Powered By Blogger

08 January 2013

The Chronicles of Househusband. Part 1

Pagi yang mendung lagi mendamaikan.


Bagi sesetengah orang, terutama bekas teman sekerja dan kenalan terdekat mungkin telah sedia maklum bahawa aku adalah seorang 'househusband'. Maksud aku 'househusband' dalam ertikata yang sebenar2nya. Kalau sesiapa x tahu apa maksudnya boleh try google (ye, google adalah teman rapat aku sekarang huhuhu...). 

Anw basicly apa yang aku boleh explain, aku nie macam suami yang bekerja dari rumah je lah. Di samping bekerja, jaga anak2 dan menguruskan rumah tangga juga. Untuk seketika aku simpan dulu baju2 kemeja dan seluar slacks aku termasuk name tag hitam (tulisan putih) dalam satu tong khas yang x tau lah bila tong itu akan terbuka semula. Aku boleh kerja dengan pakai boxer je kat rumah kalau aku mau! 

*censored*

Kenapa aku pilih untuk jadi househusband? Panjang pulak untuk diterangkan. Perhaps what can I conclude, it's the best decision at that time. Dan sampai sekarang pun aku masih rasa ianya adalah suatu tindakan yang wajar dan tepat demi masa depan keluarga aku. Ehh, aku bekerja ye... Bukan x bekerja cuma aku bekerja dari rumah sesambil menjaga anak2 dan menguruskan rumah tangga. Apa kerja aku? Mungkin aku boleh cerita dalam entri2 yang akan datang. 

*ye laa ye laa... gelakler gelakler... nak kata aku 'looser' lah tu* ;p

Crime Scene: Kerja + baby + tv... 
Ada juga teman2 yang bertanya macam mana jadi househusband? Penat x? Jawapannya masha Allah... Tuhan sahaja yang tau penatnya. Tapi aku happy sbb aku dekat dengan keluarga aku. Aku dengan makbear dah terbiasa bersama, susah payah bersama... So menguruskan anak2 di samping take in charge hal ehwal di rumah adalah satu cabaran yang aku sahut dengan berbesar hati. Tapi mcm mana pun aku nak ucapan million thanx pada makbear, walaupun aku kata aku akan take in charge everything, kadang2 aku hopeless juga, mujur makbear turut sama membantu. And to be truth, ada certain2 thing mmg tangan makbear je yang buat akan nampak impaknya... contohnya memastikan kebersihan lantai rumah dah handwash baju2 yang tak boleh masuk mesin. Maklumler sentuhan lelaki dgn pompuan nie x sama, aku rasa ok, makbear kata x sampai 'hun' nya lagi kata org! Kihkihkih

Memang laa stress juga, mcm kerja gomen dulu. Penat kemain, kadang2 tue datang juga baran aku ni (makbear) tau laa mcm mana kalau aku dah marah... Tapi membesarkan anak2 sendiri depan mata, menyediakan sendiri makan pakai anak2 dan isteri... Is priceless man! Aku berada di suatu posisi yang x ramai lelaki merasa untuk membuatnya. Memang kadang2 rasa rendah diri juga tp kadang2 rasa bangga sbb aku boleh laksanakan perkara yang ramai lelaki/suami kat luar sana x sanggup nak buat (dorang mampu, tp x sanggup jee...).

Hurm panjang plak entri ni. Sambung lg lah part 2. Anw sikit lagi sebelum aku sign out, sbb dah jadi househusband nie laa aku mula balik blog ni, atas galakan awal makbear juga. So tgh excited lagi explore the new blogspot ni. Best... banyak benda baru yg xde masa aku mula2 aku berblog tahun 2004 dulu...

Till the, see yaa! To be continued... :)

0 comments: