Powered By Blogger

Happy Birthday Umi!

Upacara bergambar dengan cupcake sempena birthday makbear pada 4 Jan 2013

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Percutian yang tak dirancang di Colmar Tropicale, pada 16-18 Nov 2012

Disneyland Hong Kong

We made it!! Hong Kong Disneyland 17-22 Nov 2011

Hari Raya Aidilfitri 2012

Huda asyik melalak je, so amik gambar pun lebih kurang je! Hehehe

Selamat Hari Lahir Waseem 2012

Sambutan birthday Waseem di Taska Permata. Cake Barney yang begitu menarik perhatian!

30 March 2014

Mabuk Pizza homemade sendiri..:)


Tadaaaa....weekend ni aku telah mencuba membuat pizza pulak...hikhikhik...aku ni setiap hujung minggu kerjanya menggugel resepi saja...



Semalam kami dari lunch sampai ke dinner dok ngap pizza je lah..hehe
Pizza yang aku buat ni telah diakui oleh pakbear sama sedap dengan yang dijual di kedai...sungguh terasa feeling "homemade" itu...

Resepi pizza ini pun aku gugel di internet saja...mudahnya hidup dengan internet...aku yang zero pasal masakan pun boleh pandai masak..hehe...

Untuk buat pizza, ada 3 perkara yang perlu dilakukan iaitu:

1) Buat pizza base
2) Buat pizza paste
3) Buat topping

Nampak macam rumit tapi sebenarnya agak mudah, terutamanya kalau kita dah biasa buat doh utk roti, donut etc so buat base pizza tu pun kira senang kacang je lah..:)

Base pizza
-------------

Bahan-bahan:

500 Gram tepung gandum
1 Sudu teh baking powder
1 Sudu teh serbuk yis
2 Sudu makan minyak zaitun
1 Biji telur gred A

Air secukupnya

Cara-caranya:

1. Yis dicampurkan bersama 1/2 cawan air suam dan 1 sudu makan gula, biarkan seketika dlm 20 minit.

2. Masukkan air yis tadi bersama kesemua bahan2 lain diatas dan digaul rata. 

3. Masukkan air secukupnya dan uli menjadi doh. Cara uli ni kan kita uli sama macam buat doh roti dan donut tu iaitu uli sehingga kenyal2 lembut dan pastikan tiada tepung2 melekat di tangan, kalau masih ada tepung melekat di tangan, masukkan lagi tepung gandum sedikit demi sedikit sampai doh tu kenyal dan tangan kita bersih dari sebarang tepung

4. Perapkan seketika dalam 20-30 minit. Setelah siap diperap, bolehlah mula dicanai membentuk bulat leper. Kemudian, cucukkan dikawasan tengahnya menggunakan garfu. Buat lubang2 kenit...kalau tak buat pun takpe..hehe..ini chef yang aku folo resepi bagitau...:)

So lepas tu, bolehlah terus di gunapakai dengan menyapu paste dan topping. 

Dan terus dibakar didalam oven. Bakar ni ikut spesifikasi oven korang tau...aku bakar 20 minit dengan suhu 150c sahaja sebab oven aku oven lama yg suka overheat..

Untuk dijadikan frozen, bakarkan ia selama 10 minit (mengikut spesifikasi oven masing2) dengan suhu 150c juga... pastikan doh tidak dibakar terlalu garing. 

Bila dah sejukkan dah bolehlah mula disapu paste dan toppingnya.. atau disimpan base ini didalam freezer dan bolehlah digunakan kemudiannya..

So basically, korang nak frozen pizza base tu je boleh, nk frozenkan dia bersama paste pun boleh, nk frozenkan dengan dah siap topping pun boleh...aku frozen kan siap topping untuk memudahkan jejaka tampan kt rumah aku ni...dia tinggal bakar je lah pizza tu nanti kalau time aku takde...:D

Ok sekarang buat paste pizza pulak

Pizza paste
--------------

Bahan A

3 Biji bawang putih (dicincang halus)
4-5 Biji tomato segar
4-5 Sudu besar sos tomato biasa (lebih jika mahu - ikut citarasa)
1 Sudu besar mentega/butter

Bahan B

1 Sudu besar oregano (ikut citarasa jika mahu lebih), aku tak suka banyak ;)
1 Sudu teh lada sulah (white pepper)
1 Sudu teh lada hitam (black pepper - ikut citarasa)
Sedikit air (dalam 1 cawan atau lebih)

Cara-caranya:

1. Panaskan kuali/periuk, masukkan kesemua bahan2 (A) diatas dan dibiarkan mendidih. 

2. Setelah bahan (A) mula mendidih, masukkan pula bahan2 (B) dan sentiasa dikacau. 

3. Renehkan ia sehingga kesemua bahan2 tadi menjadi pekat.

So dah siap dan sedia untuk digunakan/disapu atas topping pizza tadi.

Pizza topping
----------------

1. Hirisan keju Mozarella/Parmessan
2. Minced beef atau chicken (Daging cincang)
3. Sosej yang dipotong serong/bulat (sukati nak bentuk apa)
4. Capsicum (cili gemuk bulat tu) potong2 nipis
5. Cendawan butang potong nipis

So mula2 tabur la hirisan cheese tu, pastu letak lah minced beef or chicken tu, letak sosej, capsicum dan cendawan butang lepas tu tabur lagi sekali hirisan cheese tu...

Secara asasnya sukati kita le nak letak apa sebagai topping pizza tu...aku ni terasa nak letak sardin, sotong, udang dan daging ketam...hahaha..tapi resepi kali ni aku buat folo seperti yg pakbear dan anak2 suka...itulah kehidupan ku sekarang sebagai mak orang...

Kehendak anak2 diutamakan...
Kehendak sendiri dibelakangkan...

Best tak motto kehidupan aku? Haha

Ni pizza yg dah siap diletak topping untuk di'frozen'kan.


Aku balut dalam plastik dan letakkan bertingkat tingkat dalam freezer....kang kalau u all datang, aku defrost je lah dan bakar semula...:)


27 March 2014

Resepi Donut gebu bersalut coklat


Donut adalah favourite anak2 dan pakbear...so antara kuih yang aku wajibkan diri aku belajar buat adalah kuih donut, makanya aku telah berkali2 mencuba pelbagai resepi donut sehingga lah aku menemui resepi yang menepati selera yg sesuai dgn tekak famili kami...

Seperti biasa pembantu2 khas ku adalah anak2 dan pakbear...anak2 suka tolong masa buat kuih ni sebab dorg rasa macam buat eksperimen sains agaknya..hehe







Siap buat donut bentuk Meow lagi..maklumlah kami ni memang peminat Meow..:)

So ingin aku share kan resepi yang aku follow...

Bahan-Bahan

2 sudu besar mentega
1 paket Yis Mauripan
3 sudu besar gula
5 cawan tepung gandum
2 sudu besar susu pekat
sebiji telur

Cara-cara uli

1. Cairkan 2 sudu besar mentega
2. Sediakan 1 cawan air suam..campurkan bersama 3 sudu besar gula, 2 sudu besar susu pekat dan 1 paket yis mauripan (gaul sehingga kembang dan biarkan selama 5 minit)
3. Pecahkan sebiji telur dan gaul sebati bersama mentega yang telah dicairkan tadi.
4. Setelah selesai, campurkan langkah 2 dan langkah 3..gaul hingga sebati.
5. Sediakan 5 cawan tepung gandum (bergantung pada kuantiti bahan)
6. Tuangkan sedikit demi sedikit campuran bahan tadi dan uli sehingga jadi doh..pastikan doh tidak melekat pada jari..Jika perlu tambah tepung..tambah tepung sikit demi sikit sampai jadi doh..uli doh sampai jadi sempurna..
7. Biarkan doh selamat 45 min sehingga menjadi 2x kali ganda..Pastikan tutup doh ngan plastik wrap.
8. Setelah kembang, uli semula doh..leperkan doh dan tekap doh dgn acuan donut. Boleh sampai 20 biji donut..
9. Panaskan minyak dan masak sampai kekuningan..
10. Gaul ngan gula halus..


Wafiy suka donut bersalut coklat so aku pun berusaha la membuat donut bersalut coklat...mula2 tak yakin juga 
nak buat sebab dari pengalaman aku buat coklat ganache untuk topping kek coklat tu, aku perasan coklat tu meleleh leleh dengan jayanya...so risau juga nanti topping donut coklat tu menjadi comot dan tak cantik..hehe

Tapi setelah aku mencuba akhirnya berjaya mendapat seperti yg aku inginkan...dan aku rasa donut aku lebih enak berbanding donut kat Jusco...hehe...

Untuk topping coklat tu, aku folo resepi ni

Susu pekat (setengah tin)
Mentega (2 sudu besar)
Serbuk koko @ Cocoa powder (agak-agak dalam 5 sudu besar atau 1/3 cawan)

Rasanya enak sekali...tak percaya tanya Waseem...hehe...donut coklat dan kek coklat yg Umi buat memang super sedap kan anak2? :)


26 March 2014

Huda 1 tahun 10 bulan

Huda sudah berusia 1 tahun 10 bulan...makin comel, makin gebu, makin pandai cakap, makin kuat makan, makin pandai merajuk, makin pandai beraksi dan makin pandai macam2 lah...

Seperti yang semua maklum, Huda kami anggap benar2 hadiah dari Allah..sukar untuk kami nyatakan mengapa dan kenapa, kerana penjelasan kenapa dan mengapa itu akan mengambil masa berjam2 agaknya kalau kami hendak terangkan satu persatu...

Kami betul2 yakin ada rahsia dan petunjuk yang Allah hendak berikan pada kami dengan mengurniakan Huda yang sangat adorable ini...

Tidak mahu bercerita panjang, cukup dengan melihat gambar2 Huda aku yakin semua akan faham kenapa Huda kami anggap umpama pari pari dari kayangan..:)



 
Dah faham erti kejelitaan...haha..pakai bunga, pakai cekak itu menambahkan kejelitaan seorang pompuan..

Huda juga sangat sayang pada bear...dan sering bermain dengan bear serta berlagak dia seumpama Mak yang menidurkan dan menenenkan bear..hehe

Dah pandai baca buku...dah pandai ajak Umi bacakan buku...:)


Dah pandai makan sendiri...


Makan hingga menghirup kuah di pinggan...hehe

Addicted to chocolate...boleh makan dan makan kek coklat Umi sampai kembong!! Haha

Pandai beraksi bila Umi atau Dedi nak ambil gambar..:)

Sudah mula tunjuk ciri2 notty...kihkihkih...capang betul telinga Huda 

Sudah pandai hendak tukar channel TV...

Sudah rajin tolong Umi berkebun..:)

Dah pandai susun block..

Sudah pandai join Abang2 tengok TV sambil makan oat..

Sudah pandai join abang2 mandi kolam...

Ha! Ni skill terbaru...dn juga hobinya sekarang..makan/minum air milo tabur...hehe

We luv u Huda..forever...:*)

Resepi Roti lembut gebu

Seperti yang aku kisahkan dahulu, Mak aku adalah seorang yang rajin membuat pelbagai kuih ketika usia mudanya...makanya dalam kepala otak aku ni, bila terkenangkan zaman kanak2 aku, gambaran didalam pemikiran aku adalah makan pelbagai jenis resepi kuih muih Mak...tolong Mak uli kuih...

Antara favourite aku adalah roti lembut dan gebu buatan Mak...




Masalahnya bila Mak aku sudah meningkat usianya Mak sudah lupa resepi Roti tu...jadi aku yg juga ingat2 lupa cara Mak aku buat roti itu pun diarahkan oleh Mak aku untuk berjumpa kakak aku yg sulong yang selalu buat roti ni...Mak aku kata roti yang dia buat dulu sama macam yg kakak aku buat...

