Powered By Blogger

Happy Birthday Umi!

Upacara bergambar dengan cupcake sempena birthday makbear pada 4 Jan 2013

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Percutian yang tak dirancang di Colmar Tropicale, pada 16-18 Nov 2012

Disneyland Hong Kong

We made it!! Hong Kong Disneyland 17-22 Nov 2011

Hari Raya Aidilfitri 2012

Huda asyik melalak je, so amik gambar pun lebih kurang je! Hehehe

Selamat Hari Lahir Waseem 2012

Sambutan birthday Waseem di Taska Permata. Cake Barney yang begitu menarik perhatian!

Showing posts with label Hobi. Show all posts
Showing posts with label Hobi. Show all posts

17 February 2013

Misi Membeli Basikal


Misi arini adalah membeli basikal untuk 2wau (Wafiy + Waseem) setelah tertangguh atas sebab2 yang tak dapat dielakkan semalam.

Sejujurnya plan untuk membelikan basikal nie (walaupun x masuk dlm budget) aku dgn Makbear jee yang beria-ria sebenarnya. Anak2 'opkos' ler suka tapi sbb kitorang dah tanya nak basikal ke tidak? Kalau tak 2wau ckp2 gitu je xdeler request betul2 nak beli. Paling2 pun Wafiy kata, "kalau ada basikal best kan dedi, abg boleh kayuh petang2 kat playground", hahaha 'beli jiwa' kan? Wafiy kalau bab bercakap mmg pandai berdiplomasi… Anak dedilah katakan... ;)

Kat rumah Melaka pun mmg dah ada basikal sorang satu), tp tu untuk masa dorang balik kg laa main2 basikal. Xkan tiap kali balik kg nak angkut basikal2 tue. Huhuhu… So dipendekkan cerita objektif utama kitorang beria nak beri 2wau nie basikal sbb kami rasa dalam keadaan kehidupan seharian yang padat dan stressful, hanya hari2 minggu je la masanya untuk dorang nie nak beriadah keluarkan peluh, nak release tension. Selalunya aku akan bawa dorang gi playground dekat area2 rumah aku nie. Main gelungsur2 dan panjat2, main bola, jogging2 so lepas nie ada lg satu aktiviti baru iaitu berbasikal! Yeay!!

Lagi satu aku pikir kalau ada basikal nie xyah tunggu weekend pun bole main, petang2 boleh bagi dorang main basikal area bawah rumah nie, berbumbung and quite spacious. Sesuai laa untuk bebudak nie nak berbasikal 'kekdah'nya. Basikal untuk aku, makbear n huda je xde lg. Plannya nak cari something like baby carrier yang boleh letak belakang basikal. Tp x taulah bila masanya nak beli tue sbb 1) Huda pun x stabil lg duduk dlm baby carrier, kot dia berjaya melepaskan diri dia dari carrier tue naya je. 2) Budget dah lari hehehe… (ngaku terus terang jee). Biar orang tau walaupun baca dlm blog mcm2 kami beli dan buat, tp tue semua kena ikut budget hokey, bukan sesuka jee. No budget no talk.

So berbalik pada kisah mencari basikal tadi, pagi2 td aku dah cakap dah dengan 2wau, kalau nak beli basikal g mandi cepat, berdesup laa semua mandi dan bersiap. Pastu kami g lah ke kedai basikal yang mmg dah lama kami usha tapi tengok je dari jauh. Alaa kedai kg je, otw je jalan kami hantar dan jemput Wafiy dari sekolah. x silap aku nama kedai tu Kedai Basikal Brother Fine. Boleh tahan laa fine nya, layanan bagus, servis cepat, harga… aku x tau tang harga sbb aku x buat survey, mana yg berkenan, tanya harga, agak munasabah terus beli. Tapi oklah orgnya, serius berniaga. Suka tgk anak2 muda melayu berniaga dan maju. 1st impression, very fine. Hehehe…
Ni ler kedainya, gambar amik dr 'fourthsquare.com' je. Aku rasa kedai dia dah renovate jadi 2 tingkat.
Sampai2 kedai terus usha basikal. Wafiy pilih basikal nie Raliegh Junior. Harga tulis RM380 dpt tawar RM300 sbb beli 2 biji dengan basikal Waseem. Hehehe.. saja reveal harga utk korang boleh membuat perbandingan kalau masa2 depan ada plan nak beli. Kalau rasa mahal, kat tempat lain lg murah pun boleh bgtau kami, untuk dijadikan pedoman di masa hadapan. (kelihatan di belakang Waseem tgh usha basikal utk Huda, bukan untuk dia.. Hehehe)
Akhirnya Waseem pilih nie. Basikal GoMax. Menurut 'Brother Fine' basikal nie yg feymes laa untuk kanak2 sbb cantik dan tahan lasak. Tak taulah betul ke x.. Hehehe. Harga RM150. Kalau timbang kati lagi murah. Hahaha...
Brother Fine tgh fine tune, tambah roda tambahan. Hehehe...
Assistant Brother Fine tgh upgrade ke racing specs. ;p
Kuda putih dgn kuda hijau striking dah masuk belakang. Nampak muat ye latio masuk 2 basikal. Yeayy!!
Petang2 x sempat tukar baju lagi dah test ride. Wafiy tgh guna hikmat menjejak awan untuk mencilok Waseem dari belakang.
Muka senyuummmm jee dah dapat basikal...

15 January 2013

Finding Nemo!


Lanjutan daripada entri memelihara ikan aku sebelum nie, aku teringat mcm pernah rakam video guna phone one of my favourite tank ever setup iaitu akuarium ikan air laut masin ataupun marine fish. Alaa mcm citer 'Finding Nemo' tue! Aku dgn Makbear mmg suka sangat tgk marine fish nie berenang, lengggok renangnya lembut je dan rasa sungguh mendamaikan. So tadi aku godeh2 ler komputer cari video nie. Jumpaler tp masa nie aku baru2 setup.. ikan x banyak n coral pun x cantik lagi... yang kemudian2 punya video dah x jumpa. Sayang....

Actually this is the 2nd time aku bela ikan nie... yang kali pertama mati secara sia2 sbb xde ilmu pengurusan marine fish, yang org jual ikan tu pun mcm xnak nak jee ajar aku. Nampak mcm senang rupanya susah giler, maintainance tinggi! Percubaan kali kedua agak berjaya, penjualnya pun ambik berat pasal client2 dia punya tank dan banyak ajar serta bagi panduan. Tapi banyak jugalah habis2 aku ingat ada gak dlam 5-6 ribu.. merasalah pelihara dalam setahun. Seronok tengok tank ni tiap2 hari...

Anw eventually ikan2 tu pun mati jugak selepas kami berpindah ke rumah baru. punyalah susah payah aku buat migration procees utk ikan2 tu tp akhirnya mati sebab kedudukan akuarium di tempat baru tu x sesuai.. panas... ikan pun stress agaknya.. akupun stress ler kejap.. lepas tue ok balik. Hehehe... :) Nak pelihara marine fish nie kena ada ilmu, banyak baca n google di internet. Modal pun tinggi jugak, bohong ler kalau org kata modal x tinggi... setidak2nya lg mahal laa dari bela ikan guppy ataupun ikan mas! Huhuhu...

14 January 2013

Hobi Memelihara Ikan


Kali pertama aku menonton iklan ini menyebabkan aku dengan Makbear tersenyum sendiri. Aku ingat aku jee yang mempunyai habit bawa anak2 bujang aku g kedai ikan. Aku memang minat membela ikan dalam akuarium, seingat yang aku boleh kira adalah dalam 7 - 8 kali aku pernah setup akuarium daripada aku kawin sampai sekarang. Sebab tu lah anak2 aku pun mmg suka ikut aku g 'kedai ikan'. Kalau aku kata 'jom g kedai ikan' or 'pasni kita g kedai ikan', horeyy semuanya... asik2 ulang tanya bila kita nak g kedai ikan, bila nak g kedai ikan... selagi x sampai laa depan kedai ikan tue!

Bila dah beli ikannya, muka senyumm jee.. terus nak balik umah. x sabar2 nak masukkan dalam akuarium. Masa dalam kereta, sekejap2 tengok ikan, sekejap2 tengok ikan, takut ikan tu mati katanya...
Akuariuam sekarang, bela  ikan kecik2 jee. X larat lerr maintainance
So aku jamin Wafiy n Waseem nanti bila dah besar mesti suka bela ikan dalam akurium (kalau bela ikan dalam kolam lg baik, masyukkk!! Hehehehe... ). Mana xnya, dari membeli ikan sampai laa ke setup akuarium  diorang dah tengok dan sama2 buat dengan aku. Dengan pump nya, filter nya, anti klorin, lampu dan lain2 keperluan akuarium semua diorang dah biasa tengok n dah tau fungsi2nya. Bagi ikan makan jgn banyak2 nanti ikan mati... :)

Ironinya, abah aku dulupun pernah bela ikan masa kami kecil2. Ada akurium saiz 2 kaki letak sebelah tv. Masa kecik2 kami adik beradik suka bergambar kat depan akuarium tue, sbb kat corner situ aje yang nampak cantik. Hahaha... Tapi bila diingat2 balik, kesian abah, ikan2 dia asik mati jee. Mana xnya anak2 nye letak makanan ikan sampai setengah paket, basuh akurium seminggu sekali, siap letak sabun pencuci pinggan lagi! Mau x koma ikan2 tu!

P/s: Tp dengan abah dulu lg hebat, kitorg bela arnab (arnab tu makan kayu dinding sangkar dia sampai berlubang!!) dan bela burung. Sangkar buat sendiri pakai dawai yang petak2 tu, siap ada pintu n bumbung. Huhuhuhu...