Powered By Blogger

Happy Birthday Umi!

Upacara bergambar dengan cupcake sempena birthday makbear pada 4 Jan 2013

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Percutian yang tak dirancang di Colmar Tropicale, pada 16-18 Nov 2012

Disneyland Hong Kong

We made it!! Hong Kong Disneyland 17-22 Nov 2011

Hari Raya Aidilfitri 2012

Huda asyik melalak je, so amik gambar pun lebih kurang je! Hehehe

Selamat Hari Lahir Waseem 2012

Sambutan birthday Waseem di Taska Permata. Cake Barney yang begitu menarik perhatian!

27 December 2005

Matawang Luar Negara

Semalam ke sebuah pasaraya besar di Melaka untuk membeli beberapa keperluan harian. Setelah memilih barang yang dikehendaki, kami beratur di kaunter pembayaran.

Jumlahnya sekian banyak..

Bila aku serahkan sejumlah wang (untuk membayar), cashier di situ membuat muka sangsi sambil memulangkan semula sekeping not RM1 kepada aku. Ingatkan kami disyaki menggunakan wang palsu, rupanya kami menggunakan not ini:












Hampehkan diorang nie? Boleh tak kalian bagitau aku, apa motif mereka berbuat demikian? Nampak sangat kaya betul orang nie. Ke aku yang salah guna duit matawang luar negara grunge dan anarchy?

26 December 2005

Resepi: Cendawan Kentaki

Resepi segera:
1) Bahan yang diperlukan: cendawan, telur, tepung kentaki.
2) Pukul telur sehingga sebati.
3) Sediakan juga tepung kentaki supaya mudah untuk dicelup.
4) Celupkan cendawan ke dalam telur tadi sehingga rata (cendawan tadi tak perlu disiat-siat).
5) Gaulkan dengan tepung secukup rasa.
6) Panaskan minyak dan goreng sehingga garing (pemukaan kuali tu sengaja dibiarkan berkerak supaya nama cam PB nie rajin memasak! hahaha..)
7) Hidangkan untuk mengisi perut yang kosong dan teringin nak makan ayam. Miahaha!!

23 December 2005

Menten Juara

Aku sebenar nak tulis cerita lain, tapi bila aku baca cerita orang gila kat blog akak nie, aku teringat pulak kisah pasal orang gila kat kampung aku.

Begini kisahnya.

Kat kampung aku dulu ada sorang nie yang kurang waras sikit. Kami panggil dia 'Ali Gila'. Sebab apa kami panggil dia camtue? Sebab nama dia 'Ali' dan dia 'gila' (dulu aku ingat nama dia Ali).

Orangnya kurus, tinggi-tinggi, rambut pendek macam Mawi (aku bukan kata Mawi, macam Mawi) dan suka tersengih-sengih bila pandang orang. Selalunya 'Ali Gila' tak kacau orang. Kalau dia lapar, dia pergi kedai makan. Kala dia rasa nak baca surat khabar, dia minta surat khabar pada sesiapa yang ada surat khabar. Masa aku kecil dulu, aku memang tak pernah ada masalah dengan dia, sebab apa kalau aku nak terjumpa dia aku dah 'cha-alip-bot' (baca: cabut) dulu!

Orang kata disebabkan dia nie gila, so tahap kawalan seksualitinya juga diragui. Kalau tengok amoi cina pakai skirt, meleleh air liurnya. Taulah tue...

Aku pun pernah nampak bebudak sekolah lari lintang pukang bila kena kejar dengan 'Ali Gila' dari lorong-lorong sempit kedai sebab katanya si Ali nak minta cium! Budak lelaki pulak tue! Tapi tue time gila dia dah sampai laa.. kalau tak ok je.

Aku ingat dulu, kat kampung ada sambutan Hari Japerun. Salah satu dari aktivitinya adalah pertandingan tandatangan tercantik. Si 'Ali Gila' pun masuk sebab ada sorang abang tue daftarkan nama, bayarkan RM0.50. Dapat kertas dan pen. Makin panjang sengih dia.

Tup-tup dia menang nombor satu. Orang kata tandatangannya cantik. Tulisan italic sambung-sambung eja R-A-Z-A-L-I membentuk kapal siap serobong asap dengan asap-asapnya. Masa tulah baru aku tau rupanya nama sebenar 'Ali Gila' nie Razali dan dulu dia kerja dalam TLDM. Mungkin dia gila tue sebab tekanan masa kerja atas kapal.

Hebat sungguh Razali, walaupun dia gila tapi tandatangannya tetap laku. Menten juara!

p/s: Razali dah lama meninggal. Dia dijumpai tersembam dalam lumpur tidak bernyawa. Innalillahi.. Al-Fatihah!

22 December 2005

Ayam

Abang Jenal tak makan ayam. Ayam goreng ke, ayam golek ke, ayam ponggeng ke, nasik ayam hatta lauk pauk yang ada hirisan-hirisan ayam. Dia tolak cenggitu jee.

Aku cakap rugi kalau ajak Abang Jenal makan kat hotel ke ataupun dinner di mana-mana. Rugi, sangat rugi sebab hilang satu nikmat di dunia! Macam orang tak suka makan durian. (Hehe aku pun tak suka sangat makan durian!)

Baru-baru nie, KDNHEP umumkan harga ayam naik RM0.20 di seluruh negara. Teman pejabat aku yang lain pula mengeluh, 'ayam pencen' pun dah mencecah RM7.00!

Mungkin tak lama lagi, rakyat Malaysia kena belajar tak makan ayam. Ataupun kerajaan patut ikhtiar mencipta lebih banyak makanan perasa ayam. Contohnya makan sayur sawi rasa ayam.

Tiba-tiba aku rasanya bertuahnya Abang Jenal tak makan ayam.

Aku tak kisah, sebab aku dah ada menu cendawan goreng perasa ayam kentaki. Kalian mahu resepi?

21 December 2005

Mutakhir

Kebalakangan ini hidup dihambat kesibukan yang teramat! Jarang sekali dapat berada di pejabat. Memang susah. Masa di hadapan pc (untuk mengapdet blog) menjadi semakin kurang seperti dulu.

Minggu lalu, talian streamyx di rumah sudah disuspend kerana bil tertunggak. Menempangkan lagi perjalananku yang sedia kala perlahan. Takpe, nanti petang aku singgah T*lekom untuk menyetelkannya.

Mak, abah dan maklongs (2 orang maklong) sudah selamat sampai di Madinah/Mekah hampir 2 minggu. Perkhabarannya, semua sihat kecuali abah yang sering batuk-batuk. Semoga abah cepat sembuh dan mereka semua selamat di bawah peliharaanNya. Amin.

Tahniah kepada Kak Apid di atas kelahiran putera pertama dalam keluarga bernama Muhammad Dayan. Sedap kan nama tue?

Lepas nie nak bayar duit gathering 1/1/2006. Kalian bila lagi?! ;)

13 December 2005

Insan Baru!

PakBear sekarang bukan seperti PakBear yang dahulu. PakBear sekarang sudah mempunyai insan baru dalam hidupnya!

PakBear sekarang bakal bergelar ayah dah begitu juga MakBear, bakal bergelar ibu. Yeayy yeayy!!

Tanda-tanda awal telah dikesan semenjak 2 minggu lalu kerana keputusan UPT-nya positif tetapi kami rahsiakan kerana merasakan adalah wajar untuk melakukan scan terlebih dahulu sebelum diwarwarkan kepada umum.

Makanya pada hari ini usia kandungan MakBear sudah hampir 7 minggu 5 hari (lebih kurang). Alhamdulillah doa serta hajat kami termakbul. Dan kepada kalian yang tak sabar-sabar menjadi 'pakcik dan makcik' kepada insan baru ini, tahniah. Sila sediakan duit raya lebih tahun hadapan.

11 December 2005

Ku Juga Mencintaimu

Sukarnya untuk ku melupakan
Sinar matamu yang menawan
Terbayang-bayang tiap masa
Senyumanmu menggoda
Kehangatan terasa dijiwa
Tika kau lafaz kata cinta
Nafas terhenti seketika
Seakan sukar kupercaya

*chorus
Ku juga mencintai dirimu
Mengapa sukar kuluahkan
Bukan sengaja ku menahan
Bibir membeku lidah terkelu
Ku juga mencintai dirimu
Kau amat sempurna buatku
Bukan saja aku biarkan
Kan ku ucap jua padamu
*

Sukarnya untuk kuucapkan
Kutakut akan kehilanganmu
Akan kubuat segalanya
Untukmu kekasihku
Cuma satu yang belum terbuat
Kalimah cinta kau nantikan
Bila masa dan ketika
Tidak dapat kumenjawabnya

*Bridge
Semalaman ku menunggu panggilanmu
Pabila terdengar suaramu
Ku terlupa segalanya







>> Dengar!>> Ku Juga Mencintaimu by Saiful (Malaysian Idol)

01 December 2005

Perasan Hebat

"Haa.. yang tue mesti kucing betina", kata aku pada Wak Tuminah dengan riak dan takabburnya sambil menuding-nuding pada seekor kucing yang bertompok-tompok, oren, kuning, coklat dan hitam yang melintas di hadapan mata.

Wak Tuminah memandang kosong kepada aku.

"Kucing jantan biasanya tak banyak kaler. Tak lebih dari 2. Kalau hitam dengan putih ke, oren dengan kuning ke, takde tompok-tompok macam tue." Wah hebat betul aku nie. Makcik MakBear (Wak Tuminah) mesti kagum giler dengan tahap pengetahuan aku yang melampau-lampau melebihi langit ke tujuh nie.

Mesti di fikir, aku nie rajin bacaan luas dan menonton National Geographic disebabkan kemahiran vetarinari aku yang power nie.

Aku angan-angan. Perasan hebat.

"Memang, ibu kucing akan makan kalau ada anak-anak jantannya yang baru lahir warna tompok-tompok lebih dari tiga", tambah Wak Tuminah.

Tapi tak riak pun. Tak perasan hebat.

Aku kebil-kebil biji mata tak percaya. Macam mana aku boleh tak tau sampai ke situ?! "Caissss!!".

28 November 2005

Titik Buta

Sudah 3 hari kami di kampung bermakna ikan-ikan dan sepasang kura-kura kami di rumah sudah 3 hari jugalah tidak makan kecuali memakan sisa-sisa buangan mereka sendiri dalam akuarium. Takut juga kalau ada yang mati macam lepas-lepas.

Malam minggu kelmarin kami singgah sekejap di rumah. Yang mengejutkan sejurus sebelum aku hendak membelok masuk ke kawasan taman rumah aku aku nyaris-nyaris hendak terlanggar seorang 'uncle' yang menunggang motor sambil dibonceng oleh 2 orang anak bujangnya. Bergoyang-goyang handle motornya cuba mengelakkan belokan maut aku. Nasib baik MakBear menjerit nyaring ke telinga yang menyedarkan aku dari khayalan lalu memaut kuat stereng kereta untuk mengelak daripada terlanggar uncle tadi.

Aku hanya sempat tersenyum kelat sambil mengangkat tangan meminta maaf. Kuat makian uncle aku dengar dari dalam kereta.

Sampai di rumah, aku memberi ikan makan. MakBear hanya tunggu dalam kereta. Mungkin masih terkejut. Sejurus kaki melangkah masuk ke dalam kereta MakBear tanya, "ada ikan-ikan yang mati?".

"Takde", jawab aku.

"Buang karen jee.. takde pulak yang mati", ngomel MakBear.

"Ikan takde mati, tapi nyaris-nyaris tadi uncle dengan anak-anaknya mati ataupun mungkin juga cedera parah kena sondol dengan kita", usik aku. MakBear menjeling geram.

"Maaflah uncle, nasib lu memang kurang baik sebab kedudukan lu dan motorsikal lu dan anak-anak lu berada dekat 'titik buta' wa sebab tue wa tak nampak lu!".

Naik Haji

Si Polan: Orang cakap tak elok pergi naik Haji masa muda-muda.
Aku: Kenapa pulak?
Si Polan: Yelah, kalau pergi muda-muda nanti balik buat dosa balik. Kalau akak, dah tua-tua nanti lagi elok kalau pergi.

"Huh?! Kau pasti umur kau akan panjang sampai kau tua?! Lupakah kau rezeki, ajal dan maut tue di tanganNya. Kau bercakap macam kafirun!", kan bagus kalau aku boleh luahkan kata-kata nie pada si polan itu.

p/s: MAAF, aku benci tahap dewa pada 'si polan'.

24 November 2005

Cincin

Ketet ketet ketet..
*SMS di taip.

"Awak ada nampak tak cincin (nikah) abang?"
"Takde"
*Message Recieved.

Sudah! Cincin aku yang diberi oleh MakBear masa nikah aritue dah hilang. Mana aku nak cari lagi nie? Nak kata tercicir, setahu aku cincin tu takkan boleh tercicir dengan mudah dari jari montok aku nie. Paling-paling kena pulas 2 3 kali baru boleh tercabut.

Tapi kalau tak tercicir, mana pulak perginya? Aku cuba ingat-ingat balik, memutarkan memori masa ke lebih kurang 12 jam sebelumnya, di mana kali terakhir aku betul-betul pasti aku masih lagi terlihat cincin silver berbatu quartz purple terikat kemas di jariku.

Aku masih gagal. Kerana sistem otak aku menolak segala kemungkinan aku ada menanggalkan cincin berkenaan dengan sengaja dan terlupa memakainya semula sehingga kehilangan.

Aku susur jalan, jejak yang aku tinggalkan sekembalinya aku dari minum pagi tadi. Itu saja, takde ke tempat lain. Namun aku masih belum berjumpa. Aku cari dalam pejabat, bawah meja, dalam poket seluar. Tiada. Kosong.

Pada saat ini, aku teringat pada satu perisitiwa yang hampir sama berlaku lebih kurang 18 tahun dulu, mak aku pun kehilangan gelang tangan emasnya. Takut tercicir semasa mak memanggung lengannya di pintu kereta ketika dalam satu perjalanan menziarahi saudara. Ketika tue kami di sebatang jalan yang sunyi, kereta hanya lalu sekali sekala dan di kiri kanan jalan hanya ada semak, estet getah dan kawasan perkuburan hindu. Tambahan dalam keadaan cuaca rembang petang sekitar jam 5.30pm tue, cukup menggerunkan.

Mak sudah ulang nangis 2 3 kali sambil menyusur jalan berjalan kaki. Kaki dah melenguh, air mata dah hampir kering. Kami dalam kereta hanya mampu berdoa supaya segalanya cepat berakhir. Mulut abah terkumat-kamit dalam kereta kemudian abah kata
"kalau gelang tue dari rezeki yang halal, maka KAU pulangkanlah hak kami". Tidak lama selepas itu gelang mak dijumpai semula.

+++
Ketika aku pulang ke rumah, aku terus mencari sambil mengulang ayat yang sama seperti kata ayahku. Depan ke belakang. Atas ke bawah.
"Ehh, macam aku tau jee benda yang berkilau-kilau tue", rupanya cincin aku telah ditemui semula di atas katil yang menyebabkan MakBear dan aku tak percaya sebab kami dan 2 3 kali mengibas cadar dan bantal katil tue tapi tidak berjumpa.

"Alhamdulillah..", bisik hati kudusku.

21 November 2005

Cerita Jiwa Kacau

Aku ada banyak cerita nak tulis, tapi aku tangguhkan dulu sebab aku nak tulis cerita nie.

Sekarang sedang sibuk dengan Majlis Raja-raja di Melaka. Aku merangkap sebagai pemandu profesional yang boleh memandu semua jenis kenderaan darat kecuali keretapi dilantik sebagai ahlil-logistik bagi jawatankuasa cenderamata.

Kusangka apabila diberikan kunci Honda Odyssey dan juga kredit kad buat mengisi minyak penuh-penuh dah cukup menggirangkan aku, rupanya kedatangan buku Jiwa Kacau yang hampir 2 minggu aku tunggu dari Nett lebih menggirangkan.

Sekarang nie, aku di persimpangan samada mahu menjalankan tugas aku sebagai ahlil-logistik tadi ataupun cabut kaki ke tempat tersembunyi bagi menikmati Jiwa Kacau idaman. Aku terpaksa memilih untuk bertanggungjawab melaksanakan amanah yang telah diamanahkan kepada aku ataupun mengikut kata setan untuk mengulau melempiaskan nafsu jiwa kacau aku?

Aku pilih jalan mudah. Aku ambik Jiwa Kacau lalu memasukkannya ke dalam kocek aku dan mula memasukkan barang-barang ke dalam Odyssey. Mungkin aku boleh curi-curi masa ketika menunggu traffic light bertukar warna merah ke hijau.

19 November 2005

Andai

Currently my favourite song.

Andai - OST Bintang Hati
Amy Mastura Feat. Anuar Zain

Amy: Uuuu....
Andaikan diizinkan
Kuundur waktu
Akanku susun langkah
Akan kucorak warna
Tiada kelam

Anuar: Namun apa daya
Andai ada pilihan
Ku ulang detik
Akan ku imbas saat kenangan silam
Kan ku hurai
Perasaan cinta

Korus:
Amy: Kasih kembalikan
Sinar diri hidupku

Amy/Anuar: Kesempatan kedua untukku pendam semula
Kebahagiaan
Sebuah harapan yang terlerai

Anuar: Kasih rasailah
Kekesalanku

Amy/Anuar: Kan beralih arah mengejar cinta sucimu

Amy: Andai takdir
Mengizinkan mengundurkan waktu ohhhh..

Anuar: Andai ada pilihan
Ku ulang detik

Amy: Akan ku imbas saat kenangan silam
Kan kuhurai perasaan cinta

Anuar: Kasih kembalikan
Sinar dihidupku

Anuar/Amy: Kesempatan kedua untuk ku pendam semula
Kebahagian

Amy: Sebuah harapan yang telerai
Oohhh kasih rasailah
Kekal kesalan

Anuar/Amy: Kan ku beralih arah mengejar cinta sucimu
Andai takdir mengizinkan
Ku mengundurkan waktu

* Mahu dengar? Ada kat radio.blog >>

16 November 2005

Sengihan Bermakna

Aku terharu betul pabila menonton di kaca tv, adengan seorang anak yang mengayuh basikal ke bendang untuk memberitahu kepada ayahnya berita gembira kejayaan beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Tiada pemandangan yang paling mengharukan tatakala melihat tangan kasar ayah yang sedang bekerja mencari rezeki ditarik dan dikucup sebagai tanda terima kasih atas segala pengorbanannya. Tubuh 4 kerat si bapa dirangkul sebagai tanda kasih dan sayang atas segala perhatian dan nasihat yang telah diberikan selama ini.

Tak kisahlah adengan itu hanya ulang rakam kerana diminta oleh jurukamera stesyen tv berkenaan ataupun senario yang sebenarnya berlaku di tempat kejadian. Yang pasti, apa yang terpapar di hadapan aku ketika itu cukup menyentuh jiwa.

Bukannya macam aku.

Masa aku dapat result UPSR dulu, aku balik rumah tengok mak aku dah tersengih-sengih. Mak aku tanya, "Berapa keputusan UPSR ko?"
"Mak teka berapa?"
"3A 1B", agak mak aku dalam keadaan masih tersengih-sengih.

???

"OOOooOOOO.. patutlah, Mak dah telefon sekolah dulu!!"
"Tak aciiiIIiiii!!!", aku dah agak sengihan mak itu mempunyai makna.

14 November 2005

Cerita Sebelum Tidur

Hahahahahaha, hihhihih!!
MuhahaHAHAhahaHEHEhihihi!!
(*Ketawa berdekah-dekah)

MakBear: Abang nie kelakar laa! Agaknya abang nie memang tercipta untuk saya. Membantu melengkapi hidup saya dengan lawak selamba dan aksi spontan abang tue.
PakBear: Hehehe, takdelah. (*malu-malu)
MakBear: Adakah kehadiran saya membantu melengkapkan hidup abang?
PakBear: Mestilah ada.
MakBear: Contohnya?
PakBear: Awak telah membantu meningkatkan taraf kehidupa/pemikiran saya (bukan atas dasar meterialistik).
MakBear: ??
PakBear: Sebab awak saya bersungguh ambil lesen kereta, kalau tidak mungkin sampai sekarang saya tak kisah nak ambil lesen memandu 8 tahun yang lalu. Bila hidup bersama awak baru saya tahu betapa nikmatnya tidur dalam bilik berhawa dingin sambil bergulung dalam 'comforter' yang best nie.
*PakBear terlena dalam kegebuan 'comforter' di sisi isteri tersayang.

18 October 2005

Jawab Shoutbox!

norchang: selamat berpuasa Pb­
~ Selamat berpuasa jugak.

Kak Nis: Salam ramadhan PB...lama tak jengah ke sini. Apa khabar PB n MB?
~ Salam Ramadhan.. Kami khabar baik. Bagaimana Kak Nis dan keluarga.

honeyfie: nanti nak duit raya! mana my package tuhhh! penat woo tunggu kat postbox
~ Hehehe, sori tak hantar lagi. InsyaAllah nanti I hantar. Betul ke tunggu kat postbox? :p

tj: beruang apa paling comel? beruang panda!! comelll!! Btw, selamat berpuasa pak beruang! fasting break makan hidangan apa ya
~ TJ? TJ mana niek eks? TJ 3R tue ke? Hehehe. Selamat berpuasa TJ!

AyAres151: makan banyak nasi lemak dah malas update jadinya ek...
~ Kalau aku malas nak apdet ko perli, kalau aku apdet tak reti plak ko nak mengomen! GrrRRr..

wanda: a'kum purbe,camna posa..hhehe hang yg masak ke najah yg masakkan heh.nyway slamat b'puasa­
~ Apa kes purbe plak ko nie? Masak? Sekarang nie MB yang masak. Aku tukang makan jee..

1-nie6116: haileh join x?
Hii, meh ler join. Nak join buka sekali ke nie? Huhuu

Masy: mana dak bear ni??org ramai dtg dia buat daakk jeee..
~ Aku ada, nak buat camner. Takkan ramai orang datang aku nak hidang kuih plak. Hauhauhau

06 October 2005

Lemak & Telur

Semalam berbuka puasa di rumah mertua. Menu istimewanya adalah roti jala dan nasi lemak. Selepas baca doa berbuka puasa dan memebasahkan tekak dengan air, terus aku suapkan roti jalan ke dalam mulut. Habis 5 keping aku makan.

Seketika kemudian kakak ipar aku menyuakan pinggan berisi nasi lemak kepada aku. Aku menggeleng, menolak dengan baik sebab perut dan kenyang dengan kuih-muih. Kemudian abang ipar aku menyampuk,
"Si Bear tak payah makan nasi lemak sebab dia dah banyak lemak", lantas mengambil pinggan nasi berkenaan. Aku geram menggetap bibir.
.
.
.
"Haa.. bagi dia telur tue. Telur tue untuk orang yang tak cukup telur!", balas aku pada abang ipar aku tadi.

Abang iparku tersengih sambil menyudu sambal telur ke dalam pinggan.
Puas hati aku!

04 October 2005

Ramadhan

Esok kita akan berpuasa. Aku yang pada mualanya memang tak sabar-sabar menanti bulan Ramadhan, kini merasa gementar pula. Maklumlah, sebelum ini bersahaur dan berbuka bersama mak, abah dan adik beradik di kampung, sekarang nie hanya dengan MakBear. Suasananya mesti tak sama.

Kalau dulu tunggu jee waktu berbuka, juadah lauk pauk dah tersedia di atas meja. Sekarang kalau tak ikhtiar nak masak apa, beli kuih muih, alamat tak berbuka pulak nanti. Malam pula kena pergi solat tarawikh. Kalau dulu bila malas boleh 'tuang-tuang', sekarang nie takkan nak buat macam tue pula. Kenalah tunjuk contoh teladan yang baik pada MakBear.

InsyaAllah, semoga segalanya berjalan dengan lancar. Apa yang pasti, bila dah tiba bulan puasa ini aku memang menunggu-nunggu iklan raya yang akan ditayangkan di kaca televisyen (adakah hanya iklan ulang tayang tahun-tahun dulu), dan juga bershopping sakan di jalan TAR (eyahoooOOO!!).

Salam Ramadhan.

28 September 2005

Menantu Taukeh

Sekarang nie aku dah menjadi usahawan kecil-kecilan menjual kerepek-kerepek/jajan dekat pejabat. "Nak besarkan anak-anak..", kata aku pada peminat setia jajan di pejabat. Biasanya laku, dengan bantuan pelajar praktikal aku yang telah aku lantik sebagai 'sales director', dalam seminggu hampir 30 paket 'sapan'!

Kerepek-kerepek tue aku tak buat sendiri dan sesungguhnya juga bukan MakBear yang buat sebab dia ada banyak keje lain yang nak hadap (di samping untuk membelai dan mengulit aku, hehehe). 'Supplier' aku adalah mak mertua aku sendiri. Selang 2 3 hari sekali mesti call tanya perkembangan bisnes.

Memandangkan mak mertua aku dan jadi 'tokan' besar sekarang nie, maka tatkala aku bersalaman dengan dia aritu aku panggil dia taukeh! Dia tergelak sambil marah-marah manja kat aku; sebab panggil dia taukeh, auuww!!

Makanya jadilah aku menantu taukeh. :)

25 September 2005

Sakit

Orang kata, perkara yang menyakitkan bagi wanita adalah melahirkan anak dan bagi lelaki pula adalah sakit gigi?!

Betul ke?

Betull, memang sakitttTTTtt! Bergolek-bergolek. Tapi aku baru rasa sakit gigi je laa belum sakit nak beranak lagi. Hehehehe

21 September 2005

Jalan

Faizul: Aduh laparnya perut aku. Menggigil-gigil rasanya tangan aku nie menahan kelaparan.
Nita: Alah ko tengok jee laa kat dapur tue, kan ada biskut-biskut yang kau boleh makan.
Faizul: Aku dah makan dah, tapi tak jalan jugak. Nak makan nasik jugak nie.
Nita: Haaa, kalau macam tue kau makan racun tikus nie, konpem kau jalan terus!
Faizul: &*@%^#

20 September 2005

Beli Ketenangan

Sekarang ini dah gila dengan hobi baru. Bulan lepas beli akuarium bersaiz sederhana, beli ikan, beli 'filter-pump' dan aksesori yang lain, ranap rm250.

Semalam merengek-rengak pada MakBear, mintak akuarium 6 segi pulak. Konon nak bela ikan eksotik kaler-kaler 'striking' cam kat Langkawi Underwater World dulu. Bila dah dapat, baru lena tidur malam sebab dah letih leka mengadap dari pukul 8 sampai pukul 12.

Pagi nie, MakBear menyarankan supaya aku beli baju kemeja baru. Sebab baju-baju yang ada dia dah boring tengok. Aku cakap tak payah, membazir. Bajunya elok- elok lagi.

"Ooooo... beli akurium semalam sampai beratus-ratus tue takpe, tak membazir ke?", MakBear pulang paku buah keras.

"Tue takpe, itu membeli ketenangan namanya, saya beli ketenangan untuk diri saya sendiri yang berharga ratusan ringgit", aku cepat-cepat angkat kaki sebelum kena jeling dengan MakBear.

18 September 2005

Orang Tipu Orang

Cukup membengangkan aku!

Trend menipu zaman sekarang pakai kertas gores dan menang. Dengan modal 50sen, si penipu boleh dapat untung ribuan ringgit! Macam-macam helah, dapat cabutan bertuah laa. Kupon, baucer atau apa sahaja sehingga ke potongan harga istimewa untuk memiliki kereta Naza Ria idaman sehinggalah Gen2, buat jadi '2nd car' memudahkan isteri tersayang ke sana ke mari.

Budak-budak yang datang minta derma dan menjual pelbagai macam benda juga dah susah nak dipercayai. Dari menjual takwim Islam, pelekat doa naik kenderaan sehinggalah ke menjual keropok ikan ataupun sarung kotak tisu berharga RM10 kononnya untuk derma pembinaan masjid, rumah anak yatim ataupun untuk menampung kos belajar. Satu lagi bagi buku fadhilat dan seumpamnya kononnya ikhlas nak bagi, bistue minta dari kita derma ikhlas pula. Ikhlas ke tu?! Kalau tak bagi karang kata kedekut, kalau bagi nanti dah ada 5 buku yang serupa kat rumah.

Mak bapak aku pun dah terkena. Kononnya dapat cabutan bertuah daripada kupon-kupon pembelian barangan elektrik yang pernah dibeli sebelum ini. Kebetulannya bapa aku memang suka menghantar kembali kupon-kupon tue. Tarikh, masa dan tempat telah di'set'kan. Hujung minggunya mereka pergilah ke sebuah kedai di Muar, tawarannya lumayan. Mak bapak berpeluang mendapat cabutan bertuan yang terditi daripada sebesar-besar kereta Atoz, motor Virago, sehinggalah ke set teater rumah ataupun wang tunai RM20k. Semua hadiah-hadiah tue berharga RM20k ke atas.

Bapak aku terus setuju. Kira punya kira, kupon tak cukup beberapa keping. Untuk melayakkan bapak aku membuat cabutan bertuah tue, bapak aku kena tambah RM8k. Mak aku dah mula syak sesuatu, tapi bapak aku dah tak peduli. Nak sangat dapat laba segera dalam sekelip mata. Mengadu di dinding, wang segera RM8k selamat dikeluarkan dan terus bertukar tangan. "Jangan risau kak, abang, kesediaan abang membayar duit ini membolehkan akak dapat sebuah Gen2 pulak bulan 12 tahun depan dan duit kakak dengan abang akan kami pulangkan 100%", kerani berwajah manis dan berbaju kurung sopan memujuk.

Tiba masa mencabut undi, bapak aku terkumat-kamit membaca doa murah rezeki. Alamak dapat set teater rumah jee! Mak bapak aku tepuk dahi. Siapa yang nak gunakan set tue, anak-anak bujang semua dah beristeri. Tiada maknanya!

"Takpe kak barang-barang nie boleh bawak balik terus hari ini. Kami hadiahkan lagi tv dan set pengurut kaki" bila tengok mak aku dah tersenyum kelat. "Tahun depan kita jumpa lagi, kami bagi Gen2 dan pulangkan duit sekali, kakak jangan susah hati".

Ini semua kes orang tipu orang. Kesian mak bapak aku, duit dah terbang RM8k, hanya berharap-harap dan tunggu Gen2 tahun depan mampu dimiliki. Mimpi yang tak pasti.

16 September 2005

Sampai Bila


Sampai Bila
By: Afdlin Shauki
Apakah erti kehidupan ini
Adakah hanya untuk memuaskan hati
Dengan bekerja tiap malam dan pagi
Cukup bulan menambah kadar inflasi
Fikirkan segala kesusahan ini
Berhimpit-himpit
Dalam bas setiap hari
Jalanraya kesesakan
Menyiksakan badan

Sampai bilakah harus kita begini
Sampai tua atau ke akhir nanti
Mengulangi putaran roda hidup ini
yang tak henti-henti
Sampai bila kita begini
Sampai bila ke akhir nanti
Sampai bila roda ini
Sampai bila tak henti-henti

Dalam kesibukan perlu kita beringat
Kehidupan bukan hanya memerah keringat
Hingga kekadang diri kita terjerat
Dalam kancah orang tidak beradat
Fikirkan tentang segala eksploitasi
Yang tak mengenal maruah dan harga diri
Mengulangi putaran roda hidup ini
Yang tak henti-henti

Repeat C/O

Kita hidup di dunia
Tidak akan lama
Usahlah dipersia-sia
Ini semua
Hanya sementara
Jangan lupa kepadaNya


15 September 2005

Teh RM1.00

Seorang lelaki singgah di sebuah warung dan memesan segelas teh ais... Sebentar kemudian teh pun sampai dan ketika dia hendak meminumnya dia mendapati ada seekor lalat sedang berenang didalam tehnya. Lalu ia memanggil pelayan.... "Waiter..! Kenapa ada lalat di dalam teh saya...?" Dengan muka selamba si pelayan menjawab.. "Takkanlah dengan harga teh RM 1.00 anda mengharapkan ada kambing di dalamnya...".

13 September 2005

'Tendon Hammer' ~ Realiti Kehidupan

Ini adalah kisah sepasang suami isteri di suatu pagi.

Di hadapan cermin besar yang terdapat di bilik mereka, si suami sedang bersisir rambut dan merapikan pakaian. Si isteri hanya memerhati kemudiannya berkata:
Isteri: Abang nie kan kalau ada orang lain menyamar jadi Abang pun, saya tau beza mana satu Abang yang asli mana satu Abang yang palsu.
Suami: Errr, macam mana?
Isteri: Alaa, saya tengok jee camner cara dia merapikan diri di hadapan cermin. Kalau siap berposing-posing, pusing kiri, pusing kanan, 'konpem' lah abang tue!
Suami: Hahaha, hey ramailah orang yang buat macam tue. Taklah 'significant' sangat.
Isteri: Alaa, susah-susah saya bagi jee 'tendon-hammer'. Saya taulah dia tue betul Abang atau tidak.
Suami: Erkkkk, kantoi!! (Hampeh)


(Si suami ada satu gelagat luar biasa yang istimewa apabila bermain-main dengan 'tendon-hammer'!. Pantang tue, tak boleh jumpa.)

Suami: Alaaa, abistue kalau orang yang menyamar tue sebenarnya hensom macam Brad Pitt?
Isteri: Kalau macam Brad Pitt, saya mengeaku jee dia suami saya walaupun dia tak kenal 'tendon-hammer'.

Suami: Cissss!! (Hampeh lagi)

P/s: 'Tendon-hammer' adalah satu alat yang digunakan oleh para doktor untuk menguji kepala lutut.

12 September 2005

FuUyoO!!

Aku dah dapat CD Fuuyo Abang Kodok. Best woooooo!! Thanx Abang Kodok, lu punya karya memang M+A+S+T+E+R =PIECE!!

FuuUUUyooOoooo!!!

Sumer lagu dalam album tue aku suka tapi yang paling best adalah:
+ Sampai Bila
+ Aku Lelaki
+ Tuan & Hamba
+ Daku Percaya
+ Mia Sara

Aku layan sambil terangguk-angguk kepala macam orang tak betul. Dalam album tue ada cd Fuuyo! Vcd the making of Fuuyo! Dan fancy lyrics book of Fuuyo! Memang Fuuyo ah! Thanx Abang Kodok, nanti aku bank-in duit kasi lu Fuuyo!

P/s: Aku agak mungkin Abang Kodok akan jadi artis tempatan yang paling berjaya menjual albumnya melalui jaringan internet.

09 September 2005

Gangguan

Lewat tengahari tadi, semasa aku dan Mak Bear keluar dari rumah hendak ke kereta untuk ke tempat kerja, aku telah disapa awek rumah sebelah:
Awek sebelah: "Pak Bear! Pak Bear!"

Uish, terkejut beruang aku ada awek penggil nama aku. Aku jenguk, rupanya awek Wanda, awek Maya dan awek EL (Three Musketeers)! Diorang ada rehearsal konvo arinie. Aku senyum sambil merapu meraban kontrol gelabah. Aku tanya jee apa-apa soalan yang terlintas di fikiran aku masa tue.
Awek Wanda: Najah mana?

Berlakulah sesi suaikenal sebab si Wanda memang tak pernah jumpa Mak Bear. Lepas tue aku dapat satu soalan bernas dari awek Wanda:
Awek Wanda: Kenapa dengan blog hang Pak Bear?
Aku: Errr.. Hehehe, semalam baru apdet. (Menyeringai..)
Awek Wanda: Wah, dah kawin nie susah tul hang nak apdet Pak Bear.
Aku: Aku bukan taknak apdet, aku diganggu aaaa.. ada 'gangguan' yang telah menghalang aku dari apdet blog. Sambil menjeling kat Mak Bear.
Mak Bear, awek Wanda, awek Maya & awek EL: Cehhhh.. ye laa tue!!

P/s: Boleh tak aku guna jawapan 'gangguan' nie sebagai alasan sebab aku tak apdet blog?!

08 September 2005

Dah Hilang Akal!

Hahaha, aku dah hilang akal sebab tinggalkan blog aku nie bersawang sampai hampir 2 bulan! 2 bulan aku tak menaip entri (walaupun aku mahu) dan 2 bulan aku tak respond pada member-member yang bertanya di YM, chatterbox mahupun email aku (walaupun aku terharu).

Kepada penanya-penanya soalan yang bertanya tentang itu dan ini, jawapannya:
+ Takde apa-apa, aku OK! Sihat. Alhamdulillah.
+ Mak Bear belum 'berisi' lagi. Yang tanya dah ada ulat ke belum, biji sawi laa, taugeh laa, anak beruang laa, jawapannya belum lagi yee. Anak setan ada laa, selalu bergayut kat disk astro rumah aku. Muahahaha!
+ Aku belum merancang hendak berhenti blog. InsyaAllah, aku masih lagi makan blog, minum blog dan tidur blog. Cuma mungkin tak se'hard-core' dulu. ;p

Bistue kenapa? Sebab aku dah hilang akal!

Aku pun semakin hilang akal sebab tunggu Album Fuyyo si AbangKodok kita nie tak sampai-sampai lagi. Takkan abang posmen yang kebas kot! Hehehehe...

15 July 2005

Ibu Mengandung

Di pejabat, ada ramai sungguh ibu-ibu mengandung. Congak-congak ada 5 6 orang. Setiap hari aku boleh lihat ibu-ibu nie mengusung perut ke hulu ke hilir. Rasa kasihan pun ada, kandungan dah sarat tapi masih lagi perlu bekerja.

Tapi bila tiba waktu rehat, masing-masing kalau bercerita, macam bertih jagung! Tak penat agaknya. Ada saja cerita yang dibual dan diumpatkan. Dari hal rumah tangga sendiri sampilah ke hal rumah tangga orang lain. Dari saja-saja mengandung sampailah yang termengandung ataupun tak plan nak mengandung. Dah tue siap boleh ambil no. giliran tue, tahun depan siapa pulak yang mengandung.

Baru-baru nie, ada ura-ura nak tambah tempoh cuti ibu mengandung. Itu aku tak kisahlah sebab aku tahu nak mengandung dan melahirkan anak ini bukannya kerja yang senang. Tapi melihatkan senario kat pejabat aku nie, aku takut ada yang dah bersalin kemudian disahkan mengandung lagi dalam tempoh masa diorang cuti bersalin!

