Powered By Blogger

Happy Birthday Umi!

Upacara bergambar dengan cupcake sempena birthday makbear pada 4 Jan 2013

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Percutian yang tak dirancang di Colmar Tropicale, pada 16-18 Nov 2012

Disneyland Hong Kong

We made it!! Hong Kong Disneyland 17-22 Nov 2011

Hari Raya Aidilfitri 2012

Huda asyik melalak je, so amik gambar pun lebih kurang je! Hehehe

Selamat Hari Lahir Waseem 2012

Sambutan birthday Waseem di Taska Permata. Cake Barney yang begitu menarik perhatian!

30 April 2014

Nota Cinta Wafiy & Waseem

Semalam ketika aku sedang bergolekan atas katil sambil membelek hp, Wafiy masuk menerpa ke arah ku...

"Ha!!! Umi ni kata tadi nak tido...tapi tak tido"

So sesegera mungkin aku berlakon tido...

Hehe

Selepas itu, Wafiy bertanya lagi "Umi, 10 ke 11hb 5 ni hari ibu kan?"

Aku menjawab "Haah! Ha!!! Umi nak hadiah tau!!!"

Aku seperti selalu tidak pemalu untuk meminta hadiah hatta dari pakbear pun..dia tak bagi pun aku akan pastikan dia akan terbagi jugak...kehkehkeh...tiada alasan terlupa ye pakbear...

Ok, back to story pakwe hensem aku semula...

Wafiy jawab "Abg dan Adik dah buat dah hadiah untuk Umi, Adik tengah siapkan kat bawah!"

Hahaha...aku dh boleh agak dh budak2 manja ni mesti ada projek khas sebab dari tadi aku nampak dorg dok main plastesin kt depan TV...indah rumahku dihiasi plastesin di sana sini..:p

Aku yg tak boleh tidur pun menuruni tangga ke bawah diiringi pekikan Wafiy pada Waseem "Adik, umi nak turun, sorok Dik, sorok!!!"

Setibanya aku di tingkat bawah, Waseem sudah hilang dari ruang tamu..yang tersisa cuma sampah sarap plastesin dan juga saki baki lelehan Puding Triffle yang aku buat semalam...:)

Tidak lama kemudian Waseem muncul keluar dari belakang sofa...dan membawa benda ni..



Ya Allah!!! Sweetnya....terharu kejap Umi...anak2 bujang Umi memang mengikut jejak Dedi, manis mulut dan pandai mengambil hati..hehehe...Wafiy dan Waseem kata yg potong2 kiri sekali tu sayur, diikuti oleh nasi ayam dan apa entah..:p

Siap ada surat kecik untuk Umi..






Yg mandi kolam ni dalam kolam tu yg aku fahamkan ada Wafiy, Waseem, Umi yang bertudung dan Huda yg kecik sekali tu..:)

Oh!! Ye..dan juga ada Dayang kat tepi kolam..perasan tak? Hehe


Hahaha....apa ler agaknya yg Waseem lukis tu...

So akhirnya malam tadi semua org mendapat ciuman kasih sayang daripada Umi kecuali Dedi....hahaha..:p

29 April 2014

HAppY 9 (10+9) Afzal-Najah anniversary ( CinTa Umpama PudiNg TriFfle)

CinTa Umpama PudiNg TriFfle



Adakalanya manis umpama lapisan jeli...

Kerapkalinya masam masam enak umpama Strawberi

Jarang jarang nya ada rasa hangit apabila kastardnya terlalu lama terbiar tidak dikacau rata...

Kerapkalinya berwarna warni bagai buah buahan koktail..

Ditambah pula dengan rasa lemak lemak manis umpama lapisan Swiss roll nya..

*Puding Triffe ini aku buat sempena Anniversary Wedding kami yang ke 9....lengkap semua lapisan nya mewakili warna warni kehidupan kami sekeluarga...


Happy 9th anniversary my dear bam bam...Ayang masih berfikir nak hadiah apa tahun ni...hehe..as usual, i like to annoy u..kejap nak bantal bear gumuk..kejap nak pakej facial...kejap tak nak apa2...kejap nak makan2 je lah...hahaha..so typical Me...sabar ye pakbear....:p

Moga ikatan ini berkekalan hingga ke Jannah....Moga Allah merahmati kita....Moga anak2 kita membesar jadi orang yg baik2, bijak pandai, berjiwa tenang, hensem dan cantik macam Dedi dan Umi....


