Powered By Blogger

Happy Birthday Umi!

Upacara bergambar dengan cupcake sempena birthday makbear pada 4 Jan 2013

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Percutian yang tak dirancang di Colmar Tropicale, pada 16-18 Nov 2012

Disneyland Hong Kong

We made it!! Hong Kong Disneyland 17-22 Nov 2011

Hari Raya Aidilfitri 2012

Huda asyik melalak je, so amik gambar pun lebih kurang je! Hehehe

Selamat Hari Lahir Waseem 2012

Sambutan birthday Waseem di Taska Permata. Cake Barney yang begitu menarik perhatian!

28 November 2005

Titik Buta

Sudah 3 hari kami di kampung bermakna ikan-ikan dan sepasang kura-kura kami di rumah sudah 3 hari jugalah tidak makan kecuali memakan sisa-sisa buangan mereka sendiri dalam akuarium. Takut juga kalau ada yang mati macam lepas-lepas.

Malam minggu kelmarin kami singgah sekejap di rumah. Yang mengejutkan sejurus sebelum aku hendak membelok masuk ke kawasan taman rumah aku aku nyaris-nyaris hendak terlanggar seorang 'uncle' yang menunggang motor sambil dibonceng oleh 2 orang anak bujangnya. Bergoyang-goyang handle motornya cuba mengelakkan belokan maut aku. Nasib baik MakBear menjerit nyaring ke telinga yang menyedarkan aku dari khayalan lalu memaut kuat stereng kereta untuk mengelak daripada terlanggar uncle tadi.

Aku hanya sempat tersenyum kelat sambil mengangkat tangan meminta maaf. Kuat makian uncle aku dengar dari dalam kereta.

Sampai di rumah, aku memberi ikan makan. MakBear hanya tunggu dalam kereta. Mungkin masih terkejut. Sejurus kaki melangkah masuk ke dalam kereta MakBear tanya, "ada ikan-ikan yang mati?".

"Takde", jawab aku.

"Buang karen jee.. takde pulak yang mati", ngomel MakBear.

"Ikan takde mati, tapi nyaris-nyaris tadi uncle dengan anak-anaknya mati ataupun mungkin juga cedera parah kena sondol dengan kita", usik aku. MakBear menjeling geram.

"Maaflah uncle, nasib lu memang kurang baik sebab kedudukan lu dan motorsikal lu dan anak-anak lu berada dekat 'titik buta' wa sebab tue wa tak nampak lu!".

Naik Haji

Si Polan: Orang cakap tak elok pergi naik Haji masa muda-muda.
Aku: Kenapa pulak?
Si Polan: Yelah, kalau pergi muda-muda nanti balik buat dosa balik. Kalau akak, dah tua-tua nanti lagi elok kalau pergi.

"Huh?! Kau pasti umur kau akan panjang sampai kau tua?! Lupakah kau rezeki, ajal dan maut tue di tanganNya. Kau bercakap macam kafirun!", kan bagus kalau aku boleh luahkan kata-kata nie pada si polan itu.

p/s: MAAF, aku benci tahap dewa pada 'si polan'.

24 November 2005

Cincin

Ketet ketet ketet..
*SMS di taip.

"Awak ada nampak tak cincin (nikah) abang?"
"Takde"
*Message Recieved.

Sudah! Cincin aku yang diberi oleh MakBear masa nikah aritue dah hilang. Mana aku nak cari lagi nie? Nak kata tercicir, setahu aku cincin tu takkan boleh tercicir dengan mudah dari jari montok aku nie. Paling-paling kena pulas 2 3 kali baru boleh tercabut.

Tapi kalau tak tercicir, mana pulak perginya? Aku cuba ingat-ingat balik, memutarkan memori masa ke lebih kurang 12 jam sebelumnya, di mana kali terakhir aku betul-betul pasti aku masih lagi terlihat cincin silver berbatu quartz purple terikat kemas di jariku.

Aku masih gagal. Kerana sistem otak aku menolak segala kemungkinan aku ada menanggalkan cincin berkenaan dengan sengaja dan terlupa memakainya semula sehingga kehilangan.

Aku susur jalan, jejak yang aku tinggalkan sekembalinya aku dari minum pagi tadi. Itu saja, takde ke tempat lain. Namun aku masih belum berjumpa. Aku cari dalam pejabat, bawah meja, dalam poket seluar. Tiada. Kosong.

Pada saat ini, aku teringat pada satu perisitiwa yang hampir sama berlaku lebih kurang 18 tahun dulu, mak aku pun kehilangan gelang tangan emasnya. Takut tercicir semasa mak memanggung lengannya di pintu kereta ketika dalam satu perjalanan menziarahi saudara. Ketika tue kami di sebatang jalan yang sunyi, kereta hanya lalu sekali sekala dan di kiri kanan jalan hanya ada semak, estet getah dan kawasan perkuburan hindu. Tambahan dalam keadaan cuaca rembang petang sekitar jam 5.30pm tue, cukup menggerunkan.

Mak sudah ulang nangis 2 3 kali sambil menyusur jalan berjalan kaki. Kaki dah melenguh, air mata dah hampir kering. Kami dalam kereta hanya mampu berdoa supaya segalanya cepat berakhir. Mulut abah terkumat-kamit dalam kereta kemudian abah kata
"kalau gelang tue dari rezeki yang halal, maka KAU pulangkanlah hak kami". Tidak lama selepas itu gelang mak dijumpai semula.

+++
Ketika aku pulang ke rumah, aku terus mencari sambil mengulang ayat yang sama seperti kata ayahku. Depan ke belakang. Atas ke bawah.
"Ehh, macam aku tau jee benda yang berkilau-kilau tue", rupanya cincin aku telah ditemui semula di atas katil yang menyebabkan MakBear dan aku tak percaya sebab kami dan 2 3 kali mengibas cadar dan bantal katil tue tapi tidak berjumpa.

"Alhamdulillah..", bisik hati kudusku.

21 November 2005

Cerita Jiwa Kacau

Aku ada banyak cerita nak tulis, tapi aku tangguhkan dulu sebab aku nak tulis cerita nie.

Sekarang sedang sibuk dengan Majlis Raja-raja di Melaka. Aku merangkap sebagai pemandu profesional yang boleh memandu semua jenis kenderaan darat kecuali keretapi dilantik sebagai ahlil-logistik bagi jawatankuasa cenderamata.

Kusangka apabila diberikan kunci Honda Odyssey dan juga kredit kad buat mengisi minyak penuh-penuh dah cukup menggirangkan aku, rupanya kedatangan buku Jiwa Kacau yang hampir 2 minggu aku tunggu dari Nett lebih menggirangkan.

Sekarang nie, aku di persimpangan samada mahu menjalankan tugas aku sebagai ahlil-logistik tadi ataupun cabut kaki ke tempat tersembunyi bagi menikmati Jiwa Kacau idaman. Aku terpaksa memilih untuk bertanggungjawab melaksanakan amanah yang telah diamanahkan kepada aku ataupun mengikut kata setan untuk mengulau melempiaskan nafsu jiwa kacau aku?

Aku pilih jalan mudah. Aku ambik Jiwa Kacau lalu memasukkannya ke dalam kocek aku dan mula memasukkan barang-barang ke dalam Odyssey. Mungkin aku boleh curi-curi masa ketika menunggu traffic light bertukar warna merah ke hijau.

19 November 2005

Andai

Currently my favourite song.

Andai - OST Bintang Hati
Amy Mastura Feat. Anuar Zain

Amy: Uuuu....
Andaikan diizinkan
Kuundur waktu
Akanku susun langkah
Akan kucorak warna
Tiada kelam

Anuar: Namun apa daya
Andai ada pilihan
Ku ulang detik
Akan ku imbas saat kenangan silam
Kan ku hurai
Perasaan cinta

Korus:
Amy: Kasih kembalikan
Sinar diri hidupku

Amy/Anuar: Kesempatan kedua untukku pendam semula
Kebahagiaan
Sebuah harapan yang terlerai

Anuar: Kasih rasailah
Kekesalanku

Amy/Anuar: Kan beralih arah mengejar cinta sucimu

Amy: Andai takdir
Mengizinkan mengundurkan waktu ohhhh..

Anuar: Andai ada pilihan
Ku ulang detik

Amy: Akan ku imbas saat kenangan silam
Kan kuhurai perasaan cinta

Anuar: Kasih kembalikan
Sinar dihidupku

Anuar/Amy: Kesempatan kedua untuk ku pendam semula
Kebahagian

Amy: Sebuah harapan yang telerai
Oohhh kasih rasailah
Kekal kesalan

Anuar/Amy: Kan ku beralih arah mengejar cinta sucimu
Andai takdir mengizinkan
Ku mengundurkan waktu

* Mahu dengar? Ada kat radio.blog >>

16 November 2005

Sengihan Bermakna

Aku terharu betul pabila menonton di kaca tv, adengan seorang anak yang mengayuh basikal ke bendang untuk memberitahu kepada ayahnya berita gembira kejayaan beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Tiada pemandangan yang paling mengharukan tatakala melihat tangan kasar ayah yang sedang bekerja mencari rezeki ditarik dan dikucup sebagai tanda terima kasih atas segala pengorbanannya. Tubuh 4 kerat si bapa dirangkul sebagai tanda kasih dan sayang atas segala perhatian dan nasihat yang telah diberikan selama ini.

Tak kisahlah adengan itu hanya ulang rakam kerana diminta oleh jurukamera stesyen tv berkenaan ataupun senario yang sebenarnya berlaku di tempat kejadian. Yang pasti, apa yang terpapar di hadapan aku ketika itu cukup menyentuh jiwa.

Bukannya macam aku.

Masa aku dapat result UPSR dulu, aku balik rumah tengok mak aku dah tersengih-sengih. Mak aku tanya, "Berapa keputusan UPSR ko?"
"Mak teka berapa?"
"3A 1B", agak mak aku dalam keadaan masih tersengih-sengih.

???

"OOOooOOOO.. patutlah, Mak dah telefon sekolah dulu!!"
"Tak aciiiIIiiii!!!", aku dah agak sengihan mak itu mempunyai makna.

14 November 2005

Cerita Sebelum Tidur

Hahahahahaha, hihhihih!!
MuhahaHAHAhahaHEHEhihihi!!
(*Ketawa berdekah-dekah)

MakBear: Abang nie kelakar laa! Agaknya abang nie memang tercipta untuk saya. Membantu melengkapi hidup saya dengan lawak selamba dan aksi spontan abang tue.
PakBear: Hehehe, takdelah. (*malu-malu)
MakBear: Adakah kehadiran saya membantu melengkapkan hidup abang?
PakBear: Mestilah ada.
MakBear: Contohnya?
PakBear: Awak telah membantu meningkatkan taraf kehidupa/pemikiran saya (bukan atas dasar meterialistik).
MakBear: ??
PakBear: Sebab awak saya bersungguh ambil lesen kereta, kalau tidak mungkin sampai sekarang saya tak kisah nak ambil lesen memandu 8 tahun yang lalu. Bila hidup bersama awak baru saya tahu betapa nikmatnya tidur dalam bilik berhawa dingin sambil bergulung dalam 'comforter' yang best nie.
*PakBear terlena dalam kegebuan 'comforter' di sisi isteri tersayang.