Powered By Blogger

Happy Birthday Umi!

Upacara bergambar dengan cupcake sempena birthday makbear pada 4 Jan 2013

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Percutian yang tak dirancang di Colmar Tropicale, pada 16-18 Nov 2012

Disneyland Hong Kong

We made it!! Hong Kong Disneyland 17-22 Nov 2011

Hari Raya Aidilfitri 2012

Huda asyik melalak je, so amik gambar pun lebih kurang je! Hehehe

Selamat Hari Lahir Waseem 2012

Sambutan birthday Waseem di Taska Permata. Cake Barney yang begitu menarik perhatian!

31 October 2004

Diari Dr. ‘X’

Ini adalah kisah teman aku bernama Dr. ‘X’ (bukan nama sebenar). Dr. X sekarang adalah seorang Pegawai Perubatan setelah berjaya menamatkan pengajian selama 6 tahun (setahun matrikulasi dan 5 tahun pengajian di peringkat ijazah) yang memeritkan dan kini bertugas di sebuah hospital di selatan tanahair. Setiap hari Dr. X melalui rutin harian yang tak banyak berubah dan percayalah tidak ada perkara yang lebih menggembirakan selain daripada menanggal kot putih yang dipakainya dan pulang ke rumah untuk berbaring melelapkan mata.

Rutin harian Dr.X bermula sekitar jam 7.30 pagi setiap hari. Biasanya pagi² Dr.X akan review pesakitnya dari katil ke katil (jumlah pesakit tak menentu, kadang² ramai kadang² sikit) terlebih dahulu kerana sebentar lagi Dr. yang lebih senior ataupun kadang² Dr. pakar akan datang dan dia perlu bersedia dengan maklumat² pesakit di bawah jagaannya. Selesai review, baru nak melabuhkan punggung Dr. Senior dah datang. “Aduh.. baru nak relax, dah datang dah si cerewet nih” getus hati Dr.X. “Ok Dr., wutt happened to this patient?” tanya Dr.Senior tue dengan berlagak sekali. “He got leukemia and there’s big ulcer on his abdoment. The bp (blood pressure) is also very high.” Jawab Dr. X terketar². “Then, you know wutt to do rite?" Dr. X telan air liur, “yes dr”. “Aku taulah, dah tentu nie kerja aku tetiap hari!”.

Kerja Dr.X berterusan untuk 7 jam berikutnya. Cucuk tangan dan leher patient untuk amik darah dah jadi perkara biasa baginya. Ada cucuk sekali dah terus dapat, meluncur jee darah tue mengalir masuk dalam picagari, ada tue ‘terkencit²’ darah nak keluar. Kena cucuk tempat lain. “Aduh Dr...” patient merungut dan marah sebab dah naik hancur urat lengan, darah tak mahu keluar lagi. Dr.X pekakkan telinga. “Kalau nak layan rungutan patient memang tak siap keje aku nie karang”. Untuk seketika Dr.X tersenyum sendirian, teringat peristiwa lucu yang berlaku baru² nih. Agaknya patient dia yang sorang nie ‘Dr.’ jugak (penagih dadahlah tue). Habis hancur urat² lengan dan leher dia, dah takde tempat nak cucuk supaya Dr.X boleh amik darah. “Dr... tempat lain sumer dah tak boleh, Dr. cucuk kat ‘highway’ jee lah Dr.” patient cakap dalam keadaan separuh lalok sambil tue membuka sikit kangkangan kaki dia. Nasib baik Dr.X cepat tangkap maksud patient tue, panik sekejap. Rupanya patient tue suruh amik darah darah kat urat peha dia sebab dah takde tempat lain. Hehehe...

“Dr... patient bed 7 collapsed!” jerit nurse. Terkejut beruk Dr.X berlari ke tempat patient tue collapsed nak tengok² apa ikhtiar yang boleh dibuat. Perkara² kritikal macam nie memng Dr.X tak suka sangat... leceh, macam² boleh berlaku. Nasib baik patient tue takde apa². Kemudian, Dr. X pegi lak ke bed lain, nak buat prosedur ‘tebuk perut’. Selang 40 minit lepas tue, apek yang duduk bed 14 dah tunggu dah (walaupun apek tue pun tak suka nak tunggu) Dr.X nak masukkan wayar kat dalam kemaluan dia. Nak buat apa ntah, akupun tak tau. “Ish... dah lah tak sunat, lembik jee ‘benda tue’, macam mana wayar nih nak masuk” Dr.X lak merungut. Dalam keadaan dan ketika begini, Dr.X tak kisah ‘kalau benda tue’ tegak berdiri, senang jee wayar nak masuk. Alaa.. bukannya sebelum nie tak pernah jadi macam tue! Lantaklah apa orang lain kata, janji kerja Dr.X selesai. Macam mana ‘benda tue’ boleh bendiri, korang tanyalah patient tue sendiri.

Banyak lagi prosedur lain yang Dr.X kena buat nak korek dubur patient amik najis, nak cucuk hidung ke, tekak ke ataupun dubur ke sebab nak buat endoscope. Buat ultra-scan untuk scan otak laa.. Tue sumer yang Dr. kena mahir dalam masa yang singkat Kadang² botol darah pecah masa nak dihantar ke makmal, kena ulang prosedur amik darah tue walaupun baru 20 minit sebelum tue patient tue dah kena cucuk. Bantahan, rungutan dan maki hamun patient dah jadi lumrah bagi Dr.X. Dr. X abaikan jerk, Dr.X anggap maki hamun tue macam nyamuk jee yang terbang kat telinga dia. Tapi awas, jangan berani nyamuk tue nak ‘enjek’ , ‘pap!’ haa.. kan dah kena... Dr. X pun pernah naik ambulan nak hantar patient yang dah nazak pulang ke rumah. Dr.X memang cukup tak suka nak buat, sebab pertama kena naik ambulan (dahlah dia nie kaki mabuk), yang keduanya nak tengok keluarga si patient tue menangis sedih tengok mak, ayah atau sedara diorang yang tengah nazak tue. Hiba jee suasana masa tue. Kalau korang nak tengok? Dr.X kena gak hadapi.

Begitulah rutin Dr.X sampai ke petang. Rehat tengahari bukannya mcam kita 1 jam. Waktu pukul satu, gilir²lah dengan Dr. lain pergi turun makan, dah makan² terus naik wad. Kalau 15 minit, 15 minitlah waktu rehat dia. Petang kalau dah habis keje, 4.30 setengah tue bolehlah balik, tapi biasanya jam 5.00-5.30 baru boleh beransur... nak selesaikan dulu mana² patient yang perlukan rawatan segera. Sampai bilik (bilik asrama), buatlah apa² yang patut, sebab lepas maghrib nanti nak kena gi wad lagi. Pukul 10.00 atau 11.00 malam baru boleh balik dan melelapkan mata.

Besok, Dr.X on-call. Dr.X tak boleh balik bilik sebab kena stand-by kat hospital 24 jam. Daripada pukul 8.00 pagi besok sampai laa.. 8.00 pagi berikutnya. Lepas tue pun bukan boleh balik bilik, kene keja macam biasa sampai pukul 4.30 petang. Maknanya Dr.X bekerja straight 36 jam stand-by kat hospital!. Seminggu biasanya antara 2 ke 3 kali Dr.X kena on-call. Kadang on-call biasa, kadang pasif call. Pasif call tue maksudnya tak semestinya dia stand-by kat wad, dia boleh balik bilik tapi h-set kena sentiasa on kot² kalau ada kes. Kalau tak nanti nurse ngan operator claim Dr.X ‘uncontactable’. Nanti tak pasal² kena marah ngan pengarah. Tapi jangan korang ingat pasif call nie lagi senang, sebab pasif call nie korang kena stand-by untuk dipanggil oleh mana² wad (yang dalam posting kita laa) untuk kes, kalau on-call biasa tue untuk satu wad jerk. Tapi kalau Dr.X, pasif call pun dia tidur kat wad ataupun kat bilik ‘Dr. Atas Panggilan’ sebab lagi senang. Dah tentu memang tetiap malam ada kes, baik dia duduk situ jee...

Kehidupannya sekarang memang sama seperti sangkaannya sebelum ini cuma sebenarnya lebih susah dan getir. Memerlukan ketahanan diri (mental dan fizikal) yang tinggi dan sokongan yang kuat dari keluarga dan rakan². Kasar² Dr.X boleh dapat RM2600++ sebulan tapi dengan +-118 jam keje seminggu. Korang rasa berbaloi tak? Itu semua terpulang pada penilaian korang, ada yang sanggup ada yang tak sanggup. Kalau tanya Dr.X, dia memang lebih daripada tak sanggup! Dr.X sekarang dah makin kurus... selalu jee depress. Dr. X ingat lagi masa mula² keje dulu, tak terkira air matanya meleleh sebab kerja nie. Even sampai sekarang pun Dr.X kadang² menitik juga air mata. Tapi Dr.X terus tabah. Dr.X adalah idola aku dalam ertikata mencari ketabahan. Aku doakan Dr.X akan terus tabah untuk kini, esok dan selamanya...

.:Nota Tangan:. –Sekarang Dr.X dah pindah wad lain. Tak perlu keje malam. Untuk seketika bolehlah Dr.X amik napas lega. Berkat bulan Ramadhan kot. Alhamdulillah...

30 October 2004

Kerja Giler!

Aku baru lepas buat keje giler.. Tadi aku try apply new skin/layout for my up-coming weblog (ada ke?). Tapi nampak brutal sikit ahh.. Kalau nak tengok design tue KLIK SINI. Wutt do u all think? I really need advise rite now.. Kalau boleh aku nak buat multi-layout ikut mood semasa aku. For example.. kalau mood tengah jiwang lay-out lain, kalau tengah brutal lay-out lain etc.. Tapi nak kena explore lagi. Please.. leave ur comment ok. Kat sini boleh, kat weblog satu lagipun boleh. Thanx guys!

29 October 2004

Pesona Ikan Bakar


Sapa kata ikan bakar takde pesona?! Posted by Hello


Aktiviti sebelum menunggu waktu berbuka pose... Belek majalah pengantin. Hehehe...Posted by Hello

“Singgah bang.. kak..” Aku senyum. Aku melangkah masuk ke warung ikan bakar nombor 4 menonong terus ke tempat pilih ikan. “Bang, ikan nie (siakap saiz sederhana) sekor, belah dua sebelah masak sweet-sour sebelah bakar”. Sotong aku pilih yang besar² lebih kurang dalam 8 ekor… “Yang nie separuh masak goreng tepung, separuh lagi masak cili. Nak ketam tak?” Aku tanya Najah. “Boleh jugak tapi mahal laa… Alaa takpe setahun sekali jee kita nak rasa makan macam² camnie” Najah tersenyum kambing. “Oklah bang, ketam nie (aku hulurkan 2 ekor bagi kat tuan kedai) masak goreng tepung jugak”. Tuan kedai tue sengih.. “Sayur bang? Kangkung masak belacan” (favorite aku ngan Najah).

“Bang, duduk meja no.6 eh?”. Aisehh.. bengang jap aku. Aku pilih kedai dia dah cukup nasib baik. Dia plak arah²kan aku nak duduk mana. Patutnya aku ada hak nak duduk mana² aku suka. Tapi sebabkan mood aku tengah baik masa tue. Tak jadi aku nak melawan. Tapi aku ada tanyalah gak tuan kedai tue kalau aku duduk meja lain bleh tak? “Meja lain sumer dah ada orang bang.. belum sampai lagi”. Ohh bookinglah tue… Takpelah alasan diterima.

Sebenarnya kitorang memang dah 3 tahun berturut², sehari dalam bulan pose memang kitorang berbuka kat Medan Ikan Bakar, Umbai nie. Saja jee nak allocate personal time bersama. Biasanya tuelah sekali (ataupun 2 3 kali kalau kitorang gi kl) kitorang berbuka bersama. Kalau tak masing² berbuka kat rumah jerk. Lagi selesa buka kat rumah. Lepas buka boleh rehat jap lepas tue terus mandi. Takde berlambat² sangat. Kalau buka luar kan leceh. Tapi sekali sekala takpelah. Bukannya selalu, setahun sekali.

Maghrib masuk dalam pukul 7.00 (tak silap aku). Lawaklah jugak masa nak buka tue, semua saling pandang memandang antara satu sama lain, tak konfiden dah masuk waktue ke belum. Sebab takde radio, tv ataupun laungan azan daripada surau berdekatan. Tuan kedai tue kemudiannya kata “dah masuk waktu bang.. oh ok!” Aku buat muka konfiden.. baca doa pastue makan. Banyaknyee lauk. Alhamdulillah rezeki tuhan. Kitorang makan sampai kenyang sangat. Tuepun ada ketam sekor ngan sotong sikit yang tak abiss. Aku suruh diorang tapau. “Bang berapa? RM63.00 bang”. Aku hulur duit genap² pastue terus gi semayang kat surau berdekatan. Malam tue aku balik dalam keadaan hujan renyai sepoi² bahasa sepanjang perjalanan ke rumah.

Berakhirlah episode buka pose yang best (bagi aku laa…). Korang biler lagi, taknak merasa berbuka kat Umbai ke? Best beb… Aku promote kat korang kedai no.4 tue. Aku rasa boleh tahan masakan dia… Nak kasi ‘bintang’ (rating) ke? Takyahlah, hehehe….

.:Nota Tangan:. -Bersyukur atas nikmat Tuhan…

Taklimat Pemuliharaan & Pewartaan Masjid


Aku post gambar dulu. Nanti aku bagitau apa citernyer... Posted by Hello

Herm... puas aku nak curik² masa nak lengkapkan entry aku yang nih. Tapi aku takde masa. Busy buat preparation untuk taklimat tue besok. Dah lama aku tak rasa sebusy macam nie. Sampai nak buang air pun kena ala² 'fast n furious' gitu. Hee... Anw, sesikit maklumat pasal taklimat nie besok...