07 July 2005

Salah Label ~ Rangga

Dulu, ada sekali kami pekena tomyam di sebuah kedai makan berdekatan. MakBear tanya, "siapa punya kedai nie ek?". Menjangkakan MakBear menunggu jawapan segera dari aku, aku memanjangkan leher menjengah ke bahagian dapur. "Ntah tak tau, tapi rasanya ni kedai mamat-mamat 'Kelate' nie", aku serkap jarang. Memang yang tukang ambil pesan dan tukang masaknya lelaki jee. takde perempuan.

"Mana awak tau diorang nie orang Kelantan?", MakBear bertanya hairan tengok muka selamba aku. "Yelaa, muka masing-masing macam 'Rangga' (baca: Nicholas Saputra ~AADC) jeee!".

NOTA:
Aku suka melabel mamat-mamat 'kelate' stok putih melepak, tinggi lampai, rambut keriting dan kurus kering nie sebagai Rangga. Cuba korang tutup mata dan bayangkan ciri-ciri fizikal yang aku sebutkan tadi. Apa yang korang nampak? Aku nampak Rangga dan Awe (baca: Awe aka Amir~member kolej aku dulu yang orang gelar Rangga! Awe nie pure mamat kelate).

Tapi itu imaginasi aku, realitinya bukan semuanya begitu. Tak percaya? Cuba tengok Nazmi@BukuNota, Zack ataupun SayangMama. Korang pandang atas bawah. Tak percaya lagi? Tutup mata lagi pastu ko tengok dia dari bawah kelangkang ko sambil membelakangi mereka. Ada nampak mcam Rangga? Manis dan gaya ada tapi tetap tak macam Rangga walaupun mereka orang Kelantan. Mungkin aku tersalah label dan kena ubah persepsi aku lepas ini dengan mengatakan mamat 'kelate' nie muka macam Rangga!

30 June 2005

Laporan Lantit Wilayah Serdang

Sesi melantit wilayah Serdang telah berjaya dijalankan atas perkenan dan insiatif Presiden Geng Lantit wilayah Serdang iaitu YAB Diman. Bertempat di gelanggang keramat F1, Serdang, difahamkan aksi mengorder air peringkat 'regular' telah berlangsung sekitar jam 8.30 malam dan telah diupgrade ke sesi mengorder air peringkat 'jumbo' (bapok besoo!!) pada jam 9.15 malam selepas kehadiran tuan presiden, aku, Lin dan Zurie.

Banyak aktiviti-aktiviti melampau telah berlangsung antaranya, perlancaran kamera baru Diman, Fuji Fine s5500, kamera mini super slim Salina, Pentax Optio S yang begitu dijakikan oleh Zurie kerana beliau hanya membawa kamera pinjam jabatannya, Canon Powershot G5 dan telah turut mempra-tontonnya semalam.

Selain daripada itu ada juga sesi pengajaran dan pembelajaran subjek Visual Basic oleh cikgu OP kepada Nett dan Amyz. Sayangmama plak mengajar Zurie bagaimana untuk mengambil gambar dari celah-celah cawan sambil dipraktikkan secara melampau oleh aku.

Makanan dan minumannya semalam boleh tahan mahal. Aku dengar kereta Mercedez pun ada jual kat sana. Diorang main order jee! Sudahnya bayaran tertunggu yang telah dilangsaikan semalam adalah RM180.81!!

Thanx to Diman dan Lin yang telah menjemput aku semalam walaupun beliau telah memaksa aku berjalan sejauh suku kilometer kerana dia tak tau Persint 10 kat mana. Dia tau Persint 8 jee! Juga pada Zurie yang sanggup menemani Diman memulangkan aku semula ke Puspanita Puri dengan selamatnya selepas Diman ditinggalkan secara drastik oleh Langsatz kerana balik dengan Z (siapa itu Z?!) bersama-sama ke BTR.

Thanx to Salina for the cute dan multi-purpose hadiah. Selain dari boleh wipe cermin, aku boleh guna untuk menggaru belakang badanku yang gatal! Hahaha. Thanx sekali jugak kepada Langsatz kerana telah menaja pemanis mulut yang berupa coklat-coklatan dari Langkawi.

Sesi melantit berakhir sekitar jam 11 malam walaupun si Awin (lawa baju!) dan Sayangmama seperti agak keberatan nak balik sambil meracun Diman untuk berkaraoke! Sib baik Diman tak terpengaruh, kalau tak ntah kul brape aku balik. Hehehehe.

Pelantit-pelantit F1 Serdang semalam:-
+ OP
+ Rudy
+ Amyz
+ Nett
+ Langsatz
+ Zurie
+ PB
+ Salina
+ Sayangmama
+ Aqil
+ Diman
+ Awin
+ Z
+ ND
+ Kawan Salina

29 June 2005

Selamat Hari Tua PB!

Tanggal 29 Jun 2005 iaitu hari ini genaplah usia aku 25 tahun. Sudah memasuki suku abad bak kata ND.

Perjalanan seusia 25 tahun ini serasa begitu cepat berlalu, terasa begitu singkat. Tidak seperti hari-hari mendatang. Masih jauh tidak kelihatan.

Terima kasih kepada teman dan taulan yang mengucapkan selamat hari lahir justeru mendoakan kebahagiaan dan keselamatan aku. Terima kasih di atas kiriman SMS, mesej di shoutbox, YM dan juga e-mail yang tidak putus-putus. Aku rasa terharu sangat!

Terima kasih kepada mak beruang yang masih setia bersama saya sehingga ke detik 10 kali kita meraikannya bersama. Terasa seperti baru berlalu tahun 1997 di mana menyaksikan pertama kali saya pergi ke kedai kek dan meminta pesanan kek yang telah ditempah khas oleh awak untuk saya. Rupanya sudah hampir 8 tahun peristiwa itu berlaku.

Semoga Allah memberkati detik masa seusia ini. Mudah-mudahan Allah panjangkan umur dan murahkan rezekiku di masa-masa mendatang. Semoga aku akan menjadi mukmin yang soleh dan bertakwa. Semoga isteriku menjadi isteri yang mithali. Semoga aku dikurniakan anak yang taat dan soleh serta terdiri di kalngan mereka yang bijak pandai. Aminn..

27 June 2005

::NOTICE::

I'm off to Cyberjaya for the 5 day linux training (until Friday the 1st July).
Adios apalagos guys!!

22 June 2005

Hitam

Aku teringat pada suatu petang semasa kami balik rumah mak abah di Selandar. Ketika itu kami (aku dan MakBeruang) baru nak masuk ke laman rumah tetapi kereta agak sukar hendak dipandu masuk kerana ada sebuah lori 1 tan yang menghalang sedikit laluan. Aku cuba juga pandu perlahan-lahan akhirnya lepas juga.

Dalam rumah aku bertanya kepada abah..
Aku: Lori siapa tu bah?
Abah: Lori budak india tu, dia ambik daun pokok nangka kita nak buat jual ke Zoo Melaka (agaknya buat diberi haiwan makan kot).
Aku: OoooOOoooo..

Biasanya, bila sampai rumah nie aku terus melilau cari kucing kesayangan. Nak peluk-peluk nak cium-cium. Aku panggil namanya di depan, senyap. Aku ke belakang rumah, aku jerit namanya..
"Hitammm, hitamm!!"

Sekali india daun nangka tue lalu daa.. (dengan sarat mengangkut daun nangka)!!
"Ops!!" (mampos dia ingat nanti aku kutuk dia!)

"Hitammm, hitam! miauuuu.. miauu!!"
Aku kena tambah efeks kucing supaya india daun nangka tue tak salah faham.
[ikon YM bersiul-siul]

20 June 2005

Pisau Rambo

Di sebuah tapak perkhemahan telah berlangsung Perkhemahan Kadet-Kadet Polis peringkat Negeri selama 7 hari 6 malam.

Perkhemahan seumpama ini sangat menitik beratkan keselamatan, kebersihan, disiplin dan ketepatan masa. Hendak dijadikan cerita, ada satu kumpulan nie telah melakukan kesilapan kerana terlupa menyimpan semula dengan baik 'pisau rambo' selepas menggunakannya semasa memasak.

Pisau rambo yang terbiar di tanah itu dijumpai oleh kem komandan dan beliau sangat marah dengan penemuan ini kerana kemalangan mungkin boleh berlaku disebabkan kelalaian kecil seperti ini. Kerana terlalu marah, seluruh ahli kumpulan telah dipanggil.

Kem komandan : Saya sangat kecewa kerana semasa lawatan saya ke khemah tadi saya telah terjumpa pisau ini di atas tanah, bersepah! (sambil mengunjukkan pisau berkenaan) Saya hendak tahu siapa yang bertanggungjawab melakukan perkara ini?!
Ahli-ahli kumpulan : (Terdiam saling berpandangan antara satu sama lain)
Kem komandan : Baik mengaku sahaja sebab tuan punya pisau ini memang bodoh kerana mengukirkan namanya di pisau ini tapi masih tidak mahu mengaku! Baik tampil ke hadapan atau saya akan sebutkan nama beliau dan beliau akan didenda dengan teruk!
Ahli-ahli kumpulan : (Masih lagi membisu dengan seribu kemusykilan di hati)
Kem komandan : Ohh taknak mengaku yeee.. baiklah saya akan panggil nama beliau sekarang. STAINLESS STELL STEEL sila ke hadapan!!!

19 June 2005

Membisu

Membisu sudah telefon tanganku. Ia sudah tidak berbunyi lagi. Merajuk mungkin padahal aku tidak pernah pula merancang untuk mencari pengganti. Puas sudah aku menggodeh-godehnya namun masih begitu. Mungkin speakernya sudah rosak aku tak pasti, yang pasti berdasarkan kepada keadaan poket aku yang kurang memberangsangkan ini, mungkin sebulan dua nanti baru aku mampu menghantarnya untuk dibaiki.

Pabila ia membisu seperti ini, keadaannya amatlah sukar. Mujur kuasa vibratenya masih ada dan sememangnya aku hanya mengharapkan pada getarannya itu baru aku menyedari bahawa adanya penggilan masuk ataupun SMS. Maaf pada teman-teman andainya ada panggilan anda tidak berjawab ataupun mesej anda lambat dibalas, semuanya kerana keadaaan membisu ini.

Tiada lagi melodi membingit yang akan mengejutkan aku dari tidur kini. Selalunya aku tiada masalah untuk bangun kerana biasa aku akan terlebih dulu celik sebelum seminit dua ia berbunyi. Namun begitu langkah berjaga-berjaga amat perlu takut-takut kesiangan pula nanti.

Cerita suatu pagi..

Memandangkan ianya sudah tidak berbunyi, aku terpaksa mencari jalan penyelesaian bagaimana untuk memastikan aku tetap boleh bangun pagi seperti biasa pada waktunya. Solusinya, aku letakkan telefon tanganku betul-betul dekat kepala di atas kepala katil. Harapan aku aku akan terjaga pabila terdengar bunyi getaran tatkala badannya bergetar dengan kepala katil.

6.15a.m..

Benar aku terjaga, tapi bukan kerana bunyi getarannya yang menyakitkan telinga, tetapi kerana ia bergetar dan bergetar sampai jatuh betul-betul di dahi luasku! 'KelEkUkK!!'.. AdoiiiiIIiii!!!

17 June 2005

Bapaku Superhero?

Minggu ini adalah minggu hari bapa.

Bapa aku bukan seorang superhero sebab sepanjang kehidupanku, aku tak pernah nampak dia mengeluarkan sarang labah-labah dari pergelangan tangannya, ataupun memakai pakaian koyak rabak dengan kulit badan yang berwarna hijau apatah lagi memakai spender di luar seluar katoknya.

Bapa aku sama sahaja istimewanya seperti bapa orang lain. Dia bukanlah yang paling-paling istimewa sebab semua bapa di dunia ini melakukan perkara-perkara yang sepatutnya dilakukan oleh seorang bapa kepada anaknya. Berusaha melahirkan kita ke dunia, membesar dan menjaga kita seadanya serta cuba untuk memenuhi keperluan kita selagi termampu.

Dalam banyak perkara, satu perkara yang aku amat kagum dengan beliau nie iaitu sifat lemah lembut, sabar, tutur katanya yang baik dan sifat tenang yang ada pada dirinya. Percaya tak kalau aku kata ayahku jarang-jarang sangat meninggikan suara di kalangan kami adik beradik apatah lagi kepada emak aku kecuali kalau emak aku 'nakal'. Dia tidak pernah menggunakan kekerasan dalam mendidik anak-anaknya cukup dengan teguran dan bercakap secara baik-baik.

Istilah rotan, tampar atau pukul memang tidak pernah wujud dalam keluarga kami. Seingat aku ayah aku pernah beli rotan sekali saja khusus untuk mendenda abang aku yang ponteng sekolah agama dan itulah sekali aku nampak rotan kat atas almari tue, lepas tue lesap entah ke mana. Mujur adik beradik aku mendengar kata dan takdelah pulak bila dan besar ada yang jadi setan.

