Powered By Blogger

Happy Birthday Umi!

Upacara bergambar dengan cupcake sempena birthday makbear pada 4 Jan 2013

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Percutian yang tak dirancang di Colmar Tropicale, pada 16-18 Nov 2012

Disneyland Hong Kong

We made it!! Hong Kong Disneyland 17-22 Nov 2011

Hari Raya Aidilfitri 2012

Huda asyik melalak je, so amik gambar pun lebih kurang je! Hehehe

Selamat Hari Lahir Waseem 2012

Sambutan birthday Waseem di Taska Permata. Cake Barney yang begitu menarik perhatian!

28 February 2005

Malumu Maluku Jua!

*PERHATIAN
Kepada pecinta hidupan liar dan bakal-bakal doktor veterinar seperti DoBot, anda tidak digalakkan membaca kisah ini kerana dikhuatiri akan menggangu kenteteraman dan menyinggung sensitiviti sesetengah pihak.
-----------

Kisah ini berlaku beberapa hari yang lepas di suatu petang ketika sedang meronda-ronda bersama Najah melewati barisan kedai bercat merah. Menyusuri kedai-kedai barangan antik, kedai penggurup wang dan kopitiam sambil sesekali disapa angin bertiup sepoi-sepoi bahasa yang mencipta suasana tenang dan nyaman.

Tiba-tiba suara ala-ala lemak manis dari Najah memecah keheningan yang sedia tercipta. Bunyinya kedengaran agak pelik dengan intonasi suara yang seperti terperanjat,

"Eiieee... kedai nie jual harimau awak! Kesian kat harimau tue, tergamak dia nak jual harimau kat sini. Boleh ke diorang buat camtue?", macam mesingan kata-kata Najah sambil jarinya yang runcing menunjukkan ke arah satu deretan kedai yang lain.

Dengan pantas aku berpaling, dari jejak mula aku melewati kedai demi kedai yang dah agak berbalam kami tinggalkan. Melilau mencari kedai manakah yang dimaksudkan menjual harimau tadi oleh Najah.

Jauh di sudut hati sedikit terdetik, jika benarlah kata-kata Najah, seperti sesuatu perlu dilakukan. Takkan sewenang-wenang peniaga tue menjual binatang yang telah diwartakan sebagai haiwan yang dilindungi di bawah akta hidupan liar di lorong-lorong kedai seperti ini? Kalaupun benar, pasti ianya suatu urusniaga yang tidak sah, apatah lagi berniaga di tempat awam seperti ini

Mata aku tertancap pada kedai yang dimaksudkan. Aku ternampak di suatu sudut yang agak terpencil, tertulis perkataan,

'TIGER - ONE FOR RM7.50'

Aku dongakkan kepala mencari papan tanda kedai itu sebagai suatu tindakan refleks dari aku. Aku membaca perlahan satu persatu perkataan yang sudah agak samar dan uzur,

'AH LOCK KAFE'

Di kiri dan kanan papan tanda itu terpampang besar logo sebuah syarikat minuman keras.

Aku mengerut dahi. Saraf serebrum dan sereblum otak aku pantas cuba mentafsir imej-imej kelam yang diserap oleh 2 biji mata aku. Seketika kemudian,

"Ohhh... itu TIGER minuman keraslah awak... bukannya TIGER harimau tue. Kalau yee pun takkanlah diorang jual RM7.50 jee seekor!", aku menghurai kesusutan yang timbul.

"Laaa ye ker?... manaler saya tau, kot-kot ler dia jual baby harimau ke harga camtue!", Najah membuat helah bela diri sambil mulut mengherot-herot menahan senyum tanda tembelang dah pecah. Benang dah tak berdiri tegak seperti yang diharapkan walaupun dah lencun dengan air ludah!

Adengan manakah yang memalukan aku? Hakikatnya aku takdelah malu, tapi sebab Najah malu... aku sebagai pakwenye yang macam best, turutler merasa tempias malunya tue!

Malumu... maluku jua! Ekekeke...

Moral of the story: Itulah padahnya kalau asyik bersembang setiap kali wayang bermula. Kita akan selalu missed part tayangan iklan-iklan minuman keras di layar putih. Sudahnya TIGER minuman keras disangka TIGER harimau yang kat zoo tue. Nasib baik dia tak terpikir yang TIGER tue adalah Tok Rimau!

.:Nota Tangan: - Artikel nie aku calonkan untuk Lumba Catatan Bulan Februari di Forum GJ.

The Passenger

Akulah 'The Passenger'. Ekekeke...
*Sila rujuk siri pupular ALiaS untuk maklumat lanjut. Kalau peminat setia ALiaS musti tau nih!

Kelmarin semasa aku bagitau Najah yang aku akan pergi berjumpa dia dengan menaiki bas...
"Hikhikhik...", dia gelak sukahati (macam aku buat lawak plak), tak percaya laa tue!

Dia tak tau (sebenarnya dia tau...), sebelum aku mula bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain menaiki kereta dan motor, bas adalah medium pengangkutan utama aku. Ke mana-mana sahaja, berpeleseran ke pusat bandar, berpoya-poya menonton wayang/bowling, pulang ke asrama/kolej, interview kerja... bahkan 5 tahun terawal aku beraya ke rumah Najah dulu pun menaiki bas.

Betapalah bas tue memainkan peranan yang penting dalam kehidupan aku. Susah tak susah...

Nie cerita bas kat kampung aku laa... kalau kat bandar nun senang nak dapat bas. Kat kampung aku nie waktu tiba basnya sejam sekali. Kalau hari Ahad dan cuti umum, 2 jam sekali. Biasanya bas akan lalu depan rumah aku macam 8.30-9.30-10.30 dan seterusnya. Tak tentu lebih tak tentu kurang! Hehehe...

Katalah sepatutnya bas tiba 10.30am (misalannya), kalau kita tunggu 10.25 am tepat pun belum tentu bas tiba 5 minit kemudiannya. Kalau nasib tak baik, 10.55 am baru bas tiba. Dan kalau kita tunggu tepat 10.30 am pun, mungkin bas baru sahaja berlalu seminit sebelumnya! Bukannya tak pernah, bas tue lalu depan mata aku masa aku nak berjalan ke tempat menunggu bas. Terpaksa laa tunggu lagi sejam. Kesimpulannya, nak tunggu bas di kampung aku nie, bergantung kepada nasib. So kalau korang termasuk dalam kategori 'lebai malang', baik toksah naik bas.

Oh lagi satu... tempat menunggu bas kat depan rumah aku nie takde bus stop. So posisi yang paling bagus untuk menunggu bas adalah secara berdiri ala-ala model ataupun mencangkung ala-ala... cam nak beristinjak dengan batu-bata. Posisi yang paling disyorkan untuk mengekalkan postur tulang adalah secara berbaring... Pelindung daripada terik matahari adalah pohon ciku dan rambutan. Kalau nasib baik musim buah, bolehlah petik barang seulas dua buat mengonyel-onyel menghilangkan boring. Kalau boring jugak lagi, boleh kuis-kuis tanah dan pasir yang memang sengaja disediakan di situ. Ahaks!

Tambangnya dari rumah aku nak ke pekan berdekatan adalah RM1.20. Semalam masa aku naik bas, aku tanya abang driver bas tue. OooOOoo... baru aku tauu... Huhuhu...
----------

Tahniah kepada sahabat kami Azlina Aziz (26 Februari 2005) dan Aslina Siman (27 Februari 2005) yang telah melangsungkan perkahwinan bersama pilihan hati masing-masing. Waaahh.. masing-masing melaram betul yee dengan warna tema purple dan biru-biruan!

Congratulation again from us! ~ Gambar nanti aku upload.

.:Nota Tangan:. - Aku naik bas sebab aku kena naik bas!

26 February 2005

15 Minit Aku...

*Semalam aku dapat e-mail daripada wartwan Malaysiakini.Com. Aku rasa, selain daripada aku, mungkin ada di kalangan teman-teman lain yang dapat e-mail yang sama kerana ianya merupakan satu tinjuan rambang penulis mengenai liputan yang beliau sedang usahakan. Isi kandungan e-mailnya adalah seperti berikut:

Hi,
Saya Nurul, wartawan daripada Malaysiakini. Saya ingin membuat liputan mengenai dunia blog, perkembangan pembaca blog dan kesan-kesan terhadap masyarakat kita.

Saya harap boleh mengguna informasi yang diberikan dalam cerita saya berdasarkan pengalaman anda sendiri.

Soalan saya:
1. Apakah yang membuat anda ingin tulis blog?
2. Bila anda mula?
3. Apakah jenis-jenis komen yang anda terima daripada pembaca?
4. Ada terima ugutan bahaya atau pun komen memalukan daripada pembaca?
5. Jika ada, sila terangkan sedikit mengenainya? Pernah buat laporan polis?

Atau jika perlu, sila kasi no. handphone untuk saya hubungi.
Terima kasih.

Nurul Nazirin
Journalist
Tel: 603-2283 5567 ext 120
Fax: 603-2289 2579
48, Jalan Kemuja, Bangsar Utama,
59000, Kuala Lumpur
http://www.malaysiakini.com

*Jawapan aku
1. Apakah yang membuat anda ingin tulis blog?
Saya suka menganggap, menulis blog adalah merupakan suatu pendekatan baru ataupun alternatif kepada penulisan diari. Saya minat untuk bercerita dan membuat catatan mengenai perasaan dan apa yang saya alami dalam kehidupan seharian saya tetapi saya malas untuk menulisnya di atas kertas. Jadi dengan adanya blog, saya boleh menaip catatan harian saya dan ianya boleh disimpan secara maya di atas talian.

Saya ingin berkongsi pandangan dan catatan kehidupan saya supaya orang lain boleh membaca dan memberi nasihat mahupun pendapat peribadi masing-masing secara 'online'. Saya melihat juga bahawasanya catatan kita boleh dibaca oleh 'surfers' di seluruh dunia melalui pendekatan seumpama ini. Walaupun mungkin catatan saya dalam Bahasa Melayu, lalu menjadikan golongan pembacanya agak terhad, namun memadai sekiranya ada sahabat handai/kenalan mahupun sesiapa sahaja yang fasih berbahasa melayu di seluruh dunia yang ingin membacanya dan turut berkongsi pengalaman dengan saya.

Namun sekiranya anda serius menceburkan diri dalam dunia blog, anda akan dapati bahawa 'berblog' itu bukan sahaja mencatatkan sesuatu sebagai 'posting' harian kita secara 'online' bahkan melangkaui lebih daripada itu. Ianya adalah suatu perkongsian rasa dan idea, luahan kreativiti tidak terbatas, pertukaran maklumat-maklumat yang berguna, sesi kaunseling 'online' percambahan kasih sayang, keagamaan, tauladan, kepimpinan dan lain-lain lagi.

2. Bila anda mula?
Sebenarnya saya agak 'muda' dalam dunia blog ini. Saya mula membaca blog pada tahun 2001 tetapi blog pertama yang saya buat adalah pada awal tahun 2003. Namun disebabkan kurang serius dan 'hilang angin' secara tiba-tiba saya telah berhenti berblog. Pun juga, pada ketika itu istilah BLOG masih lagi begitu asing pada ramai orang dan saya merasakan seperti saya berblog secara berseorangan kerana pada masa itu saya belum terjumpa Jurnal.Biz, iaitu sebuah komuniti blog terbesar di Malaysia.

Setelah berjumpa dengan Jurnal.Biz barulah saya bergerak semula secara aktif dan saya berblog secara serius sejak Oktober 2004. Dan apabila saya katakan serius, ianya adalah benar-benar serius sehinggakan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Jurnal.Biz juga saya ikuti dan melibatkan diri saya dalam forum yang disediakan di portal Jurnal.Biz. Saya sungguh gembira kerana teman-teman blog semakin bertambah dari hari ke sehari dan jaringan rangkaian bekerja saya (memandangkan saya bekerja di bidang IT) juga bertambah luas.

3. Apakah jenis-jenis komen yang anda terima daripada pembaca?
Kebanyakkan komen yang saya terima terima adalah merupakan nasihat dan pandangan peribadi mengenai topik-topik yang saya 'post' pada hari-hari berkenaan.

Ada juga daripada komen yang saya terima yang bercerita pengalaman mereka pula mengenai topik yang saya utarakan. Cotohnya apabila saya bercerita mengenai pengalaman saya ditipu pemandu teksi, mereka juga menceritakan pengalaman mereka yang sama kepada saya.

4. Ada terima ugutan bahaya atau pun komen memalukan daripada pembaca?
Alhamdulillah.. setakat lagi weblog saya belum lagi menerima ugutan bahaya ataupun komen memalukan daripada pembaca.

Namun tak dinafikan, ada di kalangan teman-teman blog saya yang pernah mengalami pengalaman berkenaan. Walaubagaimanapun kami tidak pernah 'ambil pusing' dengan tekanan seumpama itu kerana kami tahu, di internet masing-masing boleh mengambil peluang untuk membuat perkara-perkara yang diluar batas sivik mereka sendiri dan dengan mengabaikan sahaja ugutan dan cemuhan berkenaan adalah perkara yang terbaik. Ada juga di kalangan pembaca yang menggunakan 'nick' yang kami kenali (selalunya di kalangan teman-teman blog juga) untuk melaga-lagakan kami. Namun kami tahu membezakan mana teman dan mana lawan.

5. Jika ada, sila terangkan sedikit mengenainya? Pernah buat laporan polis?
Tiada. Kalaupun ada, rasanya tidak sampai membuat laporan polis. Kerana bagi saya sekiranya kita sendiri tidak membuat tuduhan liar dan cemuhan tidak berasas dalam penulisan kami, ugutan dan cemuhan tidak akan sampai seserius itu.

.:Nota Tangan:. - Rasanya untuk soalan sesikit dan seumum itu, mungkin '15 minit' aku tue belum sampai.. ekekeke..

24 February 2005

Rumah Sewa

Waktunya dah semakn hampir. Walimatul-urus dah tak berapa bulan sahaja lagi. Persedian berjalan seperti dirancang. Namun masih banyak lagi perkara-perkara lain yang perlu diselesaikan. InsyaAllah, kami akan cuba selesaikan satu persatu.

Walaubagaimanapun, sekarang ini kami hendak mencari rumah sewa. Kenapa memilih untuk menyewa? Adalaa... kami ada alasan kami sendiri.

Dipendekkan cerita, setelah beberapa sesi pecah kepala, kami telah menyenaraikan beberapa kriteria pemilihan rumah yang bakal kami sewa nanti iaitu:-
- Mesti fully-furnished
- Pemilik asal rumah mesti Muslim
- Lokasinya mesti berdekatan dengan hospital (anggaran 5 minit perjalanan)
- Anggaran sewa dalam lingkungan RM600-RM800
- Jenis rumah tak kisah, asalkan jangan bumbung kami lantai orang lain
- Tapi sebenarnya kalau dapat apartmen pun ok gak sebab ada sekuriti

Mencari rumah yang yang menepati kriteria-kriteria yang digariskan bukanlah satu perkara yang mudah. Boleh sampai bermasam-masam muka. Tapi mengenangkan untuk menduduki rumah sendiri (walaupun untuk seketika) memang menjadi impian masing, kami curi-curi masa juga cari setakat termampu.

Walaupun dah beberapa kali meronda kawasan sekitar bandar, tidak banyak yang berkenan. Tapi petang tadi, kami telah menemui rumah idaman hati. Rumah 2 tingkat, fully-furnished (siap ada air-cond ekekeke...), berdekatan dengan hospital dan yang paling penting, harga yang ditawarkan berpatutan.

Baru dapat nombor telefon tuan punya rumah. Nak call, takut dah lewat sangat. Mungkin besok aku akan call makcik tue. Walaupun Najah merengek-rengek suruh aku call malam ini (takut rumah tue jatuh ke tangan orang lain..) tapi aku tidak mahu, aku masih rasa besok adalah masa yang lebih baik daripada malam-malam begini. Tunggulah yee wakk..

Thanx to Wanda dan kawan dia El yang banyak membantu. Sebenarnya aku dapat tahu rumah ini pun daripada Wanda. Kawan dia si El tue duduk rumah sebelah yang kami ingin menyewa tue. Kalau jadi alamatnya berjiranlah kita nanti. Hehehe...

.:Nota Tangan:. - Excited nak merasa duduk rumah sendiri...

21 February 2005

Pendinding

Baru-baru nie, pemandu ambulan di tempat kerja mak aku telah kembali ke Rahmatullah (Al-fatihah untuk arwah). Kalau diikutkan penjelasan saintifiknya, Tuan Dr. kata beliau mengalami serangan kanser yang teruk dan telah merebak dari hati, paru-paru dan juga usus perut. Arwahnya tak pernah tahu dia mempunyai kanser. Sebulan dua yang lepas dia mengadu tak sedap badan, buat pemeriksaan di klinik, baru tau kanser tue dah berumah dalam badannya. Tak lama... Tak lama, pagi Sabtu lepas Allah dah ambil semula haknya. Syukur Tuhan tak panjangkan derita arwah.

Khabarnya, orang yang datang berziarah macam ada walimatul-urus orang besar-besar. Arwahnya memang baik dengan semua orang dan tak lekang dengan senyuman. Kalau tak silap aku, masa si Oja kawin dulu, dia pun sama senseng lengan pagi bawak ke petang. Masa urusan pertunangan aku dulupun, bakal bapak mertua aku lagi kenal dia dari bakal besan sendiri. Sebab arwahnya pun orang kuat UMNO kawasan, ramai kenalan dan ramai kontek. Kebetulannya dia pun kawan baik ayah aku, sebab tue urusan-urusan keluarga kami tak lokek dia nak hulur tangan. Baiknya arwah...

Urusan pengebumian dan selesai. Tapi ribut di kawasan kuarters klinik tempat kerja mak aku tak reda lagi. Sana sini orang dok kata kematian arwah tue ada kena mengena dengan beberapa kejadian ganjil yang berlaku di klinik tue sejak akhir-akhir ini. Na'uzubillah... bukan aku kata arwah punya kerja, tapi dia kononnya mangsa kepada kuasa jahat yang membelenggu kawasan klinik tue. Macam-macam orang jumpa, jumpa benang kuning laa, jumpa kemenyan merentang pintu klinik laa jumpa kain putih melayang-layang di sekeliling klinik dan macam-macam lagi. Tapi dalangnya tak siapa yang tahu...

*Ishh.. meremang bulu tengkuk aku nie weihh!!

Sekarang nie, sumer orang dah takut. Sana-sini semua sibuk mencari tangkal dan pendinding. Kononnya dan tak tahan! Kalau kena 'sakat' dah biasa, tapi bila dan jadi mudarat sampai membahayakan nyawa, mereka dah takde pilihan. Selain dari berdoa dan tawakalallah, sesuatu ikhtiar perlu dibuat. Mak aku pun tak ketinggalan. Akupun pelik jugak, zaman sekarang nie pun ada orang percaya lagi pada pendinding. Tapi mak aku cakap, ustaz yang dia jumpa tue buat pendinding dari Yassin jee. Takpelah asalkan tak terpesong sudah. Aku pun nasihatkan mak aku, kalau lepas sembahyang tue jangan lupa doa. Mintak perlindungan, mohon keselamatan diri dan keluarga. Yang pentingnya kita sentiasa yakin dan bersaksi bahawasanya Allah tue maha berkuasa dari segalanya. Asalkan dia hendak pergi kerja. Kalau tak parah plak karang jadinya.
----------
Tadi semasa menonton tv, mak aku bercerita. Siang tadi, anak arwah yang no.2 (umur dalam 17 tahun, perempuan), datang ke klinik bawak satu bungkusan lalu diserahkan pada seorang lagi driver (klinik tue ada 3 orang driver). Mak aku nampak lalu bertanya
"Apa bendanya tue Haji",
"Uniform arwah, anaknya baru ambil di kedai. Mak dia sedekahkan",
balas Haji driver.
Mak aku buka bungkusan tue... Ada 3 helai uniform (driver) yang berwarna coklat muda, arwahnya dah tempah tapi tak sempat pakai.

Sesekali aku jeling mak aku, masih nampak ada riak-riak bening di kelopak matanya. Aku berdehem, mak aku seka air mata...

.:Nota Tangan:. - Sesungguhnya Allah yang lebih berkuasa dari sekelian makhluk. Al-fatihah untuk arwah dan takziah untuk keluarga beliau.

19 February 2005

Constantine

Memilih untuk menonton Constantine secara spontan tatkala tidak terlintas di fikiran filem apa yang sedang ditayangkan di pawagam sekarang. Telefon 'booking reservation' seraya menanyakan filem apa yang ditayangkan sekitar jam 2. Di hujung talian, menyebutkan filem Constantine ini pada jam 2.45pm di samping GK3 dan filem kantonis, Himalaya.. apa ntah aku pun dah lupa Himalaya Singh. Keinginan lebih kuat untuk menonton lakonan hebat Keanu Reeves daripada buah tangan Dato' Yusof yang pastinya akan keluar di kaca televisyen menjelang Syawal nanti. Bagi yang mempunyai saluran Astro di rumah, peluang untuk menonton filem ini lagi awal, mungkin akan menjadi kenyataan.

