Powered By Blogger

Happy Birthday Umi!

Upacara bergambar dengan cupcake sempena birthday makbear pada 4 Jan 2013

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Percutian yang tak dirancang di Colmar Tropicale, pada 16-18 Nov 2012

Disneyland Hong Kong

We made it!! Hong Kong Disneyland 17-22 Nov 2011

Hari Raya Aidilfitri 2012

Huda asyik melalak je, so amik gambar pun lebih kurang je! Hehehe

Selamat Hari Lahir Waseem 2012

Sambutan birthday Waseem di Taska Permata. Cake Barney yang begitu menarik perhatian!

30 November 2014

encikSOHO.com: CUTI-CUTI SEMATAN 2014

Assalamualaikum wbt & Salam SOHO!

Hari ini baru berkesempatan nak upload gambar-gambar semasa percutian santai kami ke Sematan pada 18-19 Oktober yang lalu. Sebenarnya banyak lagi gambar percutian dan aktiviti sekeluarga kami yang saya belum pilih dah upload. Kesian isteri saya, tertunggu-tunggu. InshaAllah saya akan cuba selesaikan sebelum hujung tahun ini...

29 November 2014

encikSOHO.com: LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE UTC SARAWAK

Assalamualaikum wbt & Salam SOHO!

"Wafiy, Waseem... Siap-siap jom kita pergi UTC", ujar saya.
"Yahooo!!!!" Girang nampak? Korang ada?! Hahaha... Itulah gelagat anak-anak apabila diajak ke UTC (Urban Transformation Center) ataupun dalam bahasa ibundanya Pusat Transformasi Bandar...

17 November 2014

Kisah Aku dan roti Gardenia


Roti Gardenia ini naik 'belon' pagi tadi dari KL sebelum sampai ke tangan aku...

Masa mula2 kami mahu berpindah ke kuching, rakan kami telah mengingatkan kami "Di Sarawak, Gardenia takde tau!"

Ok...pada mulanya kami tidaklah kisah sangat...kerana menyangkakan roti hanyalah roti....takkan sebab takde Gardenia ktorg tak boleh hidup kot....hehe

Tetapi setelah berbulan2 hidup di bumi Meow ini akhirnya kami mengaku...OMG!!! Sedapnya roti Gardenia, rindunya nak makan roti Gardenia....hehe

Ianya kerana kami belum bertemu lagi dengan roti yang boleh menjadi pujaan di Kuching ni...kalau makan pun akan rasa terkulat2 ketensenan...bukan tak sedap...tapi memang rasa roti di Sarawak ni lain....:)

Makanya bila kami pulang Semenanjung or bila ada kawan balik Semenanjung berketul2 lah roti Gardenia ni dibeli/dikirim....

Dan aku bernasib baik kerana ada rakan yg memang setiap minggu balik semenanjung kerana suami dan anak2 nya menetap di sana...kesian kawan aku ni...takpe...nanti kt balik keja semenanjung sama2 ye...hehe...terima kasih kerana menjadi pengedar tidak rasmi roti Gardenia untuk ktorg...

Sekianlah kisah aku dan Gardenia...i luv u Gardenia...muahhhssss!!!! Cant live without u...

04 November 2014

Kisah Wafiy mengidam no 2


Menjadi anak kepada seorang Puan Duktur, aku rasa adakalanya agak sukar bagi Wafiy dan adik2 nya kerana expectation aku biasanya agak tinggi...basically aku mahukan anak yang berjaya dalam pelajaran...rajin berusaha...tidak mudah putus asa...tidak memandang enteng pada kepentingan menjadi orang yg berpendidikan tinggi..

Tapi disebabkan aku adalah orang yg dilahirkan sebagai pemalas sejati, makanya adakalanya aku di dalam dilema antara membiarkan anak aku belajar macam time aku dolu2...iaitu tak study pun...tahu2 je exam dpt no1...upsr 5A, pmr 9A, spm? Hehe..spm aku tak lah hebat mana..adalah 6A...pastu matriks dn medic dengan jayanya...time nk final exam master dulu pun sampai pakbear kagum dgn aku..sbb aku jarang study, tapi masih boleh pass dengan jayanya...kihkihkih...Alhamdulillah, aku dikurniakan otak yg cepat pick up dn mudah faham setiap apa yg aku belajar...

so patut kah aku biarkan Wafiy bermain je?tak perlu buat ulangkaji...tak perlu buat latihan...hehe..

Jawapannya..sori anak2 Umi..walaupun Umi dulu malas study, tp korang kena juga study...tapi dari pemerhatian aku, Wafiy amat cepat belajar...bijak menjawab soalan exam kdg2 hanya berdasarkan informasi yg dia belajar/dapat daripada buku cerita dan  rancangan National geographic yg dia tonton...or juz based on perbualan dia dengan aku masa kami berbual hal2 duniawi...so aku pun terpaksalah kadang2 suruh dia study, kdg2 aku kasik je dia main...tapi lebih banyak main daripada belajar...hihi..

Kerana itulah walaupun aku tahu Wafiy bijak tapi aku tidak meletak harapan yg menggunung tinggi pada Wafiy...dah dia pun bukan study sgt...aku cuma ingatkan dia yg belajar tu penting, tapi dapat nombor berapa tu tak berapa penting...as long as aku tengok result dia agak ok, aku tak berapa kisah...

So last week actually Wafiy exam final...makanya minggu ini result keluar lah kan? So hari2 lah Wafiy bagi laporan markah dia berapa...ada yg 100, ada 94, ada 96...pelbagai angka lah...
Tapi dalam banyak2 subjek, Wafiy sangat confident Maths dia akan dapat 100...sebab dia rasa semua jawapan dia betul...yg menariknya subjek Maths tu lah yg result paling lambat keluar...kihkihkih...

So masa aku pick up Wafiy dari sekolah tadi, 

Wafiy: Umi, abg tak dapat 100 la Matematik...Abang dapat 98 je...mesti Abang tak dapat no 1 lah nanti...Abang rasa Abang dapat no 2 lah Umi...

Umi: Takpelah Wafiy, Wafiy dah usaha..kalau tak dapat no 1 pun takpe..

Wafiy: Haah lah Umi, lagipun kan kalau dapat no 2, Abang dapatlah jugak tengok pingat no2 camne...

Hahahaha...

Tergelak besau aku...ok jugak excuse Wafiy kenapa dia perlu dapat no2 tu..hihi

*last year Wafiy dapat no 1 sek agama...mid term exam aritu dapat no 1 sek kebangsaan..so faham2 je lah ye kenapa title no 1 agak menjadi fokus bagi kami sekeluarga..lagipun dulu Umi nya daripada darjah 1 hingga form 1, dpt no 1 je...masuk form 2 & form 3 baru drop sikit...ini semua gara2 bercinta dengan pakbear....kehkehkeh...tapi apa2 pun cinta itu yg membakar semangat ku utk terus hidup..:)