Powered By Blogger

Happy Birthday Umi!

Upacara bergambar dengan cupcake sempena birthday makbear pada 4 Jan 2013

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Percutian yang tak dirancang di Colmar Tropicale, pada 16-18 Nov 2012

Disneyland Hong Kong

We made it!! Hong Kong Disneyland 17-22 Nov 2011

Hari Raya Aidilfitri 2012

Huda asyik melalak je, so amik gambar pun lebih kurang je! Hehehe

Selamat Hari Lahir Waseem 2012

Sambutan birthday Waseem di Taska Permata. Cake Barney yang begitu menarik perhatian!

31 March 2013

Tq ToysRus!

Semalam pergi ke ToysRus Alamanda selepas telinga dan hati dah cair dengar si Waseem nak keta kontrol... Keta kontrol... Dah lama dah dia minta, kononnya... Jadinya kami plan nak belikan je lah... Since besday dia pun x lama lg, kira merangkap hadiah besday lah nie...

Sampai2 je aku dah sound awal2, beli keta kontrol je jgn nk melencong ke tempat lain. Walaupun aku sendiri dah lama usha toys Ironman kat situ! Wakaka!!! Makbear suruh aku jd consultant dlm pembelian keta kontrol berkenaan, jadi akupun pilih laa yg bersesuaian dan apa yg penting memenuhi kriteria bakal owner nya. Hahaha...

Usha punya usha, kami jumpa laa keta kontrol yg berkenan setelah dilobi baik punya oleh aku! Tp yg bestnya Waseem pun lobi jugak, suruh beli dua utk abgnya sekali! Punyalah sayang Waseem kat abg dia. Nak main sama2 main, baru seronok agaknya. Untunglah abg Wafiy, menangguk di air jernih nampaknya! ;)

Ok, itu cerita beli mainan. Sampai rumah apa lg keja membuka laa kotak permainan, isi bateri dan main. Tp yg aku pelik apesal keta kontrol Waseem berpusing je... X jalan ke depan. Aku baca manual sepatutnya boleh. Masa aku tgh berpikir2 tu, "dedi arial kontrol ni dah patah", aduhai semanis kurma bunyinya! Hahaha well itu tragedi biasa bagi pemilik kereta kontrol bawah umur ni, Wafiy dulu brape banyak dah patah.

Anw hati dah berbelah bagi, aku rasa kereta ni kena hantar ToysRus balik nie, mungkin boleh ganti baru or setidak2nya dorang boleh repair balik. Tp bila mengenangkan arial pun dah patah (tapi aku dah lekatkan balik pakai selofen tape), kotak dan display form dia dlm tu pun dah masuk plastik sampah (actually plastik ToysRus tu yg telah dijadikan plastik sampah), hati aku dah 'goyang'... Dpt ke replace baru ni?

Sbb tu biasanya kalau patern aku lah yang bukakan kotak mainan budak2 nie, aku bukak baik2, tali2/kawat2, plastik, soft form bagai semua tok nenek yg dtg bersama kotak tu dan yg plg penting resit, aku simpan dulu sampai konpem mainan tu boleh guna dan puas hati baru boleh buang. Kalau x jadi mcm nie lah. X pasal2 aku korek balik plastik sampah tu utk cari balik kotak dia. Sib baik resit mmg aku simpan.

Mengenangkan kesian tgk kereta tu pusing2 je, jadi sbg org yg bertanggungjawab memilih mainan tu, ptg tadi aku gagahkan juga diri aku ke Alamanda (aku rasa bulan ni dah brape kali aku g Putrajaya) utk merujuk masalah yg timbul, plannya pas selesai urusan di ToyRus boleh laa g tgk belon udara panas (aritu g malam dah x banyak belonnya). Lagipun Wafiy mmg ada ckp mak tgk belon tu banyak2 pada waktu siang.