Di bawah ini aku sertakan resepi puding Triffle ini...

Bahan bahan yang perlu dibeli:

1) 1 buku Swiss Roll perisa Coklat dipotong 6 bahagian
2) 1 buku Swiss Roll perisa Coffee dipotong 6 bahagian..actually terpulang nk perisa pandan pun boleh..
3) 3 sudu Tepung Kastard
4) 1 tin Susu Cair
5) 1 tin Air
6) 2.5 sudu besar Gula
7) 1 paket Kristal Jelly Nona perisa Strawberi
8) 400ml Air (untuk masak Kristal Jelly)
9) Fruit cocktail (asingkan buah dari airnya)
10) Strawberi 

 Cara-cara;

A) Layer 1

 Susun 2 perisa Swiss Roll berselang-selang ikut perasanya...Lembabkan Swiss Roll dengan air buah koktail dalam tin. 

Aku cadangkan jangan dilembabkan terlalu awal, masa korg tengah nk sejukkan tepung kastard yg dh dimasak nanti baru lembabkan swiss roll tu..

B) Layer 2

Susu cair, dan 1 tin air (sukat guna tin susu cair tadi) disatukan dalam periuk, tambah dengan 3 sudu membukit Tepung Kastard.
Kacau hingga Tepung kastard tidak berketul-ketul. Kacau ni kena konsisten tau, sebab kalau kastard terbiar lama tak dikacau, nanti bahagian bawahnya akan hangit...dah tak syok lah nanti..

Campurkan 2.5 sudu besar gula dan panaskan diatas api perlahan, kacau hingga bancuhan Kastard menjadi pekat.

Proses untuk memekatkan kastard ni ambil masa sedikit..kena sabar..

Bila Kastard sudah hampir mendidih, angkat dan biarkan sejuk sekejap dan curahkan diatas Swiss Roll yang sudah disusun dalam bekas kaca tadi. Biarkan kastard tu sejuk sekejap tu memang sekejap tau, 2-3 minit camtu je..

Masa tunggu nak sejukkan kastard ni barulah kita lembabkan Swiss roll tu..

Bila dah curah kastard ke atas Swiss roll tu, sementara kastard masih belum keras, bolehlah disusun buah buah dari koktail tadi, letak strawberi dan apa2 je lah buah yg rasa cantik mengikut kreativiti masing2.

Tekankan sedikit buah-buahan yang disusun diatas kastard supaya buah-buahan yang disusun tadi tidak timbul dan beralih tempat bila kita curahkan Kristal Jelly diatasnya nanti…

C) Layer 3

Untuk Kristal Jelly, panaskan hingga mendidih 400ml (2 cawan) air dan kemudian masukkan 1 paket Kristal Jelly. Kacau hingga serbuk Kristal Jelly larut. Padamkan api kacau sedikit Kristal Jelly dalam 1 minit bagi dia tidak terlampau panas dan curahkan keatas Kastard yang sudah disusun dengan buah-buahan tadi. 

Aku letak lagi strawberi atas jeli tu...hehe..sbb nk habiskan terus strawberi yg dibeli...

Dan kemudian, masukkan kedalam peti ais dan biarkan hingga puding keras.

Begitulah resepi puding Triffle ku...















Karipap rangup dan sedap


Last weekend aku bagai ditarik2 untuk pergi ke kedai bakeri di Little India Street....entah kenapa sejak pindah Kuching ni aku gila memasak kek dan kuih...haha...

Dan masa di kedai tu, anak2 bear 2 org boy yg hensem itu beria2 suruh Umi beli pencetak karipap...wafiy of course dah faham apa kegunaan pencetak tu, tapi Waseem seperti biasa mudah dipengaruhi oleh abang nya..so belilah aku pencetak karipap...sebenarnya aku dh lama gugel resepi karipap rangup ni...so hasil gugelan itu aku akhirnya memilih resepi yang ini..