Dengan tak tahu malunya aku mengakui aku terpaksa membuat beberapa rujukan ringkas di internet termasuk ulasan daripada Saudara Nazmi. Kalau tidak harus aku pun tak paham jalan ceritanya. Setelah membaca rebiunya, fahamlah aku sedikit-sedikit tapi ulasan Saudara Nazmi yang mengatakan Constantine itu adalah merupakan salah satu kandungan bahan toksid yang ada dalam sebatang rokok, menyebabkan aku berkata
"OOOooooOOO... erk.. huh? Iye ke?", aku jadi lagi tak faham.

Tetapi menyedari aku tak perlu paham jalan cerita sesuatu filem itu untuk membuat ulasan peribadi, aku nak jugak share review filem nie kat sini. Kerana bagi aku, pemahaman yang malar hijau daripada audience adalah lebih bagus untuk melihat sejauh mana kehebatan pengarahnya untuk menyampaikan mesej melalui karya-karya mereka.

Secara keseluruhannya, filem arahan Francis Lawrence ini yang dikategorikan 18PA ini tidaklah terlalu membosankan. Adunan CGI yang dipaparkan tampak cukup hebat dan berkesan. Lakonan meyakinkan dan aksi heroic Keanu Reeves sambil dibantu oleh Angela Odson (lakonan Rachel Heisz yang telah kehilangan adik kembarnya, membunuh diri) melengkapkan lagi jalan ceritanya yang mengheret aku untuk menonton filem ini sampai penamatnya. Maaf, aku tak dapat nak mengklasifikasikan genre filem ini, nak kata filem seram, bukan cerita seram, nak kata filem aksi pun agak kurang sesuai. Mungkin dengan menyebutnya sebagai filem aksi, saspen seram pada ketika ini kedengaran agak 'secukup rasa'.

Filem ini sebenarnya agak sarat dengan pahaman Khatolik. Tak mustahil kalau aku dan beberapa lagi teman-teman lain tak paham menontonnya kerana aku tak pernah khatam membaca kitab Injil bahkan tak pernah menyentuhnya pun. Yang kedengaran agak familiar ialah Nabi Isa, neraka dan syurga tetapi awas, tiada satupun gambaran yang ditunjukkan dalam filem ini menyamai pemahaman kita mengenai Nabi Isa, syurga, neraka dan yang lainnya. Tiada yang setara. Namun aku tak gusar, akan ada aqidah dikalangan 'kita-kita jerr..' yang terpesong apabila menonton filem ini. Cuma elakkanlah menonton filem ini bersama anak-anak di rumah, kalau tak korang akan menyesal sebab korang akan letih menjawab pertanyaan mereka kenapa itu dan kenapa ini sedangkan mungkin andapun sendiri tak mengetahuinya jawapannya!

Melihat dari sudut positif, filem ini secara tidak langsung adalah merupakan sebuah iklan komersial 'Anti-Merokok' yang paling panjang pernah aku tonton dalam sejarah hidup aku! Setelah batang hidung kita dilemparkan dengan puntung rokok di permulaan cerita ini, adengan seterusnya adalah adengan menghisap berbatang-batang rokok oleh John Constantine yang akhirnya hampir membunuh dirinya sendiri. Terima kasih kepada Lucifer yang telah bermurah hati mengeluarkan tar, nikotin dan sisa-sisa toksid lainnya dalam tubuh Keanu semata-mata kerana tak rela melihatnya mati sebagai penghuni syurga (kononnya lah..). So beliau telah menyelamatkan nyawa Keanu supaya tak boleh mati dan masuk syurga! Huahuahua... Tambah menarik lagi, di penghujung cerita, adengan John Constantine mengunyah chewing gum (disponsor oleh Wringleys kot) begitu menunjukkan keinsafan John untuk tidak merokok lagi yang mungkin boleh menyebabkan Tok R dan perokok-perokok tegar yang lainnya insaf sambil tangan menutup mulut menahan ketawa!!
Rating aku-

.:Nota Tangan:. - Pelik tengok orang Hollywood mempersenda tuhan dan agama sendiri.

16 February 2005

Apdet Lagi~Vcd Raya Terlampau

Aku dah terupload laa plak clip video nie. Malas nak tunggu walaupun aku dah posted 2 entry for the past 24 hour, thus aku tambah lagi satu entry. Hahaha...

Clip nie aku buat kat pejabat masa nak raya puasa yang lepas. Clip video yang paling cepat rasanya aku buat. Tak silap aku, aku amik masa 20 minit jee untuk nak edit. Aku shoot video tue pakai kamera digital jee.. Aku ulang semula.. kamera digital yee.. Kamera yang mana? Alaaa.. kamera digital Sony Cybershot 3.2 megapixel aku tue laa.. Ngehngehngeh..

Masa tue kebetulan bos takde kat pejabat. Konon-konon saja nak rakam aksi mengulau diorang masa bos takde.. last-last akupun ngulau sama gak. Biler dah rakam-rakam tue.. rasa musti lawak jugak kalau divideokan.

Akhirnya...

Save Target As : Raya The Movie

.:Nota Tangan:. - Selepas berjalan, kita berlari-lari setempat anak...


Buku Sekerap Edisi 1

15 February 2005

Belajar Sendiri

Semenjak vcd terlampau aku masuk pasaran GEJU, ada 2 3 orang teman yang bertanya... "Macam mana ko buat vcd nie, pandai ko eks... sejak biler ko pandai buat movie??"
Jawab aku... "Aku tak pandai lagi, masih belajar...", seboleh yang aku ingat, vcd pertama yang aku buat adalah bertajuk Kisah Klasik. Kenapa aku bagi nama Kisah Klasik? Saja jee.. kebetulannya masa tue pun tengah popular lagu Kisah Klasik bye So7 kat radio. Tahun berapa ek? Tahun 2000 kalau tak silap aku. Aku pun dah lupa.

Apa yang pasti, aku belajar sendiri jee buat clip movie nie. Hasil daripada eksperimentasi dan curiosity yang melampau tentang apa ke jadahnya Windows Movie Maker nie, aku pun cuba-cuba ler godeh-godeh. Dalam tak sangka-sangka jadik plak clip movie pendek nie. Excited giler.. masa tue aku tunjukkan video tue pada adik dan abang aku.. diorang jaki jerk.. Hehehe.. nak buat camner... tergenius plak! Aku rasa nak buat bendalah nie bukannya susah, yang penting minat dan tekun.

Semalam, semasa aku sedang mengemaskini koleksi vcd-vcd terlampau aku, aku terjumpa balik dengan vcd nie. Memandangkan duration nyer pun tak panjang. Aku congak-congak, kalau aku dah convert dalam format *.wmv, selepas dicompressed musti tak sebesar mana saiznya. So aku pun upload laa untuk dikongsi dengan korang semua. Clip Truly tue pula aku buat especially for Najah. Pun dah lama gak dalam simpanan aku.

Cam biasa, kalau nak download... right click--> Save Target As. Kalau sesapa ada DAP, automatik boleh download pakai DAP. Kualiti gambar pun telah dikecilkan untuk mudah diupload. Best view 100% or 200% dengan menggunakan Windows Media Player. Enjoy...

Save Target As : Kisah Klasik
Save Target As : Truly

.:Nota Tangan:. - Setiap perjalanan bermula dengan langkah yang pertama...

12 February 2005

Encik Pemandu Teksi

Baru-baru ini aku ada terbaca sebuah entri di blog seorang teman yang menceritakan perihal teksi dan KL. Yang mana antara lainnya menurut beliau, teksi dan KL ini adalah 2 elemen yang tak dapat dipisahkan terutamanya apabila kita bercakap mengenai kesesakan di jalanraya dan alternatif untuk bagaimana untuk sampai ke sesuatu tempat itu dalam kadar segera. Apatah lagi kalau kita tidak mengetahui lokasinya dan apa yang ada hanyalah sekeping kertas yang tercatit alamat tempat yang nak dituju. Kepada siapa lagilah yang hendak dirujuk kalau tidak kepada abang ataupun pakcik teksi.

Namun bagi aku, ada satu kisah mengenai TEKSI ini yang aku tak boleh lupakan sampai bila-bila...

Aku ingat lagi pada suatu pagi beberapa tahun yang lepas. Pada ketika itu, Najah masih lagi sedang menghadapi tahun-tahun akhirnya pengajiannya di GH. Kebetulannya aku pun mempunyai urusan di KL dan memerlukan beliau untuk menghantar aku ke tempat berkenaan (nie kes menumpang kasih laa nie..) dengan syarat, setibanya aku ke Puduraya, aku perlu mencari jalan sendiri ke GH dan dari GH Najah akan bawa aku ke destinasi yang sepatutnya.

Sejurus turun dari bas di Puduraya, aku segera bergerak ke bahagian hadapan bangunan untuk mencari teksi. Dalam pada melilau-lilau mencari teksi, memang sengaja aku mengadjust mode muka aku kepada mode semi automatik konfiden supaya tak nampak sangat aku nie cam orang luar. Sebab apa aku selalu terdengar cerita pasal kes pemandu-pemandu teksi di KL nie yang sering menjadikan orang-orang yang luar daripada KL (yang kurang arif pasal selok belok jalan KL) sebagai mangsa cekik darah mereka.

Nak menarik perhatian pemandu teksi bukannya kerja yang sukar. Bermodalkan beg yang sederhana besar dan muka yang terpinga-pinga, senang sangat kita disapa oleh ramai pemandu-pemandi teksi yang sedia kala mencari makan di kawasan itu. Macm pelakon popular plak lagaknya...

"Encik mahu pergi mana?",
Dalam banyak-banyak pelawaan menaiki teksi mereka, pelawaan yang satu ini menarik perhatian aku. Cukup dengan hormat dan sopan-santunnya. Orangnya sederhana besar, berbangsa India tetapi berperwatakan cukup kemas dengan jaluran rambut yang agak nipis dan beruban di kepala. Bahasa Melayunya cukup fasih.
"Hurm.. yang nie nampak muka boleh percaya sikit...", getus hati aku.
Encik pemandu teksi membuka pintu belakang sambil memberi isyarat mempelawa aku masuk.
"Takpe... saya akan duduk depan", memang begitulah tabiat aku. Aku kalau naik teksi berseorangan, aku lagi suka duduk di hadapan, sebelah pemandu. Terasa lebih mesra dan selesa untuk berbual.

"Encik dari mana, hendak ke mana?", encik pemandu teksi memulakan bicara.
"Saya dari Gombak, ada temuduga di GH", aku menipu untuk mengelakkan dari termasuk perangkap pencekik darah. Memang aku asal kecilnya dulu menetap di Gombak pun dan memang aku dah sediakan jawapan tue awal-awal sebagai langkah berhati-hati.
"Sekarang nie jadi pemandu teksi susah... orang sudah tidak percaya dengan kami",
adu encik pemandu teksi.
"Kenapa pulak?", aku baling umpan artificial...
"Ramai pemandu teksi yang jahat-jahat, suka cekik darah. Sekarang orang sudah tak percaya nak naik teksi.", ujar beliau lagi.
"Yelaa... ada pemandu teksi yang menipu, macam mana orang nak percaya lagi. Tapi uncle, meter teksi nie boleh modified ke, camner diorang boleh tipu pakai meter ek?", perbualan jadi semakin menarik. Saja aku nak korek rahsia encik tue, kot-kot kalau aku masuk perangkap, tahulah aku helah mereka.

"Encik, ini meter memang tak boleh bukak untuk modified punya. Sebab apa, kalau kita bukak ini meter, dia punya seal nanti pecah. Nanti JPJ ataupun polis tahulah yang kita dah modified ini meter", encik pemandu teksi pecah rahsia.
"Dahtue, camner diorang boleh adjust meter nie sampai boleh charge mahal-mahal walupun ikut meter?", aku korek rahsia lagi.
"Diorang pandai, kadang-kadang diorang (merujuk kepada pencekik darah tadi) letak ada satu wayar kat sini... ataupun kat sini... kadang-kadang ada yang taruk kat sini", sambil menunjukkan tempat-tempat strategik kat mana nak sorokkan wayar tue. Aku jeling sekali lalu jee..
"Nanti, kalau passenger tak perasan, diorang tarik wayar nie boleh kasih shot dekat itu meter. Sekali tarik 10sen, 2 kali tarik 20sen... banyak-banyak kali tarik, beringgit-ringgit diorang boleh dapat.", sambil menggayakan bagaimana caranya diorang buat aksi mencekik darah secara terang-terangan.
"Oooooohhh.. camtue! Patutlah orang tak perasan", jaga ko pencekik darah, aku takkan tertipu dengan tipu helah korang lepas nie. "Rahsia korang dalam tangan aku", dengan riak dan takabburnya hati aku.

Dalam seronok bercerita tue tak perasan dah sampai GH. Aku tahu dari Puduraya ke GH memang tak jauh pun dan jalan yang encik pemandu teksi tue bawak aku tadi pun memang jalan yang selalu kami lalu kalau menaiki kereta Najah.
"Encik sudah sampai... mana mau turun?", lega aku dah sampai dengan selamat. Tak sia-sia aku pilih pemandu yang sopan-santun dan peramah cam encik pemandu teksi yang satu nie. Sembang punya sembang dah sampai. Hilang sekejap gundah di hati.
"Turunkan saya kat sana tue", aku tengok meter dan aku hulurkan jumlah seperti yang tertera di meter.

Aku SMS Najah mengatakan ketibaan aku di tempat seperti yang telah dijanjikan.
"Awal awak sampai, naik teksi ehh... berapa dia charge awak?" tanya Najah
"Ha'ahh.. RM17.50", balas aku. Najah buat muka tercengang.
"Apsal buat muka camtue, mahal ke murah RM17.50 tue?", saspen...
"Mahal laa... awak dah kena tipu!",
argghhhh!!!!

