Powered By Blogger

08 January 2013

Waseem Hilang!

Ya Allah Waseem...! Logik akal aku mengatakan mustahil Waseem boleh hilang dalam rumahku yang sekangkang kera ni. Kalau pun dia x hilang, mustahil juga dia boleh menyorok sehinggakan aku x boleh nak jumpa sedangkan lekok, ruang tersembunyi rumah aku bukannya banyak. Paling tidak pun di bawah ampaian baju/tuala ataupun di sebalik pintu. Selain itu, tiada apa yang boleh menyorokkan tubuh Waseem yang comel tetapi ligat itu.

Puas sudah aku mencari, pelbagai kemungkinan menjelma di fikiran. Xkanlah ada orang jahat masuk rumah ataupun Waseem pandai2 keluar rumah sedangkan rumah dan gate berkunci kejap. Aku dah hampir hilang pedoman... Patutlah rumah aku sunyi sepi jee. Manalah Waseem nih.

Tiba-tiba.... laaa... kat situ rupanya anak notty dedi nie! Dengan susu botol yang aku buatkan tadi masih berbaki di tangan. Tertidur!!! Bawah meja 'workstation' aku yang walaupun sekali imbas dia memang boleh menyorokkan dirinya kat situ, tp aku x pernah terlintas yang dia boleh tidur kat situ, dengan panas dan sumuk bilik yang menyimpit rongga pernafasan, sebab bilik tu juga merangkap setor. Alahai anak dedi, bikin dedi gundah!!

Hehehe... Apa motif dia tidur kat sini nih?
Al-kisahnya Waseem mmg bukan kaki tidur, tapi kalau dia 'terrrrtidur', mmg ekstrem sungguh gayanya! Hahahaha... Pernah sekali dalam kereta, baru seminit dia minta aku bukakan plastik lolipop, pastu tengok2 dia dah tertidur di seat blkg dgn lolipop masih lagi di dalam mulut. Patutlaa keadaan dalam kereta sunyi secara drastik! Kalau x mulut dia je menceceh. Aku rasa makbear ada snap gambar dia nanti aku uploadkan. Kihkihkih... Waseem2...

Aku angkat tubuh mungil Waseem dan aku baringkannya di katil empuk. Selamat tidur sayangku. Nanti jap lagi kita nak g jemput abg balik sekolah pulak.
+++UPDATED++
Gambar waseem tertidur dengan lolipop! Hehehehe





1 comments:

makbear said...

hahaha...kelakar betul bila tengok gambar ni..ada lagi satu nanti umi pass..hehe