Yg bestnya bila sampai di ToyRus, akupun komplen pasal mainan tue, technician dorang check lebih kurang, terus ganti baru! Huhuhu... Alhamdulillah! Dengan arial2 baru ganti sekali... Inilah baru dikatakan servis yang terbaik, xde banyak songeh. Agak2 x ok je terus tukar, test sampai pengguna puas hati. Lepas tu ucap terima kasih, sila datang lagi. Haruslah aku dtg lagi dik... Lg pun aku mmg ada member card ToysRus.

Bercerita pasal member card ToysRus ni aku nak khabarkanlah sikit yang mana antara kelebihan pemegang kad ni, kita boleh dapat special discount on selected item (cr yg ada tulis member/hot item/ special mcm tue laa) mcm kereta mainan Waseem tu harga RM99.95 tp sbb member dapatlah RM79.95. Less RM20. Oklah kan? Pastu masa besday pemegang kad (termasuk isteri dan anak2) boleh dapat less RM30 bila tiba besday dorang, janji kena tgu dulu sms dr ToysRus dan kena pembelian lebih RM150 dlm 1 resit. Mcm mana nak dptkan kad nie kena tanya dorang, akupun dah lupa tp x silap aku kalau beli barang lebih RM100 kot boleh dpt kad tu.
Muka malu2 suruh bergambar depan ToyRus sbb ramai orang lalu lalang...
Yeay dapat replace with new set. Thanx ToysRus!

Kesimpulannya kita sebagai pengguna ada hak untuk tukar mainan kita yang kita beli dari penjual kalau kita rasa x puas hati atau rosak. Simpanlah resit, so kalau jadi insiden2 mcm nie resit tue amat berguna dan kalau nak beli mainan anak2 belilah dr penjual yg bertauliah, huhuhu... at least kalau beli kat ToysRus nie, kalau rosak tue boleh laa ganti... kalau mcm aku beli kat My**n dulu, dah laa baru maian 2 3 jam dah rosak, nak g tukar balik pun malas bila pikirkan masa beli tu pun org tue mcm nak xnak je layan kita. Ingat ye Wafiy, Waseem.... jgn beli mainan kat situ. :)

p/s: Plan nak g tgk hot air balloon dibatalkan sebab hujan lebat siap ribut petir lg. Kecewa aku tahun nie...

Sent from my iPhone

29 March 2013

Gigi Huda Dan Perut Pakbear

Huda yg omel dah tumbuh gigi...pakbear yg pasan semalam setelah Huda men"ongges" perut pakbear yg gebus itu...hehehe...bagus Huda..keep up ur good work!!! Port baek punya...pandai Huda pilih tempat utk uji ketajaman gigi dia....;p

Aku?? Attitude problem??? Apa tu??

Terima kasihlah...selepas hidup di dunia ini selama 33tahun lebih akhirnya buat pertama kalinya ada seseorang berani labelkan aku ada attitude problem just based on few criteria yang tidak berpatutan...tahniah jugalah utk diri ni...bukan senang org bernama aku nk dapat title tu...hnya selepas 33 tahun, selepas dh melalui onak ranjau jadi med student, HO, MO dn ketika buat master, dh final year pulak tu...lagi beberapa bulan je lagi nk complete master dn menyandang pangkat yg baru....ahaksss...harimau tido jangan diganggu ye...saja aku abadikan kenangan dilabel attitude problem ni di blog aku supaya aku akan sentiasa ingat untuk terus dan terus meninggalkan org yg kata aku ada attitude problem ni....kita tengok sapa yg akan pegi lebih jauh. ;p

28 March 2013

Pengembaraan Memburu Katak & Kodok


Jumaat petang yang lalu kami telah ke Muzium Alam Semulajadi di Laman Politik, Persint 15 Putrajaya utk melawat Pameran Katak dan Kodok oleh Jabatan Muzium Malaysia.

Sejujurnya inilah kali pertama kami ke Muzium Alam Semulajadi ni namun walaupun x tau jalan, Cik Garmin (aku panggil cik sbb suaranya pompuan huhuhu) berjaya menunjukkan kami ke jalan yang benar. Hehehe... Kami sampai lebih kurang 3.15pm. Dekat je, lebih kurang 20 min jee dari rumah kami.

Sampai di kawasan muzium terus parking, ada basement parking u!!! Parkingnya selesa dan banyak kosong. Sbb baru hari Jumaat, x ramai lagi orang yg datang. Apa yang menarik dari kawasan parkir ke pintu muzium ada disediakan laluan berbumbung lengkap dengan ram khas utk pengunjung berkerusi roda dan stroler kanak2. Cuma bila lalu jalan khas ni masuk dari tepi pulak. X pasal2 kami masuk free je memula tu sbb x jumpa kaunter tiketnya di mana. Sib baik kamudiannya ada sorang staff tu tegur n minta kami bayar sebelum balik di tingkat bwh.. Ohh btw ada lif jugak! Hahaha... Masa nak balik tu kami pun beli laa tiket, RM2 je utk seorang dewasa.

Secara ringkas pameran ni agak menarik gak. Walaupun ruang kecil dan jumlah kodok/katak yang dipamerkan xlah banyak (aku rasa dalam 8-10 ekor je) tapi dari segi penggunaan ruangannya, optimum serta dipenuhi dengan panel2 grafik yg menarik dan berinformatif, jd rasa berbaloi2 datang...

Aku rasa mesti ramai x tau apa beza katak dgn kodok. Sebenarnya kamipun x tahu! Macam beza kupu2 dgn rama2. Tapi bila datang sini baru tahu perbezaannya! Oooooooo.... Aku seronok mencari2 kat mana katak2 ni menyorok dan meng'camouflage'kan dirinya. Mmg menarik! Apa lagi moh tgk gambar...
Tiket masuk, selalu orang bayar tiket masa nak masuk kan? Kitorang byr masa nak keluar. Hebat kan? ;)
Kebetulan pulak, siangnya ada Sidang Media pameran nie.
Berlansung sehingga 22 April 2013
Beza antara katak dan kodok. Makbear kata senang citer beza pakbear dgn makbear! Hahaha
Katak/kodok dipamerkan dalam bekas khas seperti ini yang sentiasa perlu dilembabkan

Sempat lagi jengah kat bawah, ada tulang ikan paus!

Antara bahan pameran

Cuba cari di mana kataknya?!

Inilah dia katak bertanduk Borneo...

Puas cari katak nie rumahnya menyorok bawah tempurung! Ini kata beracun biru...

Katak pokok mata merah nie kalau x betul2 cari mmg x jumpa... nyorok belakang daun!

Grafik yang simple dan menarik

Koleksi katak2 yang diawet dan cara mengawet katak turut dipamerkan

Katak tanduk Cranwell. Aku sure orang yg jumpa katak nie nama Cranwell. :)

Mentang2 nama katak nie katak budget, duduk pun mcm kat hotel budget jee! Hahaha

Tak tau apa nama katak nie, katak betong kot tapi aku suka, macho!

Katak perut berapi! Macam beracun jee...

Ada sudut permainan dan tayangan video. Yang aku rasa sangat sesuai bagi family yang ada budak2. Muzium2 lain elok contohi...

Yeayyy!! Wafiy happy sebab puzzles dia dah siap!!!

Alkisahnya nielah dulu putera katak yang kena cium dengan puteri dari kepulauan jawa terus jadi jejaka gojes! Hahaha ;p

Katak peberet Makbear, katak sejati. Sejati, itu yang kau ucapkan.. bila janjiku genggam... bawah pohon kemboja!! lalala

Jeruk katak, sedia dimakan begitu sahaja! ;p

Inilah kodok, besar, gemuk, pendek, badan menggerutu dan berbintik. Hahaha

Mmg hobi kami bawa anak2 berjalan ke tempat sebegini untuk membuka minda mereka tentang bermacam2 keajaiban di dunia/ciptaan Tuhan.
Kitaran hidup katak!
Rangka katak gergasi!

Ada sekor katak terlepas!

Masa nie kami dah turun ke tingkat bawah, Muzium Alam Semulajadi. Pun ada tempat santai untuk kanak2 mcm nie. Best! Ikutkan hati dedi pun nak join!!!

Alololo omel kali. Huda cover sikit 'kecapangan'mu itu!