Aku dah agak dah... patutler aku pun rasa cam mahal jee tambang aku padahal kannya jauhpun. Manaler aku tau. Aku ingat itu standard harga bagi jalan sejauh tue. Terkena jugak aku!
"Ciss.. binawe nyer encik pemandu teksi! Dalam ko cerita-cerita tipu helah ko tue ko kenakan aku ye. Ampesss!", ammarahku mencecah ubun-ubun...

Sekembali di Melaka, aku tanyakan pada teman aku yang biasa ulang alik Puduraya ke GH kerana membawa anaknya yang mengalami leukimia. Dan daripada respond yang aku dapat, chargenya sekitar RM4.50 ke RM7.50 jerk... (kalau tak silap aku laa..), *&%$#@ ... Aku rasa cam akulah penumpang teksi paling bodoh dalam Malaya masa tue!! Arghhhh....

Sekian, Wassalam. :p
----------
Baru pulang dari menjenguk sahabat-sahabat GeJu di KLD. Nampaknya mereka sedang riang gembira bersama keluarga di sana. Padan muka dengan korang dan aku yang tak pergi! Huhuhu...

Takpe-takpe, at least merasa jugak aku makan nasi lemak, ayam BBQ, ikan bakar (yang sedap dan membangkitkan selera, timakasih TOK dan Kak G yang mempelawa...), melihat gambar-gambar dan tayangan video eksklusif (aksi kena pukul gangster Kulai kat tepi tasik yang paling ngerii!) KLD 1 dan KLD 1.5 dan juga pemeriksaan 'angin' dalam badan dari tuan punya KLD secara percuma. Jangan jeles!!

Untuk laporan lanjut... nantikan tuan-tuan punya badan sendiri balik dari KLD, baru boleh cerita. Sebab Basrie Bro kata tak aci diorang yang lenguh-lenguh dan calar balar beraksi, aku yang usung perut (dah lah FOC) jee nie plak yang cerita.. Ngehngehngeh.. Tungguuu!!!

.:Nota Tangan:. - Trauma naik teksi sampai sekarang....

10 February 2005

Samseng

Artis : AHLI FIQIR
Lagu : Samseng


Samseng, samseng, samseng, samseng
Ini bukan zaman samseng
Bukan zaman samseng samseng*
Tiada tempat untuk samseng
Ini bukan cara samseng

Sudah banyak yang ku lihat di depan mata
Pecah botol pecah gelas pecah kaca pecah kepala
Nak rebut kuasa siapa gagah siapa perkasa siapa lagi ramai anggota
Mana tempat?
Bila masa?
Kita jumpa
Satu lawan satu
Engkau dengan aku
Buka butang buka baju
Gedebak gedebik gedebuk
Kita tunggu siapa yang akan jatuh dahulu

Yang menang akan jadi abang besar
Tak perlu gusar
Kiri kanan sentiasa ada orang jaga
Bila berjalan kepak mula dibuka
Jaga jaga jangan cuba merenung mata
Amaran untuk semua
Dunia ini dia yang punya

Dan di depan mu berbaris peluang-peluang
Tapi tidak mahu pun engkau rebutkan
Berderet-deret sasaran
Namun tidak satu peluru pun engkau lepaskan
Kerana engkau hanya asyik berjuang
Entah untuk apa dan demi siapa engkau juangkan
Keberanianmu itu adalah
Himpunan puluhan anggota bengong
Yang sibuk melaungkan suku-suku pantun
Serta cogankata kosong
Keberanianmu itu adalah
Tubuh-tubuh kaku terdalam* bergelimpangan
Di simpang-simpang jalan yang telah engkau tewaskan
Keberanianmu itu adalah wajah-wajah kamu
Yang berbinkan dan berbintikan
Si anu dan si polan
Terpampang di muka surat depan
Ruang2 surat* dipasung kaki dan tangan
Keberanianmu itu adalah anak2 bangsaku
Dalam satu ikatan berkongsi kandang
Bergelar si banduan

Apa yang kan kau dapat
Hanya sorakan kuat
Naikkan semangat
Setelah bertempur hebat
Engkaulah Tuah engkaulah Jebat
Tiada siapa yang akan berani dekat
Sampai bila kau nak jadi raja membabi buta
Bukalah mata satu hari kau pasti akan jatuh takhta
Kehabisan bisa baru kau sedar
Mana pergi Tuah
Mana hilang Jebat
Mana kata semangat
Mana kiri kanan gua
Mana kata bersatu
Mana isi dan kuku
Mana sehidup semati
Mana pergi
Argh!! semua janji

Bukan aku hendak mengata
Tapi sudah nyata
Semakin bermaharajalela
Semakin berleluasa
Satu demi satu
Bangsa ku menjadi layu
Gugur di medan perang
Ciptaan saudara-saudara ku
Bagaimana hendakku jelaskan
Pada generasi baru
Dunia maju tapi bukan kita nombor satu
Dunia serba canggih tapi kita masih menagih
Dunia pesat membangun tapi kita masih mengelamun
Salah siapa
Lain makan nangka
Lain kena getah
Lain cari cerita
Lain jadi mangsa
Kerana nila setitik
Rosak semua susu sebelanga

.:Nota Tangan:. - Dah lama teringin nak masukkan lagu nie dalam weblog aku. Huahuahua...

09 February 2005

Budaya Gathering

Dalam GeJu, setiap bulan agaknya ada gathering. Aku tak tahu pada tahun-tahun sebelumnya, tapi budaya bergathering nie nampaknya sudah semakin popular di kalangan ahli-ahli GeJu. Melihatnya sebagai sesuatu yang positif, budaya seperti ini secara tak langsung dapat mengisi masa yang terluang dengan aktiviti yang berfaedah yang secara tak langsung dapat mengeratkan ikatan silaturrahim sesama ahli GeJu.

Daripada siri Gathering edisi ke-4 2004 di Dewan Sri Pulasan di UPM pada 26 Disember 2004, Forum:WEBLOG Ruang Ekspressi Sastera dan Idea di Rumah PENA pada 26 Januari 2005 diikuti oleh GMI's Poolside BBQ Party di rumah Presiden GMI pada sebelah malamnya. Minggu lepas ada Malam Puisi Tsunami di Rumah PENA (bukan anjuran GeJu) dan juga majlis perkahwina saudara Fariz a.k.a. Salji. Malam semalam pula ada aktiviti berduging (mandi-manda) di swimming pool yang sama dan petang tadi ada aktiviti mencuci longkang di bowling lane Alamanda, Putrajaya. Besok ada Projek Basah 1.5 di Kem Lambaian Danau, Chinchin. Mana satu nak pergi? Pilih jerk...

