Powered By Blogger

Happy Birthday Umi!

Upacara bergambar dengan cupcake sempena birthday makbear pada 4 Jan 2013

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Percutian yang tak dirancang di Colmar Tropicale, pada 16-18 Nov 2012

Disneyland Hong Kong

We made it!! Hong Kong Disneyland 17-22 Nov 2011

Hari Raya Aidilfitri 2012

Huda asyik melalak je, so amik gambar pun lebih kurang je! Hehehe

Selamat Hari Lahir Waseem 2012

Sambutan birthday Waseem di Taska Permata. Cake Barney yang begitu menarik perhatian!

30 June 2005

Laporan Lantit Wilayah Serdang

Sesi melantit wilayah Serdang telah berjaya dijalankan atas perkenan dan insiatif Presiden Geng Lantit wilayah Serdang iaitu YAB Diman. Bertempat di gelanggang keramat F1, Serdang, difahamkan aksi mengorder air peringkat 'regular' telah berlangsung sekitar jam 8.30 malam dan telah diupgrade ke sesi mengorder air peringkat 'jumbo' (bapok besoo!!) pada jam 9.15 malam selepas kehadiran tuan presiden, aku, Lin dan Zurie.

Banyak aktiviti-aktiviti melampau telah berlangsung antaranya, perlancaran kamera baru Diman, Fuji Fine s5500, kamera mini super slim Salina, Pentax Optio S yang begitu dijakikan oleh Zurie kerana beliau hanya membawa kamera pinjam jabatannya, Canon Powershot G5 dan telah turut mempra-tontonnya semalam.

Selain daripada itu ada juga sesi pengajaran dan pembelajaran subjek Visual Basic oleh cikgu OP kepada Nett dan Amyz. Sayangmama plak mengajar Zurie bagaimana untuk mengambil gambar dari celah-celah cawan sambil dipraktikkan secara melampau oleh aku.

Makanan dan minumannya semalam boleh tahan mahal. Aku dengar kereta Mercedez pun ada jual kat sana. Diorang main order jee! Sudahnya bayaran tertunggu yang telah dilangsaikan semalam adalah RM180.81!!

Thanx to Diman dan Lin yang telah menjemput aku semalam walaupun beliau telah memaksa aku berjalan sejauh suku kilometer kerana dia tak tau Persint 10 kat mana. Dia tau Persint 8 jee! Juga pada Zurie yang sanggup menemani Diman memulangkan aku semula ke Puspanita Puri dengan selamatnya selepas Diman ditinggalkan secara drastik oleh Langsatz kerana balik dengan Z (siapa itu Z?!) bersama-sama ke BTR.

Thanx to Salina for the cute dan multi-purpose hadiah. Selain dari boleh wipe cermin, aku boleh guna untuk menggaru belakang badanku yang gatal! Hahaha. Thanx sekali jugak kepada Langsatz kerana telah menaja pemanis mulut yang berupa coklat-coklatan dari Langkawi.

Sesi melantit berakhir sekitar jam 11 malam walaupun si Awin (lawa baju!) dan Sayangmama seperti agak keberatan nak balik sambil meracun Diman untuk berkaraoke! Sib baik Diman tak terpengaruh, kalau tak ntah kul brape aku balik. Hehehehe.

Pelantit-pelantit F1 Serdang semalam:-
+ OP
+ Rudy
+ Amyz
+ Nett
+ Langsatz
+ Zurie
+ PB
+ Salina
+ Sayangmama
+ Aqil
+ Diman
+ Awin
+ Z
+ ND
+ Kawan Salina

29 June 2005

Selamat Hari Tua PB!

Tanggal 29 Jun 2005 iaitu hari ini genaplah usia aku 25 tahun. Sudah memasuki suku abad bak kata ND.

Perjalanan seusia 25 tahun ini serasa begitu cepat berlalu, terasa begitu singkat. Tidak seperti hari-hari mendatang. Masih jauh tidak kelihatan.

Terima kasih kepada teman dan taulan yang mengucapkan selamat hari lahir justeru mendoakan kebahagiaan dan keselamatan aku. Terima kasih di atas kiriman SMS, mesej di shoutbox, YM dan juga e-mail yang tidak putus-putus. Aku rasa terharu sangat!

Terima kasih kepada mak beruang yang masih setia bersama saya sehingga ke detik 10 kali kita meraikannya bersama. Terasa seperti baru berlalu tahun 1997 di mana menyaksikan pertama kali saya pergi ke kedai kek dan meminta pesanan kek yang telah ditempah khas oleh awak untuk saya. Rupanya sudah hampir 8 tahun peristiwa itu berlaku.

Semoga Allah memberkati detik masa seusia ini. Mudah-mudahan Allah panjangkan umur dan murahkan rezekiku di masa-masa mendatang. Semoga aku akan menjadi mukmin yang soleh dan bertakwa. Semoga isteriku menjadi isteri yang mithali. Semoga aku dikurniakan anak yang taat dan soleh serta terdiri di kalngan mereka yang bijak pandai. Aminn..

27 June 2005

::NOTICE::

I'm off to Cyberjaya for the 5 day linux training (until Friday the 1st July).
Adios apalagos guys!!

22 June 2005

Hitam

Aku teringat pada suatu petang semasa kami balik rumah mak abah di Selandar. Ketika itu kami (aku dan MakBeruang) baru nak masuk ke laman rumah tetapi kereta agak sukar hendak dipandu masuk kerana ada sebuah lori 1 tan yang menghalang sedikit laluan. Aku cuba juga pandu perlahan-lahan akhirnya lepas juga.

Dalam rumah aku bertanya kepada abah..
Aku: Lori siapa tu bah?
Abah: Lori budak india tu, dia ambik daun pokok nangka kita nak buat jual ke Zoo Melaka (agaknya buat diberi haiwan makan kot).
Aku: OoooOOoooo..

Biasanya, bila sampai rumah nie aku terus melilau cari kucing kesayangan. Nak peluk-peluk nak cium-cium. Aku panggil namanya di depan, senyap. Aku ke belakang rumah, aku jerit namanya..
"Hitammm, hitamm!!"

Sekali india daun nangka tue lalu daa.. (dengan sarat mengangkut daun nangka)!!
"Ops!!" (mampos dia ingat nanti aku kutuk dia!)

"Hitammm, hitam! miauuuu.. miauu!!"
Aku kena tambah efeks kucing supaya india daun nangka tue tak salah faham.
[ikon YM bersiul-siul]

20 June 2005

Pisau Rambo

Di sebuah tapak perkhemahan telah berlangsung Perkhemahan Kadet-Kadet Polis peringkat Negeri selama 7 hari 6 malam.

Perkhemahan seumpama ini sangat menitik beratkan keselamatan, kebersihan, disiplin dan ketepatan masa. Hendak dijadikan cerita, ada satu kumpulan nie telah melakukan kesilapan kerana terlupa menyimpan semula dengan baik 'pisau rambo' selepas menggunakannya semasa memasak.

Pisau rambo yang terbiar di tanah itu dijumpai oleh kem komandan dan beliau sangat marah dengan penemuan ini kerana kemalangan mungkin boleh berlaku disebabkan kelalaian kecil seperti ini. Kerana terlalu marah, seluruh ahli kumpulan telah dipanggil.

Kem komandan : Saya sangat kecewa kerana semasa lawatan saya ke khemah tadi saya telah terjumpa pisau ini di atas tanah, bersepah! (sambil mengunjukkan pisau berkenaan) Saya hendak tahu siapa yang bertanggungjawab melakukan perkara ini?!
Ahli-ahli kumpulan : (Terdiam saling berpandangan antara satu sama lain)
Kem komandan : Baik mengaku sahaja sebab tuan punya pisau ini memang bodoh kerana mengukirkan namanya di pisau ini tapi masih tidak mahu mengaku! Baik tampil ke hadapan atau saya akan sebutkan nama beliau dan beliau akan didenda dengan teruk!
Ahli-ahli kumpulan : (Masih lagi membisu dengan seribu kemusykilan di hati)
Kem komandan : Ohh taknak mengaku yeee.. baiklah saya akan panggil nama beliau sekarang. STAINLESS STELL STEEL sila ke hadapan!!!