Sekali tu bila aku jumpa kakak aku, dia memberitahu sebenarnya dia folo resepi internet je dengan sedikit modifikasi...hehehe...

So, makanya beberapa hari lepas aku pun try lah resepi yg kakak aku bagi disatukan dengan resepi internet..:p

Bahan:
--------

500 g tepung gandum
1 biji telur
3/4 cawan gula kastor
1 sudu besar susu tepung
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar marjerin
1 sudu besar shortening
1 peket mauripan (11g) yang peket kenit tu
Sedikit bijan / cheddar cheese / gula as topping (ikut suka hati kita)

Mula2
-------

~ campurkan susu pekat manis + telur + yis dan tambah air, jadikan 300 ml semua sekali - ketepikan

~ sebiji kuning telur + 1sudu fresh milk/susu cair - bancuhan ini untuk di sapu atas bun sebelum di bakar, boleh tambah susu jika bancuhan nampak pekat

Cara :
------

- Dalam satu mangkuk besar masukkan tepung, susu tepung, gula, masukkan adunan 300ml air tadi dan gaul hingga sebati

- Masukkan marjerin dan shortening, uli lagi hingga adunan lembut, licin serta elastik

- Perapkan doh sehingga naik sekali ganda (perap lebih kurang 1 jam hingga 1 1/2jam) 

- bila adunan sudah naik, uli dan tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin.

- Ambil sedikit dan buat doh kecil-kecil, susun dalam loyang yang telah di oles dengan sedikit marjerin (jangan susun rapat-rapat, jarakkan sikit, nanti doh kecil tadi akan membesar bak juara..hehe)

- setelah siap di bentuk, perap lagi 1/2 jam atau hingga doh besar sakali ganda, sapukan bancuhan kuning telur ke atas doh kecil tadi, taburkan sedikit bijan (boleh juga tabur gula atau cheddar cheese)

- Bakar dalam oven dengan suhu 180c selama 20 minit atau hingga masak, dengan api atas bawah. Yang part ni kan korang kena familiar dengan jenis oven korang serta tahap kepanasannya...aku guna oven lama Mak yg aku import khas dari Melaka...so temperature nya dah biol sikit...aku guna temperature 150c dan bakar 15minit je..:)

- setelah roti masak, keluarkan dari oven, sapu dengan sedikit marjerin/ butter untuk mengelakkan bun kita menjadi kering.

-pastu korang ngap la sesuka hati korang...tengok macam pakbear ni...hehe


Hehe..kiut kan pakwe bam aku ni?! 

Tu kisah malam nya sebaik sahaja roti siap dibakar...

Esoknya...



Pakbear makan roti tu cicah dengan kari yang aku masak malam sebelumnya...:)

Makan sambil buat kerja...eh! Biasa dia marah orang makan kat tepi Imac dia tu...tapi sebagai lambang sedapnya roti yg aku buat tu, Imac pun rela dicemari...hehe

Adios!!!

22 March 2014

Wafiy dah Green belt :)

Sebenarnya sejak awal tahun hari tu kedua2 Wau kami iaitu Wafiy dan Waseem telah mengikuti kelas taekwondo di sekolah kebangsaan Wafiy.

Waseem dibenarkan turut serta kerana dia mempunyai abang di sekolah tu..kalau ikut umur memang Waseem belum cukup syarat lagi, tapi kerana Waseem yang offer diri nak belajar..so kami masukkan je lah dia dalam kelas tu...at least dia ada aktiviti berfaedah nak buat setiap hujung minggu..:)

Akan tetapi, sedikit malang, sistem pembelajaran kelas taekwondo di sekolah itu tidak sebagus dan seefektif kelas taekwondo Wafiy di Bangi dulu...sebenarnya sudah berkali2 pakbear menyuarakan rasa tidak hati dengan mutu pengajaran Sir kat sekolah tu, tapi kerana tahap kesabaran pakbear yang tinggi dan juga kerana bukan aku yang menemani anak2 setiap kali kelas so rungutan pakbear aku abaikan...

Sampailah pada suatu hari, ketika itu pakbear pegi course di KL, dan aku menggantikan pakbear menemani anak2 ke kelas Taekwondo, makanya aku yang memang selalu berhati suam2 kuku ini terus menggelegak panas apabila melihat cara Sir di situ mengajar...sangat sambil lewa...sangat tidak serius...tinggal esok nya Wafiy nak grading, Sir yang mengajar langsung tidak mengajar Wafiy step yang akan diuji untuk grading keesokan harinya...
So, kerana itulah agaknya ditakdirkan aku yang datang pada hari itu, setelah menunjukkan wajah agak bengis dan tidak puas hati, barulah Sir terbabit mengajar Wafiy step yang perlu...
Dan nasib baik Wafiy jenis yang cepat pick up dan bermotivasi tinggi...walaupun baru diajar sehari sebelum dan tidak cukup praktis, esoknya ketika grading Wafiy berjaya dengan jayanya...


Maka dapatlah Wafiy green belt ni...:D

Oleh itu, kerana mak bearuang ni dah hangat...makanya aku dan pakbear mengambil keputusan untuk menukarkan Wafiy dan Waseem ke training centre yang lebih bagus. Sebenarnya oleh company/pusat latihan yg sama cuma latihan nya dibuat di tempat yang lebih sesuai utk training dan Sir nya nampak lebih serius. Bayaran lebih mahal sedikit tapi kami berpendapat lebih elok belajar betul2 dari bayar murah tapi pengajarnya kurang serius mengajar...

Kami risaukan Waseem sebenarnya, takut kerana bimbingan yang salah, Waseem hilang minat dan tidak dapat menyerap skil yang betul...huhu..

Itulah kisah anak2 bearuang ni belajar taekwondo di Kuching...kerana sudah biasa dengan pengurusan TYC yang profesional di Bangi, kami rasa kurang syok dengan latihan main2 di sini...

Hari tu ada plan juga nak hantar Waseem kelas swimming, tapi aku tergezut beruk tengok cikgu 'swimming' kat sini...Aduhai!!! Pakbear ku lagi tough rasanya...hehehe...tengoklah nanti kalau aku jumpa cikgu swimming yang meyakinkan, aku akan hantar Waseem belajar swimming pulak..:)

*eh! Asik anak2 je belajar swimming, aku ni bila entah nak pandai kontrol pernafasan masa swimming, pakbear kata better aku tak payah belajar swimming sebab atas darat pun aku biasa lemas sebab lubang hidung kecik nau...kalau masuk pool,terus tertutup lubang hidung aku...hahaha


21 March 2014

Aku...mak yang ter'evolusi'

Muka ku yang kepenatan melayan 3 anak bearuang..:p

Maka ku mulakan cerita ini...

Aku sepertimana metamorphosis seekor rama rama telah lama berevolusi sejak menjadi seorang Mak orang...

Bila difikirkan semula, aku sendiri yakin yg pakbear pun tidak menyangka bini dia yg bersuara kuat ini boleh memikul tanggungjawab sebagai Mak orang :)

Aku mengatakan begitu kerana ketika zaman remaja dan anak daraku, aku mempunyai ciri2 lengkap seorang pompuan yg tidak sesuai dijadikan calon bini atas faktor2 berikut:

1) Aku kuat tidur, hobi di masa lapang aku selain baca novel adalah tidur...hehe

2) Aku tak pandai masak, yang aku pandai hanya makan..itu memang specialty aku sampai sekarang...:)

3) Aku malas kemas katil tidur dan bilik sendiri. Aku pernah menjawab begini pd Mak aku bila dia suruh aku kemas katil.."Alah Mak ni..nanti malam kan Adik nak tidur lagi"...kihkihkih

4) Aku suka bercakap kuat dan sangat keras kepala...sifat itu masih kekal dalam diri aku sampai kini....kerana sikap itu lah dulu aku rasa kalau aku ada anak mesti hari2 anak aku kena marah...hehe

5) Aku anak bongsu yg manja dan dimanjakan...aku benci kanak2...bagi aku budak2 ni menyusahkan je...anak2 buah aku dulu kerjanya menyepahkan barang2 dan rumah aku je...so aku benci kanak2...

6) Datang bulan ku sgt tidak menentu...dan aku sangat kurus dulu..Ramai makcik2 yang kata "Ko ni kurus sangat, susah nak dapat anak nanti"...well, walaupun aku berlatar belakangkan Medic tapi kata2 Makcik2 yang tidak bertanggungjawab itu sungguh meninggalkan kesan pada aku...Aku percaya yang aku akan susah mengandung, susah beranak...sampai aku beritahu pakbear kemungkinan bila kita kawin nanti kita mungkin takde anak sebab Makcik2 kata begitu..:)

TAPI...

Aku bernasib baik kerana telah disunting oleh Kumbang yg kembang bernama pakbear sejak aku berusia 15 tahun lagi, makanya tanpa sempat aku berfikir samada aku sesuai menjadi Mak orang atau tidak aku setelah tamat Medic, terus bertunang dan berkahwin dengan Kumbang yang kembang itu...

Dan setelah 6 bulan berkahwin aku yang tidak pernah terfikir akan ada anak akhirnya mendapat perkhabaran gembira bahawa anak si Kumbang kembang sudah berada dalam perut ku...

So, terevolusi lah aku daripada seorang anak gadis yang kurang sifat keperempuanannya kepada sikap Mak2...

Aku yg tak pandai masak mula belajar buat bubur untuk Wafiy dan seterusnya adik2 nya yang comel..sekarang lagi rajin aku belajar bermacam2 resepi..segalanya untuk anak2..

Aku yang kuat tidur semakin lama semakin kurang tidur dan tidak mengamuk jika tidurku diganggu oleh anak2 pakbear yang hensem2 dan cantik ni...

Aku yang malas kemas mula suka membebel sekiranya rumah bersepah....aku yg dulu tidak kisah rumah macam tongkang pecah, akhirnya kini berubah secara automatis dari menjawat jawatan Doktor terus berubah memikul jawatan Amah yg cun sebaik aku melangkah masuk ke rumah...

Aku yang tidak suka kanak2, akhirnya sekarang amat suka lihat baby dn kanak2 kecil sebab keletah mereka lebih indah untuk dinikmati daripada melayan hati yang kadang kala duka lara...

Begitulah evolusi nya seorang aku...

Dan sebenarnya dengan adanya anak2 inilah semangat aku untuk rajin belajar, rajin bekerja juga meningkat kerana mereka...kerana aku selalu membayangkan kalau suatu hari nanti anak2 ku berjalan ke mana2, orang bertanya, ibu awak siapa? Anak2 aku boleh menjawab dengan bangga bahawa umi mereka adalah aku...ianya seperti mana aku membawa nama Abah dan Mak aku suatu masa dahulu...walaupun aku jarang bercerita siapa Abah dan Mak aku, tapi siapa yang mengenali mereka, akan automatik melayan aku dengan baik kerana nama mereka berdua..hehe..Aci tak? 