Itu tak termasuk aktiviti melantit yang dah bersiri-siri dilaksanakan oleh Geng Lantitz dan juga aktiviti mengukur jalan oleh Geng Kelawo. Kecuali Gathering edisi ke-4 2004, yang lainnya semua adalah bersifat tak rasmi tetapi tetap mendapat penyertaan yang menggalakkan daripada ahli-ahli GeJu. Dalam ertikata lain, aktiviti berkenaan bukanlah gathering, tapi disebabkan ahli-ahli GeJu nie semuanya mempunyai semangat setiakawan yang kekronian yang tinggi, setiap aktiviti yang dianjurkan tue berjalan dengan jayanya dan semua ahli-ahli GeJu berpuas hati. Tak pernah plak aku dengar aktiviti-aktiviti anjuran GeJu, ada yang tak puas hati.

Aku melihat aktiviti-aktiviti begini, patut diteruskan dari masa ke semasa selagi mendapat sambutan dan selagi tidak melanggar batasan agama dan etika sosial masyarakat setempat. Natijah daripada aktiviti-aktivit sebegini memang toksah cakap laa. Hebat tak hebat, pada sesapa yang tak pernah pergi, patut pergi baru tau. Ada orang tue, sampai mengalami anjakan paradigma! (Amacam, ko trauma tak nak pakai baju batik lagi?). Ngehngehngeh....
Selain daripada boleh bertanya khabar, di function-function camnielah kita boleh bertukar-tukar kontek dan meluaskan networking di kalangan ahli-ahli GeJu. Especially antara ahli GeJu senior dan ahli GeJu yang baru setahun jagung macam aku nie (yang lebih senior kita hormati). Akupun boleh laa meluaskan empayar penjualan VCD terlampau aku pada masa-masa akan datang! Huahuahua...

Yang makan hatinya, orang macam aku laa! Huhuhu... duk kat Melaka. Mana ler larat aku nak naik KL selalu-selalu. Tension jee aku! Sekali-sekala bolehlah join. Biler buat kat kampung halaman aku (Kem KLD, Chinchin), aku ekoNomoney lah plak nak join. Hahaha.. takpelah, lain kali bleh join. Aku tumpang gembira jee laa untuk korang. Cheerish!!

Akhir sekali
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1426 HIJRAH.

.:Nota Tangan:. - Kebuhsanan melanda diri duduk di rumah sorang-sorang.

08 February 2005

Tidur, Takziah & Sitcom Marathon

Aku tidur awal malam semalam. Ketika jarum pendek jam di tengah-tengah antara angka 9 dan 10, aku agak yakin masa tue aku sudah mengulitkan diri di atas katil. Awal kan? Aku dah tak tau apa yang nak dibuat. Nak menonton tv pun, takde rancangan yang menarik perhatian aku.

Lantaran tidur yang awal semalam, jam 2.30 am, aku dah terjaga dalam keadaan segar bugar. Seolah-olah tidak memerlukan tidur lagi. Aku telek hset aku, terima SMS daripada Ayares memaklumkan permergian ayahanda tersayang kembali ke Rahmatullah. "DaripadaNya kita datang dan daripadaNya kita kembali...", kaget sebentar. Seingat aku petang semalam aku sempat berYM ngan Ayares. Ada aku tanyakan perihal keuzuran ayahnya. Sekarang nie, arwah telah tiada... Aku rasa hening. Begitu kita tidak boleh menjangka saat dan detik bila kita akan 'dijemput'. Kita pun takkan tahu bila ibu bapa, adik beradik, saudara mara mahupun handai taulan kita akan pergi meninggalkan kita. Sudahkah kita tunaikan amanat, janji, tanggungjawab dan hutang piutang kita terhadap mereka?

Menunaikan amanat Ayares, aku SMS berapa sahabat GeJu yang ada nombornya dalam hset aku memaklumkan berita sedih ini. Salam takziah untuk Ayares dan keluarga.

Aku bangkit mencuci muka dan menekan remote control televisyen. Hurm.. That's 70s Show nampak menarik untuk ditonton pagi-pagi buta nie. Aku lunjurkan kaki sambil menonton. selesai 30 minit, Grounded for Life pulak.. Huh, layan laa... Kemudian Everybody's Love Raymond... Becker. Waa.. nie sudah tahap marathon nie. Best jugak pagi-pagi buta nie layan sitcom marathon. Sayangnya awal siang nanti aku perlu bekerja. Dalam ertikata lain, sejurus selepas aku menyiapkan entri nie aku harus masuk tidur semula.

Kepada Fariz a.k.a Salji, aku harap masih belum terlewat untuk aku ucapkan tahniah di atas pernikahan anda bersama pasangan pilihan kalbu sehidup semati, Aida. Semoga kalian berbahagia ke akhir hayat. Dengar cerita, resepsinya telah berlangsung dengan gilang gemilang. Tahniah sekali lagi.

Buat teman-teman aku yang beragama Buddha, Gong Xi Fatt Choy!! Semoga tahun ayam jantan nie memberikan kemakmuran dan kekayaan kepada kalian. Hahaha... mereka nie memang suka jadi kaya.

.:Nota Tangan:. - Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwahnya, semoga roh beliau ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. AL-FATIHAH...

06 February 2005

Info Mutakhir ~UPDATED!

*Seperti yang telah dipost di forum GJ...

LAPORAN MUTAKHIR VCD GEJUIS TERLAMPAU
(Gathering GeJu 2004 - UPM)

Baru 3 keping vcd sahaja yang sempat dipos pada siang semalam (Sabtu 5/2/05) disebabkan Pos Malaysia kehabisan 'buble envelope' untuk diisikan vcd-vcd berkenaan. Mungkin Isnin nanti akan sampai ke destinasi (InsyaAllah!). Mereka yang bertuah adalah
1) Lapan
2) Misznana
3) Mushroomcute

Beberapa keping vcd lagi sedang menunggu (pending) untuk dihantar (mungkin pada hari Isnin juga) iaitu kepada
4) Zurie - 2 keping
5) Nida - lagi sekeping

Untuk dihantar by hand biler-biler jumpa
6) Kak Ungku - mungkin semasa KLD
7) Spyz bro - semasa KLD
8) Mat Jan

Yang ala-ala cam minat tapi belum putuskan method, masa penghantaran dan pembayaran
9) Attokz - dah banyak kali mintak alamat tapi tak respond lagi
10) Laili
11) Cempaka Biru - bulan depan
12) Alias - aku nampak dia ada tanya-tanya kat weblog atoi

Habis sudah 10 keping pembakaran (burning) kedua vcd aku kali ini. Untuk sesapa yang MASIH BERMINAT selepas ini, pembakaran (burning) akan dibuat upon request... Sesapa yang pernah ter'order' tapi nak CANCEL ke pun boleh lagi. Maklumkan secepat mungkin sebelum aku pos ataupun yang bukan melalui pos tue, supaya aku boleh 'let-go' kan pada yang lelain.

P/s: Pada sesapa yang masih berhutang ataupun sudah menerima cd tapi belum menjelaskan bayaran, harap janganlaa buat-buat lupa yerk! Ahaks...

.:Nota Tangan:. -Tak pernah penat membakar cd dan vcd...

