Powered By Blogger

Happy Birthday Umi!

Upacara bergambar dengan cupcake sempena birthday makbear pada 4 Jan 2013

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Percutian yang tak dirancang di Colmar Tropicale, pada 16-18 Nov 2012

Disneyland Hong Kong

We made it!! Hong Kong Disneyland 17-22 Nov 2011

Hari Raya Aidilfitri 2012

Huda asyik melalak je, so amik gambar pun lebih kurang je! Hehehe

Selamat Hari Lahir Waseem 2012

Sambutan birthday Waseem di Taska Permata. Cake Barney yang begitu menarik perhatian!

Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

16 January 2014

Cerita Hero-Hero Taekwondo

Salam dari Petra Jaya, Kuching! Hari yang indah untuk memulakan entri pertama aku bagi tahun 2014 nie! Hehehe...
Alhamdulillah semalam sampai juga sijil grading Wafiy untuk 7th grade (2nd yellow). Ini bermakna Wafiy lulus laa grading yang diambil sebelum kami terbang ke Kuching dulu. Ye kami x sempat nak tunggu sampai keputusan sijil dan terima sijil tu tapi kami minta coach yang latih taekwondo tu pos ekspress kan pada kami. Kami siap2 dah sediakan sampul beralamat dan beri pada beliau. So that kalau sijil tu dah ada, dia just masukkan dalam sampul dan terus pos.
Wafiy sebelum grading! Macam artis korea kan? Ganteng! Hehehe
Semasa sesi penilaian berlansung... My hero yg kanan sekali.
Last bow pada sifu2 dan senior yang banyak memberi tunjuk ajar. Tq TYC Bangi!
Oh btw, bercerita pasal taekwondo ni, aku nak share pengalaman aku memotivasikan Wafiy untuk bersemangat semula untuk meneruskan kelas taekwondo ni di Kuching sebab memang itulah perancangan kami. Alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan! Alang2 dah tali pinggang kuning teruskan ajelah sampai mana termampu, dan Wafiy pun tahu.

Alih-alih xde panas xde ribut, masa minggu lepas masa balik dari swimming di Pusat Kecemerlangan Akuatik, Kuching, Wafiy cakap dia dah taknak lagi masuk taekwondo. Pelik juga kami, dia penat agaknya kot. So akupun slowly memberi kata semangat pada dia, bagikan contoh2 yang baik kalau dia kekal ber taekwondo, suntik sikit elemen2 'heroic' dalam citer aku tu so dia rasa bersemangat balik. Memang terus bersemangat pun! Waseem pun terus lagi bersemangat nak join!!! Hahaha...
Akhirnya ginilah jadinya. 2 2 masuk belajar taekwondo dengan gigih sekali. Tengoklah si Waseem tu. Kemain lagi menendang! Tak sangka dia bersemangat juga nak bertaekwondo walaupun baru 5 tahun. Dan dialah yang paling kecik dalam kelas tu sbb sepatutnya had usia paling muda ada 6 tahun, tp sbb Waseem ada abang yang sama sekelas dengan dia, so dibenarkan.

Oh lupa juga nak bagitau, sijil Wafiy yang aku cerita dah terima smlm tadi tu penting supaya Wafiy terus boleh continue tali pinggang kuning dia kat sini. Kalau x kena ulang balik dari mula. Mujur TYC ni diiktiraf oleh WTF (sbb kat Kuching nie WTF). So minggu nie just tunjuk je pada master tu... Hopefully xde masalah laa. InshaAllah. Chaiyok Wafiy n Waseem chaiyok!!!

05 March 2013

Alkisah Buku Nilam


"Alkisah maka tersebutlah kisah sang kancil datang beramai2 mengadap Sultan Firaun...." "Mana Firaun pakai sultan....."

sapa otai cite P ramlee sure ingat ayat2 lawak dalam filem P ramlee kan...saje je intro lain skek...Rindu tengok cite P ramlee dengan abah masa aku kecik2 dulu...sob sob sob!!!

Sebenarnya entri ni berkenaan buku Nilam...buku yg aku rasa cikgu cikgi amat familiar dan juga ibu bapa yg bersemangat bab2 membaca buku ni....


Untuk yg tak tau, buku nilam ni adalah buku rekod bacaan anak2 sekolah...satu buku pink tu ada 59 mukasurat yg mana kita perlu catitkan nama buku dn beberapa maklumat berkenaan buku2 fiksyen dan bukan fiksyen yang anak2 kita baca....dan sepatutnya anak2 la yang isi buku tu..tapi aku diberitahu anak2 darjah satu parents bole tolong isikan..;)

So, tiga minggu lepas Wafiy terima buku Nilam so aku pun dah brief la pada Wafiy apa fungsi buku tu dan kenapa dia perlu isi buku tu...Wafiy pada mulanya agak malas2 nak isi info pasal buku2 yang dia baca....aku bukan apa, Wafiy rajin membaca...maybe sebab dari dia kecik dah dibiasakan membaca so dia memang macam aku jugak...tak bole jumpa buku, mesti nak beli dan baca...So pada aku amatlah rugi bila Wafiy tak tulis buku2 yg dia dah baca dalam buku Nilam tu..

Arakian, last week masa balik sekolah pakbear bagitau Wafiy ada something nak bagitau aku....bila aku tanya Wafiy pasal apa? wafiy muka macam takut2...so pakbear le take over bercerita kat aku. Rupa2 nya dalam kelas Wafiy ada 3 orang budak pompuan yg dah abis satu buku Nilam tu...maksudnya ada budak yg dah abis baca 59 buah buku dalam masa kurang 3 minggu...patutlah Wafiy seram nk bagitau aku...sebabnya Wafiy tau mesti aku bising kat dia sebab buku Nilam dia baru ada 10 buku yg dah ditulis...

Tapi yg aku lebih concern adalah tidak logik ada budak darjah satu yg terlalu rajin atau ada masa sangat membaca sampai bole habis buku Nilam tu dalam masa tak sampai 3 minggu....So teori aku mak bapak budak2 tu yang bersemangat waja tolong isi buku tu or dorg paksa anak2 dorg tulis apa je buku2 yg dorg ada kt rumah tu kot...hehe

So disebabkan aku ni memang jenis pantang dikalahkan, so start malam semalam aku dan Wafiy buat deal akan tulis semua buku2 yg Wafiy dah penah baca ke dalam buku Nilam tu....

Dan yg lebih kelakor lagi...masa aku busy2 melayan huda yg nk tdo tadi, Wafiy yg jujur itu ambik buku dari mini library dia yang dia rasa sesuai untuk tulis dalam buku nilam tu dan tanya aku "Umi, abg tulis buku ni boleh?"...Aku sambil berjalan laju mendokong Huda masuk ke bilik pun jawab "Boleh...tapi abang kenalah baca dulu"....

Selepas 10minit aku dokong balik huda keluar bilik sebab huda merengek2 tak mau tido...dan aku tergezut kejap dan tergelak sendiri sebab aku tengok Wafiy dengan tekunnya sedang baca buku yang dia ambik tadi...kihkihkih...aku tergelak sebab tak sangka dia amik serius arahan aku yg kata baca dulu baru tulis dalam buku Nilam....jujur dan amanah anak aku ni...aku mati2 ingat tadi dia akan tulis je nama dan rumusan ringkas buku tu dalam buku Nilam...tak sangka dia betul2 baca dulu...sebenarnya pun buku tu dia dah penah baca dulu...Wafiy oh Wafiy!!...budak bam2 umi dulu...sekarang dah tak bam...dah kurus melidi je...nampak nau mak nya malas masak...hehehe

Apa2 pun marilah kita bsama-sama isi buku Nilam...;p

18 January 2013

Ambilkan Bulan Bu...