Terima kasih abah kerana membesarkan kami adik beradik. Terima kasih kerana mendidik kami dan mengajar kami berbudi bahasa. Di kalangan kami adik beradik aku yang paling bangga kerana aku yang paling banyak mewarisi sifat beliau sebab tue aku nie baik, penyabar dan bersopan santun kan kan kan? :)

Tapi abah kenapa abah dengan mak manusia tapi kami jadi anak beruang? 3 ekor orang pulak tue! hahahaaa.

"SELAMAT HARI BAPA, ABAH!!"

09 June 2005

'Househusband'

*Sebuah Entri Tertangguh
Aiseh, apa lagi nak masak malam nie? Bila dah berseorangan nie malaslah pulak nak masak-masak. Kalau berdua tue adalah mood nak masak bersama-sama.

Kalau tak kena gayanya, malam nie aku tidur dengan perut yang hanya terisi dengan 2 keping roti dengan sebiji telur mata kerbau dan sos cili Maggi yang aku makan petang tadi. Alhamdulillah masih lagi mampu menggoreng telur dan minum air masak buat pembasah tekak. Bukannya tiada kedai makan, kat belakang rumah aku nie aje, tapi maklumlah Mak Beruang on-call hari nie membawa bersamanya semangat dan kedrat aku. Selain dari mengemas rumah dan membasuh baju, masaku banyak terluang dengan menonton televisyen. Malas nak masak, malas nak tanak nasi. Makan sorang-sorang tak best!


Takkan nak masak mee goreng juga macam aritue? Hurmmm..

Jam di dinding sudah 12.30 malam, ingat nak tidur terus tapi perut berkeroncong minta diisi. Bergolek aku dari katil melangkah menuruni tangga ke dapur.


Yess.. ada roti dan tuna!

Cukuplah untuk malam ini. Besok aku tidak keseorangan lagi. Mak Beruang tak on-call. Yeah-yeah!!
----------
Jangan salah faham dengan entri aku nie. Bukannya aku nak mengadu, bukannya aku nak minta simpati. Aku bahagia dengan kehidupan yang aku kecapi sekarang. Biarlah aku ditinggalkan berseorangan pun selalu-selalu, senyuman yang terukir di sebalik wajahnya yang lesu setiap kali Mak Beruang pulang dari kerja meluruhkan terus perasaan kesunyian dan kebosananku. Kerana aku tahu ada insan yang lebih letih dan lebih banyak berkorban dari aku. Hal ehwal rumah nie biarlah aku yang uruskan selagi aku termampu. Kerna kukasih, kerna kusayang... Akulah 'HOUSEHUSBAND'mu. WacCchhaaAaa!!

08 June 2005

Kantoi Giler!

Pernah tak sepanjang hidup korang, korang rasa kantoi giler?! Aku adalah antara kamu-kamu dan kamu (sambil meracau-racau menudingkan jari) yang telah terkantoi dalam keadaan begitu dahsyat dan memalukan. Kalaulah boleh aku pusing masa, akan ku pusing untuk mengahalang kekantoian berkenaan berlaku.

Cuba korang bayangkan, korang telah dikantoikan ketika sedang lena diulit mimpi dengan insan lain?! Sedangkan korang sudah beristeri? Sesungguhnya aku tak sengaja. Apa yang dilihat secara realitinya bukanlah yang telah berlaku sebaliknya. Hentikanlah anggapan yang tak berasas itu. Aku akui, memang pada saat dan ketika aku dikantoikan itu terang-terangan aku sedang tidur sambil berpeluk-pelukan dengan si dia. Tapi aku tidak sedar, aku terlalu penat dan aku pun tak sangka bagaimana si dia boleh masuk ke bilikku, naik ke katilku dan tidur bersamaku. Sungguh aku tidak sedar!

"Buat isteri tesayang, maafkan saya. saya tahu saya telah menduakan awak. Kalaulah saya boleh hindarkan perkara ini dari berlaku, sungguh saya akan hindarkan. Saya menyesal dan rasa berdosa sangat kerana telah menduakan insan semuliamu. Maafkan saya sekali lagi.

Tapi kalau difikirkan balik, bukan saya saja yang bersalah. Awakpun pernah menduakan saya dengan tidur bersama si dia. Sama jantina pula tue! Bukan salah saya sepenuhnya, 'Selamet' yang naik atas katil dan tidur bersama saya!!"
* Selamet itu adalah seekor kucing betina! Hahaha


Bukti kekantoian aku yang melampau!!

03 June 2005

Nak Tanya..


+++
Sebenarnya aku dari dulu nak tanya, apa kejadahnya benda nie? Ada orang kata ianya adalah indicator kepada berapa kali laman kita dilawati dari laman-lama yang tersenarai. Contohnya (merujuk gambar), laman aku telah dilawati 427 kali melalui laman Jongkang Jongket dan 231 kali (dalam tempoh 24 jam) dari enjin pencarian Yahoo?

Bantu aku menyelesaikan kemusykilan nie. Hehehehe

31 May 2005

Cerita Pisang Pulak

+++
Orang selalu kata membiarkan sesuatu perkara yang tidak elok berlaku berulang kali bermakna seseorang itu tidak pernah belajar daripada pengalaman dan kesilapan. Ataupun dalam ertikata lainnya membiarkan 'pisang berbuah 2 kali'. Perkara seperti ini seringkali dianggap sebagai suatu yang negatif.

Saja nak bercerita mengenai pisang:

Z: ko nak ilmu aper??
Z: pasal pisang aku tau le???
Z: pasal bercinta..aku fail
A: aku nak ilmu camner nak buat 'pisang berbuah dua kali'
A: hahaha
Z: pisang berbuah dua kali???
Z: tak yah carik petua
Z: kebanyakan pisang skang dah moden....
Z: ko tak prasan ke??
Z: pisang kat umah atok aku skang dah berbuah dua kali....
Z: betol..aku ckp..
Z: sebabnye aper...
Z: kite asek ckp...jgn pisang berbuah dua kali dah...
Z: itu doa sebenarnyer...
Z: hari2 ckp maka...kun faya kun lah

A: baguslah kita doakan tokey pisang tue murah rezeki
A: kalau dia tanam pisang berbuah 2 kali
A: dia dapat keuntungan 2 kali ganda
Z: murah rezeki...bagus...bleh aku beli kete..beli umah....
Z: hehheheh

A: haaa tau takpe
Z: rezeki jual pisang yg berbuah dua kali


Ada juga yang bagusnya dengan pisang berbuah 2 kali nie ye?! Lagi fakta mengenai pisang:

+
Sekarang nie dah ada 'pisang cavendish' bagi memeriahkan lagi industri pisang tempatan. Ianya adalah sejenis pisang yang dah diubahsuai genetiknya supaya jadi lebih bermutu, besar dan rintang penyakit.

+ Siapa kata makan pisang boleh melawaskan proses 'buang air'? Mungkin boleh, tetapi menggunakan betik lebih mujarab.

+ Jangan makan pisang waktu malam sebab boleh mengakibatkan migrain! Jadi kepada anda yang mempunyai masalah migrain, patut periksa balik tabiat makan korang, mungkinkah anda suka makan pisang di waktu malam? Sila elakkan supaya 'pisang tidak berbuah 2 kali'!
(Sumber dari pakar pisang UPM, Serdang)

30 May 2005

Kecilnya Dunia

Semasa majlis perkahwinan aku di rumah Najah pada 30 April lalu, aku telah terjumpa dengan sahabat yang dah lama tak jumpa semenjak tingkatan 4. Beliau nie satu sekolah dengan aku sehingga tingkatan 3 kemudian dia pindah sekolah. Ke MRSM mungkin dan kami pernah sekelas masa tingkatan 2.

Dia datang bersama dengan 2 3 orang kawan Najah yang lain. Mula-mula aku tak perasan dia, aku bersalaman dengan dia sama seperti aku salam kawan-kawan Najah yang lain. Tapi bila aku terpandangkan senyuman senget dia tue, tiba-tiba aku rasa aku seperti pernah mengenali tuan punya tubuh di depan aku tue. Rupanya dia adalah tunang kepada kawan Najah. Alahai kecilnya dunia!

Beliau kini bekerja sebagai Jurutera dan khabarnya akan menamatkan zaman bujang pada bulan 7 nie.

Semalam pula aku ke kenduri kahwin sepupu belah Najah. Pada mulanya aku takde idea langsung rumah siapa yang kami akan pergi nie. Yang aku tau, mempelai yang diraikan itu adalah anak kepada makcik Najah maksudnya pangkat sepupu kepada Najah.

Bila tiba di kenduri semalam, jenuhlah aku dibawa melawat dari meja ke meja. Maklumlah, aku nie 'orang baru', jadi kenalah berkenal-kenalan dengan sedara-mara Najah. Sampailah aku berjumpa dengan pasangan mempelai, rupa-rupanya si lelaki adalah bekas junior aku semasa sekolah menengah dulu! Paptutlah macam kenal. Boleh dikatakan kami nie baiklah jugak semasa sekolah dulu sebab aku PKP 2 dan begitu juga dia.

Aku tumpang gembira sebab sahabat aku tue sudahpun berjaya mendirikan rumah tangga seperti aku. Aku lebih gembira apabila mengenangkan dia bakal menjadi saudara rapat aku dan aku salam dia buat kali kedua untuk itu! Welcome to the club my friend!!

26 May 2005

Kenali Kentut

Aku risau entri kentut aku sebelum nie akan memberi pengaruh yang tidak baik kepada sahabat-sahabatku aku. Aku risau si suami akan mula bergurau kasar dengan isteri apabila asyik kentut tatkala meminta isteri garu belakang ataupun picit kepala. Aku takut pakwe-pakwe asyik mengentutkan makwe kerana merasa perkara tue kelakar dan memikat jiwa, dan aku gusar abang-abang akan mula mengacukan bont*t tepat ke depan muka adik-adik sebab nak tembak mereka dengan peluru kentut. "Ini saya amat risau!".

Tahukah anda apa itu KENTUT?

1. Dari mana asal kentut?
Dari gas dalam usus. Gas dalam usus berasal dari udara yg kita telan, gas yang menerobos ke usus dari darah, gas dari reaksi kimia & gas dari bakteria dalam perut.
2. Apa komposisi kentut?
Bervariasi. Makin banyak udara anda telan, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen dari udara terabsorbsi oleh tubuh sebelum sampai di usus). Adanya bakteria serta reaksi kimia antara asam perut & cairan usus menghasilkan karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan metana & hidrogen.Proporsi masing-masing gas tergantung apa yang anda makan, berapa banyak udara tertelan, jenis bakteria dalam usus, berapa lama kita menahan kentut. Makin lama menahan kentut, makin besar proporsi nitrogen, karena gas-gas lain terabsorbsi oleh darah melalui dinding usus. Orang yang makannya tergesa-gesa kadar oksigen dalam kentut lebih banyak karena tubuhnya tidak sempat mengabsorbsi oksigen.
3. Kenapa kentut berbau busuk?
Bau kentut karena kandungan hidrogen sulfida & merkaptan. Kedua senyawa ini mengandung sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda, makin banyak sulfida & merkaptan diproduksi oleh bakteria dalam perut, & makin busuklah kentut anda. Telur & daging punya peranan besar dalam memproduksi bau busuk kentut. Kacang berperanan dalam memproduksi volume kentut, bukan dalam kebusukannya.
4. Kenapa kentut menimbulkan bunyi?
Kerana adanya vibrasi lubang anus saat kentut diproduksi. Kerasnya bunyi tergantung pada kecepatan gas.
5. Kenapa kentut yg busuk itu hangat & tidak bersuara?
Salah satu sumber kentut adalah bakteria. Fermentasi bakteria & proses pencernaan memproduksi panas, hasil sampingannya adalah gas busuk. Ukuran gelembung gas lebih kecil, hangat & jenuh dengan produk metabolisme bakteria yg berbau busuk. Ini kemudian menjadi kentut, walau hanya kecil volumenya, tapi SBD (Silent But Deadly)
6. Berapa banyak kentut diproduksi sehari?
Rata-rata setengah liter sehari dalam 14 kali kentut.
7. Mengapa kentut keluar melalui lubang dubur?
Kerana density-nya lebih ringan, kenapa gas kentut tidak melakukan perjalanan ke atas?Tidak demikian. Gerak peristaltik usus mendorong isinya ke arah bawah. Tekanan di sekitar anus lebih rendah. Gerak peristaltik usus menjadikan ruang menjadi bertekanan, sehingga memaksa isi usus, termasuk gas-nya untuk bergerak ke kawasan yg bertekanan lebih rendah, iaitu sekitar anus. Dalam perjalanan ke arah anus,gelembung-gelembung kecil bergabung jadi gelembung besar. Kalau tidak ada gerak peristaltik, gelembung gasakan menerobos ke atas lagi, tapi tidak terlalu jauh, karena bentuk usus yg rumit & berbelit-belit.
8. Berapa waktu yang diperlukan oleh kentut untuk melakukan perjalanan ke hidung orang lain?
Tergantung kondisi udara, seperti kelembapan, suhu, kecepatan & arah angin, berat molekul gas kentut, jarak antara 'transmitter' dengan 'receiver'. Begitu meninggalkan sumbernya, gas kentut menyebar & konsentrasinya berkurang. Kalau kentut tidak dikesan dalam beberapa detik, berarti mengalami pengenceran di udara & hilang ditelan udara selama-lamanya. Kecuali kalau anda kentut di ruang sempit, seperti lift, kereta, konsentrasinya lebih banyak, sehingga baunya akan tinggal dalam waktu lama sampai akhirnya diserap dinding.
9. Apakah setiap orang kentut?
Sudah pasti, kalau masih hidup. Sesaat setelah meninggal pun orang masih boleh kentut.
10. Betulkah laki-laki kentut lebih sering daripada perempuan?
Tidak ada kaitannya dengan gender..
11. Saat apa biasanya orang kentut?
Pagi hari di toilet. yang disebut "morning thunder". Kalau berkeadaan sunyi, boleh kedengaran di seluruh penjuru rumah.
12. Mengapa memakan kacang menyebabkan banyak kentut?
Kacang mengandung zat gula yg tidak boleh dicerna tubuh. Gula tsb (raffinose, stachiose, verbascose) jika mencapai usus, bakteria di usus langsung berpesta & membuat banyak gas. Jagung, kubis, susu juga penyebab banyak kentut (bukan baunya!).
13. Selain makanan, apa saja penyebab kentut?
Udara yang tertelan, makan terburu-buru, makan tanpa dikunyah, minum soft drink, naik pesawat udara (karena tekanan udara lebih rendah, sehingga gas di dalam usus mengalami ekspansi & muncul sebagai kentut).
14. Apakah kentut sama dengan sedawa, tapi muncul dari lain lubang?
Tidak... sendawa muncul dari perut, komposisi kimianya lain dengan kentut. Sedawa mengandung udara lebih banyak, kentut mengandung gas yang diproduksi oleh bakteria lebih banyak.
15. Kemana perginya gas kentut kalau ditahan tidak dikeluarkan?
Bukan diabsorb darah, bukan hilang karena bocor.. Tapi berpindah ke bahagian atas menuju usus & pada gilirannya akan keluar juga. Jadi bukan lenyap, tapi hanya mengalami penundaan.
16. Mungkinkah kentut terbakar?
Memang boleh. Kentut mengandung metana, hidrogen yg combustible (gas alam mengandung komponen ini juga). Kalau terbakar, nyala-nya berwarna biru karena kandungan unsur hidrogen.
17. Bolehkan menyalakan mancis dengan kentut?
Jangan mengada-ada... konsistensinya lain. Juga suhunya tidak cukup panas untuk memulai pembakaran.
18. Mengapa kentut anjing & kucing lebih busuk?
Karena anjing & kucing adalah karnivor (pemakan daging). Daging kaya akan protein. Protein mengandung banyak sulfur, jadi bau kentut binatang ini lebih busuk. Lain dengan herbivor seperti kambing, kuda, gajah, yang memproduksi kentut lebih banyak, lebih lama, lebih keras bunyinya, tapi relatif tidak berbau.
19. Betulkah pening kepala kalau mencium bau kentut 2-3 kali berturut-turut?
Kentut mengandungi sedikit oksigen, mungkin sedikit saja anda mengalami pening kepala kalau mencium bau kentut terlalu banyak.
20. Apakah warna kentut?
Tidak berwarna. Kalau warnanya kelihatan seperti gas nitrogen oksida, akan ketahuan siapa yang kentut.
21. Apakah kentut itu asid, bes atau neutral?
Asid, karena mengandung karbon dioksida (CO2) & hidrogen sulfida (H2S).
22. Apa yang terjadi kalau seseorang kentut di planet Venus?
Planet Venus sudah banyak mengandung sulfur (belerang) di lapisan udaranya, jadi kentut di sana pun tidak ada pengaruhnya.

Muahaha, kenali kentut anda!!

21 May 2005

Elemen Kelakar

Bila hidup bersama nie, kalau tiada elemen kelakar menggelitik jiwa rasa macam kurang manis perhubungan itu. Bagi aku, sekali-sekala suntikan tonik kelakar nie perlu untuk menceriakan kehidupan. Walaupun kadang-kadang lawak yang kita buat tue 'lawak kotor', tapi sebenarnya part yang tue lah yang paling manis untuk dikenang.
+++

Santai ketika berbaringan sambil menonton tv, 'mak beruang' ajak bergurau dengan memicit hidung kompot aku sambil mengutuk-ngutuk manja. Aku selamba jee menerima kutukan yang sama sekali ada asasnya tue.

Bila dah kena picit hidung tue, rasa macam best jugak kalau aku boleh sakat mak beruang nie. Kebetulan 'modal' pulak dah ada. Apa lagi!
Pak Beruang : Yang, cuba picit hidung abang macam tadi.
Mak Beruang : Alaaa, ngadalah abang nie! Nah. (Sambil memicit hidung aku sekali lagi)
Pak Beruang : ProoOOoootTT!!

Muahahaha, dah kena! Dah kena! Mak Beruang tarik muka terperanjat campur geram. Bertubi-tubi aku kena debik dengan Mak Beruang.

Cukuplah rasanya 'tonik' nie sampai setahun 2 lagi. Pasnie jangan buat lagi. Nanti dari kelakar orang jadi menyampah. Mungkin 2 3 tahun lagi bolehlah aku guna balik skil picit hidung sambil mengeluarkan angin dalam badan ataupun yang sewaktu dengannya.

17 May 2005

Hari Sabtu/Santai

*Entah kenapa sekarang nie entri aku mesti 2 3 hari lewat dari hari sepatutnya. Mungkin aku masih belum mampu mengejar lagi hari-hariku yang semakin cepat berlalu?
+++

Menjadi kebiasaan bagi aku, bila tiba hari Sabtu aku suka bekerja sambil bersantai. Aku tak suka nak 'pressure' diri aku dengan bebanan kerja yang sememangnya sambil bebila pun takkan selesai. Aku akan buat mana yang termampu, dan apabila dah takde mood nak bekerja aku akan layan berchatting (ngan bebeudak GJ) ataupun 'surf internet' (selalunya aku chatting petang-petang jee, waktu nak balik kerja).

Nak dijadikan cerita, ada seorang pegawai nie (aku namakan En.M) yang dah berminggu-minggu serahkan satu kerja untuk aku yang belum aku siapkan (maaf En.M bukannya saya berniat hendak melewat-lewatkan kerja En.M tue, tapi kadang-kadang saya perlu dahulukan kerja-kerja lain yang lebih penting).

Kebetulan pada suatu pagi Sabtu tue, masa aku dan 'kehilangan angin' nak bekerja, baru online YM. Tiba-tiba dia datang ke meja aku. Tak sempat mengelak! Maka terkantoilah aku di pagi yang syahdu itu pabila beliau melihatkan perangai anak buahnya yang kiut nie sedang asyik berYM!
En.M : Astaga Afzal, daripada U berYM nie, baik U siapkan kerja I tu. Boleh I tunjukkan pada bos next week.
Aku : Alaa, rilekslah En.M. Hari nie kan hari Sabtu. Kasi laa saya rehat-rehat sikit. Nanti saya sambunglah kerja saya. (Buat muka sedih)
En.M : Ohh, kalau hari Sabtu boleh rehat-rehat, boleh YM-YM yee?
Aku : 'Sigh!'
En.M : Sukahati awaklah Afzal. Ehh mana si Casey (penghantar surat khabar) nie tak sampai-sampai lagi?! Selalunya waktu-waktu nie dah ada.
Aku : Hurmm, diapun tengah berYM kot!! (Kasilah can, hari nie kan hari Sabtu)

14 May 2005

Cerita BEAR!

Mak aku patut bersyukur sebab dikurniakan 3 orang anak lelaki yang sihat dan sempurna.
Mak aku patut bersyukur sebab dikurniakan anak-anak lelaki yang comel dan kiut. Kulit putih, rambut lurus dan mata agak-agak sepet macam orang Cina.
Mak aku patut bersyukur kerana anak-anak lelakinya pandai belajar dan menjadi seorang yang berguna.
Mak aku patut bersyukur kerana anak-anak lelakinya besar-besar, tinggi-tinggi dan kuat-kuat. Bak kata oarang, kalau sekadar nak mengangkat tong gas ataupun guni beras tue, celah gigi jee lah. Senang nak diarahkan itu dan ini. Cukup mengikut kata.

Tapi yang mak aku tak suka ialah dia ada 3 orang anak lelaki yang bernama BEAR! Aiseh, bab nie mak aku fail.

Situasi # 1 (Perbualan telefon) :
Pemanggil : As'kum makcik, boleh saya cakap dengan Bear?
Mak : W'salam, hurmm makcik ada 3 orang Bear. Anak nak cakap dengan Bear mana satu?

Situasi # 2 (Kemas rumah) :
Bila time mengemas begitu juga. Bila ditengok buku-buku bersepah-sepah. Diselaknya halaman pertama. Nak tahu tuan punya buku supaya senang diletak di temapat yang sepatutnya. Terang dan nyata.. BEAR PUNYA. Bear yang mana satu nie?!

Situasi # 3 (Kenduri kahwin BEAR) :
Mak : Lepas nie jangan serik datang rumah makcik yee. Rumah makcik nie atas bukit, jauh pulak tue.
Kawan-kawan : InsyaAllah makcik. Nanti kalau BEAR kawin kami datang lagi.
Mak : [Huhh, nie sekali 2 orang BEAR makcik kawin nie.]
HHuuUUUuuuHuuu!!

11 May 2005

Jawatan Kosong!

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN KEKOSONGAN JAWATAN
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
Anda tidak perlu bawa pingat.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak).
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda? 4
. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda.Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

*Diceduk dari e-mail seorang teman.

10 May 2005

Cerita Ubat Gigi

Ini adalah salah satu penemuan yang dijumpai dari dasar Sungai Melaka. Ianya adalah penutup botol tembikar yang tertulis di atasnya 'CHERRY TOOTH PASTE ~ PATRONIZED BY THE QUEEN'. Ya, ianya adalah penutup botol ubat gigi perasa ceri!

Dari rupa bentuknya dan tulisan yang tertera, aku agak pasti ianya berasal dari London. Mungkin dibawa oleh tentera/rakyat British semasa mereka memerintah di Melaka. Keadaannya masik baik dan lukisan Ratu tertera jelas di permukannya.

Spontan, aku terbayang macam mana orang British zaman dahulu menggosok gigi mereka. Dengan botol eksklusif berperasa ceri itu, mungkin hanya golongan berada/bangsawan sahaja yang mampu memiliki ubat gigi. Yang lain-lain tue pakai arang jee laa macam datuk nenek kita dahulu.

Mungkin juga, pada zaman itu mereka masih lagi belum menemui teknologi plastik mahupun aluminium seperti tiub ubat gigi Darl*e, ataupun Colga*e seperti yang kita pakai pada hari ini. Jadi penggunaan botol-botol tembikar masih lagi dirasakan murah dan praktikal.Cuba korang bayangkan ubat gigi korang pada hari ini terisi dalam botol macam botol kicap ataupun botol Nesca*e?

Selit Jap

Uish rekod nie, dah seminggu aku tak apdet!
Sekarang nie masih dalam proses menyesuaikan diri dengan timing baru.
Time table kena ubah. Waktu melangut depan PC pun terpaksa dikurangkan (tak banyak, sikit jee pun) walaupun kat rumah tue dah ada streamyx. Hehehehe.

Sabar Sabar Sabar.

05 May 2005

Jawab Comment/Shoutbox Dulu!

Pak Bear is Back!!

Alhamdulillah segalanya sudah selesai dan berjalan perlahan-lahan dengan sedikit merangkak-rangkak seadanya. Walaupun tidak semua yang dirancang menjadi kenyataan tetapi setakat yang tercapai dan termampu untuk dilaksanakan tu sudah cukup memberi kelegaan dan kegirangan di hati.

ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH!!!

Hari ini aku kembali dengan status baru. Aku dah jadi 'Encik' di samping 'Puan' tersayang berkat doa kalian. Thanx for the prays & wishes.

Aku akan tulis entri lain khusus untuk kalian. Sekarang nie aku nak jawab dulu komen korang samada di Haloscan ataupun di MyShoutbox. Maklumlah dah lama tak apdet weblog aku nie. :)

+++

nett : debar-debar? >> Debar-debar sebab tak berdebar-debar! Lepas duduk atas bantal nikah baru keluar peluh jantan. Hehehe. Awat tak datang, tak dapat ke kad yang saya pos tue?

lin.bp : selamt pengantin baru ya Afzal,saya dah terima kad jemputan kahwin awak...Maaf,x dpt dtg.....kena kerjalah..... >> Aiseh penat saya pos ekspress kan kad tue. Takpe, dah takde rezeki awak nak datang.

cempakabiru : akum.P.bear.sori, aku x sempat nk pi bank-in duit hang.dh 3ari aku kena pi kurusus, meeting la..kenduri hang,aku x tau lg leh pi ke x?apapun, slamat pengantin baru ekk..­­ >> Takpe-takpe, pasnie boleh atur semula agenda bisnes kita. Datang pun kenduri aku, cayalah ko! Semangat ko datang dari jauh tue aku sanjung. Bila tiba masa ko nanti insyaAllah aku balas balik.

