Powered By Blogger

13 December 2005

Insan Baru!

PakBear sekarang bukan seperti PakBear yang dahulu. PakBear sekarang sudah mempunyai insan baru dalam hidupnya!

PakBear sekarang bakal bergelar ayah dah begitu juga MakBear, bakal bergelar ibu. Yeayy yeayy!!

Tanda-tanda awal telah dikesan semenjak 2 minggu lalu kerana keputusan UPT-nya positif tetapi kami rahsiakan kerana merasakan adalah wajar untuk melakukan scan terlebih dahulu sebelum diwarwarkan kepada umum.

Makanya pada hari ini usia kandungan MakBear sudah hampir 7 minggu 5 hari (lebih kurang). Alhamdulillah doa serta hajat kami termakbul. Dan kepada kalian yang tak sabar-sabar menjadi 'pakcik dan makcik' kepada insan baru ini, tahniah. Sila sediakan duit raya lebih tahun hadapan.

14 comments:

Anonymous said...

wahhh...Tahniah la PakBear!...jaga MakBear baik2!...hehe..

Chika Chika said...

tahniah... tumpang seronok beberapa kaki. Tak lama lagi jadi bapa org.

tapi...sy terlalu muda utk menjadi makcik kpd baby tu.Jadinya, sy juga terlalu muda utk menyediakan duet raya lebih.

harap maklum dgn kesempitan hidup saya...

ahahaha... nama baby jangan taruk bear pulak.

Anonymous said...

hehehe, sampai pn rezeki korg. :)
erk, xsempat lak jadik yg pertama ucap "tahniah" kt blog ni.
(yg 1st cakap tahniah sure doktor yg cek kak najah.huhuhu)
jaga ler MakBear baik2!!!

coklat~vanilla said...

tahniah pakbear n mak bear kerana akan mendapat babybear! smoga berjaya menjadi parent yg cemerlang, gemilang dan terbilang yer:)

Unsunghero said...

...tahniah pak bear & mak bear :) kami tumpang gembira. nikmatilah perjalanan yang satu ini dengan sepenuh rasa dalam dada kerana ini adalah pengalaman yang cukup berharga untuk dikenang suatu hari nanti. kita sebenarnya sama-sama menanti saat itu...

Masy said...

congrate!!congrate!!
klu dpt anak pompuan, ubuh nama aku tau supaya dia jadik pompuan yg baek..ehehehe..
klu lelaki, ubuh nama faizal husin supaya anak ko ensem..

eh..sesuka aku je..! jgn mara aaa.. ;)salam utk MakBear ek!

~nanina~ said...

TAHNIAH pak bear...akhirnya berjaya gaks ekk, hehehee...

Anonymous said...

aku rasa kan skang nie baru le ko layak gune nama pak bear tu tau hehehe

neway Congrats to Pak bear n Mak bear....

Anonymous said...

TAHNIAH. Pak Bear kena rajin2 tolong kerja dapur MakBear apa yg patut. Jangan 'lasak' sangat.

-Basri

Miss Tika said...

tahniah..tahniah....

pesan kat mak bear, jaga kesihatan.. dan ikut nasihat doktor..

buat pak bear lak..jaga jaga lah perasaan mak bear..kadang orang tengah macam tu meragam dia tak tentu pasal..banyak2 bersabar key..

tahniah sekali lagi..

Mar said...

Wah, berita gembira. Tahniah.

Anonymous said...

Tahniah pak bear & mak bear..

Anonymous said...

thanx all. timaksih untuk ucapan dan nasihat kalian. akan aku praktikkan. hehehe

anak_abah said...

tahniah pakbear...