Powered By Blogger

01 January 2013

Selamat Tahun Baru 2013!


Betul juga cakap makbear, kalau x dek kerana ucapan tahun baru secara rambang teman-teman di FB dan dentuman bunga api tepat detik 12 malam di kaca televisyen dan hadapan rumah aku yang kedengaran cukup kuat dari balkoni rumah, mungkin kami x perasan pun akan kehadirannya. Seolah-olah kami dalam kapsul masa kami sendiri. Maksud aku, aku perasan laa tahun 2012 tu akan berganti tarikhnya ke 2013, tapi aku menganggapnya sebagai sesuatu yang 'common', seperti berlalunya masa, bergantinya hari, bertukarnya minggu dan beralihnya pergerakan bulan mengikut kalendar masihi.  Sedangkan bagi orang lain ianya menjadi sesuatu sangat 'significant' dengan ucapan selamat tahun baru yang dititipkan bersama soalan apa azam tahun baru? sudah tercapaikah azam yang lama? :)

Well... sejujurnya aku ini bukanlah seorang yang berminat sangat untuk memasang azam, menyasarkan resolusi baru yang perlu dicapai menjelang tahun baru berikutnya. Cukuplah kalau aku katakan, asalkan geraf progresif hidup itu sentiasa memacu ke hadapan, it's good enough... Kalau semakin merudum, kerja keras sikitlah kawan. Itulah seadanya.

Noktah.

Persediaan awal,  gi gunting rambut 
Cukuplah perihal tahun baru dan azam. Apa yang aku nak cerita adalah mengenai peralihan tahun 2012 ke 2013 ini yang akan memberikan impak yang cukup besar kepada kami sekeluarga. Iya lah, lusa ataupun dengan lebih tepat lagi Rabu akan datang ni, iaitu 2 Jan 2013, Wafiy akan mula bersekolah darjah satu. Mengenangkannya sudah cukup membuatkan emosi aku bercampur baur, antara gembira, sedih, 'nerbes', risau dan segala macam perasaan. Maklumlah selama ini aku rasa Wafiy tu kecil lagi, masih lagi perlukan tunjuk ajar, teguran dan perlindungan daripada aku dan makbear, tapi sekarang ini aku perlu menerima hakikat bahawa dia sudah darjah satu, bukan lagi sekolah level sekolah makan mcm nursery ataupun tadika/Genius Aulad seperti yang Wafiy pergi sebelum ini. Mungkin bagi org lain akan kata, alah baru darjah satu... Tapi aku percaya ianya adalah sesuatu yang besar bagi Wafiy.

Dengan sekolah paginya, kemudian transit di tadika untuk makan dan mandi sebelum bersiap ke sekolah agama pula. Laratkah Wafiy, bolehkah dia menumpukan perhatian untuk suatu tempoh yang lama seperti itu, selamatkah dia dari diapa2akan oleh orang/murid yang berniat tidak baik pada dia? Alahai anakku Wafiy, dedi tau Wafiy seorang yang cintakan belajar, suka pergi sekolah macam dedi masa kecik2 dulu... (cuma bila dah sekolah menangah je dedi jadi malas sikit. Huhuhu)... Dedi dan umi harap sangat Wafiy boleh mengharungi dengan semangat, gembira dan selamat.

Pagi2 sebelum gi orientation day
Aku happy sebab aku dapat hantar dia ke sekolah untuk pertama kali semasa 'orientation day' Sabtu lepas. Gembira bukannya apa, aku boleh menilai sendiri macam mana penerimaan Wafiy dari segi mental dan fizikal mengenai 'idea' kami untuk menghantar dia ke sekolah itu. Cukup bersediakah dia? Sejujurnya aku akui, Wafiy seperti biasa tidak pernah mengcewakan aku bila tiba bab-bab seperti ini... Maksud aku dari kali pertama Wafiy masuk nursery di Taska Yippie di Melaka, kemudian berpindah ke Taska An-Nisa' di Nilai, lepas tu pindah balik ke Taska Yippie, kemudian selepas 6 bulan pindah ke Taska Permata di Hospital Melaka (transit), tengaharinya ke Genius Aulad Melaka... Kemudiannya pindah lagi ke Genius Aulad Bangi. Wafiy sentiasa berjaya menempuhi the whole process and complete the 'transition period' without major complaint. Iya itulah dia Wafiy, semangat dia untuk ke sekolah tak pernah luntur. Itulah satu perkara yang aku sangat kagum mengenai Wafiy.

Sentiasa berusaha senyum utk dedinya
Mesti ada yang bertanya kenapa Wafiy banyak pindah2 nursery/sekolah? Well... apa yang aku boleh jawab, panjang ceritanya. :)  Anw as for me, bagi seorang budak yang seusia dia, aku anggap dia as a truly survivor and saviour, very understanding, banyak sangat berkorban untuk umi, dedi n adik2. Thanx Wafiy.

Soriler teremosi sikit membebel berjela2... maklumler anak pertama baru masuk darjah satu. Huhuhu.. Sibuk tanya Wafiy dah bersedia ke belum, umi dengan dedinya pun belum bersedia lagi... lencana kat baju pun x tampal lagi, buku2 latihannya pun x dituliskan nama lg. Lusa dah nak sekolah dah. Hahahaha... apa laa umi dgn dedi nih!

Anw guys... Happy new year 2013. May all your dreams come true!

Trivia: Lebh 99% murid perempuan memakai beg berwarna pink ;)
Trivia lagi: Selain mengajar, guru juga bertindak menjadi papan tanda... Hehehehe

0 comments: