Powered By Blogger

Happy Birthday Umi!

Upacara bergambar dengan cupcake sempena birthday makbear pada 4 Jan 2013

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Percutian yang tak dirancang di Colmar Tropicale, pada 16-18 Nov 2012

Disneyland Hong Kong

We made it!! Hong Kong Disneyland 17-22 Nov 2011

Hari Raya Aidilfitri 2012

Huda asyik melalak je, so amik gambar pun lebih kurang je! Hehehe

Selamat Hari Lahir Waseem 2012

Sambutan birthday Waseem di Taska Permata. Cake Barney yang begitu menarik perhatian!

Showing posts with label Activities. Show all posts
Showing posts with label Activities. Show all posts

16 January 2014

Cerita Hero-Hero Taekwondo

Salam dari Petra Jaya, Kuching! Hari yang indah untuk memulakan entri pertama aku bagi tahun 2014 nie! Hehehe...
Alhamdulillah semalam sampai juga sijil grading Wafiy untuk 7th grade (2nd yellow). Ini bermakna Wafiy lulus laa grading yang diambil sebelum kami terbang ke Kuching dulu. Ye kami x sempat nak tunggu sampai keputusan sijil dan terima sijil tu tapi kami minta coach yang latih taekwondo tu pos ekspress kan pada kami. Kami siap2 dah sediakan sampul beralamat dan beri pada beliau. So that kalau sijil tu dah ada, dia just masukkan dalam sampul dan terus pos.
Wafiy sebelum grading! Macam artis korea kan? Ganteng! Hehehe
Semasa sesi penilaian berlansung... My hero yg kanan sekali.
Last bow pada sifu2 dan senior yang banyak memberi tunjuk ajar. Tq TYC Bangi!
Oh btw, bercerita pasal taekwondo ni, aku nak share pengalaman aku memotivasikan Wafiy untuk bersemangat semula untuk meneruskan kelas taekwondo ni di Kuching sebab memang itulah perancangan kami. Alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan! Alang2 dah tali pinggang kuning teruskan ajelah sampai mana termampu, dan Wafiy pun tahu.

Alih-alih xde panas xde ribut, masa minggu lepas masa balik dari swimming di Pusat Kecemerlangan Akuatik, Kuching, Wafiy cakap dia dah taknak lagi masuk taekwondo. Pelik juga kami, dia penat agaknya kot. So akupun slowly memberi kata semangat pada dia, bagikan contoh2 yang baik kalau dia kekal ber taekwondo, suntik sikit elemen2 'heroic' dalam citer aku tu so dia rasa bersemangat balik. Memang terus bersemangat pun! Waseem pun terus lagi bersemangat nak join!!! Hahaha...
Akhirnya ginilah jadinya. 2 2 masuk belajar taekwondo dengan gigih sekali. Tengoklah si Waseem tu. Kemain lagi menendang! Tak sangka dia bersemangat juga nak bertaekwondo walaupun baru 5 tahun. Dan dialah yang paling kecik dalam kelas tu sbb sepatutnya had usia paling muda ada 6 tahun, tp sbb Waseem ada abang yang sama sekelas dengan dia, so dibenarkan.

Oh lupa juga nak bagitau, sijil Wafiy yang aku cerita dah terima smlm tadi tu penting supaya Wafiy terus boleh continue tali pinggang kuning dia kat sini. Kalau x kena ulang balik dari mula. Mujur TYC ni diiktiraf oleh WTF (sbb kat Kuching nie WTF). So minggu nie just tunjuk je pada master tu... Hopefully xde masalah laa. InshaAllah. Chaiyok Wafiy n Waseem chaiyok!!!

19 August 2013

Ragam Bergambar di Aidilfitri!

Salam Aidilfitri 1434h! Rasanya x terlambat lagi utk aku nak ucapkan selamat hari raya dan memohon maaf zahir dan batin kepada semua. Maklumlah kita ni manusia yg lemah, mmg tidak dapat lari daripada kesalahan dan kekurangan.

Anw raya kali ni sama je mcm tahun2 yg lalu. Pakai baju raya, makan juadah raya yg best2, berjumpa sanak saudara, main bunga api dan mcm2 lagi... Yg x bestnya kena bg duit rayalah! Hahaha gurau jee...

Bila raya nie, mcm2 ragamlah kami anak beranak... Yang paling beragam2 mcm pancaragam adalah sesi bergambar ala2 retis dan next top model gitew! Aku rasa setelah makbear 'pecah kepala' pikir nak pakai baju raya tema n kaler apa, inilah masanya makbear akan beraksi sakan melaram dengan baju rayanya! Hehehe...

Aku x salahkan dia, sbb kebetulan teknik shooting n editing aku mmg superb (sila muntah), x peliklah makbear meminta lagi dan lagi gambarnya diambil. Hohoho... Tawun ni lepas semayang raya terus posing, x sempat lg nak bersalam2... ;)

Jom layan gambar raya tahun ni...
Pose maut!
Gambar ni mmg lawak, aku mmg x reti nak pose mcm ni. Fail!
Idea makbear suh buat mcm ni...
Dah penat diri, duduklah pulak! Hehehe
Ni gambar family ramai2 belah aku
Ni kat umah mak belah makbear
Mcm2 gaya...
Bersama nekchom...
Gambar terakhir pose raya tahun 2013

Kali ni meh tgk gambar raya 2012 plak. Kalau lemah semangat jgn tgk sbb banyak aksi lagak ngeri!
Kan dah cakap kan kan? ;)
Paling suka dgn gambar nie...
Sesi bergambar beramai2...
Masa ni huda tgh melalak! Hehehe

Ok yg last sekali nak tunjuk ragam bergambar raya tahun 2011...
Suka dgn warna kuning baju nie...
;)
Hehehe poyos abisss!!!
Freestyle! Masa tahun 2011 ni pestaim pakai Dslr... Tgh giler editing wat mockup album org kahwin... Gambar pun pelik2 jeee...

Begitulah kekdahnya serba sedikit ragam bergambar hari raya kami yg huru raya tapi best! Hehehe

Sent from my iPhone

29 July 2013

Mengacau Dodol dan Konsep Syukur

Semalam kami pergi menonton wayang sebagai ganti sbb hari Sabtu mlm sebelumnya yg terpaksa rush balik semula ke Bangi sbb Makbear ada urusan yg x dapat dielakkan. Kasihan pada Wafiy dan Waseem yang x puas bermain2 bersama sepupu2nya, dah la jarang2 dpt berjumpa. 
Kebetulan hari Sabtu tu ada program kacau dodol di kampung, 2 kawah! Makanya penuh meriah laa teratak Tok Aji Amat dengan kehadiran anak2, menantu, cucu, cicit, cocot semuanya! Yang memasak, memasak, yang mengacau dodol, mengacau dodol... 
2wau pun x ketinggalan, kemain ceria lagi, letih2 puasa pun seronok bermain, malam main bunga api pula, mana x seronok? Beronok2 laa jadinya!

Kita sbg parent manalah sampai hati nak merampas kebahagian tu dari anak2, kelmarin masa ajak Wafiy balik ke Bangi, muka dia masam je... X puas lagi laa tu main dgn kwn. Jadinya dari situlah timbulnya MoU supaya semalam kami pergi tengok Despicable Me 2! Barulah Wafiy ceria balik, Waseem masih kurang faham lg. Hehehe...
Lepas menonton wayang, g playground lagi! Playground yang kat The Mines ni istimewa sikit, sbb dia ada aktiviti mcm main2 pasir, tp bukan pasir laa, ntah apa kebendanya tp kecik2 mcm kacang, warna coklat. Puas bermain tengok jam dah nak pukul 5, ajak balik. 

Otw nak ke parking boleh pulak terserempak dengan maskot2 Boboiboy, 2wau sibuk laa nak g dekat2, nak snap gambar dengan Boboiboy katanya. Aku cakap cukuplah, dulupun dah pernah bergambar dengan Boboiboy, umi dgn dedi nak kena balik, nak solat, nak sediakan juadah berbuka puasa pulak.

Apa lagi tarik muka seribu laa si Wafiy. Muka x puas hati sbb permintaannya x dilayan. Aku 'bilang' satu je... Aku cakap "abang jgn pikir apa yang abg x dapat/ada, cuba abg pikir apa yg abg dapat/ada (dari umi dan dedi). Abg dah dpt tgk wayang, dah main playground... (Syukurlah)...".

Wafiy diam, aku tahu dia sdg mencerna kata2 aku dan aku tahu dia akhirnya paham. Si Wafiy nie otaknya rasional kalau kita terangkan betul2 dia faham, agaknya dah dibiasakan sejak kecik. Lps tu dlm kereta terus moodnya ok.

Sebenarnya konsep bersyukur ni bukannya patut ada pada diri kanak2 je, kita yang dewasa pun kena fikir begitu, barulah perasaan 'redha' tu akan hadir. Akupun kadang2 selalu ingatkan diri, bilamana terasa nak itu dan ini... Syukurlah dengan apa yg ada. Ada org x merasa nak mendapat nikmat yang mcm kita dapat sekarang nie. Syukur juga sbb tahun ni ramai yg balik mengacau dodol. Semua excited nk menyumbang tenaga. Jadi xler penat sgt mengacau walaupun tahun ni mmg buat lebih sikit. hahaha... Renung2kan dan selamat beramal! :)

Sent from my iPhone

24 July 2013

Kenangan Di Negeri Cik Siti Wan Kembang Part 1

Entri tertangguh...

Terjaga pukul 3 pagi mata x boleh nak lelap plak. Aduhai mata...  Nak tunggu sahur kul 4 lebih nanti. Eloklah aku update blog. Banyak entri lagi nie nak cerita-ceriti. Maklumlah 2 bulan lepas bercuti panjang dari berblog. Hehehe...

Bertepatan dengan tajuk entri kali ni yang bermula dengan perkataan 'Kenangan' makanya mmg dalam kenangan je lah sebenarnya sebab kami ke Kelantan pada 11-21 Mei yang lalu huhuhu... Kami ke sana sebab Makbear has sat for her final exam 'post-graduate' yang telah dibuat di HUSM Kubang Kerian. 

Ikut perancangan awal mmg Makbear sorang je ke sana, namun disebabkan masalah ketagihan kronik si Huda pada ninin umi nya, maka kamipun sekeluarga tersampai lah ke sini juga. Tq Huda, because of you dedi boleh jalan2 gi Kelantan! Hahaha... Tension je Makbear baca... :P

Disebabkan tempoh masa kami di sana 'memanglah tersangat lamanya punnn...' Jadi mmg mcm2 kenangan lah dan pelbagai aktiviti yang kami lakukan. Kecuali Makbear laa... Dia join kami kadang2 je, maklumlah org exam... Kalau dia pun sama berhorey2 dengan kami, alametttt!!! 

Semasa kami di sana kami duduk homestay. First time juga nie pengalaman duduk homestay. Yang menariknya kami duduk dia dua homestay! Maksud aku dlm seminggu kami di Suria Homestay dan selebihnya dia MSZ Homestay. Kenapa? Alaa sbb Suria Homestay x available (dah ada org lain nak masuk next weekend nya tu), so kami pindah ke homestay lain pulak, nasib baik dekat. Alaa kat Kampung Chacha! Hehehe mcm laa familiar sgt kan?

Oklah xnak ngomel panjang, kali nie aku akan bercerita secara 'pictorial' sbb banyak ambil gambar, tp pakai iphone jee, terus upload ke instagram... (Feel free to view my instagram @afzalrazak, amacam ada berania? hehehe...). Dslr ada juga bawa tapi x larat nak usung sbb aku berjalan sorang je nak handle 3 orang anak, mana dan nak 'klik2' dengan dslr tu... Karang kamera ke mana, anak ke mana... Nayo Kak Ton!
Masa ni di Taman Perbandaran Tunku Anis KB. Taman permainan yang besar, siap ada mcm taman air. Ada juga kemudahan lain mcm trek joging, tempat bersenamrobik, surau, tandas, wakaf2 utk istirehat dll. Tempatnya ok cuma kurang maintainance, so ada kemudahan yang dah nampak buruk dan rosak. Tp overall ok laa... Cumanya lepas pergi dua kali, ada member di KB bgtau kat situ sebelum nie ada kes HFMD (try google), walaupun menurut Makbear mcm x berkaitan dengan aktiviti air di situ, tp seriau jugak ler kami nak pergi lagi. Kena cari alternatif lain utk bergumbira.
Destinasi pertama kami jln2 adalah ke Muzium Adat di Bandar KB. Sebenarnya ada muzium DiRaja berdekatan muzium ni tp kami x larat nk g. 
Pastu kami pergi Muzium Perang pulak. Sebelah Muzium Perang ada Muzium Islam tp kami pun x pergi... Ingat nk g lg pasni tp x berkesempatan daa...
Sempat juga merambu ke Rantau Panjang. Tp dah x rasa keistimewannya sgt, makbear memborong toto jee...
Otw blk singgah sembahyang di Masjid Beijing aka Masjid Cheng Ho... Kebetulan masjid nie otw dari Rantau Panjang nak ke KB.
Lepas tu ada sekali kami sempat ke PCB, Pantai Cahaya Bulan, nama lamanya Pantai Cinta Berahi. Sempat laa main layang2 dgn 2wau n pekena maggi ketam. Nampak tu siap bagi 'playar' utk nak pecahkan kulit ketam tu. oklah rasanya cuma aku mmg x reti nak makan ketam nie selain dr masak lemak cili api dengan digoreng (kenangan makan sup ketam masa kena denggi mmg x boleh lupa! Hehehe). Selepas makan kami segera meninggalkan PCB sbb langit gelap dan angin kencang mcm nak ribut.
Snap gambar ni sebab rasa 'come sokmo'! :)
Ada satu hari minggu yang boring tu, aku bawa anak2 g Tesco KB. Saja je jalan2, anak2 main playground and pasir yang warna2 tu, apa ntah namanya.
Ptgnya gi swimming plak kat Equatorial KB. Semenjak tu mmg kitorang g mandi kat sana je. Budak2 ni mmg suka g swimming pool.
Yati Ayam Percik, antara destinasi yang wajib disinggah sekuranya ke KB
Suatu pemandangan yang menggamit perhatian aku, perhatikan basikal atas bumbung kedai basikal nie. Kreatif kan orang2 KB nie? Hehehe.. 

Ok dah panjang sgt dah nie. Nanti kita continue part 2 ok?! Banyak lagi nak cerita nie... tguuuu!!!! :)