Salam Jumaat! *Chapter 1 xde kena mengena dengan tajuk... Huhuhu*
"Alangkah bagusnya kalau Wafiy bersekolah di sekolah dan kelas yang sama dengan Amir..." itulah luahan hati aku sebaik saja aku baca pasal insiden anak buah aku (Amir) yang dikhuatiri dipau/dibuli oleh murid di sekolahnya, seperti yang ditulis oleh mamanya di fb. Ye mmglah khuatir, sapa yang xde lansung rasa khuatir pasal anak dia yang baru darjah 1 kena buli ke, pukul ke, ugut ke hatta kena jentik pun, mesti ada something wrong dgn mereka ataupun anak mereka dah terlalu ramai sampai they don't even bother what happened to their children or even worst sbnrnya anak mereka tu lah pembuli! ;)

Ekceli Makbear ada gak ulas pasal isu ni, berapi2 Makbear... makwe aku tu mmg garang, dr jaman bercinta dulu sampai sekarang in fact masa zaman muda2 dulu, Makbear lg garang tau, sekarang dah kurang sikit. aku dah asah 'kuku' dia jgn tajam2 nau. kalau x naye sapa buat hal dgn dia, mmg kena racik halus2!! Aku... nyaris2 juga kena racik (maklum laa notti..) tp lom lg kena betu2l laa... calar balar je. huhuhu... sori umi, gurau je.

Anw, kembali semula kepada statement aku td, pasal kan bagus kalau Wafiy satu sekolah dgn Amir adalah so that mereka can always looking for each other back at school. At least bila jd benda2 yg x diingini, salah sorang boleh bantu or boleh jadi saksi utk direpot ke cikgu. Ye mereka mmg rapat, mmg kami pernah plan utk sekolahkan mereka sama2 darjah 1 dulu tp sbb plan changed, kami terpaksa pindah dr Melaka. Kalau x, kalau mama dia x larat (baru dpt baby) nak g jumpa cikgu biar aku je g wakilkan mama/abah dia... Biar aku g jeling2 sikit kat budak yg membuli tu... Nak kata sound tu mcm over sgt tp biar aku psiko kan sikit budak tu. Tp ni kalau betullah kejadian tu, kalau cuma salah faham budak2 je, xpelah... Syukur Alhamdulillah...

Aku ada baca komen2 mak bapak di fb n blog pasal isu buli2 di peringkat 'pra-matang' (budak2 baru nak naik kata orang) ni and some of them mmg bersikap acuh x acuh.. Alaa biasa laa budak2, nakal sikit…. salah faham je tue, budak tgh nak cr kawan mmg laa mcm tue n yang paling best, ibu bapa pulak yang dipersalahkan. Kata terlalu manjakan anak laa, suka sangat campur urusan anak2, percaya je apa yang anak2 complaint… I'm like… huh?!! Ko nak tgu sampai anak ko patah tangan kaki ke baru nak masuk campur. Anak2 ko x makan kat sekolah sbb duit kena pau ko tau ke x? Tup tup anak xnak pergi sekolah (takut sebenarnya), tapi tuduh budak tue malas dan mcm2 lagi tuduhan yang x berasas. *Koma* 

*Chapter 2*
Budak2 skrang bukan macam dulu. Meh aku bgtau satu citer, al-kisah masa hari pendaftaran (Sabtu) Wafiy, aku nampak sorang budak yang karektarnya lain dr lain. Baju x kemas x masuk dalam, rambut walaupun x panjang, tp x sekemas mcm yg sepatutnya laa.. mcm dah lama gunting, kulit tangan dan badan mcm 'pekung' sikit (bukan kutuk tp nak gambarkan mcm badan tue x dijaga bersih) dan ada parut/kesan2 luka yg dalam di pipi. Beratur pun belakang sekali dan sering membuat aksi yang 'mcm bagus' dan agak 'kerek'. Aku peratikan kerektar budak nie mcm ada potensi utk jadi gangster. Aku tgk mak dia sound supaya 'behave' tp dia buat endah x endah je. Tapi aku xnak double standard. Aku cuba berlapang dada dan pikirkan benda yg positif. Tup-tup ari Isnin ada perhimpunan pagi (parents kena dtg lagi utk urusan buku teks) , budak tu datang lambat, so kena tahan dgn cikgu disiplin dan bajunya masih di luar seluar. Nampak? Aku x kata budak tu gangster (hanya kerana sampai lewat), tp aku tau budak tue ada masalah. Something wrong somewhere, parent dia ke, masalah di rumah dgn adik beradik ke or dia ada kisah silam yang kita x tau yang kalau tidak dibendung segera akan merebak menjadi masalah yang lebih serius.

Pada pandangan aku, parents tau sampai takat mana sesuatu perkara tu berlaku baru mereka akan masuk campur. Xdelah terus nak serang cikgu or parents lain memboboi buta. Macam kitorang pun, pantau2 dari jauh jee. Xdelah lorat2 tunggu kat sekolah (masa minggu orientasi) setiap hari. Hari pertama je. Tu pun lepas rehat aku tinggalkan dia. Sungguhpun begitu, x pernah lak sekali pun kami tunjuk yang kami abaikan dia. Everyday tanya how's school today, td rehat makan apa etc… So anak2 taulah kita care terhadap mereka. Kadang2 kami pesan juga, kalau ada sesapa kacau, pertahankan diri sikit, or at least elakkan dari terlibat secara lansung. Kalau masih berterusan, repot terus pada cikgu. So far Alhamdulillah utk darjah 1 nie Wafiy mmg xde komplen laa ada org buli dia ke apa… Cuma masa mula2 dulu ktorg ada risau sikit pasal bagi duit RM5 tapi bila sebutkan apa yg dimakan tu x sampai plak jumlahnya RM5. So kitorang tanya laa baik2. Anw cerita tu aku dah pernah ceritakan dalam entri sebelum nie.
Allah, panjang juga entri ni. Aku sebenarnya tgh nak blaja taip pendek2 je. Tapi terpanjang lagi pulak. Huhuhu… So kesimpulannya jgn nak stress2 x tentu pasal dgn anak2, kena siasat dulu dan berbincang laa secara baik dgn suami isteri untuk cari jalan penyelesaian kalau ada sebarang masalah. Untuk beri pesanan pada anak2 pun kita x boleh bg arahan gitu2 je. Mereka bukan robot, mereka ada hati dan perasaan. Ada caranya secara psikologi yg kita boleh tackle supaya dia ikut cakap kita. Sayangilah anak2 kita, pada mereka kitalah penjaga dan pelindung mereka. Seberani mereka pun, bila gelap dia cari kita untuk perlindungan dan minta pasangkan lilin, hehehe... Macam lagu Ambilkan Bulan Bu... (Sheila on 7). Akhir kata saya akhiri syarahan saya dengan serangkap pantun ehh lagu nie… Enjoy!! ;)


17 January 2013

Aku Mak Yg Tidak Rasional Bila.......

Masa Wafiy umur 5 tahun bersekolah di tadika Genius Aulad dulu ada sorang budak pompuan yg amat2 rajin kacau Wafiy...

Budak pompuan tu tumbuk Wafiy, tendang Wafiy dn kemuncaknya baling botol air kat muka Wafiy sampai hidung Wafiy berdarah....

Sume insiden tu berlaku dalam van sekolah Wafiy...luluh hati aku tengok Wafiy nangis sedu2 sedih tiap kali cerita pasal budak pompuan tu...mula2 memang aku dan pakbear ambil pendekatan tunggu dan lihat tapi akhirnya bila hidung Wafiy berdarah tu aku amik keputusan bgtau pengetua tadika tu...sejak itu budak pompuan tu diasingkan dr Wafiy masa dalam van...dan akhirnya Wafiy kata lama2 budak pompuan tu pun dh x naik van tu lagi...Wafiy pun tak tau kenapa...

Aku teringat kisah ni semula setelah mendapat tahu yg ada ciri2 buli di sekolah anak buah aku yg sebaya Wafiy sekarang...darjah satu tu...;(

Entahlah...aku memang bukan seorang Umi yg rasional bila ada orang menganiaya anak aku, buli anak aku..Anak2 aku adalah jiwa raga aku, bagai oksigen yg aku sedut hari2 untuk hidup...kalu ada yg tak kena dengan permata hati ni, aku pun bole jadi 'hypoxia' and start delirious...hahaha..paham ke orang yg baca ni..

in fact aku ringan je kaki nk jumpa parents budak pembuli tu...
Nak bertumbuk dgn mak budak tu..hehe..see..aku memang tak rasional bila ada orang kacau anak2 aku...rs nk injek high dose potassium chloride kat budak tu dan mak bapak dia bior cardiac arrest...collapse...dan wassalamu...kecik2 dah menyusahkn orang...huh!!!!

14 January 2013

Setiap Kita Adalah Unik

01 January 2013

Selamat Tahun Baru 2013!


Betul juga cakap makbear, kalau x dek kerana ucapan tahun baru secara rambang teman-teman di FB dan dentuman bunga api tepat detik 12 malam di kaca televisyen dan hadapan rumah aku yang kedengaran cukup kuat dari balkoni rumah, mungkin kami x perasan pun akan kehadirannya. Seolah-olah kami dalam kapsul masa kami sendiri. Maksud aku, aku perasan laa tahun 2012 tu akan berganti tarikhnya ke 2013, tapi aku menganggapnya sebagai sesuatu yang 'common', seperti berlalunya masa, bergantinya hari, bertukarnya minggu dan beralihnya pergerakan bulan mengikut kalendar masihi.  Sedangkan bagi orang lain ianya menjadi sesuatu sangat 'significant' dengan ucapan selamat tahun baru yang dititipkan bersama soalan apa azam tahun baru? sudah tercapaikah azam yang lama? :)

Well... sejujurnya aku ini bukanlah seorang yang berminat sangat untuk memasang azam, menyasarkan resolusi baru yang perlu dicapai menjelang tahun baru berikutnya. Cukuplah kalau aku katakan, asalkan geraf progresif hidup itu sentiasa memacu ke hadapan, it's good enough... Kalau semakin merudum, kerja keras sikitlah kawan. Itulah seadanya.

Noktah.

Persediaan awal,  gi gunting rambut 
Cukuplah perihal tahun baru dan azam. Apa yang aku nak cerita adalah mengenai peralihan tahun 2012 ke 2013 ini yang akan memberikan impak yang cukup besar kepada kami sekeluarga. Iya lah, lusa ataupun dengan lebih tepat lagi Rabu akan datang ni, iaitu 2 Jan 2013, Wafiy akan mula bersekolah darjah satu. Mengenangkannya sudah cukup membuatkan emosi aku bercampur baur, antara gembira, sedih, 'nerbes', risau dan segala macam perasaan. Maklumlah selama ini aku rasa Wafiy tu kecil lagi, masih lagi perlukan tunjuk ajar, teguran dan perlindungan daripada aku dan makbear, tapi sekarang ini aku perlu menerima hakikat bahawa dia sudah darjah satu, bukan lagi sekolah level sekolah makan mcm nursery ataupun tadika/Genius Aulad seperti yang Wafiy pergi sebelum ini. Mungkin bagi org lain akan kata, alah baru darjah satu... Tapi aku percaya ianya adalah sesuatu yang besar bagi Wafiy.

Dengan sekolah paginya, kemudian transit di tadika untuk makan dan mandi sebelum bersiap ke sekolah agama pula. Laratkah Wafiy, bolehkah dia menumpukan perhatian untuk suatu tempoh yang lama seperti itu, selamatkah dia dari diapa2akan oleh orang/murid yang berniat tidak baik pada dia? Alahai anakku Wafiy, dedi tau Wafiy seorang yang cintakan belajar, suka pergi sekolah macam dedi masa kecik2 dulu... (cuma bila dah sekolah menangah je dedi jadi malas sikit. Huhuhu)... Dedi dan umi harap sangat Wafiy boleh mengharungi dengan semangat, gembira dan selamat.

Pagi2 sebelum gi orientation day
Aku happy sebab aku dapat hantar dia ke sekolah untuk pertama kali semasa 'orientation day' Sabtu lepas. Gembira bukannya apa, aku boleh menilai sendiri macam mana penerimaan Wafiy dari segi mental dan fizikal mengenai 'idea' kami untuk menghantar dia ke sekolah itu. Cukup bersediakah dia? Sejujurnya aku akui, Wafiy seperti biasa tidak pernah mengcewakan aku bila tiba bab-bab seperti ini... Maksud aku dari kali pertama Wafiy masuk nursery di Taska Yippie di Melaka, kemudian berpindah ke Taska An-Nisa' di Nilai, lepas tu pindah balik ke Taska Yippie, kemudian selepas 6 bulan pindah ke Taska Permata di Hospital Melaka (transit), tengaharinya ke Genius Aulad Melaka... Kemudiannya pindah lagi ke Genius Aulad Bangi. Wafiy sentiasa berjaya menempuhi the whole process and complete the 'transition period' without major complaint. Iya itulah dia Wafiy, semangat dia untuk ke sekolah tak pernah luntur. Itulah satu perkara yang aku sangat kagum mengenai Wafiy.

Sentiasa berusaha senyum utk dedinya
Mesti ada yang bertanya kenapa Wafiy banyak pindah2 nursery/sekolah? Well... apa yang aku boleh jawab, panjang ceritanya. :)  Anw as for me, bagi seorang budak yang seusia dia, aku anggap dia as a truly survivor and saviour, very understanding, banyak sangat berkorban untuk umi, dedi n adik2. Thanx Wafiy.

Soriler teremosi sikit membebel berjela2... maklumler anak pertama baru masuk darjah satu. Huhuhu.. Sibuk tanya Wafiy dah bersedia ke belum, umi dengan dedinya pun belum bersedia lagi... lencana kat baju pun x tampal lagi, buku2 latihannya pun x dituliskan nama lg. Lusa dah nak sekolah dah. Hahahaha... apa laa umi dgn dedi nih!

Anw guys... Happy new year 2013. May all your dreams come true!

Trivia: Lebh 99% murid perempuan memakai beg berwarna pink ;)
Trivia lagi: Selain mengajar, guru juga bertindak menjadi papan tanda... Hehehehe

31 December 2012

Sepak Terajang Final Year MPATH di HKL


Kasut ni dh bertahun2 aku pakai masa kt melaka dulu...smpi hkl baru seminggu pakai dh lunyai cmni..wong jowo ngomong wes protol...hehe

Yg ni plak aku beli masa baru nk masuk final yr..mahal jugak..almost rm100...td aku jalan pastu lalu kat lopak air, aku pasan ada air masuk...huhuhu

Dua2 kasut ni la saksi aku bjalan setiap hari dr parking hkl yg nun jauh di ujung dunia hingga ke lab patho...sekali jalan 10-15min...masa mula2 start di hkl aku baru post caesar 1 month...aku jalan slow2, amik masa 20-25 min jugak nk smpi ke lab...

Kenangan kenangan...kdg2 rs nk menitik air mata bila pikir betapa bsusah payahnya aku menimba ilmu demi mencapai impian jadi seorg doktor pakar...tapi bila pikir balik aku penah sengsara masa buat medic undegrad dulu, penah nangis hari2 selama 2 bulan masa mula start houseman dulu so knp pulak skrg aku tak boleh menempuh semua cabaran ni...

Abg Wafiy Sunat

Alhamdulillah pd 8 dec yg lps abg wafiy dh bjaya disunatkn...ktorg takde plan apa pun sbnrnya...Wafiy yg beria2 nk sunat...dia yg request...aku pun x tau dia tau tak sunat tu apa...heee...

Pd pagi 8hb tu pagi2 kul 7pg+ Pak bear dh bwk wafiy gi breakfast

aim nk smpi klinik sharp kul 8pg dn jd org pertama coz ktorg takut wafiy refuse tiba2 sbb tgk org terdahulu kesakitan..

Wafiy sunat pakai teknik Laser which is actualy sama je dgn conventional method just masa nk cut tu dorg guna laser so that the incision is sharper dn laser tu terus burn blood vessels kat situ therefore can minimize bleeding...tapi Pak bear kata masa nk jahit balik tu Doc tkena satu blood vessel wafiy yg besar kot pastu bleeding la jugak...tp sib baik terkawal

Smpi rmh wafiy jalan slow motion je...ktorg mmg totally blur psl jaga org bsunat ni...sbb both aku dn pak bear neva bother psl pantang2 ni esp aku lah..aku bsalin pun x pantang nau...

So akhirnya ktorg decided wafiy bpantanglah jugak...tp dr segi tak makan ayam, telur dn mknn yg dikhuatiri menyebbkn kegatalan...air pun ktorg catu sbb Doc dh pesan cmtu...kena catu sbb taknak dia asik kencing je nanti luka lmbt kering..


Aku kesian kt wafiy bila teringat time nk dressing bird dia...mmg sakit sbb aku dn pak bear tpaksa make sure yg kuning2 mcm nk jd nanah tu dn darah2 dibersihkn sebaik mungkin...meraung la wafiy...tp slps consult Nek Nah ( mak Pak bear) dn juga kakak aku, akhirnya ktorg hnya bersihkan sikit2 je...Nek nah kata yg hitam2 keruping tu x pyh beria2 nk di bersihkan sbb nanti keruping tu akan luruh sendiri..hnya make sure takde nanah dn darah dn juga pastikan Bird tu sentiasa kering lps mandi dn kencing.

Wafiy takut jugak nk kencing masa hari pertama, hari kedua pun dia xnak kencing...kena bg ceramah motivasi skek pastu baru dia konfiden utk gi kencing..mandi pun awal2 tu aku mandikan dgn teknik cover bird pakai cwn plastik pastu baru siram air kat bdn...hehehe...tp lps 3 hari wafiy dh berani mandi sendiri.. ;)

Wafiy start pakai seluar slps 1 minggu...sblm tu kt rmh togel je..hehe..itupun sbnrnya dia takut nk pakai seluar tp sbb Mak aku admit wad dn ktorg nk gi melawat kat hospital so Wafiy tpaksa le pakai seluar...dan nasib baik bila balik kg..cousin Wafiy merangkap abg angkat Wafiy iaitu Hafizi yg dh sunat memberi kata2 semangat kpd Wafiy..Fizi kata dia dulu lps 3 hari dh pakai seluar..macho kan?

Luka wafiy betul2 ok yakni bird dh serupa bird org dewasa hnya slps 2 minggu..time tu baru lega hati ktorg tengok bird Wafiy dh rupa normal..., risau gak ke cacat ke rupa paras bird anak aku...hahaha...

Pak bear yg hobinya potong2 keruping luka mjadi tensen sbb keruping Bird Wafiy ilang begitu shj tanpa sempat Pak bear buat eksperimen...hahahaha...jgn marah ye kesayangan dinda...

Dn skrg Wafiy dh back to normal...dn dh continue kelas mewarna yg dh stop lebih 1wk... Alhamdulillah... thank you Allah