihi 18 tahun. Tapi excited gak nak tau apa yang 18PL nya... Lebih2 lagi untuk filem yang ditayangkan di Malaysia nie (selepas melalui proses penapisan filem oleh Finas).

Rupanya... latar cerita ini adalah ala2 citer samseng dan gangster macam zaman filem Dick Tracy dedulu. Aku ingat citer zaman moden/sekarang (jauh sekali dari citer zaman pendudukan Jepun). Tekun menonton dengan sekali sekala pundi hempedu aku digeletek kelucuan... Akhirnya aku dah tau apa yang 18PL sangat. Patutler pun, dengan shoot yang tak lepas2 daripada coli 'pompuan gemuk' (merangkap tuan tanah kat Pekan Khinzir) tersidai di penyidai, adengan budak lelaki dengan lurah bontot yang sentiasa terdedah, adengan kencing berdiri dan beberapa lagi lawak lucah dan 'double meaning' serta adengan bantai membantai yang keterluan telah menentukan standard filem nie kepada 18PL.

But, as for me... it's fun and enjoy enuff. Takde yang tak kenanya pun dengan 18PL tue. Pada aku.. benda tue cumer bersifat cliche dan sampingan jerk. Aku lebih tertarik untuk terbahak2 pada adengan lawak2 slapstik dan lawak komik nukilan Stephen Chow nie. Kenapa aku kata lawak komik? Sebab... aksi2 yang korang akan lihat dalam filem nie, takkan dapat dilihat di alam realiti. Yelaa... mana laa kita dapat tengok manusia lari cam kartun Road Runner yang pernah kita tonton dalam siri kartun Looney Tunes (That's all folk!!) masa kecit2 dulu.

Menonton filem nie memang melucukan! Aksi yang aku rasa paling lawak adalah masa part Stephen Chow melarikan diri daripada pompuan gemuk tue, yang sampai pompuan tue melepek terlanggar papan tanda.. Hehehehe... Masa part kawan dia yang gemuk tue tertikam badan Stephen ngan pisau pun kelakar giler!!

Kalau ada peluang untuk dibaiki, aku rasa penggunaan CGI (Computer Generated Interface... betul ke nih?) nampak terlalu ketara dalam filem nie. Masa part timbang bola tue nampak sangat pengaruh filem Shaolin Soccer dan andaikata Stephen Chow ingin mengangkat dirinya sebagai pendokong utama jalan cerita nie, maaf dia gagal. Keteroran yang lain2 menonjolkan watak masing2 menjadikan semua aktor yang terlibat begitu saling mendokong antara satu sama lain.

Anyway... Anyhow... 4 bintang (outof 5..) daripada aku!! Pada sesiapa yang belum menonton, pergilah ke panggung yang berdekatan anda untuk mengiyakan kata2 aku nih.. Tengok aku kencing korang ke tak? Hehehe...
Rating aku-

.:Nota Tangan:. - Sekali-sekala layan cerita2 kelakar nie pun best jugak...

Nampak Tak Nampak

Al-kisah 3 ekor hantu yang sedang melepak di pinggir hutan di sebuah kampung. Muak bercerita mengenai isu sosial dan politik tanahair, masing2 mula mengubah topik perbualan sambil menunjukkan riak2 keangkuhan masing2...

Hantu no. 1: Aku rasa antara 3 bertiga akulah yang paling terror!
Hantu no. 2: Ye ke? (Sambil mengerut dahi... tanda tak percaya.).
Hantu no. 3: Ye ler... anggaplah kitorang percaya. Tak pernah pun kami nampak kehebatan ko tue. Eksyen jee lebih!
Hantu no. 1: Korang tak percaya eh? Ko tengok ehh, aku buktikan...

Berdesuppp!!
Hantu no. 1 terbang macam helang, menghilang di kepekatan malam.
5 minit kemudian hantu no. 1 kembali dalam keadaan mulutnya berlumuran darah.

Hantu no. 1: Ko nampak kampung depan tue? Dalam masa 5 minit, hampir 100 orang aku bunuh. Hahahaha... (kata beliau dengan riaknya!)
Hantu no. 2: Elehh... kalau macam tue, akupun boleh!


Zassss!!
Hilang plak hantu no. 2 terbang ke kampung berhampiran...
2 minit kemudian...

Hantu no. 2: Ko nampak mulut aku yang berlumuran darah nie? Dalam masa 2 minit hampir 200 orang kampung tue jadi korban taring panjang aku nih. Muahahaha...
Hantu no. 3: Cop2!!! Jangan pandang rendah pada aku yee...

Fusssssss!!
Macam angin hantu no.3 terbang nak membuktikan kehebatan beliau pada 2 sahabat hantunya tadi. 10 saat kemudian... Hantu no.3 kembali dalam keadaan gigi, mulut dan hidung yang berlumuran darah.

Hantu no. 1 & 2: Uish.. dasat ahh ko nie... tak sampai seminit dah datang balik...
Hantu no. 3: Ko nampak batu besar depan tue?
Hantu no. 1 & 2: Nampak... nampak. (Jawab mereka secara serentak sambil mengangguk2 kepala...).
Hantu no. 3: Errr... aku tak nampak!!!


Kahkahkah...

Aku terbaca cerita nie dalam sebuah e-mail yang aku baca dah lama dulu. Merasakan cerita nie kelakar, aku ceritakanlah pada beberapa rakan pejabat aku. Malangnya sumer orang blur dan tak paham cerita lawak aku nih. Aku jerk yang tergelak sorang2 macam orang giler. Hampess betul...

Walaupun begitu, nak dijadikan cerita, aku pernah story the morry citer nie pada Najah di suatu malam sebelum tidur 3 4 hari lepas. Najah tergelak tak hengat biler aku cerita kisah hantu bodoh nie. Pada dia, kelakarlah citer nih. Sampai sekarang kalau kami teringat balik, kami mesti tersengeh2 kambing...

Best lar pulak rasanya biler orang tergelak dengar cerita hantu aku nie. So kesimpulannya, kadar kelucuan seseorang tue berbeza bergantung pada mood masing2 dan environment pada ketika itu. Tapi tak kisahlah korang paham ke tak kan? Yang penting aku dan Najah paham. Muahahaha...

.:Nota Tangan:. -Kalo korang paham... tahniah, korang dah mula boleh menerima lawak era baru... Berpikir sebelum bergelak! Ngehngehngeh...

07 January 2005

Azam Tahun Baru?

Letttt... seeee.....
Hurmmmm...

It's already 7th of January laa... Boleh cerita lagi ke pasal azam tahun baru? Kehkehkeh... Terpikir nak lupakan jerk pasal entry azam tahun baru nie, tapi ramai plak yang dok tanya apa azam tahun baru... apa azam tahun baru?! Adehh.. letih ler aku nak jawab. So aku tulis jee laa kat sini.

Erk.. brb! Boleh gitu? Hehehehe...
---------

Continued...
Siap bleh sambung2 entry plak eks?! Hehehe.. Macam Superdiman Spiderman Part 1 ngan 2 lah plak kan... Adehh.. tetiba terbusy plak sejak semalam. Tue yang tak sempat nak apdet tue. Sorie yee.. Oh btw.. pasal azam tahun baru aku...

1- Nak kuruskan sikit ukur lilit perut. Hehehe.. (Kalau dapat kurangkan diameter pipi nih pun bagus gak kan?
2- Nak tebalkan poket. Dalam erti kata lain ialah untuk meningkatkan ekonomi hidup. Caranya... hurm... banyaklah cara. Maybe buat keje part time ke kan...
3- Nak mempertingkatkan keenceman diri.. boleh
gitu? kehkehkeh.. Takdelah sampai nak buat pembedahan plastik, tapi agak2 sedap mata memandang. Camner nak buat ek?
4- Nak tingkatkan ilmu pengetahuan especially ilmu berkaitan IT. Rasa banyak yang perlu aku belajar lagi...
5- Nak Mantapkan blog aku nie. Aku nak jadikan lebih informatif dan interaktif. Hehehe... Tapi lambat lagi laa.. Nak kena belaja lagi... Aku pun nak majukan lagi gaya penulisan aku. Supaya sedap mata membaca (bukan untuk korang baca.. untuk akuorang jerr..).

Cehh.. sekali macam nak isi borang SKT lah plak... :)

Perlu kita buat azam nie? Ntahler akupun tak tau... Tapi orang asyik tanya jee kan? Kot2 perlulah agaknya kot. Padahal kalo kita set target pun, bukannya semua yang achieve. But its better than never right?! Tak dapat banyak.. sikitpun okeh! Alah.. kalau tak perlu pun , korang buat jee jawapan standard cam aku nie. Senang... sama jer jawapan aku biler orang tanya. Tetiap tahun ituler azamnya.. biler dah expired top-up balik. Kahkahkah... Tapi rasanya tahun nie kene determine lebih sikit kot... Almaklum ler...

.:Nota Tangan:.- Malam tahun baru aritue aku top-up Rm100.00 untuk azam tahun baru aku! Ngehngehngeh...

06 January 2005

Melonjak Girang

Yeah.. yeah...!!
Hati melonjak girang...

Pagi nie menjengah sekejap ke weblog Jurnalalam, setelah sekian lama tak berbuat demikian. Hurmm... menguntumnya hati biler terpandang pada satu nick yang begitu familiar dengan diri aku di sektor JURNAL, paling bawah sekali tertera PAK BERUANG !! Mula2 seakan tak percaya, tapi biler aku gerakkan tetikus kat nick tue, terpapar url weblog aku di penjuru kiri bawah monitor aku (agak2 dah lama ke nick aku ada kat situ..). Heh!!

Jap.. jap..
Aku nak melompat2 sekejap!

Mengenali saudara Jurnalalam sebagai seorang yang begitu memilih dalam senarai bacaannya (jurnal). Adalah satu kebanggaan dan kemegahan biler terpandangkan link aku di situ. Agak2 bagaimana nick aku boleh terpapar di situ, adakah secara kebetulan kerana nick tue best.. ataupun dia saja TERPILIH url aku untuk menambahkan senarai bahan bacaan beliau ataupun adakah dia memilih atas dasar sesuatu yang korang dan aku tak tahu? Untuk pengetahuan semua, saudara Jurnalalam adalah antara pencetus minat awal aku sebelum menceburkan diri dalam dunia blog nih.. selain daripada Fajaronline dan Tok Rimau.

Yeah..yeah..yeah..
Sambung lompat2 balik!!

.:Nota Tangan:. - Tak pernah jemu membaca nukilan Jurnalalam

05 January 2005

Letih dan Teruja

Letih dan teruja..
Perasaan itulah yang aku rasa sekarang ini.

Sebetulnya baru pulang dari KL bersama Najah selepas menyelesaikan beberapa urusan yang berkaitan dengan pernikahan dan resepsi kami yang tak berapa bulan lagi. Walaupun bagi sesetengah orang, ianya masih terlalu awal, namun bagi kami eloklah disegerakan mana yang boleh selagi mampu mencuri2 masa, kalau tidak takut tak terkejar bila masa semakin menghimpit.

Sebetulnya juga banyak peristiwa yang berlaku dalam sehari dua nie, namun tak dapat aku garap semua lantaran kelesuan fizikal dan spiritual. Fikiran akupun terlalu berserabut untuk menyusun kata-kata dalam koordinasi yang paling sesuai menyebabkan aku memutuskan untuk tidak meneruskan rencana peneceritaan ini (yang pastinya berjela) dan mula berfikir agar sekali-sekala tidak berentri untuk bercerita mengenai segala perkara (termasuk hal yang remeh temeh..).

"Korang berdua nie kelakar laa..!"

