Powered By Blogger

24 January 2013

Kenangan Maulidur Rasul...



Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. 
Pada sesapa yang tak tahu tema sambutan Maulidur Rasul Tahun 2013 Peringkat Kebangsaan adalah 
"Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah." 

Apa maksudnya? Korangkan pandai, boleh google sendiri. Anw sedikit yang aku dapat petik dari internet adalah 'wasatiyyah' (masa aku 'mengaji' dulu, aku eja 'wasadthiyah' sekarang dah tukar pulak, mcm x best jee...) berasal daripada perkataan arab al-Wasat (الوسط) yang apabila diterjemahkan dari segi bahasa bermakna pertengahan (sederhana). Seterusnya diistilahkan melalui konteks Islam sebagai adil, sederhana dan terbaik. Wallahualam...

Anw saja nak story-mory, bila bercerita pasal Sambutan Maulidur Rasul nie teringat masa zaman bekerja di jabatan lama dulu. Selalu kena berbaris dari Stadium Kubu sampailah ke Masjid Al-Azim. Pagi2 dah kena berkumpul di stadium. Walaupun perkataan 'kena' tu bunyinya mcm terpaksa kan, tp sebenarnya seronok. Berbaris beramai2, mengalunkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW bersambung2 sepanjang berbaris sampai laa ke penamat. Walaupun penat berjalan tapi bila berbaris beramai2 hilang penatnya. Mcm2 peristiwa berlaku, kasut koyak la, kaki melecet laa, 'tuang' berbaris tengah2 jalan laa, lari jap gi kedai beli air laa. Tu belum kira lagi terima 'ucapan penghargaan' daripada big bos...
"Terima kasih kerana tuan datang walaupun lambat mcm VIP..."
Hahahaha!! Kenangan... Kenangan...
Ayu2 semuanya dgn baju n tudung sponsor
Kaum Adam pun x kurang segaknya..
Selawat jgn x selawat... ;)
Haa kan dah cakap... kaki sapa laa melecet nie!

4 comments:

isabelle frankly said...

Amboii..bjalan shopping keliling midvalley the gardens pavillion relax je.camna masa pbarisan boleh smpi melecet lak?

pakbear said...

alaaa diorg shopping jalan mahkota parade-dataran pahlawan je isma. mana jauh... lgpun kasut2 baru katanya... kihkihkih

fairus said...

MUKA AKU PUN ADA.. KIH.. KIH.. KIH..

pakbear said...

Mestilah ada pai, ko kan wajah kesayangan PERZIM! ;))