Bahan-bahan:

(A)
1 kilo tepung gandum
100 gram tepung beras (anggaran dalam satu senduk penuh nasi)
100 gram tepung ubi (anggaran dalam satu senduk penuh nasi)
Serbuk lada putih/sulah
1 Sudu makan gula

(B)
4-5 Sudu makan marjerin atau butter juga boleh digunakan (dicairkan)
1/2 cawan minyak masak

Garam secukup rasa (anggaran dalam 1/2 sudu makan)
Air suam untuk menguli - yang telah dicampur garam diatas)

Cara-caranya:

Campurkan kesemua bahan (A - kecuali garam) kedalam bekas adunan. pastikan digaul rata dan sebati.
Setelah sebati, masukkan bahan (B) dan digaul rata/sebati. pastikan ianya rata keseluruh adunan. ianya akan kelihatan sedikit bergentel. ratakan adunan sehingga menjadi gentelan yang agak halus.

Untuk mengenalpasti adakah ianya sudah cukup sebati atau tidak, kepalkan sedikit adunan kedalam tangan dan boleh dilihat ianya akan berkepal dan agak padat (tidak senang terlerai)

Bolehlah diikuti dengan proses menguli. masukkan sedikit demi sedikit air suam yang bercampur garam tadi kedalam adunan. uli lah sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh lembut dan kenyal. pastikan ianya tidak melekit ditangan dan dinding bekas adunan. jika melekit, tambah sedikit tepung dan diluli sedikit.

Perapkan doh tadi dalam 1/2 jam. perap ia dengan menutup ketat. - menutup bekas dengan kain atau penutup. setelah 1/2 jam keluarkan adunan dan diuli sedikit. sudah boleh diguna..

~ Adunan ini boleh diguna-pakai berkali2. untuk menyimpannya, masukkan kedalam plastik dan letak ditempat beku (freezer) nyah beku secara semulajadi apabila hendak menggunakannya kembali. Ianya juga boleh dijadikan Roti Bom Goreng (sejenis makanan kaum India)

Tu aku copy dari blog resepianakbapak...:)

Untuk inti nya aku alter dan memandai sendiri...

Rempah kari yg peket kecik 2
Daging lembu batang pinang 1kg
Kentang saiz sederhana 4 biji
Daun kari secukup rasa
Garam secukup rasa



Seperti biasa Wafiy menjadi pembantu khas Umi..


Yg ni aku half cook dan simpan dalam fridge..Aku hari tu buat kecil kecilan so aku separuh kan semua bahan dlm resepi tu...itupun aku berjaya dapat dalam 30 biji karipap...aku plan next time nak buat banyak2 dan frozen kan. Nanti tinggal goreng je..:)


Cuba korang tengok inti karipap aku ni...aku sendiri tergoda..hehe
Hasilnya memang amat amat sedap..pakbear kata kalau kat gerai tepi jalan ada org jual karipap sesedap yg aku buat ni sudah pasti pakbear akan datang hari2 beli...hehe..tengok pulak yg jual makwe cun macam aku...hahaha...

Huda seperti biasa, food tester Umi yang comel momel...


Oh ye! Aku menguli, menggoreng karipap pd jam 12 malam kerana paksaan Wafiy dan Waseem...si Wafiy dok menahan mata taknak tido selagi tak dapat tolong Umi buat keripap..dah la aku letih dh time tu..Waseem pulak muncung2 merajuk sampai dh tertido kat sofa sebab tunggu lama Umi nenenkan Huda dulu sebelum buat karipap...

Waseem tido aksi apa entah namanya...kelakar je..

Aku ni kan memang tak pandai masak tau, sampai kakak2 aku pun pelik camne aku boleh rajin dan pandai masak tiba2....hehe

tapi percayalah resepi2 yang aku share di blog or fb aku ni memang kebanyakannya menjadi...so bolehlah u all try...sekarang ni baru aku akui kalau nak memikat hati orang adalah melalui makanan...memikat dan mengikat hati suami dan anak2....:)

Malam ni aku nak buat sesuatu yg memang lain dari yg lain..yg kalau aku berjaya membuatnya, aku sendiri akan kagum dengan diri sendiri...hahaha...aku up diri sendiri...


25 April 2014

Huda si Penyepah tegar


Percaya tak si cantik manis gendut ini adalah penyumbang utama tahap sepahnya rumah kami....