Sesiapa yang belum beranak pinak atau berhati galau kerana takut sekiranya adanya anak nanti mengganggu perancangan kehidupan untuk jadi kaya, jadi doktor pakar, jadi pakar dalam apa jua bidang, jadi wanita anggun atau berjaya dalam hidup, buang lah jauh2 perasaan itu...Percaya tak best student Master tahun lepas ketika aku grad master adalah seorang ibu beranak 5 dan mempunyai bayi kecil berusia 4 bulan ketika beliau menduduki exam? Beliau juga menyusukan bayi nya sepenuh masa :) aku sendiri kagum dengan kakak tu

So, itulah celoteh aku malam ni...perancangan malam ni nak buat marble cheesecake untuk pastikan Kumbang kembang yang aku katakan awal tadi akan kekal tahap perkembangannya dan tidak lupa akan diriku yang memang sayang selalu pada dia...Malam ni aku nak jampi2 sikit kek tu, kasik kumbang tu rindu je pada aku sepanjang masa....hehehe...aku tahu dia memang tak boleh hidup tanpa aku...kena tinggal 2 hari pun dah murung...kahkahkah...tidak macho sungguh..:)

14 March 2014

Perginya Raja di hatiku, Tok Min

Malam nanti tepat jam 11.30 malam, genaplah seminggu Allah mengambil Abah ku yang macho kembali ke pangkuanNya...



Aku sebenarnya sudah putus kata2...sudah kering air mata...sudah tandus jiwa raga sejak melihat Abah semakin sakit, semakin tenat di Hospital tempoh hari...

Walaupun pada mulanya aku sebagai seorang anak juga doktor yang pernah melihat kematian di depan mata sendiri, aku amat positif yang Abah akan sembuh...amat2 positif...

Tapi bila semakin hari, aku lihat dan aku teliti keadaan Abah, aku sedar masa Abah sudah hampir tiba...

Aku masih terkenang saat air mata ku berlinangan sepanjang aku berjalan keluar dari CICU hingga lah ke kafe...sampai di kafe, staf situ bertanya "Kenapa doktor nampak sedih sangat hari ni?"...

Ye...aku memang sedih...aku sedih kerana naluri ku yg mengatakan abah akan sembuh mula sirna sedikit demi sedikit dalam keteguhan jiwaku...

Aku sedih kerana pada akhirnya aku terpaksa mengakui bahawa Abah betul2 akan pergi...walaupun aku pd mulanya amat yakin yang Abah seorang pejuang hebat...

2 hari sebelum pemergian Abah, aku betul2 rasa lembik lutut, ketar tangan setiap kali hendak melawat Abah di hospital...hati aku berbelah bahagi samada ingin terus meniupkan kata2 positif di telinga Abah moga Abah cepat sembuh atau membisikkan pada Abah bahawa 

"Abah, kalau Abah nk pergi, pergilah Abah...Kami semua sayang Abah, Abah sudah banyak berjasa pada ktorg semua, Abah pergilah dengan tenang Abah...kami semua mendoakan Abah"

Akhirnya aku memilih kata2 yg kedua...dengan air mata tanpa henti aku bisikkan kata2 itu di telinga Abah....dengan penuh kesayuan aku mohon ampun dan maaf dari Abah dan menegaskan dalam hatiku "Najah, let him go! Allah sayang Abah dan sudah memanggil Abah" 

Dan akhirnya, tatkala aku cium dahi dan pipi Abah setelah Abah dimandi dn dikafankan, baru aku boleh berkata pada diriku...

"Owh! Abah betul betul sudah tiada..."

Tenanglah Abah disisi sang Pencipta....makanya aku di sini terus kekal menjadi Sang pemimpi yang akan terus meneruskan legasi Abah yang dikenali ramai kerana kebaikan dan kehebatannya....InsyaAllah harapanku selepas ini dan sehingga saat aku bertemu Ilahi...namaku akan selalu dikaitkan dengan kebaikan...walaupun Abah sudah tiada, aku akan pastikan Abah akan terus berbangga dengan anak dia yang seorang ini...insyaAllah...

Rindu Abah selalu....semoga Allah menetapkan diriku untuk terus menjadi anak yang solehah yang tidak berhenti berbuat kebaikan untuk Abah dan Mak...

Amin....:)



*Unta ni pemberian Abah padaku sekembalinya dari Umrah. Time Abah belikan dulu aku dah besor panjang..dah kat Universiti...hehe..dah besor pun Abah masih belikan anak patung..:)