Powered By Blogger

Happy Birthday Umi!

Upacara bergambar dengan cupcake sempena birthday makbear pada 4 Jan 2013

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Percutian yang tak dirancang di Colmar Tropicale, pada 16-18 Nov 2012

Disneyland Hong Kong

We made it!! Hong Kong Disneyland 17-22 Nov 2011

Hari Raya Aidilfitri 2012

Huda asyik melalak je, so amik gambar pun lebih kurang je! Hehehe

Selamat Hari Lahir Waseem 2012

Sambutan birthday Waseem di Taska Permata. Cake Barney yang begitu menarik perhatian!

Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

08 July 2013

Menjandakan Diri Dari Kesibukan Metropolitan di Janda Baik

Pada 29 Jun yang lepas bersempena besday aku kami telah bercuti ke Janda Baik, Pahang. Ekceli this plan should going to be a 'surprise' holiday to me, maksudnya aku x tau ke mana akan dibawa untuk bercuti. Tapi disebabkan 2 3 tempat pilihan utama telah pun di fully booked, makanya Makbear pun tension, dah putus asa dah kononnya. Pastu aku cakap "tue lah rahsia2 nau, xnak bgtau... x berkat. kalau bgtau kan senang, inshaAllah ada yang available...", hehehe saja je usik Makbear.

Last2 Makbear tunjuk gak laa kat mana dia nak ajak aku pergi walaupun aku dah boleh agak2 laa. Aku cakap ok, best. Makbear cadangkan kita buat BBQ malam nye. Pergh lgler aku teruja! Makbear pun uruskan hal ehwal nak booking kat tempat yang dia cadangkan tue (selepas membaca beberapa review di blog), sib baik masih available. Yeayy!! Bestnya... X sabar sangat. Tunggu seminggu rasanya mcm setahun. Chewahhh! Kihkihkih... Akupun dah standby laa bahan2 utk BBQ, mgu sebelumnya pun dah balik kampung angkat set mini BBQ aku yg pernah aku beli masa nak buat BBQ di kampung. Sebenarnya aku xler pandai nau buat BBQ nie, belasah je. Tp aku mmg berhasrat kalau plan kali nie berjaya, alamatnya mmg selalu laa kami berchalet/bercamping dan beBBQ pasnie!
Kami telah memilih Zaini Guest House sebagai destinasi percutian kami. Tempatnya agak terpencil jauh sikit ke dalam, sbb semua orang tau kawasan Janda Baik nie mmg ada banyak chalet/camp site/resort, bersepah! Tapi Zaini Guest House nie adalah antara yang dah hujung2 dah lokasinya selepas ABC Resort, bersebelahan betul2 dengan Kak Long Chalet tetapi sebelum Kem Latihan UMNO (ILMU). Kiranya kalau terlepas tue kena lah pusing balik. Hehehe... Kalau diikutkan Zaini Guest House antara yang sempoi laa tempatnya. So kalau berhajat nak resort atau chalet yang grand2 tue, this is definitely not your place, cari laa resort 'standard2' kat situ, banyak.

As for us, tempat nie just nice... simple. Kiranya mmg betul2 'back to nature' laa kata orang. Udaranya nyaman, sejuk... Hijau jee saujana mata memandang. Mmg sesuai dengan mode percutian kami kali ini, trying something different. Yelah selalu bercuti tido hotel je.. kali nie duduk kat chalet dlm hutan. Mandi sungai, masak sendiri... BBQ lah tue. Tp don't worry ada jee kedai makan sebelah guest house nie. Hehehe... Furthermore makbear pilih tempat nie sbb dia rasa mesti aku suka nak amik2 gambar since dia tau aku mmg minat fotografi. Suke suke suke!
Inilah permandangan chalet kami dari luar. Kalau berhajat nak chalet nie kena mention 'Family Chalet', sbb ada satu je kat situ, siap ada toilet tingkat atas, kat bawah ada tempat makan, sinki, kamar mandi dan peti ais (kecik je peti aisnya tapi cukuplah nak isi bahan2 untu BBQ)!

Keadaan dalam chalet, just nice... Selesa untuk sebuah keluarga sederhana. Takde kipas hokey! Tp don't worry mmg sejuk jee al the time. Dinding ada lubang2, tp tue yg best tue, open air katanya! Hehehe...
Toilet dalam bilik (tingkat atas) yang juga berkonsepkan open air, tingkap sebesar2 alam, boleh dengar deruan sungai di belakannya, bunyi unggas... Sejuk jeee. Memang sesuai untuk 'termenung' berjam2! :)
Nampak x sungai kecil tue, mmg mengalir betul2 belakang chalet kitorang. Dengan jee bunyi deruan airnya tue sepanjang masa.




Sampai2, angkat barang, rehat lebih kurang terus berendam dalam sungai depan guest house tue. Airnya mmg sejuk, persekitaran bersih (bagi kitorang oklah) dan mengundang mood untuk bermandi manda.


 Lepas mandi manda, main badminton plak dpn chalet. Ramai pulak tue peminat yang tengok. Tue semua jatuh cinta dengan ai, dah tau dah! :P
Sempat snap sekeping gambar nie...


Sebelah malamnya seperti yang aku cerita tadi kami buat BBQ. So mmg boleh kelihatan di belakang tue gambar chef amatur yang terkial2 tgh buat BBQ. Hehehe, sebenarnya banyak aku buat... ada ayam, ikan, sosej, udang dan sotong, cicah dengan kicap taruk cili dgn limau, perghhh!!! Yang dalam gambar nie yang bakinya jee bila masing2 dah kekenyangan.






Malam masih muda, darah masih panas... lepas makan BBQ acara potong kek plak untuk besday boy! Seronok betul mlm tue, main gambar2... lawak2... :)
Esoknya awal2 pagi aku dah bangun g beli nasi lemak kat Janda Baik nie. Baca kat blog ada a few kedai yang nasi lemaknya best. Aku pun x sure yang mana satu, main agak jee... tapi oklah. Boleh layan, Makbear kata sambal kurang, kalau lebih lg sedap. Hehehe...

Gambar nie xde kena mengena dengan nasi lemak, saja nk bgtau antara aktiviti aku berfotografi di waktu pagi.
Boleh sewa basikal, 1 jam RM6. Satu hari RM20. Boleh ronda2 kampung. Aritu masa pendek, kalau x teringin juga nak try.
Mercu tanda Zaini Guest House. Kalau google images mesti ada keluar gambar nie. Unik!

Ada jambatan yang menghubungkan antara parking kereta ke kawasan chalet.
Nak juga snap gambar pepatung nie walaupun blur. Jenuh! Hehehe
Ada jambatan gantung juga, tapi aku ambik gambar talinya saja. Hahaha...
Masa nie semua dah mandi sebenarnya... pagi2 dah berendam dlm sungai. Tapi pastu rendam2 kaki pulak, ikut dedi snap2 gambar...

Mmg semulajadi habis! Sapa tau gambar yang kedua tue apa? :)
Budak 'embam' berlatih jalan tanpa kasut, merasai rumput2 menghijau... merangsang deria tapak kaki. supaya cepat berjalan hehehe...
Bersama Miss Angela, kakak angkat kepada kepada owner guesthouse nie. Zaini n family balik kampung di France. Angela sgt ramah orgnya dan fasih berbahasa melayu. Sempoi, jalan pun x pakai selipar.




Macam biasa aktiviti terakhir sebelum balik adalah berposing2 sakan. Cuaca masa tue pun macam best je untuk bergambar, so apa lagi. Klik klik klik! Hehehe..

Anw pengalaman yang tak dapat dilupakan di Janda Baik, di Zaini Guest House. Zaini Guest House is a really great place. Kalaulah ada beberapa komen yan aku boleh nyatakan di sini adalah:
1) I'm sorry, i really have to mention this. Ada seekor anjing yang memang jinak dan x mengganggu orang sering berkeliaran di kawasan ini, agak x sesuai sebab aku tengok majoriti yang datang sini adalah muslim, so kalaulah anjing tue milik ownernya, perlu dikurung demi keselesaaan tetamu.
2) Ada kemudahan untuk aktiviti flying fox dan juga jambatan gantung, tp need maintainance. Don't know safe ke x untuk guna. Aku tgk ada jugak anak2 tetamu yang panjat, tp secara mata kasarnya mmg nampak dah x selamat.
3) Signage, signage, signage! Tetamu nak mencari x jumpa sbb xde sebarang signage dari mula masuk ke Janda Baik sampai laa dpn guest house, ada laa satu, kecik jee... tue pun dah nak koyak. Kalau owner nya ada inisiatif untuk memasang lebih banyak papan tanda, ianya adalah sangat membantu. Kami hanya berpandukan clue selepas ABC dan sebelum ILMU. Tue pun terlepas, tanya org rupanya sebelah jee. Hehehe....
More info on Zaini Guest House >>http://jandabaikpahang.blogspot.com/ >>http://www.zainiguesthouse.com/ dan juga di FB serta blog2 lain.

Sayonara Janda Baik, kami pasti akan datang lagi. Baru seminggu berlalu dah rasa rindu. Ada teman yang baru berkunjung ke sana hari minggu yg lalu nie, cemburu tau! Hahaha :P





07 July 2013

07072013 - Happy Birthday Abang Wafiy!!!

Happy birthady Wafiy! Dedi tau mesti abang pelik kenapa besday abang kali nie x semeriah biasa, (Besday Dedi aritu pun lagi meriah! Hehehe... ). Dedi dengan umi minta maaf banyak2. Permintaan abang Wafiy untuk celebrate besday di kampung bersama sepupu; Abg Fizi n Aufa, Ali, Dayyan, Amir, Hadif dan lain2nya terpaksa kami postpone kan dulu sebab masanya x sesuai. Nanti kita balik kampung, kita buat ye sayang... Xpelah kali nie abang mengalah sikit sbb selalunya tiap2 tahun dedi dgn umi dan buatkan besday abang yang grand2 kan?

Kesian abang Wafiy sbb dedi tau abang x puas hati kenapa abang x dapat kek taekwondo mcm yg umi dgn dedi dah janji tp dapat fruity pavlova jee. Sebenarnya pavlova tue umi dengan dedi yang nak rasa, macam manalah rasanya pavlova tu yang org suka sgt! Dahsyat kan? dedi dgn umi x pernah makan pavlova! Oklah dedi suka, umi tewas dengan kemanisan pavlova tue, terus pening dan mcm nak kena hyperglycemia! Terpaksa dedi buatkan cekodok bilis dengan teh o panas supaya otak umi center balik. :)

Hehehe... sori tau, don't worry kek taekwondo Wafiy akan tetap dedi dgn umi usahakan... lagipun kak Hawa yang selalu kita order kek dengan dia tue dah tutup kedai pulak sebab dah puasa. X perasan sayang, pejam celik pejam celik dah nak puasa. Umi dengan dedi tengah sibuk nak uruskan pasal rumah kita di Kuching nanti, hal sekolah abang dan adik Waseem, tue yang x sempat nak pikirkan perihal besday abang (buat masa nie), inshaAllah lepas nie ada masa kita buat besday abang ye sayang, jemput kawan2. Abg nak hadiah transformers lagi yee...?
Malam nie pun abg bergambar sorang2 sebab adik2 dah tido. Dedi dengan umi seksi nau rasanya nak bergambar. Hahaha... xpelah, esok dedi belikan goodies untuk kawan2 skool yee? ada 24 orang kawan baik nak bagi? cukup ke? Nanti dedi buatkan 30 paket sekaligus ye sayang. Dah jangan majuk2 tau. Dedi dgn umi sayang abang.

Abg mmg seorang anak yang baik bahkan yang terbaik! Bijak dan rajin tolong umi dengan dedi. Abg rajin solat dan mengaji, sampaikan dedi pun kena ikut rajin macam abang. Terima kasih tau! Syukur Alhamdulillah. Nanti x lama lg nak puasa, kita puasa dan solat terawikh sama2 mcm biasa ok? Owh ye satu je lagi pesanan dedi, jgn selalu usik adik Waseeem, adik tue kecik lagi x paham... Abg kena banyak beralah sikit dengan adik dan kurangkan berleter pada adik. Kesian adik tue! Hehehe...

Happy birthday abang Wafiy!!!

21 April 2013

Birthday Boy Yang Garang

Pada 12 April 2013 lepas kami telah mengadakan sambutan hari lahir (belated) yang ke 4 tahun Muhammad Waseem yang dilahirkan pada 10 April 2009. Alaa sambutan ala kadar je, blanje adik beradik aku makan di Medan Ikan Bakar Parameswara Umbai Melaka. Program yang x diplan sgt sebenarnya, tp keknya mmg diplan sungguh2 laa oleh Makbear. Hahaha... Well... semenjak dah jumpa pakar buat kek yang power nie, kitorang mmg suka bagi cabaran pada Kak Hawa tue dengan design kek/cupcake yang mencabar namun hasilnya mmg x pernah mengecewakan. Ktorg pernah mintak buat kek angry bird laa, barney n friend laa dan juga cupcake yang bermotifkan doktor sempena besday Makbear awal tahun aritu. Semuanya beyond expectation dan menepati kriteria yang ditetapkan. Kek aku juga yg xde! Hahahaha...