Orang kata kalau girl akan suka kemas, rajin tolong kemas...

Tapi aku dan pakbear perhatikan tahap kekemasan anak2 kami semakin merosot dari yg no1 ke no3...hehehe...Dan kami bernasib baik kerana Wafiy memang pengemas jugak orangnya, bukanlah Wafiy tidak menyepah langsung tapi Wafiy rajin juga mengemas dan rajin juga menceceh pd adik2 nya kalau rumah bersepah sangat...

Petang tadi aku balik rumah...


Buku berselerak kat atas karpet


Mainan kecik2 bersepah atas lantai...botol air pun ada...kdg2 botol air tu boleh ghaib 2-3hari dan hanya ditemui bila aku nk vacum bawah meja, bawah sofa...sabor je le...

Eh! Pasan tak Dayang tu? Dia tgh lepak selepas menenenkan baby2 Meow...letih agaknya menjaga anak2 so kdg2 Dayang suka lepak depan TV dgn ktorg..:)


Beruang, Meow, Abu dan Elmo terdampar dilanggar lori...hehe

Ni belum campur lagi dgn lantai yg penuh kesan makanan kena lenyek...dan belum campur lagi dengan saki baki tepung pisang goreng dalam bilik buku kami di tingkat atas...

Adoi lah!! Korang tau sapa Culpritnya???


Si Manja kesayangan Dedi ni lah...

Huhuhu...aku lately ni sbb dinasihatkan oleh pakbear agar berehat selepas pulang kerja, lantaran aku diserang sakit pinggang teruk last wk kerana mengemas rumah dengan rajinnya so sejak itu aku dh kurang mengemas rumah...aku plan bila weekend baru aku nk kemas betul2...hari2 biasa sukatilah Huda dan abang2 nya nk sepah camne...

Tapi korang tahu tak apa jadi???

Sekali tu pakbear yang tak boleh tahan tengok rumah yg bersepah...so dia lah kemas...kihkihkih...ha!! Tulah, bila saya dah stop mengemas baru pasan rumah ni bersepah kan pakbear?? 

Umi dan Huda sedang gelakkan Dedi...kihkihkih...

Jangan marah Dedi, we luv u

14 April 2014

Waseem 5 tahun


Waseem dah 5 tahun...

Waseem yang dibesarkan sepenuhnya sepanjang Umi buat Master 4 tahun...

Waseem yang adakalanya Umi dan Dedi terlupa akan kehadirannya kerana Umi dan Dedi sibuk menjalani kehidupan harian...sibuk dengan Abg Wafiy dan Adik Huda..

Waseem yang membesar dalam kehidupan Umi dan Dedi yang terumbang ambing di lautan kehidupan tercari cari daratan untuk berhenti...Alhamdulillah kita dah bertemu daratan itu sayang Umi...:)

Waseem yang perangainya lebih mirip mengikut Umi berbanding Dedi...

Waseem yang adakalanya sukar dimengertikan oleh Umi dan Dedi kerana kerap kali dibandingkan dengan Abg Wafiy...

Waseem yang amat banyak tanya...yg otak nya ligat setiap masa dengan kenapa itu, kenapa ini...

Waseem yang suka coklat dan aiskrim...*ha!! Yang itu mirip Dedi...:)

Waseem yang pendiam di sekolah....tapi becok bila bersama Umi dan Dedi...

Waseem yang kurus nampak tulang belulang walaupun kuat makan...

Waseem yang adakalanya senget benget menyiapkan diri sendiri kerana Umi sibuk dengan adik Huda dan Dedi sibuk dengan Abg Wafiy....

Waseem sayang...happy birthday my budak kurus!! Umi tahu Umi dan Dedi selalu terlalai daripada melayan Waseem sewajarnya, tapi insyaAllah Umi dan Dedi akan cuba memperbaiki diri...

Kita layan gambar je lah sayang Umi ye...


Waseem day 12 of life...Umi sedang sibuk menanti panggilan pengesahan kemasukan Umi ke program Master ketika ini...


Kita di Giant Nilai...masa ni kita menyewa flat/apartment di Nilai, Waseem mesti tak ingat apa2 lagi time ni...sebab masa ni Waseem dan Abg Wafiy bergembira sentiasa sebagaimana anak2 kecil sedangkan masa itu Umi sibuk master year 1, berulang Nilai-KL dan Dedi berulang alik Melaka-Nilai naik motor..:). Sepertimana yang ramai katakan anak2 Umi dan Dedi baik2...jarang menyulitkan urusan Umi dan Dedi....Alhamdulillah...


Waseem dan geng kelahinya...masa ni Superhero in the making lagi..


Gebu semasa usia 4 bulan


Waseem menjadi Adiwira ketika berusia 1 tahun setengah...hasil tangan Dedi...masa ni Umi dan Dedi sedih sebab konsert akhir tahun taska Waseem ni tak dapat dihadiri oleh Dedi kerana Dedi ada urusan lain...huhu


Masa ni tema pakaian beragamnya adalah daripada bahan 'Recycle'....mak bapak orang lain banyak yg tak mengikut tema...ada yg pakaikan baju Princess la, baju Askar la...terbukti Dedi dan Umi Wafiy memang kreatif dan rajin orgnya..:)


Dah pandai bergasak time ni...sekarang kalau bergasak memang tahap gusti WWF...boboiboy le katakan...pening Umi dan Dedi melayan...gaduh je la..


Waseem lebih manja dengan Umi...mungkin kerana kami serupa...kepala batu ada dalam..haha
Masa ni dalam flight odw ke HK Disneyland-Shenzhen..:)


Waseem 2 tahun 7 bulan di HK airport... Ketika ini bersama Barney kesayangan...






Meniru aksi Abg Wafiy...latihan menjadi Adiwira sebenar semakin rancak ketika ini...
Ok! Umi sudah mulai pening masa ni...muka comel dah jadi tak comel Umi tengok. :p


Tapi senyuman Waseem memang menggoda...hahaha...ramai tergoda tau Waseem...


Suka cium Umi.....
Kedua2 Wafiy dan Waseem tak suka cium Dedi...hanya sayang dan cium Umi je sebab dorg kata Dedi bucuk..kehkehkeh..



Waseem suka main susun2 mainan...suka berimaginasi pelik tapi kreatif hingga sekarang...hehehe...


Tapi dari kecil sudah menunjukkan minat pada buku..


Kerana terikut2 perangai Abg Wafiy yang suka membaca..pada usia 5 tahun sekarang Waseem dah pandai baca sikit2... Agak cepat berbanding Abg Wafiy dulu..:)
Dan juga suka belajar baca sendiri...kesian anak Umi...dari kejauhan kadang2 Umi dan Dedi terdengar N.A.N.I Nani...S.U.K.A suka...S.U.S.U susu...Nani suka susu...nasib baik Abg Wafiy adakalanya rajin melayan adiknya membaca..:)



Dari pemerhatian Nek Com yang pernah mengajar Waseem dan Wafiy mengaji, Nek Com kata Waseem playful macam Umi...Wafiy serius macam Dedi...ekekeke...Waseem suka mengelat ketika ngaji...mengaji dalam hatilah...mengaji tak keluar suaralah..kalau suruh baca doa mesti kata Waseem dah baca lah...entah bila masa baca Umi dan Dedi tak dengar pun!! Hehehe....sebijik macam Umi masa kecik2 dulu...:)


Waseem suka Meow...oh! Itu memang kegemaran kami sekeluarga...tido golek2 dengan Meow sudah diamalkan sejak aku kecil dan diperturunkan pd anak2 semua..hehe


Dengan Dedi yang garang menurut kaca mata Waseem...

Mana Dedi tak garang!!!! Tengok le gambar2 seterusnya...



Kahkahkah!! Faham fahamlah ye kenapa Dedi garang kadang2 tu..tengok muka pun tahu..hehe..

Happy 5th birthday Waseem...umi janji dengan diri sendiri untuk lebih menghayati anak Umi yang baik dan hensem ni...Nanti party kat school Umi buatkan kek Ultraman ye syg...InsyaAllah...

Umi sayang Waseem...jadi budak baik tau...esok Umi akan suruh Abg Wafiy bacakan blog entry ni untuk Waseem..Muahhhhsss!!!! Sayang Waseem selalu...