19 June 2005

Membisu

Membisu sudah telefon tanganku. Ia sudah tidak berbunyi lagi. Merajuk mungkin padahal aku tidak pernah pula merancang untuk mencari pengganti. Puas sudah aku menggodeh-godehnya namun masih begitu. Mungkin speakernya sudah rosak aku tak pasti, yang pasti berdasarkan kepada keadaan poket aku yang kurang memberangsangkan ini, mungkin sebulan dua nanti baru aku mampu menghantarnya untuk dibaiki.

Pabila ia membisu seperti ini, keadaannya amatlah sukar. Mujur kuasa vibratenya masih ada dan sememangnya aku hanya mengharapkan pada getarannya itu baru aku menyedari bahawa adanya penggilan masuk ataupun SMS. Maaf pada teman-teman andainya ada panggilan anda tidak berjawab ataupun mesej anda lambat dibalas, semuanya kerana keadaaan membisu ini.

Tiada lagi melodi membingit yang akan mengejutkan aku dari tidur kini. Selalunya aku tiada masalah untuk bangun kerana biasa aku akan terlebih dulu celik sebelum seminit dua ia berbunyi. Namun begitu langkah berjaga-berjaga amat perlu takut-takut kesiangan pula nanti.

Cerita suatu pagi..

Memandangkan ianya sudah tidak berbunyi, aku terpaksa mencari jalan penyelesaian bagaimana untuk memastikan aku tetap boleh bangun pagi seperti biasa pada waktunya. Solusinya, aku letakkan telefon tanganku betul-betul dekat kepala di atas kepala katil. Harapan aku aku akan terjaga pabila terdengar bunyi getaran tatkala badannya bergetar dengan kepala katil.

6.15a.m..

Benar aku terjaga, tapi bukan kerana bunyi getarannya yang menyakitkan telinga, tetapi kerana ia bergetar dan bergetar sampai jatuh betul-betul di dahi luasku! 'KelEkUkK!!'.. AdoiiiiIIiii!!!

17 June 2005

Bapaku Superhero?

Minggu ini adalah minggu hari bapa.

Bapa aku bukan seorang superhero sebab sepanjang kehidupanku, aku tak pernah nampak dia mengeluarkan sarang labah-labah dari pergelangan tangannya, ataupun memakai pakaian koyak rabak dengan kulit badan yang berwarna hijau apatah lagi memakai spender di luar seluar katoknya.

Bapa aku sama sahaja istimewanya seperti bapa orang lain. Dia bukanlah yang paling-paling istimewa sebab semua bapa di dunia ini melakukan perkara-perkara yang sepatutnya dilakukan oleh seorang bapa kepada anaknya. Berusaha melahirkan kita ke dunia, membesar dan menjaga kita seadanya serta cuba untuk memenuhi keperluan kita selagi termampu.

Dalam banyak perkara, satu perkara yang aku amat kagum dengan beliau nie iaitu sifat lemah lembut, sabar, tutur katanya yang baik dan sifat tenang yang ada pada dirinya. Percaya tak kalau aku kata ayahku jarang-jarang sangat meninggikan suara di kalangan kami adik beradik apatah lagi kepada emak aku kecuali kalau emak aku 'nakal'. Dia tidak pernah menggunakan kekerasan dalam mendidik anak-anaknya cukup dengan teguran dan bercakap secara baik-baik.

Istilah rotan, tampar atau pukul memang tidak pernah wujud dalam keluarga kami. Seingat aku ayah aku pernah beli rotan sekali saja khusus untuk mendenda abang aku yang ponteng sekolah agama dan itulah sekali aku nampak rotan kat atas almari tue, lepas tue lesap entah ke mana. Mujur adik beradik aku mendengar kata dan takdelah pulak bila dan besar ada yang jadi setan.

Terima kasih abah kerana membesarkan kami adik beradik. Terima kasih kerana mendidik kami dan mengajar kami berbudi bahasa. Di kalangan kami adik beradik aku yang paling bangga kerana aku yang paling banyak mewarisi sifat beliau sebab tue aku nie baik, penyabar dan bersopan santun kan kan kan? :)

Tapi abah kenapa abah dengan mak manusia tapi kami jadi anak beruang? 3 ekor orang pulak tue! hahahaaa.

"SELAMAT HARI BAPA, ABAH!!"

09 June 2005

'Househusband'

*Sebuah Entri Tertangguh
Aiseh, apa lagi nak masak malam nie? Bila dah berseorangan nie malaslah pulak nak masak-masak. Kalau berdua tue adalah mood nak masak bersama-sama.

Kalau tak kena gayanya, malam nie aku tidur dengan perut yang hanya terisi dengan 2 keping roti dengan sebiji telur mata kerbau dan sos cili Maggi yang aku makan petang tadi. Alhamdulillah masih lagi mampu menggoreng telur dan minum air masak buat pembasah tekak. Bukannya tiada kedai makan, kat belakang rumah aku nie aje, tapi maklumlah Mak Beruang on-call hari nie membawa bersamanya semangat dan kedrat aku. Selain dari mengemas rumah dan membasuh baju, masaku banyak terluang dengan menonton televisyen. Malas nak masak, malas nak tanak nasi. Makan sorang-sorang tak best!


Takkan nak masak mee goreng juga macam aritue? Hurmmm..

Jam di dinding sudah 12.30 malam, ingat nak tidur terus tapi perut berkeroncong minta diisi. Bergolek aku dari katil melangkah menuruni tangga ke dapur.


Yess.. ada roti dan tuna!

Cukuplah untuk malam ini. Besok aku tidak keseorangan lagi. Mak Beruang tak on-call. Yeah-yeah!!
----------
Jangan salah faham dengan entri aku nie. Bukannya aku nak mengadu, bukannya aku nak minta simpati. Aku bahagia dengan kehidupan yang aku kecapi sekarang. Biarlah aku ditinggalkan berseorangan pun selalu-selalu, senyuman yang terukir di sebalik wajahnya yang lesu setiap kali Mak Beruang pulang dari kerja meluruhkan terus perasaan kesunyian dan kebosananku. Kerana aku tahu ada insan yang lebih letih dan lebih banyak berkorban dari aku. Hal ehwal rumah nie biarlah aku yang uruskan selagi aku termampu. Kerna kukasih, kerna kusayang... Akulah 'HOUSEHUSBAND'mu. WacCchhaaAaa!!

08 June 2005

Kantoi Giler!

Pernah tak sepanjang hidup korang, korang rasa kantoi giler?! Aku adalah antara kamu-kamu dan kamu (sambil meracau-racau menudingkan jari) yang telah terkantoi dalam keadaan begitu dahsyat dan memalukan. Kalaulah boleh aku pusing masa, akan ku pusing untuk mengahalang kekantoian berkenaan berlaku.

Cuba korang bayangkan, korang telah dikantoikan ketika sedang lena diulit mimpi dengan insan lain?! Sedangkan korang sudah beristeri? Sesungguhnya aku tak sengaja. Apa yang dilihat secara realitinya bukanlah yang telah berlaku sebaliknya. Hentikanlah anggapan yang tak berasas itu. Aku akui, memang pada saat dan ketika aku dikantoikan itu terang-terangan aku sedang tidur sambil berpeluk-pelukan dengan si dia. Tapi aku tidak sedar, aku terlalu penat dan aku pun tak sangka bagaimana si dia boleh masuk ke bilikku, naik ke katilku dan tidur bersamaku. Sungguh aku tidak sedar!

"Buat isteri tesayang, maafkan saya. saya tahu saya telah menduakan awak. Kalaulah saya boleh hindarkan perkara ini dari berlaku, sungguh saya akan hindarkan. Saya menyesal dan rasa berdosa sangat kerana telah menduakan insan semuliamu. Maafkan saya sekali lagi.

Tapi kalau difikirkan balik, bukan saya saja yang bersalah. Awakpun pernah menduakan saya dengan tidur bersama si dia. Sama jantina pula tue! Bukan salah saya sepenuhnya, 'Selamet' yang naik atas katil dan tidur bersama saya!!"
* Selamet itu adalah seekor kucing betina! Hahaha


Bukti kekantoian aku yang melampau!!

03 June 2005

Nak Tanya..


+++
Sebenarnya aku dari dulu nak tanya, apa kejadahnya benda nie? Ada orang kata ianya adalah indicator kepada berapa kali laman kita dilawati dari laman-lama yang tersenarai. Contohnya (merujuk gambar), laman aku telah dilawati 427 kali melalui laman Jongkang Jongket dan 231 kali (dalam tempoh 24 jam) dari enjin pencarian Yahoo?

Bantu aku menyelesaikan kemusykilan nie. Hehehehe