Berbalik kepada topik utama iaitu besday Waseem. Anak aku yang no 2 nie karakter dia mmg garang sikit berbanding abangnya (yg lebih sopan santun dan leman lembut hehehe...). Masa kecik2 dulu kitorang mmg panggil dia anak rimau dan bila tanya dulupun "Waseem anak siapa?", dia akan jawab "Anak rimau!!". Hahaha... Bila aku kata dia garang maksud aku dia jenis orang yang tegas dan berprinsip (walaupun baru umur 4 tahun). Kalau ada benda yg dia x suka dia akan marah, don't play2 aaa... paling kuat dia diam membatu... buat derkkk jee.. cakap apa pun x jalan. Kasi dia sejuk dulu baru boleh pujuk. Contoh lain yang paling jelas nak menerangkan karakter Waseem ini ialah kalau g 7eleven dia kata dia nak coklat (mcm yang dia nak), kalau coklat yang dia nak tu xde, dia xkan beli benda lain. Itu prinsip dia. Unless kalau aku bebetul pujuk coklat lain mungkin dia akan terima gak kot tp secara asasnya dia mmg berpegang pada prinsip dan kata hati dia. Kalau dia x suka jgnler paksa... mmg susah dia nak ikut! Itulah Waseem yang ku kenal...

Anw seperti tahun2 yang terdahulu, ktorg akan sediakan sedikit goodies untuk kawan Wafiy/Waseem di sekolah. Dan tawun nie pun kami buat simple jee tp yg istimewanya tahun nie instead of kami bagi gula2 dan coklat, kami juga bagi buku. Yeah Makbear seorang pencinta buku jadi dia memang suka bagi hadiah buku kat orang semoga budak2 nie minatlah nak membaca buku. Wafiy dan Waseem pun suka membaca, nie semua hasil asuhan Makbearlah. Thanx syg... :)
Inilah ghupenya goodies untuk kawan2 Waseemun...
Inilah kek Oggy n the Cockroaches pilihan Waseem!!! Ada sesapa ke yg x pernah tgk citer nie?
So nak dijadikan cerita mcm aku ckp tadi, Waseem nie orgnya berpendirian dan sedikit keras hatinya. Kami dah bagitau dia yang kita akan balik kg umah Nek Nah n Tok Jak untuk potong kek dia bersama Amir dan Hadif. Tp sbb last minit tukar plan tetiba sampai ke Umbai pulak, dia protes laa kenapa datang situ pulak, kenapa x balik umah Nek Nah. Sedangkan Nek Nah, Amir n Hadir semua2 ada jee kat Umbai masa tue. Tp dia merajuk laa, moody sikit. Tue yang ajak amik gambar pun xnak tue! Sabor je lah.. Sib baik ada Amir dan Hadif ada yang memeriahkan suasana...
Thanx korang sbb datang... :)
Keluarga Maklong n Paklong yg sentiasa supportive lg spoting
Muka malu2 sebelum mula membaham! :p
Nyum3x... rasa x puas makan aritu sbb jg organizer n photographer, blk Melaka kena repat lg nie!
Sesi memotong kek, masa nie mood besday boy dah ok... kadang2 bila pikir2 balik si Wafiy pun dah paham perangai adiknya. Dia pun sabar juga melayan kerenah dan memujuk Waseem. Dia ada fikiran bahawa sambutan besday nie x buat selalu, so kena amik gambar sbg kenang2an...
Rainbow uuu!! Mcm2 laa Makbear nie, rainbow laa, red velvet laa, cheese choc laa...
Baru muka nak senyum.. tue pun susah betul nak bergambar! Waseem2x...
Keadaan lipas2 yg masih lg 'intact' dan hensem2
Habis kena kitai!! Hidung, kepala, mata semua dah tercabut!! Hahaha...
Sesi bg hadiah... seronokler anak2. Thanx semua pada yg bg hadiah...
Huarrrrghhh!!! Aye dah nagntuk laa.. aye nak balik tdo... Huhuhu...

P/s: pada sesapa yg nak tau harga runcit kek mcm kami nie adalah RM280 utk 2kilo. Tp kami dpt sepecial price (dpt lg cupcake laa..)  sbb regular customer katakan n kawan pulak kepada kakak ipar aku. Nak bg url FB dia tp cr2 x jumpa laa. Kalau teringat nanti aku update kat sini...