Pertemuan dengan Kak Zuki semalam (bakal juru andam kami), agak mencuit hati untuk difikir2kan. Bermula dengan mengangkut sebeban majalah pengantin dan album2 perkahwinan yang lama2 ke butik andamannya, menjadikan diskusi ringkas kami mengenai perancangan yang tersirat di hati begitu terjemah dengan jelas di atas kertas. Hati menjadi sangat lega kerana beberapa kerunsingan yang bersarang telah menemui jalan penyelesaian (beserta kos! Hehehe...). Cuma ada beberapa perkara lain yang mungkin akan dapat diputuskan dalam pertemuan yang seterusnya. InsyaAllah.. Di kedai Kak Zuki semalam juga seolah-olah telah menjadi satu majlis pra-pemilihan baju pengantin di mana aku dan Najah masing2 dapat mencuba melaram pakaian pengantin (walaupun sepatunya memilih baju pengantin ini hanya akan dibuat sebulan sebelum hari langsung) dan mujurlah apabila pakaian terletak di badan hanya sesedang-sedang elok (Cuma pada aku yang memerlukan sedikit modifikasi! Hehehe...) dan kecerian semakin bertambah apabila masing2 mula berposing di hadapan Kak Zuki (dan juga beberapa tetamu lain yang kebetulan berada di situ)! Tak tahu malu kami nie kan?!

Di jalan TAR, proses mencari beberapa jenis kain yang diperlukan bermula dengan agak hambar. Meninjau dari kedai ke kedai tidak begitu menarik perhatian dan keadaan di mana hanya kami berdua di dalam kedai (ditemani jurujual) adalah sangat tidak mengujakan dan sekali-sekala hampir mematikan mood kami untuk berseleksi. Di salah satu kedai, paten kain yang berkenan adalah sangat menjerut tangkai hati (apabila melihatkan harganya). RM198 untuk semeter kain adalah agak tidak munasabah dan nyata di luar budget kami! Menguatkan hati untuk terus melangkah (di kala harapan untuk berjumpa dengan kain yang berkenan senakin pudar), seketika menonong kami masuk di sebuah kedai kain yang telah kami lewati sebelumnya. Sapaan dan keramahan jurujual menyebabkan kami memutuskan untuk mencuba nasib dan akhirnya berjumpa dengan yang berkenan di hati. Keceriaan bertaut kembali...

"Kalau boleh pukul 11 mesti dah ada di Nilai 3"

Begitulah pesan Najah semasa kami bersarapan bersama pagi tadi. Nilai 3 adalah destinasi terakhir kami sebelum pulang ke Melaka. Rencana sebenarnya adalah untuk membeli bunga (untuk dibuat bunga telur) dan juga mencari barang untuk dijadikan cenderamata istimewa untuk teman-teman yang sudi hadir di majlis resepsi kami nanti. Jadi peringatanlah kepada sesiapa yang hendakkan hadiah istimewa dari kami tue jangan lupa untuk berjumpa dengan kami. Kalau makan dan terus pulang, alamatnya tiadalah bahagian untuk kalian!

Tiba di rumah, terus saja mengadap pc. Tahu sahajalah, 2 hari tidak mengjenguk weblog, mungkin ada beberapa post yang memerlukan respond segera. Jangkaanya aku tepat setelah mendapat mesej daripada Nazri bro dan Tok Rimau mengenai butiran diri yang perlu di-email segera untuk dimasukkan dalam sisipan iKon. Alhamdulillah, telah dilaksanakan...

Lewat petang tadi juga mendapat berita yang kurang mengembirakan apabila dimaklumkan oleh Tok Rimau yang artikel untuk GT3 aku tak sempat dimasukkan (lantaran kelewatan mengepos artikel berkenaan dalam 100 salinan) dan akan dimasukkan dalam GT4. Hurm.. nak dikirakan ralat memanglah tersangat ralat sebab teringin sangat nak tengok nukilan sendiri dalam GT3 tue. But u know what? It was just fair enough!! Siapa cepat dia dapat. Aku tak salahkan sesiapa. Aku yang terlewat perlulah menunggu untuk lagi beberapa ketika lagi. Mudah-mudahan akan termuat dalam GT4 kelak. Dah tersenarai masuk tue pun dan cukup baik. Pikir aku...

.:Nota Tangan:. - Thanx to Tok Rimau dan ND yang banyak membantu...

02 January 2005

It's Hard To Say Goodbye...

*It's Hard To Say Goodbye... (To yesterday)!

Mengharungi sepagi Ahad, tanpa melakukan apa2 adalah merupakan suatu perkara yang sungguh membingungkan. Bukannya tiada keje yang boleh dibuat, banyak benda yang teringin nak dilakukan ataupun perlu dilaksanakan dengan kadar segera, tetapi tangan dan kaki bagai terpaku di lantai dan meja komputer.

Melayan perasaan sambil mendengar Mp3... Lagu dendangan Boyz 2 Men, menerjah gegendang telinga seraya mengetik butang REWIND aku... Memusing kembali saat2 girang bersama teman2 (tak perlu menamakan sahabat GeJu, kerana kalian sudahpun menjadi teman2ku..) seminggu lalu.

Yee... Gathering Gath Geju sudah seminggu berlalu... Melewati 7 hari yang sarat dengan kenangan.Menutup tirai 2004 dengan begitu cemerlang (walaupun pada masa sama, ada insan di tempat lain yang menderita dilanda tsunami..).*Menukar mode di player kepada continous/shuffle play...

Sesungguhnya gathering lalu membawa perubahan besar pada diri aku. Pada sesiapa yang pernah mengikuti perkembangan aktiviti blogging nie pasti memperakuinya. Aku dulu dan aku sekarang memang 2 insan yang berbeza....

Enuf said..

How do I say goodbye to what we had?
The good times that made us laugh
Outweigh the bad.

I thought we'd get to see forever
But forever's gone away
It's so hard to say goodbye to yesterday.

I don't know where this road
Is going to lead
All I know is where we've been
And what we've been through.

If we get to see tomorrow
I hope it's worth all the wait
It's so hard to say goodbye to yesterday.

And I'll take with me the memories
To be my sunshine after the rain
It's so hard to say goodbye to yesterday.

And I'll take with me the memories
To be my sunshine after the rain
It's so hard to say goodbye to yesterday...

.:Nota Tangan:.
-Lagu nie aku tujukan buat teman-teman sekalian yang sentiasa di ingatan..

01 January 2005

Posting Marathon

Adehh...
Giler siput babi tahap extrem nyer aku sekarang nih!

Tetiba aku rasa kepala aku dah mereng.. abis sumer wap2 badan aku tersejat dek keletihan. Aku baru selesai melakukan MARATHON posting new year greeting kat kawan2 blog aku. Berpuluh2 rasanya aku berjaya post. Kalau korang tengok kat kanan blog aku nih ada senarai KRONIZ, hampir 80% daripada senarai tue aku berjaya postkan ucapan selamat tahun baru. Walaupun intonasi dan gaya bahasanya sama jerk (sebab aku copy & paste.. hehehe..), aku tetap nak buat, sebagai komitmen aku kepada korang sumer bahawa aku akan terus berpost2an dengan korang selagi korang sudi post comment dan baca entry2 aku. Hehehe...

Aku dah salah budget sebenarnya.. Patutnyer sekarang nie aku post ler citer yang best2 pasal memori tahun lama (yelaa.... lawan tahun baru bukan tahun lama ke?) dan impian cita2 aku untuk tahun baru. Tapi nantilah besok2 aku cerita. Takpe aku ada 365 hari lagi untuk bercerita dan melaksanakan azam tahun baru aku tue nanti.

Apa yang pasti...
Aku dan dapat approval daripada Tok Rimau bahawa artikel aku untuk GT3 yang aku e-mailkan pada tok siang tadi telah diterima dan diluluskan oleh pihak wajib tayang. Tiada satu scene pun yang terlibat dengan pemotongan ataupun perlu diolah semula. Besok pagi2 aku nak gi hantar photostat pastue Isnin aku pos naik keretapi ekspress rakyat! Muahaha... harap2 sempatler.. sebab aku tengok dah genting sangat dah senarai penulis2 yang layak menyumbangkan artikel ke GT tue.. setakat siang tadi dah 10 orang. Ada 3 jee lagi kuota yang tinggal. Harus segera nih!!

Anw... sekali lagi pada semua (especially yang tak sempat ataupun tak dapat aku nak wish kat chatterbox masing..), aku nak wish..

SELAMAT TAHUN BARU!!
Hip.. hip.. horey!

May your dreams come true. Tahun baru.. tekad dan azam pun mesti baru.. kalau azam yg dah expired tue.. sila top-up balik!! Ulang tayang... hehehe...

.:Nota Tangan:. - Selamat tinggal 2004 yang penuh dengan kenangan...