P-nut : Selamat pengantin baru.. >> Trimas kak. Kak... mintak maap banyak-banyak dari hujung rambut sampai hujung kaki sebab tak jemput akak, abang pajak dan Najmi. Lupa sangat kak! Maklumlah banyak sangat benda yang hendak difikirkan. Maaf ye kak. Lain klai tak buat lagi. :(

tika : pakbear..ehehe mesti dah tak sabar kan kan..ker dah cuti dah"?..hehe..jumpa nanti ek..kat kenduri awak ek.. >> Ha'ah memang tak sabar, tak sabar nak habiskan segala penat lelah dan penat otak yang ditanggung. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Wutt a surprise, awak datang!! Terima kasih sekalung budi dari kami raja sehari.

spyz : ok. ko burn ND punya aje dulu. dah siap infm aku, nanti aku masuk duit. delivery nanti aku fikirkan mana yg sesuai. tq. >> Ok. Takyah bank-in laa. Kita setelkan masa lantit nanti bebila. Thanx for the SMS wish too.

LaiLi : pak bear, slmt pengantin baru. dah selamat jd 'suami' org kan? xleh ngorat dah ­>> Thanx Laili, ehem-ehemm, ada agenda nak ngurat aku ke? eleh ko pun apa kurangnya. Tak lama lagi. Masa cepat sungguh berlalu.

wanda : pb slamt pngantin baru..moga bahagia sokmo.heh nanti update2 pjg2 na..sorry x dpt pi kendri hang..k kem salam mrs bear­ >> Wanda, thanx, thanx. It's ok ko tak dapat datang, nanti masa ko kawin aku pun keje, Najah pun on-call! Hehehe, kidding! Thanx again anw.

bengong : ZeLAmaT peNGanTIn baRU UTk PAkbEaR­ >> Thanx Bengong! Bengong??!!!

basri : maksud ko barang itam? >> Bukan barang itam, mak kau hitam! Hauhauhau

penjejak minda : pakbear aku ucapkan selamat pengantin baru ko ngan najah hehehe­ >> Fir, mekasih. Timakasih juga sebab k0o escortkan MissTika datang ke kenduri aku. Kesian ko sampai lambat. ;p

Nis : Selamat Pengantin Baru, semoga kekal hingga ke akhir hayat...sorry tak dapat dtg, ada hal. >> Thanx kak, it's ok. :)

wanda : amboi hang..dengaq cita maroon abeh hehe n lawa ah dua2..ish rugi besaq x pi huhu­ >> Wan, kaler maron huh?! Rumah aku kaler purple. Tau takpe! Muahahaha

atoi : slmt pengantin baru PB, sorry tak dpt dtg ada hal peribadi. semoga bahagia ke anak cucu. >> Thanx atoi, takmoh laa sampai anak cucu jee. Nanti tak merasa aku nak timang cicit. Semoga berbahagia sampai mati!

lady_emi : kahwin ke..? x jemput pung.. >> Maaf yee, memang tak sempat nak jemput semua. Kelam kabut aritue. Maaf sekali lagi.

Lan : Tahniah!selamat pengantin baru! >> Thanx Lan!

Amyz : Selamat Pengantin Baru. Tahniah! >> Thanx, Thanx! Awat awak ngan Nett tak datang? Tak dapat ke kad saya? Saya pos kat alamat rumah Nett.

elmaaniq : sori tak pegi umah ko. nanti kalau ko kawin lain aku pegi... hahaha >> Woooo nakal ko yee! Tak boleh kawin sekali lagi. Bebudak nie sumer sayang aku. Suruh aku bahagia kawin ke akhir hayat! Hehehe

LaPan : selamat mencari meneroka khutub khannah...!­ Khutub kanah yee?? Hahaha

AyAres151 : pak bear.. ehem ehem... bak kata lapan tu.. err..selamat membajak di sawah terbentang luas.. gunakan mata bajak yang tajam yer.. wakakaaka >> Wahh pandai ko yee? Ko bila lagi?! Aku dengar aritue sampai ribut kat Banda Hilir. Hikhikhik

imie : selamat pengantin baru bro. sori tak datang melaka ngan diorang. well, selamat membunuh kapir di malam jumaat! hahaha. >> Mekasih Imie! Ingat pesan aku, ko nak kawin nanti bagitau, aku nak gi holiday plak kat Langkawi! Hahaha. Yahh, mari kita bunuh kapir ramai-ramai! Banzaii!!

persatuan penanam tongkat ali :akum, bila nak melantit KL lagi? >> W'salam [Basri nie], wahh sejak bila plak ada persatuan baru nie? Dah register lom? InsyaAllah, dalam masa terdekat. Nanti kita lantit ramai-ramai sekali lagi yee!! Best bestt!!

e1 : waaa musim hujan membajak jugak ker.. muahahaha... x yah bajak... rugi wooo x de layan sama Liverpool semalam... muahahahaha OLE LIVER >> Hujan ni hujan rahmat, marilah kita bersama-sama mencuri rahmat yang dikurniakan Allah. ;p

unAg : selamat pengantin baru pak bear ­>> Thanx unag. Thanx again!!

wanda : muhahaha..aiseh pb..otak aku tak leh nak clean n clear ahh..camno nih ahaks! >> Tak boleh clear gi buat citiscan, semoga boleh nampak apa yang tersumbat tue. hahaha

Basrie : Prrrrrriiiiiiiiiiiiiiitttt Bear Out! >> Aku keluar sambail menekup mulut menahan ketawa. Kahkahkah. Ehh salah, hikhikhik!!

Op : simpan barang elok elok jangan sepah2 merata2. hehe >> Memang simpan elok-elok. Simpan dalam rumah. :)

penjejak minda : pak bear ko kawen ngan anak datuk mokmin ke? la aku ingatkan ko kawen ngan sape... >> Ehh ye ker? Aku tak pasan laa nama bapak dia. Huahuahua

spyz : ooooo.. main sorok2 belakang tiang eh?? sound kinky.. hahahhaaha.. >> Sound kinky huh? Bukanlah, sound bollywood!!

25 April 2005

Kisah Rumah Tangga

Kisah #1
Aiseh, tertinggal pulak 'barang' aku semasa sedang berlenang-lenang di rumah petang tadi. Dahlah besok siang selepas Najah on-call dia nak balik rumah tu. Kalau dia jumpa 'barang' aku tu malulah aku! Tulah tadi masa teringat 'barang' tu tertinggal tak mahu pusing balik. Sekarang nie Najah nak datang, aku takkan sempat punya datang ke rumah untuk mencilok 'barang' tu sebelum Najah. Eeeee, malunya. Mana aku nak letak muka nie!!

Takpe, nanti bila dah kawin dia kena jugak biasakan diri dengan 'barang' aku tu! Heheheheee.

Kisah #2
Sekarang nie setiap hari selepas kerja, rajin jugak aku menyinggah ke rumah tangga aku. Sikit-sikit bersihkan mana-mana sawang yang tertinggal, menyapu, mengemop, mengelap dan membasuh apa-apa yang patut.

Tapi yang menjadi kebiasaan ialah mengutip bisnes kad along. Bukan main banyak lagi. Dah macam rutin harian pulak aku terbongkok-bongkok mengutip kad-kad yang bersepah di atas lantai. Satu hari 5 jenis kad. 3 hari rumah tinggal ada 15 keping kad bisnes. Tak serik-serik diorang menyelit dan membaling kad ke garaj kereta aku, serik pulak aku yang kena mengutipnya setiap hari.

Ish, muka aku nie ada macam muka papa kedana nak pinjam duit ke?

Kisah #3
Rumah tangga dan makin bersih dan cantik. Daripada rumah macam rumah tinggal sekarang nie dah jadi betul-betul macam rumah yang bersedia untuk diduduki. Astro dah masuk, line phone pun dah ada, tengah tunggu Streamyx. Tak tau cover ke tak kawasan aku tue.

Daripada aku yang sorang-sorang jadi penunggu setia rumah tue, sekarang nie aku dah ada pesaing tegar (Najah) yang turut membuat percubaan untuk mengecop turn melepak di rumah tue. Oleh kerana kami masih lagi dalam 'tempoh' berpantang, jadi kena SMS dulu. Check turn siapa yang boleh balik rumah hari nie.

Kalau tidak takut pantang terbantut sebab terserempak depan pintu rumah. Terpaksa pulak kami lari sambil menekup muka menyorok belakang tiang. Alahaiii, tak dapat jumpa dapat bau pun ok ler! Hehehehe.

AMARAN
Sila bersihkan otak anda semasa membaca entri ini!

22 April 2005

Gelak Versi KLD


+++
Sejak balik dari Projek Basah 2.0 @ Kem Lambaian Danau, Chinchin Jasin
aku dapat satu idea gelak versi KLD iaitu:
ekekekemlambaiandanau!!
Mudah-mudahan idea baru aku nie boleh 'beat'
ekekekekeju
Gelak versi 'kita-kita jee' yang sering digunapakai oleh Tipah selama ini.
Tapi aku kena register gelak aku nie di bawah
HAKCIPTA HARTA INTELEK
sebelum orang lain *jiplak! Huhuhuhuuuu
PakBearuang Copyright Reserved
*JIPLAK adalah perkataan asal bagi ciplak.

18 April 2005

Laporan Projek Basah 2.0

Wahhh, ramai yang hit blog aku hari nie dengan harapan aku dah apdet mengenai Projek Basah 2.0 yang bermula sejak 15 April lalu dan berakhir semalam. Aku tak tahulah kenapa, mungkin sebab aku yang agaknya kelihatan terlebih TERUJA ataupun mungkin sebab yang aku pecah rekod sebagai blogger pertama apdet mengenai Gathering GeJu 04 yang lalu! So diorang pakat ramai-ramai datang. Macam rombongan Cik Kiah pulaklah kan?

Tapi aku tak menyempat nak apdet sejak semalam, hari nie insyaAllah.
*Seperti post aku di Forum GJ.
----------
Wahhh, Kak Ros mementanglah meniaga kedai makan. Aktiviti makan-makan dan minum-minum pun masuk dalam report yee. Siap masuk menu lagi. Ekekekeke..

Kak Ros punya report panjang, aku pun sama gak panjangnya. Maklumler kami nie dari kumpulan C'Merah Padi , makin tunduk makin berisi, merendah dari segala segi tapi tetap 'makan dalam' sebab tuelah championship keseluruhan milik kami! Muahahaha..

Selaku ketua kumpulan C'Merah Padi, aku personally mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada anak-anak buah aku. Di atas, kepercayaan, kasih sayang, kerjasama dan kesungguhan yang ditunjukkan demi kumpulan kita. Hidup C'Merah Padi!!

Ahli-ahli kumpulan:
Pak Bear (Group leader gila kuasa)
Bean-Seng (Pemangku group leader yang gila-gila)
Ayares
Aziz (Kawan Attokz)
Kak Ros
Langsatz
Mar
Munirah (Kawan Langsatz)
Yati (Kawan Attokz nyer adik)

LAPORAN PENUH

{15.04.05}
1400-1700 pm
Kerja-kerja amal memungut insan-insan yang ingin menumpang kasih untuk bersama-sama ke KLD. Kebetulan Ayares memang dah sampai sehari awal, so dia jadi co-pilot aku laa hari tue. Mula-mula pergi ke AKCR menjemput Nida kemudiannya ingat nak jemput Kak Rosram sekali sebab katanya dia tunggu kat tiang bendera. Mati-matilah aku ingat dekat tiang bendera besar Dataran Sejarah Ayer Keroh tue, rupa-rupanya dekat 3 tiang bendera kecil terpacak depan Melaka Sentral! Huhuhuhu, lawak betul laa. Apa lagi, bergegas kami ke Melaka Sentral jemput Kak Ros dan kawan-kawannya. Maklumler dah lama mereka tunggu sejak pukul 12 lebih lagi. Kesian diorang.

Sampai di Melaka Sentral barulah nampak muka Kak Ros, Ajun (adik Kak Ros) dan jugak Kak Yah (kakak angkat Kak Ros) melenggang kangkung sampai aku tersengih-sengih mintak ampun sebab lambat. Tapi Kak Ros memang spoting, tak marah pun kami yang dah sediakala lambat nie. Hahahaaa.

Van bergerak ke destinasi, sampai kat Bemban, hujan turun selebat-lebatnya! Nasib baik van buruk bapak aku dengan selambanya meredah hujan. Tangan memegang kejap stereng sambil mata tertumpu di dada jalan. Maklum saja, hujan-hujan nie macam-macam boleh berlaku. Ada 6 nyawa (termasuk nyawa aku) yang perlu diselamatkan dalam van ini kalau jadi apa-apa.

Agaknya dalam pukul 5 lebih kot baru kami sampai ke KLD, ketika tiba hujan dah mula renyai-renyai. Walaupun letih, keindahan tasik yang saujana mata memandang benar-benar menghapuskan keletihan aku, rasa segera nak parking van aku dan terus terjun tasik!

Ketika sampai agaknya dah ada dalam 15 orang yang dah datang. Alahai, rindunya aku dengan wajah-wajah yang berada di dewan kecil tue. Masing-masing ceria dan teruja tak sabar hendak menunggu renyai berhenti. Lepas pendaftaran, kami ke tapak perkhemahan untuk memilih khemah masing. Alah, kata jee duduk khemah. Sudahnya di dewan jugak kami berlabuh melelapkam mata.

{15.04.05}
1800-1900 pm

Aktiviti pertama bermula. Ada larian berhalangan ala-ala lari merentas desa tue. Perghhh, hari pertama jee dah kena terjun dan merangkak dalam lumpur. Sabar jee lah aku. Tapi memang best!! Best sesangat!!

Walaupun aku nie spesis 'manusia besar berperut gendut', aku tak peduli! Aku tala semacam jee. Takde halangan yang aku tak buat. Kalau orang yang mantap dan fit cam Attokz tue boleh buat, aku musti boleh buat. Tapi lambat sikit laa kot. Sambil terkial-terkial mengadjust perut! Hahahaaa. Part yang aku fail adalah masa bergayut kat palang besi cam monyet tue, aku baru 2 palang dah jatuh. Aisehh, malu weih.

Part yang paling best pulak ialah masa MudWay course. Kita kena bergelunsur ke dalam lumpur yang lebih kurang paras peha-pinggang. Ish, kalau masuk dalam nie takde yang terjun tak acuplah, musti berdebush dari kaki ke kepala masuk dalam lumpur yang pekat likat tue. Kesian Nida yang tertelan lumpur tue. Dahlah tertelan, masuknya dari hidung pulak tue. Muahahaha. Tapi sebabkan best kan, aku buat 2 kali, mudah-mudahn juga tak payah aku gi SPA lepas nie.

{15.04.05}
2030 pm-0130 am

Tiba masa untuk makan malam, perut yang kosong sejak petang tadi boleh diisi. Sambil makan sambil bersembang. Apa lagi yang paling best kalau tak bersembang bertukar-tukar cerita dengan teman-teman. Menyuap nasik ke mulut pun terasa sedap.

Malam tue juga kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Ada kumpulan Morrok, Dugong Bersimpuh Ayu (DBA~korang musti tau kumpulan sapa nie! Hahahaha) dan juga kumpulan C'merah Padi iaitu kumpulan aku.

Kami diberi beberapa tugasan yang perlu diselesaikan iaitu mencipta logo group, motto dan cheers. Masa presentation kumpulan, semua best-best dan kelakar. Ada macam-macam versi dan gaya. Kreatif sungguh bebudak geju nie.

Lepas tue ada permaian Raja Botol, camner caranya susah mau explain tapi lebih kurang kita kena sebut nombor secara berturut dalam satu bulatan besar. Kecuali nombor yang ada nombor 7 dan sifir 7, kena disebut botol. Kalau tak, kau akan menyesal, sila keluar dari bulatan! Bulatan mula menjadi semakin kecik sampai ada yang menang. Tak silap aku Mush dari kumpulan Morrok yang menang game nie.

Yeahh, malam nie juga ada aktivi night walk. Memula kami ronda-ronda sampai ke Grand Canyon sambil menikmati keindahan alam, melihat bintang-bintang yang bertaburan di langit sambil menghayati kemerduan bunyi unggas dan bunyi malam (malam ada bunyi ke? hehehehe).

Part yang paling thrill ialah apabila kami dilepaskan seorang demi seorang dalam kepekatan malam tanpa bantuan sebarang seumber cahaya kecuali bulan. Huiyo seram gila ahh!! Dahlah sorang-sorang, siap kena sergah dengan hantu olok-olok lagi. Ampess betul. Nasib baik aku nampak hantu-hantu tue. Ada ke pakai kain cadar putih pastu nyorok tepi semak, siap nampak lagi lipatan kain cadar tue! Tapi tak berani plak aku nak tegur, takut betul plak hantu karang. Hikhikhikkk. Tapi bila dia dah sergah aku tue, aku sergahlah balik. Tapi bila pikir balik, buat apa pun aku sergah hantu tue. Dia hanya menjalankan tugas jee. Heheheheeee.

Sampai ke kem, tunggu kawan-kawan lain pulak. Paling aku kagum pada Neslo sebab dia yang pertama buat aksi nie dan juga Has (kawan Attokz) sebab dia perempuan pertama yang melepasi cabaran nie. You go girl!!

Masa untuk tidur! Warrgghhhhh!!!

{16.04.05}
0730 am-1700 pm
Siang tue ada aktiviti berakit tapi aku tak join sebab perlu balik ke pejabat. Ada kerja-kerja urgent yang perlu aku selesaikan. Yang aku tahu, kumpulan aku telah memenangi tempat pertama dan keempat daripada 6 kumpulan dalam acara itu. Tahniah kepada Bean-Seng (alala, melekat laa nama nie kat ko Bean) yang telah memangku jawatan ketua kumpulan dengan jayanya dan juga ahli-ahli kumpulan yang lain yang telah bersungguh-sungguh sehingga memenangi acara berkenaan.

Aku tiba lebih kurang dalam pukul 5 dalam kebasahan hujan yang lebat menggila. Habis lencun baju dan seluar aku. Tapi sebab teruja punya pasal. Aku harung juga. Elok jee aku sampai diorang baru suspended WarGame sebab hujan lebat. Mengisi kekosongan slot tue, kami menyanyi beramai sambil ND memetik gitar. Yang lawaknya muka masing-masing dah bercoreng-coreng sebab kononnya nak berperang dalam lumpur. Masa nie baru pecah tembelang, ada yang muka ganas hati kuntum! Yang badan macam BIG SHOW tapi jiwang. Muahahaa. Yang paling teruk kena sakat Dimanlah. Kesian Diman bila tang lagu sedih jee dia mesti kena.

Petikan gitar ND beralih dari satu lagu ke satu lagu. Dari lagu-lagu yang kita suka sehinggalah lagu-lagu yang kita tak pernah terpikir kita suka. Dari lagu kesukaan WkDin dan Tok R, shinggalah lagu-lagu pilihan sukaramai, rentak muzik terkini. Lagu paling best, mestilah lagu Bukan Kerna Nama. Fuhhh, syahdu beb! Menikam kesuma jiwa.

Dalam kul 6 agaknya baru hujan berhenti. Apa lagi jom WarGame! 5 minit mengatur strategi tapi tak ikut strategi pun. Hahahaha! Main hentam jee, maklumler bebudak group aku takde sorang pun yang ada pemgalaman main nie. 2 round pertama kami kalah teruk. Akulah antara orang yang pertama kena keluar. Tak taulah sebab aku nie berani sangat ke ataupun sebab badan aku nie besar sangat sampai tak boleh nak nyorok. Ekekekeke.

Part paling tak best biler kena tengking ngan Kak Tin sebab aku tuduh dia main tipu. Hahahaaa, padan muka aku! Sorie Kak Tin, Fendi pengadil. Saya tukang sorak jerk. Tuelah mulut cabul. :)

Tapi jangan tak caya, group aku menang jugak akhirnya. 2 kali pulak tue. Nampaknya strategi berlumba sangat berhasil tatkala masing-masing kehabisan peluru. Cuba teka sapa yang paling bawah sekali masa nak amik trofi (botol) tue? Sigh!

{16.04.05}
2030 pm-2330 pm

Malamnya ada aktiviti GJ. Rancangan awalnya nak buat diablog tapi rasanya kurang sesuai sebab takut bertindih dengan perancangan Diablog III plak. Lagipun tokehnya takde, tak bestlah kan?! So kami bersketsa malam tue. Sketsa tue mestilah memasukkan tagline 'Jiwa kenatal & Jiwa kacau'.

Kumpulan Morrok buat Kish Benar (Neraca Kehidupan) GJ, yang lawaknya bila dia buat twist watak Tok R ngan Watak WkDin. Tok R jadi WkDin, WkDin jadi Tok. Can u all imagine it?!

Kumpulan C'Merah Padi buat sketsa ala-ala The Apprentice, nama bosnya Dollah Trumpet (akuler tue!). Part yang best, biler aku fired Kak Ros dan Ayares (asistant aku)! padahal patutnya aku pecat Bean-Seng, Ajis Soto, Joyah Kutu ataupun Mun malam tue. Tapi sebab diorang nie bercinta dan asyik jiwa kaco, aku fired diorang!! Muahaha, kejamnya aku. Yati plak jadi secretary aku.

Paling best adalah dari kumpulan DBA, di mana Neslo menjadi homo dengan pasangannya Diman. Lakonan Diman sungguh into character sampai aku nyaris-nyaris percaya. Ehh betul ke Diman? Heheheheh. Lakonan Basrie sebagai Imam Masjid Negara memang tak dapat disangkal. Lengkap dengan kain pelekat dengan seluar steng (setengah) kat dalam. Lakonan Pulut? Yeah, anugerah pelakon lelaki terbaik beb!.

Pelakon wnaita terbaik digondol oleh Kak Yah manakala Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik dimenangi oleh mamak (sapa nama mamak nie, aku lupa laaa. Sabri ek namanya?).

{17.04.05}
0830 am-1200 pm
Aktiviti terkahir ialah kayak safari. Aktiviti yang agak mencabar bagi yang tak pernah mencuba ataupun lambat untuk menyesuaikan diri. Tapi bagi aku, best! Walaupun nie kali pertama aku berkayak, tapi aku rasa aku cepat menguasai teknik-teknik yang diajarkan. Banyak yang kami belajar, belajar buat 'rafting', macam mana nak masuk semula dalam kayak kalau kita terjatuh dan juga cara nak keluarkan air dari dalam kayak.

Aksi paling best adalah aksi beristinjak dengan muncung kayak oleh Diman dan Tok R.
Diman: Tok R, u jump i jump!
Tok R : Come on bebeh!!

Sepanjang-panjang aktiviti berkayak, banyak gak aksi-aksi yang aku ngan Ayares ngelat. Aku main short-cut jee. Konon-kononnya ada pas khas macam wartawan Media Hiburan. Yelaa, kalau aku join kang, sapa yang nak amik gambar korang kan? Huhuhuuu.

Adengan yang paling menyayat hati bila Mar tertelan air tasik agaknya sampai perlukan bantuan fasi. Kesian dia, tapi aku kagum dengan Mar, dah macam tue pun masih lagi cakap 'ok, ok!'. Boleh berkayak balik pulak tue. Cayalah Mar! Si Attokz pun kesian gak, kayaknya terbalik habis kamera pun basah.

Khabarnya kunci Basrie pun terjatuh dalam tasik, tak tahu betul ke tak. Yang pasti petang tue Basrie kena pakai skru driver nak start enjin kereta. Kesin Basrie!
----------

Itulah sebahagian coretan peserta-perserta yang join Projek Basah 2 buat pengubat jiwa kacau. Rata-rata semuanya berpuashati dan girang. Walaupun tak ramai yang join, tapi dalam komuniti yang kecil inilah kemesraan cepat benar tersemai. 3 hari 2 malam di sana seperti tak sabar-sabar hendak berakhir. Begitu cepat masa berlalu. Sisa-sisa kemanisan berbasahan masih terasa. Terima kasih kepada semua teman yang sudi berkongsi pengalaman dan kemanisan ini bersama.

Aku kagum dengan korang semua. Korang memang superb! Aku kagum dengan ND yang sanggup datang drive sorang-sorang walaupun kaki masih lagi injured, aku kagum dengan De5lin yang turut mengalami masalah di kaki, tapi tetap memunculkan diri demi sebuah komitmen, begitu juga Tok R yang direct dari Lumut terus ke KLD, masih batuk-batuk dan demam demi menjengah dan memberi tiupan semangat kepada kami di bumi perdalaman ini. Tahniah juga kepada yang lain-lainnya, kehadiran korang membuktikan bahawa untuk sebuah pensaksian, tidak cukup dengan hanya kata-kata.

Sesungguhnya kalian memang berjiwa kental dan berani. Hanya orang yang berani jee sanggup join benda-benda macam nie. Kalau tak berani tak payah datang laa, duduk rumah YM lagi bagus! Huahuahuaaa!

Nantikan VCD Projek Basah 2.0 dari kami~ Pak Bear, Tok R, WkDin & ND.

Sedikit gambar dari aku >> http://afxzal.fotopages.com

TERIMA KASIH KEPADA WARGA KLD YANG SUDI MENERIMA DAN MELAYAN KAMI DENGAN SEPENUH HATI. KEMESRAAN DAN TUNJUK AJAR KALIAN TAK DAPAT KAMI BALAS DENGAN RM90! HEHEHEHE