Rangka paus bryde yang dijumpai terdampar di persisiran laut Labuan pada tahun 2005
Bahagian lobi muzium ada panel besaq nie!

Tengkorak gajah laa pulak
Kanak2 mmg suka explore, bagi yang dah pandai membaca mcm Wafiy lagilah dia excited...

Tenggiling. Ada kisah disebalik nama haiwan nie. Ada orang nyaris2 ke'tenggiling'an lif. Hahaha

Sebelum balik kitorang dah kemas balik tau tempat kitorang 'dolek2' tadi. Ini semua 'rejim' yang telah diterapkan oleh Makbear pada anak2nya (termasuk aku) untuk sekian lama. Lepas main/guna, sila kemas seperti asal. :)

Jadi begitulah berakhirnya pengembaraan kami memburu katak dan kodok. Sapa yang belum pergi jangan lepaskan peluang nie. Bawa anak2, biar anak2 tau apa itu katak dan kodok dan mcm mana ghupenya katak tue membesar dari seekor berudu kepada katak. Jomm!!

26 March 2013

Kesian Waseem...

Bila aku tengok Waseem tertidur keletihan, rasa syahdu pulak di hati. Ntahler malam nie malam sentimental sikit rasanya bagi aku. Balik kampung kali ini terasa lain benar sungguh. I mean instead of agenda2 yg terlalu padat ie. bawa tok jak g klinik, g kenduri, g orang kawin pastu arini seharian pagi dan petang bertapa di Putra bawa Nek Chom g check-up, Wafiy dan Waseem meragamnya lebih sikit pulak. Betul2 menguji kesabaran aku, nasib baik Makbear steady jee melayan kerenah 2wau nie. Me… just follow the flow! Nasib baik Huda good mood je.

Anw, aku anggap permintaan2 yang terlalu mendesak (minta dilayan) dan rajuk2an (luarbiasa) yang letihnya nak pujuk nie sebagai satu petanda yang mereka dah semakin membesar, nak lebihhh lagi perhatian. Fuhh... Basicly Waseem akan mencontohi apa yg dibuat oleh si abang. Kalau abang minta mcm nie, adiknya pun akan minta mcm tue… Mereka boleh merajuk berganti2 tau! Hahaha…. Anw I'm ready for new approach... Just wait n see. :)

Sebagai ibu bapa, kami akan cuba menanganinya sebaik mungkin. So tghari tadi (lepas bawa Nek Chom gi Putra sesi pagi) aku bawa 2wau g jalan2. Si Wafiy bagi mcm2 suggestion nak g Zoo lah, Taman Rama2lah, Taman Buaya lah…. I mean program2 yg besar2 punya bukan mcm main playground kat Aeon tue. Hurm…. sib baik eventually Wafiy bagi idea "jom kita tengok wayang nak dedi?", hurm good idea… xlah penat nak berjalan2 sgt. Lagipun rasanya dah lama giler kami x tengok wayang bersama."Cerita apa?", tanya aku…."Apa2 je lah, kita tengok dulu…. alaaa yg abang cakap nak tengok masa tgk tv tue…", kata Wafiy. Akhirnya kami tengok citer The Croods, oklah. Wafiy seems enjoy it. Ketawa berdekah2. Waseem mcm x paham sgt tapi nampak mcm he's try to take it easy…… Selalunya Waseem x suka tengok wayang sbb dia kata bising sgt untuk telinga bionik dia tue. Huhuhu… Citer habis 2 2 happy… Waseem menganggap ianya suatu pencapaian untuk diri sendiri sbb boleh bertahan tengok wayang sampai habis sambil makan popcorn dan air oren twister. Sbb tue dia dgn happynya nak bergambar dengan papan iklan The Croods nie! ;)

Unfortunately, masa otw balik dalam kereta dedi terbagi ceramah pasal pemakanan pulak… Gara2 Waseem komplen lapar dan sakit perut. Dah masam balik muka masing2, merajuk. Sori sayang….Sbb tue aku cakap kesian bila tengok muka Waseem…. Huhuhu...