Kalau korang nak tau Negeri Melaka telah dikenali sebagai negeri yang bersejarah dan mempunyai bilangan masjid lama yang banyak. Untuk memastikan masjid² nie kekal terpelihara dalam fasad yang originalnya, masjid² ini telah diwartakan di bawah Akta Benda Purba 1976 oleh pihak Jabatan Muzium dan Antikuiti Kuala Lumpur.PERZIM telah mengambil langkah yang sama dengan mewartakan masjid-masjid tersebut melalui Enakmen Pemuliharaan & Pemugaran Negeri Melaka 1988 (Pindaan 1993).

Golongan sasaran taklimat ini adalah ahli² jawatankuasa masjid seluruh Negeri Melaka terutamanya kepada 55 buah masjid yang telah diwartakan tue. Ianya adalah anjuran Kerajaan Negeri Melaka melalui PERZIM dan Jabatan Agama Islam (JAIM). Antara objektif taklimat nie diadakan adalah seperti berikut:-
- Memberi pengetahuan kepada ahli-ahli jawatankuasa dan yang berminat akan
kepentingan Pemuliharaan & Pemugaran sesebuah bangunan
- Memberi pendedahan kepada ahli-ahli jawatankuasa teknik yang bersesuaian untuk pemuliharaan masjid/bangunan lama
- Memberi pengetahuan mengenai pengwartaan
dan perkara-perkara yang terkandung di bawah Enakmen Pemuliharaan dan Pemugaran Warisan Budaya.
- Memberi pendedahan mengenai usaha-usaha yang sedang dan akan dijalankan bagi pengekalan warisan di Melaka khasnya.
- Memberi pengetahuan tentang garispanduan pemeliharaan bangunan warisan di bawah Pelan tindakan MBMB
- Memberi kesedaran tentang kepentingan pengekalan warisan untuk generasi muda dan akan datang.

.:Nota Tangan:. - Aku bagitau nie bukan nak ajak korang datang. Saje nak info apa² event yang berlaku di Melaka.

27 October 2004

PC Plus Malaysia Mag-Review #1


PC Plus Malaysia Vol. 2 month of October 2004 Posted by Hello

Aku banyak keje sebenarnya hari nie. Tapi tengahari tadi masa aku tengah ‘nyetuk’ ngadap pc, black-out lak! Ciss.. hampeh betul! Aku tunggu nak dekat satu jam, takde lagi letrik. Tengok jam kat tangan dah pukul satu. Aku amik keputusan nak keluar cuci² mata kat MP sesambil tue boleh beli barang² keperluan yang agak² boleh capai depan mata.

Lalu kat depan MPH baru teringat bulan nie aku tak dapatkan lagi PC Plus aku. Minggu lepas aku dah beli CHIP, ingat nak beli dua² sekali (bulan lepas) tapi maklumlah dah hujung² bulan (masa tue gaji tak keluar lagi), tak jadi beli. Hari nie baru aku teringat, tang² tue gak terus aku sambar. Hulur not RM10.00 tunggu baki RM1.00, tutup mata, telan air liur dan blah jee dari situ. Sebab kadang² tue ada gak rasa ralat kalau belanja RM9.00 untuk sebuah majalah setebal 130 mukasurat nih. Tapi nak buat macam mana, ilmu tue lebih berharga dari segala²nya. Sekarang nie kecanggihan teknologi pesat membangun. Teknologi berubah dalam sekelip mata. Walaupun pc kat rumah aku nie Pentium 3 jerk, yang penting otak aku nih macam P4 10Gbt speed processor! Hehehe…

Isu utama PC Plus bulan nie adalah mengenai ‘Graphic Card’. Diorang test (buat perbandingan) antara 7 graphic card (gc) mana yang lebih bagus. Antaranya adalah gc ASUS A9250 (Gamer Edition), GeCube dan lain² lagi. Pilihan editor untuk bulan nie adalah GeCube dan ‘Best Performance’ gc plak adalah HIS Excalibur 9250 128Mbt. Kalau korang nak tau² macam mana diorang buat perbandingan nih korang kenalah baca sendiri (tak kose aku.. hehehe…).

Selain tue diorang ada gak bagi perbandingan antara motherboard² yang ada di pasaran. Perbandingannya termasuklah dari segi harga, features dan performance. Ada sikit² pasal ‘latest web authoring packages, pasal gadgets² terkini yang ada di pasaran, pasal games (Doom 3) dan juga katalog² pc, laptop, ipod, thumb drive, mp3 player, digital camera dan macam² lagilah. Memang giler babeng punya banyak kalau ko nak tau pasal market price benda² nih. Especially kalau ada yang tengah survey² nak beli pc/laptop tue, korang kena beli kalau nak tau. Di samping tue korang juga akan dapat CD yang mengandungi trial/demo software dan adware. Ada gak 2 3 software yang diorang bagi free (full version) dalam ‘Featured Software of the month’.

Kalau tanya aku, berapa yang aku nak bagi daripada 5 bintang, aku akan bagi 4 setengah. Tapi aku tau memang tak adil laa sebab bukan sumer orang suker magazine macam nie. So kepada sesiapa yang minat jee laa, Bolehlah pertimbangkan rating aku nih.
Rating aku-



Bulan November nih ada PC fair kat PWTC. Ada sesapa yang berhajat? Moh pergi... Posted by Hello

.:Nota Tangan:. –Aku review nie sikit² jerk. Kalau aku citer page to page, harus sampai besok tak abis. Padat sangat content dia… ;)

26 October 2004

Aku tak tahu...

Aku tengah 'hangin' giler sekarang nih! Aku rasa marah sangat macam sekor kambing kena simbah dengan air sejuk. Rasa panas jerk kepala otak aku nih. Walaupun kat luar tue hujan bukan main lebat lagi. Aku rasa macam aku tengah tak puas hati pada sesuatu. Aku rasa macam hati aku terpukul oleh sesuatu. Apa dia? Aku tak tahu...

.:Nota Tangan:. -Pada saat dan ketika ini, kaki terasa lebih baik daripada tangan. Apa... korang tak paham? Aku pun tak paham!

25 October 2004

Tersurat vs Tersirat Part 2

Berjumpa lagi dalam segmen 'Tersurat vs Tersirat'. Aku ingat senang nak cari gambar² untuk segmen camnie, rupanya susah woi! Pening laa gak aku nak dapatkan gambar² nih... Anw, entry kali nih malas nak membebel panjang². Enjoy the segment!


Apa yang korang nampak?~ Sebuah benda yang 'sophisticated' dan bercahaya. Melambangkan sesuatu yang eksklusif umpama arca... Posted by Hello


Apa yang korang tak nampak?~ Zooom out skit.. Sebenarnya benda tadi tue mentol lampu! Niehaa.. lampunya. Cantik kan? Posted by Hello

.:Nota Tangan:. -Berehat sebentar dari mengetik setelah 2 minggu 'berjuang' mempertahankan kedaulatan blog nih! 'Sigh'...

24 October 2004

3R- Rogol Temujanji


Among My Favorite Tv Series

Korang mesti tak tau yang aku nie pengikut setia rancangan 3R. Aku dah follow siri nie sejak musim pertama dulu. Masa tue host dia Rafidah, Yuen ngan Azah. Musim silih berganti... Rafidah quit sebab further study kat oversea dan digantikan lak dengan Tini. Mereka bertiga sampailah Yuen kluar hujung musim lepas sebab nak concerntrate pada family dan digantikan dengan Celina. Sekarang nie Azah plak nak further study and Rafidah masuk balik. So musim nie 3R di’host’kan oleh 3 orang host yang best iaitu Rafidah, Tini dan Celina.

Actually bukan tue yang aku nak ceritakan pada entry kali nie. Aku nak ceritakan mengenai salah satu isu dari 3R hari nie yang aku rasakan cukup menarik dan aku nak kongsikan dengan korang. Isunya bertajuk “Rogol Temujanji”. Sekilas pada mulanya aku pun tak tau apa maksud tajuk tue. Tapi biler aku dah tengok baru aku tau. Rogol temujanji lebih kurang macam satu kejadian rogol yang berlaku melalui pertemuan dengan seseorang yang memang kita kenal. Tak kisahlah, boifren kita sendiri ke, kawan chat ke, kawan kolej, kawan sekampung hatta kawan yang baru kita kenal kat cyber-cafe 15 minit sebelum tue. Janji kita kenal dia dan pertemuan itu berakhir dengan hubungan seks yang memang tak mendapat keizinan daripada pasangan kita (especially wanita). Haa.. biler kejadian macam tue berlaku, wanita berkenaan dianggap menjadi mangsa rogol kerana dia telah melakukan hubungan seks secara terpaksa walaupun temujanji sebelumnya berlaku secara suka sama suka.

Kejadian hubungan seks secara paksaan nie (rogol lah tue), boleh berlaku melalui beberapa justifikasi iaitu:-

i) Si mangsa telah menolak (tidak memberi keizinan) permintaan pasangannya untuk melalukan seks secara terang-terangan tapi kemudiannya di paksa melalui
kekerasan;
ii) Si mangsa berada bawah pengaruh dadah, ubat khayal ataupun alkohol (walaupun diambil dengan keinginan sendiri ataupun diberi secara diam²) kerana keizinan mangsa untuk melakukan hubungan seks tidak boleh diterima pakai kerana dia berada dalam keadaan separuh sedar;
iii) Si mangsa telah diugut dengan kekerasan ataupun ancaman terhadap keluarga mahupun kenalannya sekiranya dia enggan melakukan seks. Ianya dianggap rogol kerana keizinannya untuk melakukan seks atas dasar terpaksa dan;
iv) Sekiranya si mangsa berumur 16 tahun ke bawah, ianya juga dianggap rogol kerana gadis dalam lingkungan umur berkenaan masih dianggap di bawah tanggungjawab keluarga dan tak berhak untuk mengizinkan berlakunya hubungan seks ke atas dirinya walaupun dengan dasar suka sama suka.
So, kepada gadis² di luar sana u better be careful. Ingat...

i) Cinta tak semestinya melakukan hubungan seks;
ii) Jangan melakukan seks kerana rasa terhutang budi dengan pasangan kita setelah menerima hadiah ataupun pertolongan daripada mereka dan;
iii) Sekiranya bertemujanji dengan orang yang kita kenal, berjumpalah di tempat yang ramai orang dan jangan sekali² menaiki kereta mereka jika kita tidak yakin dengan mereka. Lagi satu maklumkanlah pada kawan² atau ahli keluarga kita sekiranya kita nak bertemujanji dengan sesiapapun samada kita dah lama kenal atau baru berkenalan.
Itu jee lah sikit² yang aku boleh kongsi ngan korang. Kalau ada di kalangan korang yang pernah menjadi mangsa pada keadaan seperti ini, don’t hesitate to teel the truth. Buat laporan pada polis ataupun rujuk dahulu pada WHO kalau korang was² samada benda tue rogol atau tidak. Aku respek ngan korang kaum wanita sebab tue aku ketengahkan isu nie. Aku respond ngan persekitaran aku dan sekarang nie aku nak relaks! Hehehe… Anw, 4 setengah bintang untuk 3R kali nie.
Rating aku-

.:Nota Tangan:. -Macam mana kalau pompuan tue tukar statement kata lelaki tue rogol dia walaupun pada mulanya dia sendiri yang nak buat atas kerelaan/kehendak dia…? ;P

Ekspo Perabot 2004


Sekitar ruang dalam pameran Posted by Hello


Model tetap aku! Jangan mare... Posted by Hello

Hari² minggu macam nie biasanya aku jarang duduk rumah. Kecuali kalau Najah keje.. Kalau dia keje alamat aku duduk kat rumah jee laa.. meng’organize’ mana² yang patut (terutama katil tidur aku) setelah hampir seminggu ditinggalkan. Tak pun basuh moto ke, siapkan keje pejabat yang aku bawak balik rumah ke. Apa² jee lah yang boleh. Kalau tak pun tengok tv.

Disebabkan Najah tak keje hari nie, kitorang pergi Ekspo Perabot kat MITC, Ayer Keroh. Ekspo nie berlangsung dari 22 Oktober sampai 30 Oktober kalau tak silap aku. Actually Najah yang beria² sangat nak pergi dari aritue. Aku ikutlah jee lah. Janji tak balik lewat, sebab badan aku rasa letih semacam lah plak minggu nie. Keje pun banyak yang aku bawak balik rumah. Konon²nya nak buat, tapi tak siap² lagi. Arakian biler dah sampai sana, ntah apa yang silapnya aku pun tak tau. Najah ‘muncung’ jee memanjang. Aku pikir² gak kot aku ada salah cakap ke apa... Kot² aku selebet sangat ke arinie sampai dia ber’reaksi’macam tue. Agaknye dia bad mood. Penat gak keje macam aku. Tambahan pulak bila dia tau gaji aku dah keluar hari nie, gaji dia tak kluar² lagi (aku buat hipotisis sendiri). Agak² jee.. Kat sana, aku cuci² mata jee sebab takde perancangan nak beli apa². Najah sambar satu karpet kecik, katanya nak buat alas kat bilik tidur dia. Explorasi kitorang akhirnya terkandas kat booth HSBC. Najah nak buat kad kredit. Aku ikut jee.. Tak menghalang sebab aku rasa dia pandai manage duit dia sendiri. Lagipun dia memang ada bagitau aku yang salah satu daripada impian dia nak kad kredit sebelum ataupun masa umur dia 25 tahun. Tahun ke-25 baru dia yakin dia mampu nak ada kad kredit sendiri. So biarlah dia buat.

Overall.. ekspo nie biasa² jerk. Daripada 5 bintang aku kasi 3 jerk. Takdelah banyak sangat barang. Tapi setakat barang² yang ada tue boleh tahan cantik dan murah². So kalau ada yang boring tak tau apa nak buat bulan² pose nie, gielah survey apa² yang patut. Kalau ikut aku banyak benda yang aku nak beli. Tapi kalau ikut status kewangan semasa, bak kata orang ‘man²’lah dulu. Hehehe.. Aku ada snap 2 3 keping gambar. Sekadar untuk korang nak dapat gambaran tentang ekspo tue. Kalau nak tengok boleh tengok kat Fotopages aku. Selamat berhujung minggu!
Rating aku-

.:Nota Tangan:. – Ekspo macam nie bukan ada selalu...

23 October 2004

Cinta USB


Apa guna posessi juga posisi tanpa USB di sisi... Posted by Hello

Aku seperi biasa dengan rutin harianku; berteleku di depan komputer memerah kepala nak keluarkan idea apa yang aku nak ceritakan pada korang. Dalam aku mengerut² dahi tue, aku terpandangkan segumpal wayar berlonggok kat atas meja komputer aku. Semak aku pandangkan tapi aku tak boleh nak buang atau ‘ketepikan’ sebab itulah nyawa aku dan nyawa komputer aku. Wayar² tue ibarat urat² nadi dan darah yang mengalir dalam tubuh manusia. Manusia tak boleh mati pun kalau putus salah satu urat tue (kecuali urat yang sambung kat otak tue laa..), tapi rasa macam tak lengkap. Samalah jugak dengan wayar² tue... Oh wayar USB (Universal Serial Bus)! Hehehe...

Komputer aku nie komputer tahun 2000. So dia punya USB port tak banyak. Kalau tak silap aku ada 2 lubang jerk (kat bawah lubang PS2 mouse ngan keyboard). Tue pun USB port version 1.0. Sekarang nie dah version 2.0 kan? Jadi disebabkan aku nie memang kalau bekerja, sangat² memerlukan perkakasan² macam scanner dan printer. So mana cukup dua lubang tue, masuk speaker ngan multimedia keyboard jerk dah tak tahan. So untuk nak mengatasi masalah nie, aku beli USB hub (macam dalam gambar tue laa.. tapi yang lain, dah rosak pun). Masa tue aku tak tau lagi (bukan tak tau.. taknak amik tau!) bahawa ada USB card yang kita boleh ‘slot’kan kat PCI slot kita. Bolehlah nak tambah agak² lagi 4 port. So aku beli jee laa USB hub 4 lubang tue dan USB hub tue berbakti pada aku hampir 3 tahun sampailah baru² nie rosak dan aku gantikan yang baru. Yang agak² sama tapi tak sama sebab yang nie ‘encem’ sikit (aku dah malas nak beli USB card sebab aku rasa dia akan memberatkan CPU aku dahlah CPU aku memang sediakala slow).

Bila dah masuk tahun 2004 nie, aku rasa pengguna PC version awal 2000 nie dah kenalah berkira² nak tambah port USB kat komputer masing terutama ‘penagih² tegar’ era digital/multimedia. Sebab apa sekarang nie kebanyakan perkakasan komputer (terutama gadjet² digital) semua memerlukan USB. Sebab USB nie laju sikit ‘data transfering’ dia. Nak guna kamera digital pakai USB. Nak pakai webcam pakai USB. Handycam, optical mouse, sub-woofer, thumb drive (handy steno), bluetooth, infra-red adapter dan macam² lagilah. Even nak ‘sync’ kan PDA dan iPOD (mp3 player) pada komputer pun pakai USB. Tue tak termasuk external floppy, external CDR-W dan external HDD dah konpem pakai USB! Begitu kuat pengaruh USB pada kita ye tak?

So kepada sekalian ‘penagih tegar’ era digital/multimedia (merujuk baris ke-3 perenggan ke-3) di alam mayapada nih, kenalah mula berjinak² dengan ‘lubang keramat’ nie. No way out, take it or leave it! Belajar bercinta dengan USB, kelak korang yang rugi. Korang akan menyesal.. jangan biarkan diri korang diselubungi misteri! Hahahaha (ikut intonasi seram)... Ehh.. dah siap pun entry aku untuk malam nie!

.:Nota Tangan:. - Kepada sahabat² yang tak familiar ngan perkataan² yang aku sebutkan, sila abaikan. Ini hanyalah sebuah ‘bebelan’.

22 October 2004

Cerita Hari Jumaat


Masjid Al-Azim, Melaka Posted by Hello

Aku nie takdelah arif sangat pasal agama. Walaupun amalan aku tak seberapa, sekurang²nya aku cuba untuk kurangkan dosa yang aku tanggung. Hari nie sembahyang Jumaat tajuk khutbahnya “Bersederhana di Bulan Ramadhan”. Isi²nya aku taklah ingat sangat (aku mengaku aku berkhayal jerk masa khutbah tadi ;p) tapi ada laa sikit² menyentuh mengenai banyakkan ibadah (termasuk solat terawikh) dan bersedekah di bulan Ramadahan. Jangan boros bahkan bersederhana sewaktu berbelanja dan ada laa lagi tapi aku dah tak ingat.

Aku selalu semayang Jumaat kat Masjid Al-Azim (Masjid Negeri laa tue). Aku tak tau apsal aku suka semayang kat situ. Kawan² aku ramai yang tak suka semayang kat situ sebab kononnya ramai orang. Bagi aku orang memanglah ramai tapi sesuailah dengan saiz masjid tue yang besar ‘gedabak’ tue! Tapi sebenarnya selesa sembahyang kat situ. Tempat wudhuk luas, toilet pun banyak dan bersih. Tak pernah plak aku gi toilet kat situ jumpa ‘sub-marine’ terapung.

Tapi yang paling syok biler aku tengok student ramai² naik bas nak pergi semayang. Sekarang nih dah tak ramai paling ada budak KYM. Kalau masa zaman aku sekolah dulu ada budak² sekolah MOZAC, budak Munsyi, budak KYS, budak teknik dan termasuklah kitorang budak Sultan Muhamamd. Hehehe.. teringat masa dulu kalau nak gi semayang Jumaat, bertolak² sumer nak naik trip last (dahlah naik bas kilang yang warna biru tue!). Tapi kalau masa nak balik, berlari². Yang senior ke yang junior ke, sama jee. Sumbat satu bas ramai² macam sardin. Sumer nak balik cepat² sebab kalau hari Jumaat makan best woo kat dewan makan asrama. Kalau lambat habis. Kadang² kitorang di’pekena’kan dengan nasik ayam, nasik beriyani, nasik tomato (aiskerim pun ada, paling bangsat pun buah epal). Fuhh.. sedapnyer makan masakan orang² indon dewan makan tue kan kawan²? ‘Sigh’…

Untuk sahabat aku yang beragama Islam aku ada masukkan sikit info² berkaitan untuk maklumat dan perkongsian bersama dalam blog aku nih. Orang sibuk berkata ‘tanggungjawab sosial’ sana-sini. Inilah sumbangan aku untuk korang. Sekurang²nya biler surf blog aku nih, teringat laa sikit nak semayang ye tak?!

Aku mintak maaf sebab buat sementara waktu, ruangan ‘Mu’min Info’ tue aku letak jauh kat bawah. Aku tau kurang sesuai tapi aku ada masalah nak menyesuaikan coding dia dengan coding template aku. InsyaAllah kalau aku dah tau nak adjust nanti aku naikkan ke atas.

.:Nota Tangan:. -Aku manusia biasa…

Sleepy Entry

Huwarghh... Sangap seh! Semalam aku tidur menggila. Daripada pukul 9 malam sampai sahur. Habis semua aku langgar. Akupun tak tau apasal aku ngantuk sangat semalam. Nak kata aku letih keje tak tau lah plak. Agaknya semalam sebab hujan lebat kot. Aku balik semalam pun sepanjang jalan hujan. Sampai naiklah air kat area² rendah kat kampung aku tue. Takpe, hujan tue kan rahmat.

Semalam kat opis aku borak² dengan Abg Goon. Dia minat betul dengan blog² nih tapi tak reti nak buat. Aku katalah nak buat blog nih senang jerk. Aku pun offerlah kat dia kot² kalau dia nak aku buatkan simple template untuk dia. But he resist. Maybe dia rasa dia belum bersedia lagi kot nak menceburkan diri dalam dunia penulisan blog/jurnal nih. Tapi aku tau kalau dia start buat blog camnie mesti lagi best! Dia nie pun ahli forum/bahas jugak masa zaman sekolah² dulu macam aku. Kemahiran berbahasa dia memang aku respek. Yang paling penting, ada laa gak kawan² keje aku yang minat nak berblog macam aku nih. Goon pun ada sarankan kat aku supaya mengetengahkan isu² semasa dalam blog aku. Supaya kawan² boleh ‘comment’. Sebenarnya aku memang teringin sangat nak buat tapi tunggulah, sebab nak bring-up sesuatu isu nie memerlukan study dan info yang cukup. Barulah terasa bernas point² yang kita nak sampaikan tue.

Perbualan 30 minit kitorang seterusnya berkisar kepada penceburan awal aku dalam dunia blog nih. Kalau korang nak tau, aku dah start ber’blog’ nih sejak setahun yang lepas. Tapi masa tue aku nie jadi tukang baca jerk (ada orang panggil ‘stalker’). Aku minat baca blog student² Malaysia yang study kat luar negara. Sebab aku rasa best baca pengalaman² diorang berada di luar negara dan pengalaman study diorang. Daripada situlah aku kenal dengan Jurnalalam. Blog Jurnalalam nih sangat unik dan lain daripada yang lain. Blog dia sarat dengan puisi dan kata² indah daripada penulis yang berkisar kepada kehidupan dan pandangan beliau mengenai isu² semasa. Kemudian dari situlah aku kenal Tok Rimau (aku takyah citerlah pasal Tok Rimau, aku sure ramai yang dah tau kehebatan dia nih kalau tak tau gak klik kat sini), Nizam Zakaria Limau Nipis dan Fajaronline. Nie semua adalah blog² favorite aku.

Biler dah baca² blog orang, teringin lak nak buat sendiri. Aku mula buat sendiri sejak awal tahun nih. Tapi sekerat jalan jee sebab aku rasa aku menulis sorang² dan malu nak bagitau orang lain tentang kewujudan blog aku sendiri masa tue. Blog aku nih adalah yang keempat bagi aku. Aku harap blog nih bertahan lama. Kalau boleh aku nak teruskan budaya ber’blog’ nih walaupun sampai aku kawin sebab aku rasa benda camnie bagus dan aku suka share pengalaman dan buah fikiran aku dengan kawan secara tak langsung dari masa ke semasa. So my dear friend please bagi support dan datanglah sini selalu-lalu. Kalau korang suka baca ‘bebelen’ aku, datang lagi, kalau tak suka pun datang jugak. Hahaha...

.:Nota Tangan:. -Baru belajar nak menulis...

21 October 2004

Interesting Stuff

Semalam aku diminta oleh Abang Joe (office-mate aku) untuk scan beberapa keping gambar suspect kebakaran sebuah kedai cenderamata di Stadthuys yang dapat ditangkap melalui kamera pengawasan jenayah kat area Bangunan Stadthuys, Banda Hilir pada 9 Julai yang lalu. Gambar tue adalah untuk report yang akan dihantar ke syarikat insuran. Walaupun gambar suspect tue tak clear sangat, tapi aku rasa sedikit sebanyak dengan adanya kamera seumpama ini, kadar jenayah di Melaka nie dapatlah dikurangkan ye tak? Teringat lak cerita 'Alias' yang aku tengok semalam...


Gambar 1 | 09 Julai 2004 | 04:57:37 Posted by Hello


Gambar 2 | 09 Julai 2004 | 04:57:40 Posted by Hello

20 October 2004

Hari Bersyukur

Hari nie aku rasa sangat bersyukur sangat kerana penantian aku untuk mewar²kan blog aku kepada kawan² selama ini telah berakhir. Aku tahu sepatutnya aku tunggu lebih lama lagi supaya lebih banyak post yang dapat aku berikan untuk tatapan kawan² aku ataupun setidak² untuk memaklumkan kepada orang lain bahawa aku bukanlah baru ‘setahun jagung’ dalam bidang penulisan jurnal/blog (bergantung kepada penafsiran dan pemahaman korang) ini. Tapi naluri kemanusian aku tak dapat dibendung. Keinginan aku meluap² untuk berkongsi apa yang aku usahakan selama ini kepada kawan². Akhirnya, genap ‘hit’ aku sendiri yang ke-100 melawat blog aku nie (yee.. selama nie aku sorang jee yang surf blog aku sendiri sampai 100 kali!), aku war²kan pada kawan² aku. Aku mulakan dengan memaklumkan pada adik aku pian yang kat Jepun tue, kawan² aku yang ada dalam addresses list yahoo dan hotmail, friendlist aku kat dalam YM dan juga kawan² kerja aku yang rajin surf internet (especially abg goon dan kak shidah). Kawan² dalam phone list aku jee yang aku tak bagitau sebab aku kena ‘sort-out’ list² yang tak berkenaan yang aku rasa diorang tak perlu dan tak hingin pun nak baca blog aku. Apa yang menyebabkan aku lebih bersyukur adalah, blog aku nih menerima respond baik daripada kawan² aku. Walaupun blog aku nih tak seberapa pun tapi yang penting aku happy sangat! Dan disebabkan itulah, hari nie jugak aku telah mendaftarkan diri aku sebagai ahli dalam “Geng Jurnal Malaysia’ iaitu salah sebuah komuniti penulis² jurnal/blog yang paling besar dan glamour kat Malaysia nih. Nom bor pendaftaran aku adalah 1503. Hehehe... bestnyer rasa!

Hari ini jugak aku bersyukur sebab pemeriksaan lanjut pada mak Najah (awek aku) adalah tak seteruk yang dijangka. InsyaAllah dengan izin-Nya beliau akan sembuh semula. Aku happy dan bersyukur sangat masa awek aku call aku bagitau pasal berita nie. Aku tau dia pun gembira sebab aku dapat dengar riak² kegembiraan pada nada suara dia. At least dia takdelah risau sangat sampai menggangu kerja dia. Dia gembira aku pun gembira.


Meja aku kat pejabat! ;p Posted by Hello

Disebabkan aku terlalu gembira (hehe..) hari ini aku akan membongkar salah satu daripada rahsia aku (kecuali kawan² pejabat aku laa..) tentang tabiat aku yang tak reti nak mengemas meja kerja aku. Aku tak taulah.. tetiap hari aku kemas, mesti berselerak balik! Tue yang aku tension tue, lama² aku dah malas nak kemas. Sebenarnya selain daripada sifat malas aku, salah satu sebab yang menyumbang kepada ketidak kemasan tue adalah kerana kerja aku nie banyak main ngan spare-part (komputer). Aku bukak part nie, ganti part tue. Last² kat meja aku laa tersadai part² yang dah rosak tue (ada gak yang ok lagi, aku pun dah konpius mana satu yang elok). Tapi dalam gambar nie aku cubalah jugak sorok sikit². Apa yang korang tengok nie hanyalah 75% daripada yang sepatutnya. Enjoy guys!


Nie pulak meja komputer kat rumah setelah dikemaskan. Hahaha... Meja tue baru beli beb! Posted by Hello

19 October 2004

Jodoh Pertemuan di Tangan-Nya


Merpati 2 sejoli... Khairul Nizam & Azura Posted by Hello

Ops, sebelum aku lupa. Aku nak ambik kesempatan nie nak umumkan pertunangan sahabat baik aku Khairul Nizam a.k.a. KNK dengan gadis pilihan keluarganya Azura pada 3/10/04 yang lalu. I think both of u are such a lovely couple and do wish u all the best! Semoga kekal ke akhir hayat. Amin.. Bertuah badan ko KNK! Jodoh pertemuan tue kan di tangan Tuhan...

'Blank' Entry

Entry kali nie aku 'blank' sikit. Ntah napa ntah.. Maybe sebab ada beberapa perkara tak best yang berlaku hari nie. Yang pertamanya, petang tadi masa aku balik keje, depan mata aku berlaku kemalangan antara budak sekolah ngan sorang mamat nie yang bawak motor. Pada pandangan aku memang sah² budak sekolah tue yang salah sebab dia melintas sambil menolak basikal kat tengah² jalan yang sibuk. Dia buat aksi stunt 'kamikaze' lak kat situ. Haa.. kan dah kena. Tapi budak tue takdelah sampai pecah kepala. Aku tengok dia terhencot² ke tepi jalan lepas eksiden tue, then tergolek kat situ gak. Kesian tue memanglah kesian, tapi hati aku lagi kesiankan mamat yang langgar dia tue. Kalau jadi kes dah tentulah orang kata dia yang salah sebab dia langgar budak sekolah yang terang² memang tengah pakai baju sekolah! Tapi secara peribadi tak tergamak aku nak salahkan dia sebab sebenarnya dia yang tak bernasib baik sebab dia lalu masa budak tue tengah 'beraksi' (merujuk kepada aksi stunt 'kamikaze' yang aku sebut tadi), cuba kalau orang lain. Cuba kalau aku atau korang yang kena?! Cuba kalau mak bapak dia sendiri yang tengah lalu masa tue? Padahal mamat tue bawak pun bukannya laju, tapi dah budak tue terejah depan mata dia macam 'dare-devil'... memanglah berdentum jadinya. Aku tak berenti pun sebab aku tengok dua² boleh bangun balik. Tapi jauh di sudut hati aku, aku doakan dua² selamat sebab mamat yang langgar tue sebenarnya cina dan tempat tue berlaku kat area kampung orang melayu. Aku takut atas sebab perkauman, sesuatu tak baik terjadi pada mamat tue walaupun sebenarnya dia tak salah.

Yang keduanya pulak, aku baru dapat berita dari awek aku yang mak dia tak sihat. Kalau ikut penerangan awek aku dengar macam seriuslah gak sakit dia tue. Tapi tak konpem lagi. Aku kesiankan kat awek aku sebenarnya. Dahlah penat keje.. pressure keje lagi. Biler ada masalah² kesihatan macam nie memanglah sumer harapkan pada dia sebab dia arif sikit pasal sakit² nie. Tapi dia pun manusia gak, kadang² penat dan tension memang tak dapat nak elak. Lagipun bukan semua perkara dia tahu. Walaubagaimanapun aku percaya pada dia, bila tiba bab keluarga dia especiallay mak bapak dia tak sihat memang no kompromi. Dia akan cuba yang terbaik untuk membantu. Aku doakan semua selamat. Yelah.. mak dia pun mak aku jugak kan?

18 October 2004

Tersurat vs Tersirat Part 1


Apa yang korang nampak? ~ Bunga warna merah (aku tak tau nama dia, nanti aku tanya mak aku..) yang cantik diapit dengan dedaunan menghijau. Posted by Hello


Apa yang korang tak nampak? ~ Zoooom-out sikit. Ada 'sejemput' lagi makhluk tuhan (sejenis unggas kot) yang turut sama menghuni di daunan yang berdekatan. Posted by Hello

Aku pernah tengok ada orang buat something macam nie (tersurat vs tersirat) kat blog diorang yang aku rasa memang cool dan bagus untuk menguji daya 'penakulan-mantik' kita. Anyway ini hanya sebagai satu aktiviti masa lapang aku yang aku rasa aku nak share dengan korang. Tunggulah nanti masa² akan datang kalau aku ada gambar yang best² lagi. Enjoy it!

Air oh Air...


Tragedi kepala paip yang dah 4 hari tak menjalankan peranannya sebagai kepala paip yang taat dan berkaliber. Posted by Hello


Suasana kemeriahan Pasar Ramadhan kat tempat aku. Posted by Hello

Hari nie aku nak cerita sikit pasal ketidakpuasan hati aku dengan mutu bekalan air yang kejap ada kejap takde kat tempat aku nih! Aku bengang betul.. bila time² puasa nie laa air pulak asyik takde jee. Kalau ada pun air tengah² malam tue, airnya halus jee macam air kencing. Memanglah bukan aku yang tunggu air tue sampai 2 3 pagi, tapi kesianlah gak kat mak bapak aku. Nak membasuh baju, nak memasak punyalah susah.

Takyah nak cakap banyaklah.. korang tengok jee aku nih, dah 4 hari 4 malam mandi air kena catu tau tak?! Mula amik segayung, curah 'burrrr'.. pastue terus sabun. Lepas sabun tue dapatlah mandi lagi 2 3 gayung. Pergh.. punyalah menderita. Aku nie dahlah stok kalau mandi memang tak ingat. Suka lama². Nak buang air pun susah.. aku nie bukan jee setakat nak buang air, air tu kena catu... proses pembuangan air tue pun aku kena catu jugak tau tak. Nasib baik tak kena sembelit. Hehehe.. Kenapa ek.. tragedi (Macam Tragedi Buah Epal Lak) nie terjadi? Tue baru puasa, korang tengoklah nanti masa nak raya nanti. Lagilah azab!

Anyway, lupakanlah pasal tragedi takde air nie. Kalau aku membebel pun memang tak ke mana. Kepala paip kat rumah aku tetap berkarat macam tue jugak. Apa² hal pun rasanya aku patut bersyukur sebab mungkin kat tempat aku jerk yang takde air kot. Biarlah bersusah sikit.. (tuelah dulu masa banyak air tak ingat! hehehe...). Kalau dibantainya satu Melaka takde air macam masa tahun 1995 dulu macam mana? Lagi susah. Sampai kering Kolam Durian Tunggal ngan Kolam Machap tue!

Aku konfiden kat tempat aku jee takde air sebab tadi masa aku pergi Pasar Ramadhan kat daerah aku nih, aku tengok orang berpusu² jee seperti biasa. Takdepun nampak muka macam tak mandi. Takde plak aku tengok baldi²/tong² air apek yang besar tue tersadai depan rumah. Menunggu bekalan air subsidi daripada PAM. Okeylah tue.. Alhamdulillah.. Eh, aku dengar macam bunyi air jee daripada paip depan rumah aku tue. Horeyy!! Buat seketika rungutan aku nih mungkin Tuhan dengar. Baik aku gi mandi cepat. Badan pun dah bau 'bacin' nih!!

17 October 2004

Aktiviti Hujung Minggu


"What does it takes for a man to run into a burning building when everyone else is running out?" Courage! Posted by Hello


Awek aku yang tak ketinggalan nak 'interframe' kerana suka sangat tengok citer nie. Posted by Hello

Hari nie aku ajak awek aku (tunang aku laa kalau nak lebih tepat lagi) gi tengok wayang kat MP. Dalam kepala otak takde special request nak tengok apa² citer. Kitorang budget2 redah jee then tengok apa² citer yang agak² best kat pawagam.

Kitorang nasib baik sebab hari nie tak seramai masa kitorang pergi last time nak tengok citer "The Bourne Supremacy". Pergh.. ramai sangat orang sampai beratur panjang! Setelah aku diselamatkan oleh awek aku yang terperangkap dalam hujan lebat kat Melaka Raya, kitorang bergegas ke MP sebab kalau boleh taknak miss tengok movie macam minggu lepas. Sampai² dah pukul 12.10pm. Awek aku mula² nak sangat tengok citer "The Terminal" sebab dia minat Tom Hanks (sebenarnya aku pun minat ;p), tapi sebab aku dah tertengok cd pirate citer tue kat rumah dia pun tukar citer lain (Ladder 49) nie sambail menjeling tak pueh hati pada aku hehehe.. aku buat muka 20 posen.

Secara keseluruhannya citer nie memang best! Penuh dengan action, ada adengan lucu sikit² dan ada gak drama especially masa part Jack Morrison (lakonan Joaquin Phoenix) dalam dilema untuk memilih antara kerjaya dan keluarga sebab bini dia (Jacinda Barret sebagai Linda Morrison) risaukan kerjayanya yang merbahaya sebagai "fire fighter" tuh. Yelaa.. bini mana yang tak sayang suami! Tambahan lak diorang dah ada 2 orang anak.

Yang paling best masa part action tue. Memang aku respect giler sebab special effects dia memang power. Meletup kiri kanan depan belakang wa cakap sama lu! Lakonan John Travolta sebagai Kapten Mike Kennedy pun memang sangat² tak mengecewakan. Walaupun dia nih dah terkenal sebagai hero dalam filem² dia sebelum nie (especially "Face-off" and "Dragonfly") namun dia tak kisah untuk melakonkan watak sampingan (besar jugak sebenarnya peranan dia nih) di samping Joaquin dan hasilnya wujudnya kombinasi yang mantap bersama² dengan pelakon lain yang menjadikan cerita nie berbaloi untuk ditonton.

Bagi aku kalau ada 5 bintang aku 4 bintang untuk citer nih. So korang apa lagi, kalau ada duit lebih tue gi lah panggung tengok. Tak rugi woo!! Tak caya tanya awek aku.. Hehehe. Untuk maklumat lanjut korang boleh surf kat http://ladder49.movies.go.com.
Rating aku-

Kenangan Bulan Ramadhan

Herm.. pejam celik pejam celik, hari nie dah masuk 3 Ramadhan. Tak perasan pun aku. Nasib baiklah aku nie stok yang tahan puasa dan mak bapak aku dah ajar aku berpose sejak aku berumur 6 tahun lagi. Dan tak silap aku masa aku berumur 7 tahun aku dah start pose penuh. Hehehe.. walaupun pose 'yang-yuk', oklah tue kan bagi budak berumur 7 tahun. At least aku pose!

Dulu aku ingat lagi, masa zaman sekolah agama petang dulu. Alaa.. masa dedolu aku pakai baju putih sampin hijau. Laa nie bebudak nih dah pakai baju putih sampai hitam. Aku dulu suka 'yang-yuk' pose masa tang nak amik wudhuk solat asar. Masa nak kumur² tue, teguk sikit dua, tiga kali. Hehehe.. nak basahkan tekak! Tapi masa buka tak ingat, macam orang pose sehari penuh. Tapi tak lama laa habit aku tue. Tak silap aku masa aku darjah 4 or 5 aku dah tobat dah.

Masa sekolah menengah lak.. Nak kata ponteng pose tue takdelah. Cuma 2 hari jee kot masa aku form 4 sebab kena demam campak. Yang lain sumer, 'clear'!. Tapi tuelah, aku sampai sekarang pun konpius lagi, ntah diterima ke tak pose aku dulu tue, sebab apa.. Kitorang dulu masa kat hostel, orang dah azan Subuh nih, kat dlm mulut selamba jee tengah mengunyah biskut lagi!

16 October 2004

First Entry

Aku mengambil masa yang lama untuk membuat blog aku kali nie. Hahaha.. actually this is my 4th blog in 1 year time! Ntahlaa.. aku nie cepat bosanlah dengan satu² yang aku buat. Bila aku dah mula malas nak menulis dan isu² yang ada dalam archive aku dah mula 'melapuk' aku tukar design lain. Walaupun aku masih belum berani mengenengahkan design yang tersendiri dan lain daripada yang lain (selama ini aku hanya menggunakan template/ 'skin' yang sediada), aku berharap suatu hari nanti aku mampu buat begitu.