Powered By Blogger

Happy Birthday Umi!

Upacara bergambar dengan cupcake sempena birthday makbear pada 4 Jan 2013

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Percutian yang tak dirancang di Colmar Tropicale, pada 16-18 Nov 2012

Disneyland Hong Kong

We made it!! Hong Kong Disneyland 17-22 Nov 2011

Hari Raya Aidilfitri 2012

Huda asyik melalak je, so amik gambar pun lebih kurang je! Hehehe

Selamat Hari Lahir Waseem 2012

Sambutan birthday Waseem di Taska Permata. Cake Barney yang begitu menarik perhatian!

05 February 2015

Rendang dan lodeh Raya Haji di Meow city

Semalam aku lepak2 belek hp so terpandanglah rendang daging dan sayur lodeh yg aku buat semasa raya haji lepas...

Tu kira satu pencapaian tau dalam kehidupan seorang aku sebab selama ni kalau raya mesti kakak2, kakak ipar atau secara asasnya orang lain la main chef, aku tengok, potong2, kacau, rasa2...hehe...

Tapi kerana kami tidak pulang ketika raya haji yg lepas dan tidak mahu terasa diri macam langsung tidak beraya haji so aku dengan bersemangatnya cari resepi yg aku rasa bersesuaian la dengan kemampuan aku...sedih woo tak balik beraya haji sebab raya haji di rumah aku biasanya meriah jugak...berkumpul ramai2, masak2, makan2, sembelih lembu...:)

So sebab taknak rasa sedih, maka terhasillah...



Pakbear kata ni antara rendang tersedap pernah dia rasa...haha..up je lebih pakwe aku tu, dia risau makwe dia tak kasi dia dekat2 la tu...:p


Ni sayur lodeh jawa tau...ada kawan aku yg melayu rasa pelik tgk lodeh ni sbb mereka membandingkan nya dengan lontong Melayu yg berwarna kekuningan...lodeh jawa ni memang lain dari lontong melayu...lontong melayu mcm kurang isi dalamnya dan agak cair. Lodeh jawa ni ada macam2 dalamnya dan lebih pekat serta warna putih. Kalau ko tanya tekak jawa aku ni memang lodeh la yg memikat kalbu...hehe...

So, disebabkan aku takut lupa resepi internet mana yg aku follow makanya aku parking la resepi rendang ni dalam blog aku ni...

Bahan utama

Daging 1kg

Bahan A

8 biji bawang merah (aku guna 5-6 biji bawang besar sedang)
5 ulas bawang putih
2 inci halia

Bahan B 
2 inci lengkuas muda
7 batang serai - hiris
 2 sudu makan ketumbar (rata)>
1 sudu makan jintan manis      > sangai hingga wangi
1 sudu makan  jintan putih      >

3 cawan cili kisar
2 biji santan 
4 sudu makan kerisik 
2-4 helai daun kunyit-carik2kan
garam, asam jawa dan  gula

Cara.
Kisar bahan A. Tapis dan airnya diguna untuk kisar bahan B. Kalau tak cukup tambah sedikit air. Kisar bahan B.
Panaskan minyak tumiskan bahan A hingga ringan. Masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak. Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi. Pastikan minyak mencukupi. Jika kurang bahan2 tumis tidak cukup masak. Masukkan daging dan gaul rata hingga bercampur semuanya. Bila daging dah keluar air masukkan santan, daun kunyit dan sedikit garam. Masak hingga daging empuk. Boleh tambah air jika daging masih belum empuk. Masukkan kerisik, air asam jawa dan gula. Rasa masam manisnya.

Actually kan aku walaupun baca resepi internet tapi aku suka adjust2 bahan2 tu sesedap tangan aku nak mencampak apa yg patut. Pastu kang tambah itu ini ikut sukahati aku sehingga mencapai tahap yg sesuai dengan tekak aku. Seperti biasa pakbear juga tolong rasa dan agak2 apa yg boleh diadjust lagi supaya masakan tu jadi kaw...hehe..tp aku rasa kan masak2 ikut resepi internet ni kena ada sentuhan air tangan org tertentu jugak kot, sebab ada kawan aku yg folo resepi internet tapi x menjadi..ikut nasib dan tangan lah kot...resepi lodeh aku tak sertakan sekali dalam entri ini sebab resepi lodeh jawa tu dah tertanam dalam memori otak aku. Nanti kalau aku rajin utk tulis secara detail aku akan tuliskan untuk simpanan anak cucu aku...haha..anak kenit2 lagi aku dah berangan yg aku akan ada cucu...confirm nenek mithali lah aku nanti..:)