Sent from my iPhone







25 March 2013

Tok Min Macho


Di suatu malam di rumah Tok min...


Aku: Bah, jom kita check tekanan darah abah

Abah: Jap, sebelum kita check tekanan, kita hidupkan rokok dulu..

Dengan machonya bapak aku menyalakan api rokoknya..

Kemudian,

Abah: ok, dah..

Aku pun 'on' le bp set..


Tit tit tit tit tit....

Bp abah: 160/90

Aku: Tinggi ni bah..

Abah: ah! Tipulah mesin ko ni...kita check lagi nanti...(bapak aku menghentam kredibilti mesin bp aku sambil menghembuskan asap rokok nye sepoi sepoi bahasa...)

Aku: ??????? (Aku terkedu sambil sengeh sorang2...paham sangat dah pe'el abah aku ni)


Hehehe...abah dn rokok memang sgt intim...bagi dia yg dh berusia 76 tahun tu, apalah kena mengena penyakit2 kronik dia dgn rokok..abah boleh bagi ceramah panjang lebar berkenaan kebaikan merokok...bagi dia doktor2 ni dengki sebab tu kata merokok tu bahaya...sabor je lah...malas nk layan bapak mentua pakbear ni..hihihi...

Nasi Ambeng Lagi...

Semalam abg aku buat kenduri, makan nasi ambeng lagi....hehehe.. Makan2 sampai gumuks...;D

24 March 2013

Pakbear & Sonbears

Headache aku tengok beruang2 jantan ni amik gambar gaya camni...aduhai!! Tercemar ipad mini Umi tau...Grrrrrr....

23 March 2013

Aku Alergik Huruf K

Dalam banyak2 huruf dalam dunia ni aku amat alergik huruf K....amat alergik kerana kerap kali ada manusia reply mesej aku dgn hanya "k"...aku betul2 naik berang.

Lately ni sbb aku dh jarang berinteraksi dgn sorg minah K ni jadi aku dh kuranglah membebel dalam hati sendiri...tapi kalau diingat semula minah sorang ni aku mmg geram jugak...kadang2 tu panjang lebar aku reply mesej dia samada bagi info pasal perkara2 tertentu yg sedang berlaku or menjawab persoalan berkaitan hal hal medical...sangat panjang lebar aku explain...tapi dia akan reply "k"..... "K" sahaja ye....terima kasih ke, tq ke, syukran ke...sume pun takde...senang je ko consult aku via sms tapi bila aku dh explain sepenuh hati terima kasih pun tak....kalau gi jumpa doktor at least ko kena bayar rm5, kalau pakar rm60-100..mentang2 aku ni rajin je jwb soalan ko, satu sen tak payah bayar, terima kasih pun tak...K sahaja..again..

Arini lagi sekali ada minah lain pulak reply mesej aku dengan "k". Itupun selepas aku mesej dia panjang lebar beritahu situasi sebenar...dan since reputasi dia memang tak ok di mata aku, huruf k tu rasa mencucuk2 sanubari aku ni..

Tujuan aku tulis entri ni adalah dgn harapan sekiranya ada mana2 manusia yg akan berurusan dgn aku di masa akan datang, tolong lah berbudi bahasa lebih sikit..at least bila aku dh tolong, dh jelaskan apa yg patut tu jawablah dengan rasa penghargaan..."ok, tq" or "ok, noted" or "ok ;)"..... Huruf "k" sahaja amat menyampahkan esp kalau korang consult aku bab2 medical...lain kali aku nk charge beratus2 rm kat org2 yg tak reti tunjukkan rasa terima kasih ni...tak kisahlah aku ni mungkin bukan org penting dlm hidup ko, tapi tunjuklah rs hormat sikit...ko jawab "k" je, jadi aku pun tau lah ko bukan hargai sgt masa yg aku luangkan nk reply mesej ko tu...huh! Kdg2 tu aku perasan org yg pangkat2 tinggi lebih berbudi bahasa berbanding org yg takde pangkat ni...


Arggggghhhhh!!! Aku alergik huruf "k".