Powered By Blogger

Happy Birthday Umi!

Upacara bergambar dengan cupcake sempena birthday makbear pada 4 Jan 2013

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Percutian yang tak dirancang di Colmar Tropicale, pada 16-18 Nov 2012

Disneyland Hong Kong

We made it!! Hong Kong Disneyland 17-22 Nov 2011

Hari Raya Aidilfitri 2012

Huda asyik melalak je, so amik gambar pun lebih kurang je! Hehehe

Selamat Hari Lahir Waseem 2012

Sambutan birthday Waseem di Taska Permata. Cake Barney yang begitu menarik perhatian!

31 December 2013

Salam dari Sarawak

Aku masih bergolekan di atas katil separa empuk di rumah sewa baru kami...memandangkan barang2 kami belum sampai dari Semenanjung, maka untuk beberapa malam ni pakbear hanya tido berpeluk pelukan dengan bantal2 sofa di tingkat bawah...aku rasa pakbear lebih enak tidur berpelukan dengan si gebu iaitu bantal kusyen tu dari memeluk bini nya yang makin tiada isi ini...apsal aku makin kurus eh? :p

Amacam pakbear?? Best tak tido di tingkat bawah tu? Si Gebu buat hal tak?? Hehehe

Aku dan anak2 bear yang 3 orang ni pula tido berhimpitan di atas katil bersaiz king kepunyaan owner rumah baru kami ni..nasib baik katilnya saiz king dan nasib baik aku dan anak2 semua saiz S..hehe..so bersepak sepakan lah Wafiy, Waseem dan Huda ketika tidur dan aku pula kerap terjaga kerana menjadi bahan sepakan..:)

Semalam kedatangan kami ke bumi Sarawak disambut dengan hujan rahmat...

Hujan itu dari petang membawa ke malam, malam ke pagi, pagi ke malam semula...

Cuaca mendung2 yang menyebabkan aku rasa ingin tidur sepanjang hari...tapi apakan daya, bila siang saja, anak2 bear ku semua tahan mata...dan pantang lepa ada sahaja aktiviti anak2 bear ni..siang tadi mereka dah mencorak batikkan lantai balkoni depan rumah kami dengan tanah lumpur...susah juga duduk rumah bertanah ni, anak2 aku main tanah pulak...so petang tadi sebelum pakbear merangkap tukang menceceh no 1 dalam rumah ni bangun tido, aku pun bersihkan la corak batik yang anak2 buat tu....nasib korang baik anak2..kalau Dedi nampak apa yang korang buat tadi, berdas2 bebelan korang kena..

Oh! Lupa..pakbear ada azam tahun baru sempena duduk sarawak dan sempena Waseem masuk tadika islamic english montessori..apa azamnya?

Azamnya adalah nak speaking omputeh...di rumah, dengan aku dan anak2...

So siang tadi kami praktis sampai Wafiy dah sakit telinga...

"Boleh tak jangan cakap english lagi, Abang pening.."

Hehehe

Pakbear kata dia jealous sebab aku boleh speaking dengan fluent berbanding dia, dan dia beri amaran jangan gelakkan dia bila dia speaking sebab english pakbear memang tahap pecah rumah...takpelah Dedi...slowly....Umi ni lain, memang dah hari2 kerja kena cakap bahasa penjajah tu..:)

Pakbear ni walaupun cakap broken abis tapi suka buat slang macam mat saleh sangat, tu yang Wafiy sakit telinga tu. Kahkahkah..aku rasa sapa yg kenal pakbear boleh bayangkan gilanya pakbear bila dia dh naik sheikh!!! 

Bila aku tengok gambar ni, aku teringat pakbear yang suka menggeliat pelbagai aksi..kehkehkeh

Oh! Tapi bila pakbear sendiri set rule nak cakap omputeh, makanya dengan automatik dia kurang membebel...hahaha...

Anyway, tu azam pakbear...

Azam aku pulak...nak jadi isteri dan Umi yang mithali untuk pakbear dan anak2...


Mithali sungguh mak miau ni? Betul2 amalkan sunnah Nabi, menenenkan anak2 hingga besar panjang...hehe


Aku sebenarnya nak belajar masak, buat kek dan kuih...

Kesian anak2 aku dapat Mak yg takde skil Mak2 ni...

Tapi it all depends on keja aku nanti camne..yg semua orang sedia maklum, hosp di Kuching ni workload nya sangat tinggi dan termasuk aku nanti pakar Histopath hanya ada 6 orang sedangkan kalau ikut workload patutnya ada 10 orang pakar...tapi dorg kata kat sini no rush...buat mana yang larat je..dont push yourself too hard...u ada family....so by 5pm semua wajib balik rumah, itu kata senior2 di Kuching ni..kerana itu aku agak yakin aku akan mampu spend time untuk anak2 bear aku ni..Amin..

Aku juga berhajat untuk menguruskan pakbear...dan lama dah pasang hajat tu...konon nak suruh pakbear gi gym la...itulah inilah...tapi disebabkan kesibukan aku sebelum ni, pakbear selalu terabai...cian laki aku..

Ni gambar pakbear pada Mac 2012 di kedai makan di Waterfront Kuching, time ni aku kursus kat Pullman Kuching
Tak sangka pada tahun 2014 kami jadi warga Kuching...

Aku ada azam lagi satu..hehehe..tapi bila dh pandai nanti baru aku cite eh? Malu lah..pakbear sendiri gelakkan aku bila tahu aku nak belajar buat 'something' tu...dia langsung tak yakin aku boleh buat....huhuhu...nak merajuk lah..



Anyway, aku dan pakbear berharap kehidupan baru kami di Kuching ni akan dipermudahkan dan kami sentiasa dalam rahmat Allah...

Kami langsung tak dapat mengagak hari2 yang mendatang nanti macam mana...ada sedikit kerisauan...

Kawan2 semua doakan ye...

Oh! Aku tersentuh betul bila ada sorang rakan lama aku yang pergi menunaikan umrah memberitahu ketika di Raudhoh, dia sempat mendoakan kesejahteraan aku dan famili di Kuching ni..
Thanx Ajun...

Thanx kepada semua kawan2 yang wish selamat untuk kami...

Datang Kuching bagitau ya...Jemput datang rumah..:)

Luv uols!!!!


29 December 2013

Kisah satu malam sebelum pindah Sarawak

Malam ni kami tido hotel...

Hehehe..

Mesti ada yg kata lorat betul makcik ni...tido hotel pun nak bagitau...

Kami tido hotel setelah aku perasan bahawasanya malam ni sekiranya kami bermalam di rumah sewa kami yang indah permai itu makanya kami akan tido tanpa bantal dan selimut..dan kemungkinan besar pakbear langsung tak lena tido kerana mungkin dia terpaksa tido atas simen je..hahaha

Ini kerana semua bantal2 dan selimut dan comforter kami semua samada telah selamat naik kapal ke Sarawak ataupun selamat dihantar ke rumah kakak aku di Nilai untuk dieksport ke rumah Mak aku kemudian..

Dan mengenangkan pakbear asyik mengeluh sakit pinggang sebab mengangkat banyak barang2 berat lately makanya aku bagi hadiah la untuk pakbear tidur di atas tilam empuk hotel ni...tapi nak polok2 pakbear pun tak boleh malam ni sebab pakbear tido hujung sana, aku tido hujung sini....antara kami ada 3 anak bearuang...anak bear yg gegirl tu lagi dahsyat, dia nampak je aku nk kuis2 jari pakbear, dia dah bising2 marah....jeles le tu...maklumlah, dia dah naik takhta gadis pujaan pakbear sekarang ni..:p

Dan sebenarnya jugak tadi adalah 1st time aku tunjuk ke'brutal'an aku dengan menghentak2 meja reception hotel ni setelah 2 jam aku menanti bilik yg dorg kata takde kosong sebab hotel penuh sedangkan aku dah book hotel ni online...

Aku actually dah datang hotel pukul 5 petang, pastu dorg kata room not ready so kami pun merayau la dulu...

Pastu datang balik at 7.30 pm, room still not ready..receptionist tu kata

 "Puan book online sebab tu susah!!"

"Semalam kami fully booked, so ramai tak check out lagi"

Hallooo...dia bagi aku excuse tu pada jam 7.30malam, so mana aku tak naik geram....

So sambil membebel2 tanpa henti berkenaan hotel yang takde pengurusan yang baik mengenai booking online, membebel sebab esok by 12noon aku dah kena check out sedangkan pukul 7.30 malam aku masih kat lobi, membebel sebab anak2 aku dah mengamuk sebab tak dapat pegi pool, anak aku tak mandi lagi dan pelbagai lagi

DAN

Yang penting setelah aku habis membebel campur bahasa melayu ngan omputeh...

Aku akhirnya hentak2 tangan aku kat meja receptionist tu sambil kata

"I don't care what ur excuse is, what i know, i want to enter my room now!!!"

Garang betul aku tadi...sebab aku dah cukup bengang...

Dan lepas sahaja aku hentak meja tu, budak tu masuk dalam bilik tepi reception dia kejap, then bila dia keluar, dia terus proses bilik untuk aku tanpa memberi alasan2 lain kenapa hotel dia masih penuh..

Ekeleh...kalau aku tahu la camtu, masa mula2 datang pukul 5 petang tadi aku dah hentak2 tangan kat meja reception hotel tu...hehehe..


Saja letak ayat di atas ni...korang tau tak ayat ni memang kena sangat dengan aku dan pakbear...aku naturally tegas dan agak garang dan berhati batu...pakbear pulak agak malu2, sopan dan lembut hati..

So memang amat benar bila dalam sesuatu situasi tu memerlukan seseorang yang garang dan berani..maka aku lah jadi hero..

Bila perlu seseorang yang berperwatakan baik, maka pakbear akan tampil ke depan menyelamatkan keadaan...

Hehehe..

#pakbear, esok kita dah nak pindah Sarawak dah..

Nervous nervous..

:*)




28 December 2013

Last day di Serdang

Semalam merupakan last day aku bekerja di Serdang hospital...

Banyak sangat kenangan dan pengalaman pahit manis di Serdang ni walaupun aku kerja situ 6 bulan je..

Ada yang tanya..apa perasaan doktor? 

Perasaan?? Hehe...takde perasaan pun...

Aku memang tidak merasa apa2..cuma maybe excited sebab nak memulakan hidup baru di Kuching...

Tapi penat..sebab mengemas rumah tak habis2...hehe..

Dan gembira dapat berehat lama di kampung sempena krismas..

Aku kalau boleh taknak ingat dan ulang tayang kesedihan aku sepanjang gazetment di Serdang..pengalaman di Serdang sebenarnya sangat2 mematangkan aku...bukan sahaja polish skil aku sebagai pakar tapi juga men'suci'kan diri aku sebagai insan biasa...memang rasa sangat berbeza...

Eh! Tetiba aku rasa rindu pulak kat adik2 master kat Serdang tu...huhuhu


 Ini adalah sebahagian daripada kami...ada lagi beberapa orang yang takde..dorg cuti..

Yang ni junior master MPath Histopath UPM..aku belanja dorg makan nasi Arab kat Bangi..
Good luck ye korang exam next year...tak lama je lagi dorg semua pun akan jadi pakar..insyaAllah..

Last week aku dah belanja kawan2, pakar2 dan staf semua makan2 di lab..

Lupa ambik gambar time tu..busy makan..haha

Yg coklat tu aku bagi kat pakar2 dan kawan2 semalam, masa salam2 aku bagi pada semua orang...Coklat itu manis, semoga orang ingat yg manis2 je pasal aku..:)

Yg bunga Lovely lace tu ada sorang pakar bagi aku smlm....terkejut aku masa dia bagi smlm sebab dia antara yang sangat tegas dan suka tegur aku masa gazetment ni..aku penah nangis sebab dia..:(

Kawan2 kata Dr Selly sayang aku...hahaha..marah2 pun dia belikan hadiah untuk aku..:)

Oh! Lupa, masa makan2 kat lab hari tu, dorg bagi aku hadiah..

Ni Dr Noriah, head of unit kami...
Dia sangat baik dan islamik, aku suka personaliti dia..:)

Apa pun, LIFE IS GREAT!!!


15 December 2013

Jam, hadiah untuk Wafiy

Aku baru pasan aku takde special entry utk menunjukkan jam pemberian hadiah daripada kami kepada Wafiy


Hadiah ni khas untuk Wafiy kerana dia berjaya mendapat no1 di sekolah agama

Tak sangka anak Umi ni pandai...hehe

Ok Wafiy yang hensem, just a short entry for you, in future kalau Wafiy baca entri ni bolehlah Wafiy tengok hadiah Wafiy ni in case jam ni dah hilang mana entah..:)

Umi selalu berdoa moga Allah jadikan Umi dan Dedi parents yang terbaik untuk anak2 Umi dan Dedi...

Dan Umi doakan anak2 Umi semua sentiasa dalam lindungan Allah...

Umi berharap Allah panjangkan usia Umi dan Dedi sehingga anak2 Umi semua sudah berjaya menjadi "orang"...hanya bila melihat kalian semua berjaya sahaja Umi dan Dedi boleh tarik nafas lega dan pegi holiday berdua2 je...hahaha...kalau tak semua Umi dan Dedi kena angkut...

Umi dan Dedi sayang Wafiy dan adik2....kalau Umi dan Dedi dah takde nanti Wafiy lah harapan kami untuk menjaga dan membimbing adik2 Wafiy...sebab tu Wafiy, Umi dan Dedi persiapkan dengan ilmu Taekwondo, ilmu mengaji, dan ilmu swimming dan pelbagai lagi...Wafiy perlu jadi contoh untuk adik2..

Wafiy kena sabar banyak2 dengan perangai adik2 Wafiy, macam Umi cakap dengan Wafiy...sebagai abang sulong Wafiy kena pandai kawal perasaan Wafiy, tak boleh marah2 adik2...adik2 belum pandai macam Wafiy, sebab tu adik2 suka kacau Wafiy dan buat2 tak paham arahan Wafiy...Wafiy kena berbangga sebab ada adik2...kalau tidak, kat rumah nanti Wafiy bosan takde kawan...Waseem tu memang banyak cakap, tapi percayalah bila dah besar nanti Waseem tu lah yang akan ada untuk bantu Wafiy bila Wafiy ada masalah...Waseem kan selalu ada idea nak setelkan masalah..hahaha...

Umi sayang semua, dalam masa 2 minggu lagi kita akan jadi warga Sarawak....a new adventure will begin...:*

Wafiy ingat tak gambar ni?



Wafiy tanya Umi apa maksud gambar ni....lepas tu Umi terangkan, dari masa Wafiy dan adik2 dalam perut Umi lagi, Umi dah kurang tidur, kurang masa untuk diri sendiri sebab sebaik saja Wafiy dan adik2 masuk dalam perut Umi, seluruh jiwa dan raga, kasih sayang Umi hanya untuk anak2 Umi....so bila dah besar jangan nakal2 dan jangan marah2 Umi sebab dari masa dalam perut Umi lagi Umi dah penat layan macam2 perangai anak2 Umi ni..hehehe...luv u...

13 December 2013

Shopping buku di Big Bad Wolf 2013

Aku amat suka buku...mataku menjadi terbuntang apabila melihat lautan buku2...pupilku menjadi fixed and dilated, and not reactive to light. Maka rigor mortis kerana fitting akibat buku akan berlaku...haha..korang paham ke? Buat2 paham je la ek..

kalau ke shopping mall yang besar, tak susah orang mahu mencari aku, kerana sudah pasti salah satu tempat persinggahan ku sekiranya masa mengizinkan adalah kedai buku. 

Zaman aku bercinta dengan pakbear dulu bukan zaman henpon, guna public phone dan telefon rumah je time tu... so pernah sekali kami berjanji nak dating di Mahkota Parade Melaka, tapi kami lupa set tempat pertemuan kami nanti, tapi kerana pakbear tahu nafsu ku terhadap buku, maka pakbear sudah mengagak yang aku sudah pasti ada di MPH....ternyata telahan pakbear benar2 belaka..:)

Oleh itu, dengan semangat cinta buku, maka pada 12/12/13 aku telah berangkat pergi ke Big Bad Wolf di MIECC, Mines...last year dah pegi....this year pergi lagi....

Last year puas sudah ku borong buku2 untuk anak2 bearuang....so as planned this year aku ingin memborong lagi...

Tapi kan entah mengapa hati ku tak rasa syok sangat...hehe..

Tapi dalam kurang syiok itu aku berjaya menshoppingkan diri dengan cemerlang jua..

Total aku spent rm230...nampak mcm sikit je kan? Hehe



Buku2 di BBW murah2 sgt...tak percaya? Sila teruskan pembacaan korang ye..

Yang ni khas untuk Wafiy dan Waseem...harga rm60, satu koleksi ni mengandungi 10 Animal books, so setiap satu biji buku hanya rm6, amat murah kan?