05 February 2005

Selepas Hujan


Tajuk: Selepas Hujan
Nama: Pak Beruang
Komen Hakim: gambar air embun pada daun ini menarik. cubaan yang bagus untuk membuat closeup shot pada air serta mengkaburkan gambar disekelilingnya. namun perlu perbaiki teknik bagi mendapatkan gambar embun yang lebih sharp.
----------
Dulu-dulu (di bulan-bulan awal penglibatan aku dalam GeJu) aku selalu masuk ke ruangan Lumba Foto nie. Tengok gambar yang cantik-cantik belaka dan luar biasa dan gambar yang tak terpikir kita nak ambik kalaupun kita ada kamera! Dah lama memendam rasa nak cuba tapi segan sebab takde skill amik gambar lagi. Tapi bak kata Nettbiru, skill tue akan terasah sendiri biler kita selalu amik gambar. Alaa... kamera digitalpun, bukannya luak filem! Dah habis berekesperimentasi, delete balik gambar-gambar tue. So aku belajar-belajar bereksperimentasi dengan digicam Sony Cybershot (3.2 megapixel jerk..) aku.

Selepas Hujan adalah satu-satunya, sekeping gambar yang aku hantar ke Lumba Foto bagi bulan Januari 2005 untuk pertama kali dan Alhamdulillah aku dapat tempat ke-3. Tak sangkalah pulak. Gambar nie aku ambil masa tue baru betul-betul lepas hujan kat pokok bunga mak aku. Nama bunga tue pun aku tak tau.. Tapi biler aku tengok kan butir-butir air atas daun bunga tue, nampak cantik, nampak bersinar-sinar seperti mutiara. Terus aku snap gambar 2 3 keping. Pilih sekeping yang terbaik dan hantar ke Lumba Foto.

.:Nota Tangan:. -Terima kasih di atas kepercayaan pihak juri/hakim yang memilih gambar Selepas Hujan nie. Mesti pening diorang nak pilih! Ahaks!! Terima kasih kepada teman-teman yang rasa gambar aku nie layak untuk tempat ke3.

03 February 2005

Cerita MC 2 Hari

2 hari terbelakangan ini aku telah diserang demam yang teruk! Mata aku pedih tekak aku perit, kepala rasa seperti terhuyung-hayang, badan rasa panas macam nak meletup.

Hari pertama aku masih mampu bertahan untuk ke tempat kerja, sebabnya aku dah sampai ke tempat kerja baru terasa peritnya! Sebetulnya sejak siangnya aku dah rasa semacam tatkala aku menyentuh air paip, aku rasa sejuk yang teramat sangat. Rasa seperti mencucuk-cucuk sehingga ke tulang hitam. Sudahnya aku gosok gigi dan mandi ala-ala P Ramlee jerk. Yang lebih banyak menyiram tubuh aku adalah dari wudhuk yang aku ambil untuk bersolat. Tapi saja aku tak layankan perasaan tue. Akhirnya usaha aku untuk menggagahkan diri ke pejabat sia-sia kerana sudahnya aku tak mampu membuat apa-apa. 'Melepek' jee yang lebih. Kawan aku bawakan aku ke klinik panel, Tuan Dr. cakap mungkin aku terkena jangkitan virus menyebabkan aku demam dan selebihnya mungkin aku terlalu banyak bekerja sampai tak cukup rehat. Hurmm... betul ke?

Setelah mendapat beberapa paket ubat dan injection separas pu*****g dari Tuan Dr., aku memutuskan untuk pulang sahaja ke pejabat tanpa meminta MC kerana tak berbaloi pun kalau aku ambil MC. Sebabnya kalau aku dapat MC pun bukannya larat aku nak drive pulang ke rumah. Paling tinggi aku tidur bawah meja di pejabat! Seharian aku cuma membuat kerja yang ringan-ringan jee sambil jenuh menjawab pertanyaan member kenapa muka aku cam cekodok benyek!

Siang semalam adalah kemuncak penderitaan aku! Aku bangun pagi dalam keadaan berpaut pada apa-apa sahaja yang anda untuk ke bilik air. Aku dah tak larat sangat dah. Aku telan beberapa jenis ubatan seperti yang Tuan Dr. berikan kemudian aku sambung tidur. Dalam kul 10 baru aku ke klinik untuk mengambil MC. Setibanya di klinik Abang MA tak banyak tanya biler aku katakan aku dah ke klinik panel sehari sebelumnya sambil menyatakan Tuan Dr. kata sekian dan sekian sakitnya. Dia suruh aku senseng lengan dan senseng kaki seluar, nak tengok kot-kot ada red spot. Takut aku nie kena denggi kot. Dapat MC 2 hari dan terus pulang ke rumah.

Di rumah tak banyak yang boleh aku buat biler dalam keadaan begitu. Dalam waktu tengahari tue sempat menyapa De5 di YM dan selebihnya aku sambung tidur melayan kerenah kepala yang semakin memberat. Aku tidur tak berapa lena dan aku terjaga hampir setiap satu jam. Sampailah aku menerima SMS dari Najah yang katanya dia nak datang melawat aku di rumah. Berbunga juga hati bila diberi perhatian begitu. Kepala yang bengal tadi rasa kurang pulak. "Ehh.. Najah nie cam 'anti-biotik' plak yee" getus hati aku. Hehehe...

Dalam pukul 6.00pm Najah sampai rumah aku tapi aku tak berani jemput masuk sebab takde orang di rumah. Najah berikan aku sebotol besar Orange Peel Fresh yang memang kesukaan aku dan dia. Sambil melayan sembang dia bertanyakan tentang kucing-kucing aku (dah jadi aktiviti rasmi dia bila datang ke rumah aku mesti nak menjenguk kucing-kucing aku). Aku ambilkan 5 ekor anak-anak kucing aku yang comel-comel tue dan aku serahkan pada dia. Leka bermain dengan kucing, sudahnya kami duduk bersempuh atas tanah.

"Awak... rasa tenang jee macam nie kan?" Tanya aku
"Ha'ah... kalau selalu macam nie kan best, duduk-duduk sambil melayan kerenah kucing-kucing yang 'tomey-tomey' (comel-comel) nie!", bagi kami dihadiahi bunga ros sambil menikmati makan malam di hotel 5 bintang tak seromantis duduk bersila di atas tanah sambil memerhatikan gelagat anak-anak kucing yang comel-comel tue!. Hahaha...

Btw, berbalik pada cerita demam aku tadi, aku masuk kerja balik hari ini dan seperti yang aku jangka, bos aku serang aku semacam jerk! Dia kata "hari Sabtu (ada Forum Weblog kat rumah PENA dan BBQ GMI) dah cuti, nie semalam MC plak, bila nyer nak buat keje?!", aku buat pekak jerk sebab aku dah boleh baca dah standard hati busuk dia tue. "Puan, kalau saya nie tak fikir kerja, takdelah saya datang kerja hari nie...", aku serahkan kertas MC aku yang bertulis 2 hari cuti iaitu semalam dan hari ini. Iyee... sepatutnya hari ini adalah hari MC aku!

.:Nota Tangan:. - Aku selalu sangat ditimpa penyakit kebelakangan nie, orang kata sindrom orang nak kawin macam tue laa.. Hehehe... tak larat aku!