Powered By Blogger

Happy Birthday Umi!

Upacara bergambar dengan cupcake sempena birthday makbear pada 4 Jan 2013

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Percutian yang tak dirancang di Colmar Tropicale, pada 16-18 Nov 2012

Disneyland Hong Kong

We made it!! Hong Kong Disneyland 17-22 Nov 2011

Hari Raya Aidilfitri 2012

Huda asyik melalak je, so amik gambar pun lebih kurang je! Hehehe

Selamat Hari Lahir Waseem 2012

Sambutan birthday Waseem di Taska Permata. Cake Barney yang begitu menarik perhatian!

18 June 2009

Nak Jadi Kurus

"Mulai minggu ni saya nak jogging tiap2 weekend, nak kuruskan badan", ujar aku pada segerombolan opismate sambil berangan body yang maintain fitt dan bertambah kacak, bergaya, bermutu dan berkeunggulan.. Hehehe

"Saya rasa abang kalau kurus x hensem laaa.. elok laa macam sekarang, comel", ujar M (opismate aku).

"Alamak kau nie, potoOooNg laaAAaaa!!", aku. Terima kasihlaa atas 'galakan' yang begitu memberangsangkan tue.. Huhuhuhu...

16 June 2009

Jadi Majikan

Kalian dah bosan bekerja di bawah telunjuk majikan yang hampeh?

Kalian nak jadi majikan? Boleh... gunalah perkhidmatan bibik (orang gaji aka maid), kalian layak digelar majikan.

Jangan lupa menyertai Anugerah Bibik Terbaik E*A! Ceritakan kehebatan bibik anda dan mana tau bibik anda akan terpilih. :)

Kami x berani ambil bibik... kami x sanggup membayangkan sesuatu yang buruk terjadi pada kesayangan kami disebabkan orang lain.

Nak tengok gambar waseem? Klik SINI

15 June 2009

Hikayat Pemandu Bas

Bagi manusia yang bermuka 'kurang mesra' macam aku nie, memang susah nak cari kawan berbual. Jadinya untuk perjalanan sejauh satu jam setengah ini aku berkira-kira menyediakan head phone sebagai peneman sepanjang perjalanan.

Ya henpon aku sudah uzur sangat. Head phone nya sudah lama rosak. Aku hulur not merah dan hijau pada taukeh kedai henpon yang tak tau menjawab apa perbezaan antara head phone ori dan head phone cap ayam. Tapi aku ucapkan TQ juga. Budi bahasa kan budaya kita..

Rupanya Allah tue maha kuasa. Perjalanan yang kujangkakan membosankan berlaku sebaliknya. " Alo kawan apa kes duk belakang? mehler lepak depan, boleh sembang!". Perut bas yang terisi empat orang termasuk pemadu bas bergema dengan suara pemandu bas tue. Aku yang terasa dia seperti bercakap dengan aku sebab yang lagi dua oarang kat belakang sedang asyik memadu asmara pun mengalihkan punggung dan duduk betul2 di belakang pemandu bas tue. Dan hikayat pemadu bas pun bermula...

"Alahai kalau aku tak beli head phone nie pun tak ape". Gumam aku.

09 June 2009

Perlukah Aku Kembali?

Perlukah.. perlukah? chewah... hehehe