Why do? Why do? Bagus untuk kanak2...actually aku pun syok baca...tak abis pun baca semua ni tadi, Wafiy je yg bersungguh2 baca...td Wafiy bagitau sebenarnya elephant can hear using his feet...betul ke? Entahlah...Umi pun tak belek lagi buku pasal elephant tu..:)

Anak2 suka baca...Wafiy dah faham english...so agak mudah untuk dia memahami buku tu...tapi untuk Waseem cukup untuk dia membelek2 gambar yg berwarna warni tu...lagipun Waseem pandai buat ulasan sendiri, so bior dia interpret sendiri isi kandungan buku tu..haha


2 buku comel ni tidak lain tidak bukan untuk puteri hatiku...tepi2 tu kan ada mcm figure2 tu kan..benda tu kita boleh tekan2 dan nanti akan ada sound...Huda suka...


Bukti huda suka.....

Sambil nenen pun nak baca buku...hehe..

Buku ni pun Huda suka...

Di mana ada miau, di situ ada Huda...huda as usual histeria bila dapat tengok Miau...dia tak bagi abang2 dia pegang buku Miau dia ni...hehe


Yang ni pun koleksi macam yg WafiyWaseem punya...harga rm60, dan ada 10 buku di dalamnya...tp yang ni untuk aku lah..


Buku2 yang lain tu bernilai rm5-8 sahaja setiap satu..kecuali yg buku Prince William and Kate tu harganya rm20..:)

Aku tutup entri kali ni dengan gambar cute di bawah..:*


*ramai orang mengeluh anak2 mereka tak suka baca buku, senang je sebenarnya nak galakkan anak membaca...biasakan anak2 dengan buku dari usia dorg kecik2 lagi, dan mak dan bapanya pun perlu lah jadi ulat buku jugak...bukan ulat smartphone ye kawan2!!! Haha..


Prosuder Membawa Kucing ke Sarawak

Tak lama je lagi... Maka akan berangkatlah kami ke Kuching, Sarawak. Bagi yang selalu follow blog n fb kami, mestilah korang tau mcm mana dan kenapa kami sekeluarga boleh tercampak ke sana? Atau dengan lebih tepat lagi mencampakkan diri sendiri ke sana?! Hehehe...

Anw diringkaskan alkisah cheritera nya (kena highlight juga perkataan 'cheritera' ni sbb ada kawan2 aku yg ketagih bila lama x dengar aku ber'cheritera' di blog ni)... Hehehe! Alkisahnya rumah dah mcm tongkang pecah, tgh sibuk mempacking barang apa2 yg patut... Makbear dah angkat bendera putih, panik katanya sbb tgh banyak lagi barang yang tak kemas. 

Aku yang berpengalaman luas dlm bab pindah randah ni xdelah panik nau, tp kadang2 pening jugak laa kepala sbb ada beberapa perkara yang tergantung menyebabkan perkara lain yang tertangguh. Tapi mcm biasa buat pelan2 sampai siap... InshaAllah semuanya akan ok. Doakanlah yee... ;)

Tengok gambar 'puppy' yang menyorok dlam kotak ni teringat perangai Syasha yang suka nau menyorok dan main dlm plastik atau kotak2 yang kosong... Agaknya boleh x kalau kami pura2 je konon Syasha dgn anak2 dia menyorok dlm kotak, kami x perasan, so sampailah budak2 berekor ni ke Kuching? Aci dak? Aci dak? Hehehe... 
Sbb mmg ketat betul prosuder utk menerbangkn kucing2 ni ke Sarawak sehingga akhirnya kami membuat keputusan utk meninggalkan mereka2 itu di semenanjung, sedang menanti kata putus dari bakal penjaganya samada sudi atau tidak menjaganya... Kalau x jadi pening juga kepala nak mencari bapak n mak angkat baru budak2 ni.

Ok meh aku citer secara ringkas apa prosuder2nya utk membawa/pindahkan kucing ke Sarawak. Aku tau Sarawak je sbb aku dah call Jabatan Vaterinar Neg. Selangor utk dapatkan butiran lanjut. Prosuder dan syarat2nya adalah seperti berikut:-
1) Kucing2 perlulah berumur 6 bulan ke atas dan sudah lengkap jadual vaksinnya.
2) kena implan kan mikrocip dlm badan 'miau' (wajib) n buat kad id utk kucing tu (yang ni x optional je rasanya).
3) lepas tu bawa kucing, buku rekod vaksin n kad mikrocip/id ke Jabatan Vaterinar Selangor utk dapatkan borang kebenaran utk import/eksport kucing.
4) isi borang tu kemudian faks/email pada sedara mara/kenalan kita yg ada kat Kuching utk bawa borang tu ke Pejabat Vaterinar kat sana utk lulus dan sahkan. Kemudian minta dia faks/email balik pada kita laa sbb kelulusan tu penting supaya kucing2 kita boleh dieksport ke sana. Basicly kalau boleh g sendiri ke sana lagi baik! Huhuhu...

Begitulah lebih kurang prosudernya. Itu baru prosuder dgn vaterinar, belum dgn MASKargo lagi sbb MASKargo yg akan uruskan perpindahan kucing2 tu ke sana. Difahamkan bila sampai Kuching, kucing2 tu akan dikuarantin dahulu lebih kurang 2 bulan baru boleh diberi kepada owner nya... Lama kan? Last2 bila sampai ke tangan kami, anak2 syasha dah x kenal dah kami! Huhuhu...

Sent from my iPhone

09 December 2013

Aku perlukan ubat penenang!!!



Kegusaran memikirkan log book gazetment ku yang masih lompong di sana sini tatkala rakan2 semua sudah menarik nafas kelegaan...ditambah dengan masalah mover kami yang sangat bersemangat keme'layu'an menyebabkan aku terpaksa mengambil beberapa dos ubat penenang akhir2 ini...

Nasib baik ubat penenang aku ni mudah didapati...tidak mahal...tak perlu dibayar...hanya perlukan 'bau badan' yang disukai si 'penenang'..:)


Adakalanya terlalu mudah didapati...

Di rumah ku pun ada banyak....

Di rumah ibu ku....

Di rumah kakak ku....

Alahai!!! Amat rugi siapa yang tak pernah ambik ubat penenang ni...

Sekali rasa pasti teringat2...ter'rindu2'....bila rindu air mata meleleh...:(

Aku perlukan ubat penenang!!!!!

Alangkah sedihnya ubat penenang yang selalu ku ambil nanti tiada di Sarawak...:(

Cubaan menyeludup ubat2 ini ke Sarawak juga sudah menemui jalan buntu...

Aku bingung!! Aku resah!!!

Masakan aku boleh hidup tanpa ubat penenangku...


Lantas, sebelum aku berpergian jauh ke Sarawak, aku ambil ubat2 penenangku secara overdose...

Lantak lah kalau orang tak suka cara ku menenangkan diri ini...

Cuba korang lihat ubat2 ku ini.....












Tenangkah kalian??









  
Bagaimana?? Enak tak ubat ubat penenangku?


Thanx miau...dikala manusia terlupa menghargai dan menghormati diriku sebagai manusia, diri mu selalu menjadi teman setia...


Ada sesuatu pada miau2 sekalian yang takkan ada seorang manusia pun boleh menandinginya...iaitu rasa KETENANGAN....

Umi luv u nyau...

*mode risau dan syahdu..




03 December 2013

Majlis Penyampaian hadiah Wafiy - part 2

Ok..meh kita sambung psl majlis penyampaian hadiah Wafiy

Untuk sekolah agama Wafiy mendapat no 1..tp zaman2 skrg ni rupanya setiap kelas tu cikgu akan bagi hadiah untuk mereka2 yang dapat no1-3...bukan lagi tengok markah keseluruhan mengikut darjah..motif nya kenapa? Aku pun tak pasti..maybe nak bagi anak2 ni lebih bermotivasi..yelah..kalau time aku dulu, balik2 muka aku je yg naik pentas ambik hadiah..setiap tahun pulak tu..haha..kesian la kat bdk2 yg lain kan...balik2 muka aku..

Gmbr silau...kelihatan aku dan protege2 kesayangan ku..

Ni Wafiy dan kawan dia...alamak aku lupa apa signifikan budak ni dlm kehidupan Wafiy..huhu..time ni dorg semua tengah beratur di luar dewan tunggu turn ambik hadiah

Tengoklah Wafiy, entah apa yg dia happy sgt borak dengan awek sebelah tu..hehe

Senget benget baju anak aku..anyway Tahniah Wafiy..muahhhsss!!!!!

Wafiy dan kawan2 yang dapat no2 dan no3...ha!! Aku baru ingat no3 kelas wafiy dishare oleh budak lelaki ni dgn sorg budak pompuan..

Aku suka hadiah sekolah agama Wafiy ni sbb dapat piala, sekolah pagi dapat duit je...so sentimental value takde..:)

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Kelihatan huda sdg mempromo gerai nasi ambeng favourite aku...haha

Actually dh takde gambar dah..sikit je gambar...baru aku pasan..hehe...oklah..babai semua

02 December 2013

Babai Syasha...uwaaaa!!!

Malam ni aku belek2 instagram pakbear ku yg otai berinstagram tu...patutnya hepi dan teruja la kan tgk gmbr lama2...tp tetiba aku tersedih..:(

Aku tersedih sbb sbnrnya tak lama lagi aku dan famili akan berpisah dgn Syasha...kucing kami yang tercinta...dan lebih sedih bila pikir kena tinggalkan jugak baby2 comel a.k.a cucu2 aku yg 4 ekor tu..

Hmmmm...terpaksa sbnrnya sbb bila kami survey di jabatan haiwan selangor, pegawai tu kata kalau nk pindah Sarawak, kucing kita mesti umur melebihi 6 bulan..actually ok for Syasha tapi syasha kan ada baby yg masih ninin, so mana lah boleh kami nk pisah2kan...

So skrg kami sbnrnya sedang mencari2 sapa lah orang yg mungkin boleh jaga Syasha dan anak2 nya di semenanjung ni..kami nk somebody yg betul2 mengasihi kucing...yang boleh syg Syasha dan jaga Syasha sepertimana kami menjaga Syasha....sapa ya org tu? Huhu

So untuk kenang kenangan malam ni kita layan gmbr Syasha, arwah Tom dan cucu2 ku yg hitam legam itu...aku amat yakin pakbear ku yg tough itu pun akan menangis dlm hati bila baca entri aku ni...uwaaaa!!! Umi sedih la dedi...

Ni syasha masa pakbear baru ambik dia yg sedang berkeliaran tanpa arah tujuan di kedai dobi kat bangi ni..pakbear ambik syasha untuk hiburkan aku yg ketika itu sedang gundah gulana kerana nk final exam master...comot betul Syasha masa ni...dia baru umur 5 bulan time ni, berdasarkan anggaran umur yg vet berikan.

Syasha dimandikan agar nampak presentable...hehe


Syasha menjadi bestfriend Huda..


Huda memang tak takut miau..kalau Syasha gigit pun dia selamba je..:)


Memandangkan masa tu Syasha sgt baby, so setiap kali kami balik kampung, syasha akn dihantar ke boarding..


Setelah berbulan2..akhirnya  Syasha dh jadi anak dara jelita


Lantas kami carikan kawan untuk Syasha sebab kami perhatikan Syasha agak kebosanan bersekor sekoran di rumah ni...kami namakan miau ni Tom...

Tapi Syasha masih dgn hobinya bertenggek di atas tiang sambil mengusha pakwe2 macho di jalanan


Dan hobinya menyelit dan tido dalam beg tidak kira beg kain, beg kertas mahupun kotak..pakbear kata syasha dh biol..tak keruan bila tengok ada beg kosong..hihi


Tom pula sgt adorable dan baik, tidak berperangai pelik seperti Syasha


Tom rela digomol Huda..



Tom suka tido dengan ktorg..




Walaupun berperwatakan berbeza, Tom dan Syasha geng baik...ni gambar dorg lepas penat main lari2 dalam rumah...pakbear kata mcm ada anak 10 org dlm rumah bila budak 2 ekor ni bermain..hehe


Tapi umur Tom tak panjang..Tom sakit...

Ni masa kami bawak Tom untuk rawatan di UPM vet hospital..Syasha kena check sekali utk pastikan dia sihat....


Ni gambar terakhir Tom dan Syasha...Tom dah nazak masa ni..:(

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
But life goes on, Syasha bertemu jodoh dgn kucing jiran kami...so terhasillah 4 ekor cucu kami yg adorable ni...



Huda dan baby Syasha...anak dara kami ni boleh hilang kawalan bila jumpa baby2 miau ni...abis dipicit2 nya..haha

Aku akhiri dengan gambar ni


A real good friend is hard to find...



Kucing will always be my good friend.....

Thanx for all the sweet memories Syasha and Tom...we gonna miss u a lot...:*)