Powered By Blogger

14 January 2013

Persiapan Sekolah...

Dah hari Isnin. Esok pagi2 anak2 dah mula ke sekolah. Aku mengapur kasut putih dan menggosok baju sekolah Wafiy sambil menonton cerita Anakku Sazali. Ye lah anak bujang baru darjah satu, x pandainya lagi dorang nak basuh, gosok baju dan kapur kasut sekolah mereka sendiri. Inilah mak bapak, anaknya nak sekolah, kita pula yang sibuk. Petang tadi Makbear dah uruskan buku2 yang perlu dibawa dalam beg esok ikut jadual waktu sekolah.

Flashback 25 tahun dulu, aku x ingat bila aku mula basuh n kapur kasut sekolah sendiri. Darjah satu masa mula2 tu mungkin x laa.. tp towards the end aku dah berdikari je uruskan semuanya sendiri. Tapi selepas ditunjuk ajar dan lulus quality control oleh mak n abah laa.  Masa dulu rasa susahnya nak basuh kasut yang sebesar tapak kaki kera tue... Hahaha... Tp skrang sonang by tu!

Masa dulu kalau mak x jerit suruh basuh kasut alamat x jalan laa... dah hari ahad petang baru nak basuh, bila malam kasut x kering lg (mcm mana nak kapur kalau kasut x kering!). Mulalah sedih, syahdu syahdan... Mak dengan abah jugalah yang tolong kapurkan kasut dan letak bawak peti ais supaya cepat kering (dalam kasut sumbat kertas surat khabar).

Alahai anak2... Ironinya dengan cerita Anakku Sazali ini seorang ayah dan ibu sanggup buat apa sahaja asalkan anak-anak bahagia. Tapi jangan sampai berlebih2an. Nanti jadi pulak macam si Sazali dalam cerita tue! Sebab tu kadang kala nampak aku ni macam manjakan betul anak2, tp bila aku lihat something goes wrong over the limit, mmg aku garang. Especially bab2 disiplin nie, disiplin masa (bab ni pun makbear boleh kena sound dgn aku.. Huhuhu...), disiplin perilaku, disiplin dalam berpakaian dan disiplin dalam hubungan sesama manusia (hormat orang tua, ucap terima kasih, cakap lemah lembut etc..). Chewah!!

Ehh panjang plak melalutnya. Nak citer pasal kasut je pun! Kihkihkih... Apa lagi korang dah siap lom pakaian anak2 sekolah esok? ;)

Trivia: Beza kasut yang dah pakai sampai hari Rabu (kiri)  dengan kasut yang belum dipakai lagi (kanan)..  Ada perbezaan?! Kihkihkih


0 comments: