Powered By Blogger

Happy Birthday Umi!

Upacara bergambar dengan cupcake sempena birthday makbear pada 4 Jan 2013

Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Pahang

Percutian yang tak dirancang di Colmar Tropicale, pada 16-18 Nov 2012

Disneyland Hong Kong

We made it!! Hong Kong Disneyland 17-22 Nov 2011

Hari Raya Aidilfitri 2012

Huda asyik melalak je, so amik gambar pun lebih kurang je! Hehehe

Selamat Hari Lahir Waseem 2012

Sambutan birthday Waseem di Taska Permata. Cake Barney yang begitu menarik perhatian!

31 January 2013

Cerita Tong Air

Nie cerita semalam nie, baru sempat nak 'hapdet'...

Alkisah semalam konon kawasan sekitar Bangi termasuk Bandar Baru Bangi akan dilanda ketiadaan air jadi para penduduk kampung sepening lalat telah dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya bagi mengelakkan perkara2 yang x diingini berlaku. Justeru setelah berbincang dengan CEO, aku selaku Managing Director pergilah beli tong 15 gelen nie untuk dijadikan 'kolam tadahan' bagi menampung keperluan kami sekeluarga setidaknya2 utk memasak, wudhuk dan bersihkan apa2 yg sepatutnya...

"ini lu beli untuk esok (xde air) punya ka?" tanya taukeh kedai tong air...
"errr... ye ye, mau standby simpan air..." jawab aku
"lu baik cepat, wa tengok air sudah 'kincil' (kecik)...", aku budget2 paham je la. Tp dalam hati gusar gak, sempat ke tak nak tadah air nie.

Sampai je parking aku terus angkut tong kosong nie naik atas. Tangan kanan kendong Huda, tangan kiri pegang tong, dalam tong ada beg sekolah Wafiy. Fuhh... lenguhnya tangan Ya Allah! Sib baik mengenangkan keadaan bakal menjadi darurat dan gawat jadi aku terpaksa juga mengerah lemak2 aku utk bertukar menjadi sumber tenaga segera yang merembes macam metanol injection engine. Chewahh.. paham ke? Hehehe...

Buka je pintu rumah, perkara pertama yang aku buat ada letak Huda pastu segera basuh tong untuk diisikan air. Kurang lebih 10 minit kemudian penuhlaa tong tue dengan air bersih. Fuhh lega rasanya.

Tengok jam dah pukul 6.30pm. Suruh Wafiy n Waseem mandi sementara tu aku mandikan Huda. Aku cakap mandi puas2 nanti esok xde air x merasa nak mandi puas2. Rupa2nya dorang patuh dengan cadangan aku sepenuhnya! Lepas mandi Huda aku dengar sakan betul encik abang berdua tue mandi.

"Abang, adik... dah dah, bancau dah dapur nie, sabun, mandi, berus gigi n keluar.. cepat!", macam askar pencen bagi arahan...

Lepas abis je dorang keluar aku pun uruskan baju2nya the aku plak nak mandi. Punya terkejut beruang aku tengok apa dah jadi dengan toilet dan projek 'kolam tadahan' aku tadi.... Masha Allah, Astaghfirullahal azimmmm!!! mengucap panjang aku. Tapi x urut dada sebab terlalu 'cliche'... Hahaha... abis dah bebudak nie berkubang dalam tong tue! Siap ada baldi n gayung dlm tong. Aduih rasa mcm nak marah, tp xnak laa.. sekarang nie tengah kempen nak jadi dedi penyayang... aku bebel cikitttt jee... Aku kata nanti esok xde air padan muka xleh nak mandi, sesambil tue aku isikan semula tong tue dgn air bersih. Sib baik sempat lagi...

Alahai anak2... nanti abang Wafiy dgn Waseem dah pandai baca blog nie ingat baik2 tau, sib baik dedi dah belajar berlapang dada sekarang nie, kalau tak teruk korang. Grrrr!!! Anw sayang korang, koranglah penyeri kehidupan kami... ;)

Tapi hari nie ok jee tengok, air ada pulak... Huhuhu...

Pulangkan... Ikan Bilisku!!!

Pergi kedai makan, tapau nasi lemak, nasi goreng, mee goreng, mihun goreng etc makan kat rumah. Makan sesuap, rasa kurang 'kick' / telur nasi lemak 'cinonet' nau... panaskan kuali goreng telur, telur dadar ke, telur mata ke...

Itu BIASA.. kan kan kan?

Pergi kedai tapau nasi lemak/kukus. Bawa balik rumah, rasa sikit... x puas hati. Panaskan kuali goreng ikan bilis. Korang biasa mcm tu?

Bagi aku sungguh LUAR BIASA!!!

Hahaha baru puas hati aku. Apa punya nasi kukus la (aku ckp kukus sebab ia x lemak lansung dan warna hijau pulak tu, tp bukan ns kerabu atau seumpamanya..), aku makan ada sambal n telur mata je, tu x kisah lagi... tp rasa plain nau! dalam sambal ikan bilis sekor pun xde. Timun pun tarak. Nasi lemak apa mcm tu? X tau laa apa org lain rasa, tp kalau sampai aku kena goreng ikan bilis sendiri, mmg x pernah aku buat! Hehehe...

Itulah citer nasi lemak kakak berniaga di bonggol jalan, ye gerai dia betul2 di tepi bonggol jalan yang besar...

Sebenarnya aku ada 'transaction history' dengan kakak nie. Dulu masa aku lepas hantar Wafiy ke sekolah, aku pernah beli nasi lemak dia 2 bungkus (masa tu x rasa lg nasi lemaknya), harganya 2 bungkus RM4. Tapi aku xde duit kecil, salah aku laa pagi2 org mula nak meniaga mana ada duit baki RM50. Meniaga gerai plak tu.

"Alamak kak, xde duit kecik laa", sambil tunjuk not RM50. Kat tangan dah pegang 2 bungkus nasi, segan laa pulak nak letak balik.
"xpe dik nanti bebila lalu boleh bayar, akak mmg ada jee meniaga kat sini", wah baik sungguh hati kakak tue, percaya dengan aku. Bagus2...

Nak dijadikan cerita lama jugak laa baru aku berjaya lunaskan hutang aku tu. Ye lah selalunya makbear yang hantar Wafiy gi sekolah, tp yang kadang2 aku hantar tu dia x meniaga pula. Jadi kiranya tadilah baru aku berjaya bayar hutang aku tue.

Rupa2nya... akak tu mmg genius bagi aku. Instead of aku beli 2 bungkus je nasi lemak dia and pastu tobat aku xnak beli lg (sbb x sdp mcm aku ckp td), tadi aku 'terrrrrbeli' lagi satu. Yelah seganlaa pulak dtg kedai dia bayar hutang je. So akupun beli laa sebungkus LAGI nasi lemak dia semata2 nak cover line. Walaupun aku tau rasanya mmg x kena lansung dengan selera aku. Hehehe.. untung kakak tu berurus niaga dengan pelanggan yang jujur dan pemalu macam aku nie. :)

So maybe makbear pasan kot aku beli nasi lemak sebungkus je pagi tadi, pastu x offer pun kat dia. Hahaha... sori umi, nasi lemak nie mmg x best, dedi kena goreng bilis sendiri baru lalu nak tolak ke anak tekak... Huhuhu... Alhamdulillah. Pulangkan... Ikan Bilisku!!!

29 January 2013

Buat Aku Tersenyum


Musim musim preparation untuk final exam ni aku memang akan terbuai buai kalau terdengar lagu yang satu ni...

Kenapa?

Sebab lagu ini mengingatkan aku pada pakbear yg selalu buat aku tersenyum...pakbear memang satu creature (*hahaha, macam fauna plak laki aku ni) yg berbeza dari aku....kami amat berbeza...dari luaran of course la kan, dari interior nya, cara pakbear pikir, cara dia bertindak, cara dia menyelesaikan masalah, most of things la memang opposite dari aku....kenapa aku suka pakbear? Ntah..first time dulu sbb tengok dia gebu sangat macam anak beruang kutub, tembam putih tapi kurang berbulu la..hehehe

Ok...bila dengar lagu ni aku masih teringat cara pakbear menenangkan aku ketika nk final exam medic dulu, masa aku sedih sbb tension hidup sebagai houseman, masa pakwe versi haiwan aku iaitu Abg yot mati...huhuhu...dan juga masa 1st year master time abah aku sakit, dan aku hampir rasa nk quit sebab rasa bersalah sebagai anak aku tak mampu menjaga abah..hmmmm....pakbear selalu dengan kata2 semangat nye yg memang memberi kekuatan pada aku...pakbear slalu ada lawak yg nak diceritakan...

Thanx budak bam....kerana selalu membuat budak nescafe ini selalu tersenyum...hahaha...pakbear panggil aku budak nescafe dulu sbb dia kata aku berbau nescafe bila gi keluar dating dengan dia dulu...kihkihkih....

*entri ni aku tulis ketika menunggu klon pakbear balik sekolah agama...hehe..klon yg cerewet makan mcm pakbear..;p

Sent from my iPhone

Sedetik Lebih Buat Selamanya


Di waktu malam malam begini, di kala pakbear dan semua anak2 bear dah tido, di waktu mata aku dh hampir terkatup, di kala hati masih meronta2 untuk menghabiskan tugasan yg belum selesai, aku yang teringin membaca blog sendiri telah tertaip afzal.blogspot yang membawa aku ke sebuah blog yg amat mengusik hati...blog seorang ibu yg amat merindukan anak nya bernama Afzal yg telah kembali ke alam sana....

Membaca setiap satu entri nya membuat kan aku mengakui satu hakikat...kasih ibu membawa ke syurga...aku amat teringin bertemu si ibu yang menulis blog itu...alangkah baiknya sekiranya aku bole menjadi ibu yg sebaik itu...

Anak2 umi, satu hari nanti kalu anak2 Umi dah pandai baca blog Umi dan Dedi ni, bacalah setiap satu entri Umi dan Dedi itu…. setiap satu daripadanya adalah rakaman detik2 istimewa dalam hidup Umi dan Dedi semasa membesarkan kalian...tidak ada satu pun yg Umi dan Dedi sesali dalam kehidupan kita ni...melihatkan senyuman dan keletah anak2 Umi cukup menghiburkan walaupun adakalanya menimbulkan rasa sebal di dada...hahaha...bergembiralah anak2 beruang Umi dan Dedi...sememangnya tugasan seorang kanak2 adalah untuk bergembira selalu...

Umi nak anak2 Umi tahu Umi dan Dedi amat menyayangi kalian semua....kalau boleh biarlah hanya kemanisan yg kalian rasakan...biarlah segala kepahitan dalam kehidupan ini Umi dan Dedi yang hadapi...

Luv u all anak2 bear...;)

28 January 2013

Host Rancangan Tv Dekorasi Rumah Terkenal

"Nǐ yào mǎi shénme?"
"Lu mau beli apa?!", mcm tu lah lebih kurang bunyinya dengan dibantu oleh Mr. Gugel... Pertanyaan yang sering diajukan masa aku kecik dulu. Maklumlah dengan susuk sedikit gendut, chubby dan sepet, orang cina mmg senang terkeliru sangkakan aku sebangsa mereka. Huhuhu...

Tapi nanti aku akan jawab "telur sepuluh bijik", or bawang ke, ikan bilis ke, sardin setin ke... Biasanya mereka akan tercengang sekejap ingatkan mcm aku menjual serangkap pantun pada mereka. Akhirnya tersenyum sendiri apabila mengenangkn sifat perkauman mereka itu tak ke mana. Ehh... Mcm tu pulak?!! Hahaha...

Anw hampir 28 tahun insiden itu berlalu... Aku sangkakan dengan kulit sawo ala2 x matang mcm skrang, rambut botak dan berpakaian x kpop lansung mcm org cina, mereka tak perlu lg menangguk di air yg keruh berbahasa cina dgn aku, rupanya sangkaan aku meleset. Mereka masih lg tersalah sangka, mungkin menyangkakan aku ni host rancangan tv dekorasi rumah terkenal itu!

Alahai..., dan rintik2 hujanpun menjamah ubun2..... ;)

Sent from my iPhone

26 January 2013

Wafiy's Taekwondo Class

Arini tadi bawa Wafiy ke kelas Taekwondo. Akhirnya tercapai juga hasrat aku utk masukkan Wafiy kelas tu. Almaklum ler, aku akui si Wafiy nie lebih sikit sifat lemah lembutnya (mcm dedi dia tp bukan mcm auw auw tau!!), so elokler dia masuk taekwondo ataupun apa2 ajelah kelas seni mempertahankan diri yang ada. Lagipun Wafiy nampak berminat nak join.

Hahaha lawak juga, mcm2 gelagat yang dapat dilihat. Aku duduk di tepi dewan dengan tersenyum simpul sorang2 tengok budak2 comel berlatih taekwondo. Semangat betul. 

Bila tengokkan Wafiy, dia lebih kepada seni mempertahankan diri power rangers daripada taekwondo. Kihkihkih... Anw ini baru 1st class... Hopefully he can pick-up the lesson and enjoy it at the same time. Arini pun dah dapt kawan, tu yang baju hijau tue. Minggu depan baru dpt baju (kalau ada saiz), mesti segak anak dedi! :)

Sent from iPhone

Program Jalan2 Cari Penat di KL Bird Park

Tak best la nak taip entri ni kalau mood tgh x kelakar. Hahaha... 

Meh aku citer pasal program 'jalan2 cari penat' kami tadi ke 'KL Bird Park'. Nak diringkaskan cerita, kami ke KLBP sebab dah lama anak2 menyebut nak ke sana. So kena tunggu laa masanya yang sesuai utk gi. Walaupun hari cuti (Maulidur Rasul) tp sebenarnya Makbear keja/study gak. So ktorg tunggulah, dalam tengahari baru kami gerak ke KLBP.
Taman Burung Kuala Lumpur terletak di Jalan Cenderawasih, 920 Taman Tasik Perdana. Kalau org KL tau lah kat mana tempat nie. Segan nak citer sbb kat area KL je pun hahaha. Anw KLBP dekat2 juga dengan Planetrium Negara, Muzium Polis, Galeri Tun Abdul Razak, Muzium Kesenian Islam dan juga Tugu Negara. So kalau ada perancangan untuk tawaf satu bukit (apa nama bukit ni pun aku x tau) dalam 1 hari pun dipersilakan. Banyak tempat menarik untuk diterokai. Kami jalan sikit2 dah laa, ada baby kecik (Huda) penat laa nak tawaf 1 bukit, lenkali boleh dtg lagi.
Seperti yang tertera di gambar harga tiket masuk adalah RM25 untuk dewasa (MyKad) dan RM12 untuk kanak2 (MyKid - 12 Tahun ke bawah). Maka bagi pelancong asing RM48 (dewasa) dan RM38 (kanak2). Well... kalau tanya kami agak mahal laa juga tiket masuk tue tp kami nie jenis x kisah berhabis (bayar mahal) kalau kualiti perkhidmatan dan produk yang diberi berpatutan dan terbaik! So kalau nak tahu berbaloi ke tak kami masuk taman burung nie kena laa baca sampai abis. Huhuhu...
Selain daripada aktiviti berjalan dan beramah mesra dengan burung2 dlm tue, taman burung yang dikatakam terluas di rantau ini (x tau lah rantau mana tu huhuhu) iaitu seluas 21 ekar dan mempunyai hampir 3000 spesis burung berlainan turut menyediakan pelbagai jenis aktiviti seperti aktiviti memberi makan burung2 (ostrich, hornbill, eagle etc..), sesi fotografi dan juga persembahan burung iaitu di zon 4 (amphitheater) pada setiap hari pukul 12.30 hingga 3.30 tengahari. Btw burung2 dorang mmg jinak2, aku baru masuk dah sakan snap2 gambar, baru pasan 1 zon x lepas lg sedangkan taman ini ada 4 zon!
Layan gambar dulu...
Baju Makbear pun dah sama mcm peacock aku tgk. Hahaha
Syurga untuk kaki fotografi! (mcm akuler... huhuhu)
Penunjuk arah yang selalu je hilang arah walaupun peta disediakan. hehehe...
Penunjuk arah dan wakaf rehat juga disediakan. 
Dah nak dekat 2 jam dalam tue ingatkan dah dah nak abis dah explore, rupanya baru zon nombor 2. Ketiak dah berpeluh nie walaupun cuaca x panas. Huda pun dah merengek sikit2, so kitorang berehat di wakaf yang disediakan. Actually tempat rehat banyak dan kebersihan pun terjaga. Well maintain laa bak kata org. Dalam tu juga ada kedai menjual makanan dan toilet (sori xde gambar). Kedai menjual makanan tu kami x check la mahal ke murah tapi menurut kawan Makbear, agak mahal juga. Kami mmg ada standby bawa roti dan air untuk mengalas perut dan melepaskan lelah.
Sambung tengok gambar lagi...
Burung biru burung 'peberet' Makbear!!
Yang baju purple, kanan sekali bukan Eric Leong (Casa Impian). Hehehe...
Burung2nya mmg jinak, senang nak bergambar 
Ostrich nie sawan ke mogok lapar? Hehehe 
Maklumat berkenaan burung yang ada turut dipamerkan di papan info
Masing2 dah penat tp cover line baik punya!
Suka.. Suka... Suka!!
 Sudahnya kami hanya mampu sampai di zon 3 je. Pastu masing2 dah keletihan. Takpe lenkali boleh datang lagi. Kesimpulannya jalan2 di KL Bird Park nie mmg best. Berbaloi dgn tiket yang dibayar tapi kalau dapat murah sikit lg baik. Hehehe... Truly recommended pada yang teringin nak g bersantai2 di sana sambil menghirup udara segar dan menikmati keindahan flora dan fauna. Chewah!
Ole2 dari KL Bird Park

25 January 2013

Sorang Lagi...

Sorang lagi tumpahkan air masa makan kat kedai! Hahaha... Alahai anak2. Rasa sempurna hidup sebagai bapa mithali merangkap surarumah contoh. ;)

Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlapang dada. Xnak marah2 daa... Bak kata Makbear, "no mess, no fun". Kuikuikui...
Sent from my iPhone


24 January 2013

Kenangan Maulidur Rasul...



Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. 
Pada sesapa yang tak tahu tema sambutan Maulidur Rasul Tahun 2013 Peringkat Kebangsaan adalah 
"Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah." 

Apa maksudnya? Korangkan pandai, boleh google sendiri. Anw sedikit yang aku dapat petik dari internet adalah 'wasatiyyah' (masa aku 'mengaji' dulu, aku eja 'wasadthiyah' sekarang dah tukar pulak, mcm x best jee...) berasal daripada perkataan arab al-Wasat (الوسط) yang apabila diterjemahkan dari segi bahasa bermakna pertengahan (sederhana). Seterusnya diistilahkan melalui konteks Islam sebagai adil, sederhana dan terbaik. Wallahualam...

Anw saja nak story-mory, bila bercerita pasal Sambutan Maulidur Rasul nie teringat masa zaman bekerja di jabatan lama dulu. Selalu kena berbaris dari Stadium Kubu sampailah ke Masjid Al-Azim. Pagi2 dah kena berkumpul di stadium. Walaupun perkataan 'kena' tu bunyinya mcm terpaksa kan, tp sebenarnya seronok. Berbaris beramai2, mengalunkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW bersambung2 sepanjang berbaris sampai laa ke penamat. Walaupun penat berjalan tapi bila berbaris beramai2 hilang penatnya. Mcm2 peristiwa berlaku, kasut koyak la, kaki melecet laa, 'tuang' berbaris tengah2 jalan laa, lari jap gi kedai beli air laa. Tu belum kira lagi terima 'ucapan penghargaan' daripada big bos...
"Terima kasih kerana tuan datang walaupun lambat mcm VIP..."
Hahahaha!! Kenangan... Kenangan...
Ayu2 semuanya dgn baju n tudung sponsor
Kaum Adam pun x kurang segaknya..
Selawat jgn x selawat... ;)
Haa kan dah cakap... kaki sapa laa melecet nie!

23 January 2013

Berpoya-poya di Tutti Frutti

Aku tak penah makan Tutti Frutti....sebab aku pikirkan ianya yogurt dan since aku ni memang kaki pening so memang tak berani makan sesuatu yg akan mengganggu deria rasa orang Jawa macam aku ni...;p

Tapi tadi selepas ambik Wafiy balik sekolah agama petang, aku dan pakbear yg kononnya nk survey food steamer (*pakbear nak makan steam2 je lepas ni...diet lah konon..eheheh) telah terlalu depan Tutti Frutti ni...

So since takde mood sebab steamer yg berkenan di hati tidak ditemui so kitorang pun singgah le test makan...

Senget jap otak aku yg season ni bila tengok rupanya Tutti Fruti kena self service bagai...aku ni memang malas nk layan diri sendiri...so aku suh pakbear melayan diri aku..hehe

Hasilnya seperti yg tergambar diatas...oklah jugak si tutti ni tapi sebab aku ni memang bukan peminat makanan2 renyah ni so aku bole katakan bagi aku Ice Room lagi sedap lah...rasa si Tutti tu macam satu rasa yg masuk tekak pastu hilang dan tak lekat di otak aku...aku memory loss...hahaha..tp pakbear suka...dan as expected apa yg pakbear suka aku akan tak suka...apa aku suka pakbear tak suka...dari dulu2 lagi sampai sekarang memang itu ler pattern kitorang...perbezaan menyatukan dua hati.. cheeewahhh!!! Sebab apa yg diminat berbeza so kitorang tak rebut2 lah...contoh paling sempoi adalah pakbear suka daging ayam, aku suka tulang ayam..pakbear suka ikan bahagian badan, aku suka kepala, ekor dan sirip..hahaha...memang jimat...aku rasa kadang2 aku macam kucing peliharaan pakbear pulak sebab pakbear biasanya lepas amik ayam or ikan dan dh ngap daging2 nya pakbear akan letakkan baki tulang belulang itu di pinggan aku..aku akn ratah le tulang2 itu hingga lenyap terus bukti kehadirannya si fauna bernama ikan dan ayam itu..hehe

Ok...balik kepada si Tutti fruti tadi, pd aku kalu korang bertaste moden macam pakbear memang korang enjoy lah tapi kalu lidah wong jowo kayak aku ni yo wes orak payah la dirasake, weteng nge orak kerasan...hihihi...paham ke korang?? Bye...

Sent from my iPhone

Kalendar Cuti/Cuti Sekolah Tahun 2013

Sedang merancang family holiday untuk tahun 2013. Makbear suruh Google kalendar cuti sekolah, turned out, terjumpa page ni yang sungguh terang lg bersuluh. So aku share pada semua ye...

Sumber >> Malaysia Public Holidays & School Holidays 2013 - One Stop Malaysia

22 January 2013

Surau dan Susu

Aku macam biasa akn mencuri2 masa mengepam susu bila ada kesempatan..dan biasanya aku mengepam di surau...dan bila pertama kali aku masuk ke surau di jabatan baru aku ni aku super'excited' sebab masa di tempat lama, surau sangat sempit...sebab tu aku cuba elakkan peak hour iaitu waktu solat utk pam susu...sebab taknak mengganggu rakan2 lain solat...itupun tiap kali aku pam ramai yg akan tegur, borak2 dan nampak suka dengan kerajinan aku mengepam...tmasuk le big boss2 yg memang terkenal seantero Malaysia tu..diorang memang support breastfeeding...

Di tempat baru ni surau sgt luas..nyaman..aircond kuat...sgt2 privacy..

Tapi pada suatu hari yg aman damai ketika aku sedang mengepam kira kira jam 11 pagi..ada sorang pompuan yg tak lawa (*aku sengaja kutuk dia tak lawa, sbb dia memang tak lawa, dan berperangai juga tidak lawa*) masuk surau dn cakap pada aku "Boleh duduk tempat lain tak saya nak tido sini?"....nasib baik aku di tempat orang, so aku jawab dengan sedikit sopan.."saya dah nak habis pam dah"...sambil aku tersenyum manis...Aku memang senyum manis sebab tu tiap kali pagi nak pegi keja pakbear akan kata "Cantik isteri abang, kalu abang satu opis dengan ayang, abang akan ngorat ayang"...hahaha

Ok...jangan side track...back to the main story...so lepas peristiwa tu aku hanya senyap je lah..malas nk kecoh2 walaupun sebenarnya aku pelik kenapa pompuan tu ada hati untuk suruh aku yg tengah mengepam ni bangun pam di tempat lain..sedangkan surau kat sini besar gaban...pastu alasannya sebab dia nk tido kat situ....???

Dipendekkan cerita, tadi baru aku tau kisah sebenar..kawan yg dah lama keja sini kata staf2 kat tempat baru aku ni memang tak suka ibu2 ni pam susu kat surau...mengganggu katanya...mengganggu diorang nak tido....kat sini yang aku pasan memang aku dn kawan2 ni je lah yg rajin pam..yg staf lain tak nampak plak..tapi orang2 ni siap report kat pihak atasan pasal ibu2 pam susu dalam surau ni...tunggu le korang..aku jadi boss korang nanti, aku screw korang satu satu...dahlah diri sendiri tak mengepam...ibu2 macam aku mengepam diorang bising plak...sabor je lah....

*Actually aku ada amik gambar pompuan2 ni tido ber'golek'kan dalam surau ni..tapi saja tak mau expose diorang..kang aku kena saman pulak..hahaha..tido ler korang..dah pukul 2 pun masih tido...bangun ler solat pastu gi buat kerja!!!

Sent from my iPhone

Mak dan Nasi Goreng

Terasa nak makan mihun gorengan sendiri. Tapi dah tinggal berdua je dengan Huda nie rasa malas pulak nak goreng. Abg2nya dah ke sekolah, di taska dan transit sudah disediakan makan. Selalunya sarapan aku hanya 2 keping roti bakar ataupun apa2 aje laa ikut bekalan yang aku sediakan untuk anak2 dan Makbear, nugget ke, cekodok ke, roti telur dan roti bakar.

Gambar hiasan. Simple tapi sedap!
Anw cerita pasal mihun goreng, teringat nasi goreng mak. All time favourite! Masa zaman duduk bawah ketiak mak abah (belum kawin) dulu, kadang2 aku sampai lambat ke opis semata2 sbb nak tunggu mak siap buat nasi goreng. Mmg bukan salah mak pun, mmg aku yg bersiap lambat. 'Patern' mak, kalau dia tahu anaknya dah lewat ke ofis, dia akan buat something yg simple dulu mcm lempeng ke, cekodok ke, goreng pisang ke... kiranya mcm 'backup plan' laa kot2 anak dia x sempat nak jamah sarapan, lepas siap backup plan baru laa ke 'hidangan utama' iaitu ns goreng! Masalahnya, aku nak tgu tang ns goreng tu jugak... cekodok pun belasah jugak. Hahahaha... Op kos ler lewat jadinya. xnak tapau, nak makan juga panas2 kat umah... sampai melecur lidah dan tersedak2 sbb makan laju2. Kekeke... Tp ns goreng mak mmg sempoi, bawang, telur, ikan bilis, cili hidup, sayur sikit... perghhh!!!

Sejujurnya aku sangat kagum dengan mak aku (dah mak2 orang lain). Pagi2 dah bangun solat subuh dan siapkan sarapan anak2. Untuk sarapan pun mcm2 masak, 2 3 jenis menu (walaupun sikit2). Siap dengan airnya hidang dalam teko dan cawannya, siap susun atas dulang. Walhal malamnya tidur lewat jugak siapkan baju anak2 dan setelkan keje2 rumah yang lain sebelum melelapkan mata. Kadang2 masa aku tgh tidur (belum bangun lg tue), dah dengar 'ketang-ketung' mak menumbuk bawang dan ikan bilis, kejap tu berbau jee bahan tumis atas kuali. Ahh... indah2 sungguh saat itu. Bingkas bangun, mandi dan bersiap. Pergi dapur hidangan dah siap atas meja. Walhal masa tue mak aku keje juga, kul 7.45 terkocoh2 abah hantar mak (tmpt keje mak lebih kurang 10 min dari rumah).

Sampai sekarang pun kalau balik umah mak, bunyi 'ketang-ketung' dan bau tumisan tu masih lagi semerbak di awal pagi. Masanya untuk Makbear bangun menjenguk apa yang mak masak di dapur. Hehehe...

Kadang2 aku balik keje lewat (flashback lagi), sampai umah kul 9-10 malam. Mak tanya "ko dah makan lom"? Kalau aku jawab belum atau dah makan petang tadi, segera mak panaskan lauk (mak tau kalau lauk dah sejuk aku x lalu nak makan sangat). Kalaupun xde lagi lauk bersisa, mak goreng telur mata, letak hirisan bawang besar dan kicap (pun sodap!!), siap2 aku mandi dah ada lauk panas atas meja. Alhamdulillah aku dikurniakan mak yang penyayang dan prihatin, x sanggup tengok anaknya berlapar. Walaupun hakikatnya kalau aku nak, aku boleh buat sendiri. Terima kasih mak.

Nasi goreng mak the best!! Ehhh?? (tetiba!) Hahahaha...

Ku Kan Merindui Kalian...

Tadi lecturer aku yg jarang bother pasal kitorg tiba2 datang jumpa kitorang...apa mimpi dia agaknya..
Dia pesan suruh doa banyak2 moga tuhan permudahkan ktorg masa exam nanti...

Dan yg paling menyentuh hati bila lecturer aku kata.."Najah, u tak pernah berpisah dengan anak kan? u kena belajar2 tinggalkan ur baby tu...takut u teringat2 je nanti masa exam.."

Hmmm...betul jugak cakap lecturer aku tu...untuk tinggalkan anak2 especially Huda selama 10 hari exam di HUSM Kubang Kerian. Kelantan bukan lah satu benda yg mudah...mental aku perlu di'set' betul2 moga tak terganggu...aku memang ibu yang manja...kalu bole taknak keluar rumah sebab nk mengulit anak2 sepanjang masa....hehe

Nampaknya aku dah kena belajar tinggalkan Huda yg comel, Waseem yg cewewet dan Wafiy yg manja itu...isk! isk! isk! Mesti aku yg kerinduan nanti..huhuhu...dan of course rindu nk gaduh dengan Dedi nya....;p

21 January 2013

Salam Isnin

As salam dan selamat pagi...

Pagi Isnin adalah pagi yg sibuk seperti biasa. Sebenarnya yg sibuknya hari Isnin ni sbb Wafiy ada perhimpunan pagi, so elok gerak awal sikit sbb takut jem masa nak turunkan anak depan sekolah. Tu yg rasa kelam kabut tu (rasa jee... kepantasan kerja seperti biasa hehehe). Maklumlaa semua parents pun nak dropkan anak on time (sebelum perhimpunan), pastu hari Isnin pulak tue, bangun pagi nak g keje pun rasa bluessss je, sbb tu org panggil 'Monday Blues'. Hari-hari aku sbg househusband spt biasa, xdelah nak blues. Kalau blues pun blues dengan diri sendiri jee. Huhuhu...

Anw pagi tadi nyaris2 juga 'kesiangan' gara2 xleh tido mlm td sbb selsema yg dah 3 hari aku ngidap. Tension je, tiga hari makan dan minum x rasa apa. Sbb tu aku makan banyak, makan2 x rasa, makan lagi sampai nak rasa, tp xde rasa juga. Kihkihkih... Bila nak tido, sroot.. srott... meleleh je. Aummm!!!  Nasib baik baju, kasut, beg sekolah Wafiy kami dah setelkan semalam. Xdelah terkocoh2 sgt pagi2 nie.. Bangun untuk buat sarapan Wafiy n Makbear, kemas2kan sikit baju Wafiy tu, kalau x asalkan bolehkan jee pakai baju. Maklumlaa budak2.. x cekap lg nak pakai baju kemas2. Pastu baru tiba acara kemuncak iaitu bendiri di tepi pintu sambil melambai Wafiy n Makbear. Auwww mcm wife sejati gitu! ;p

Pause.

Stop kejap tadi sbb nak siapkan Waseem pulak. Waseem biasanya lg susah sikit uruskan. Kena banyak main psikologi... Puji2 sikit, janjikan kata2 manis... Hehehe, baru nak bangun. Tapi pagi ni senang juga nak kejut n siapkan dia. Syukur Alhamdulillah... Takut juga dia xnak g school arini dengan 'rambut baru'. Tapi dia cool je. Se'cool' rambut dia tu. Anw masa hantar g school tadi, kat pintu nursery (pintu ke taska Waseem boleh juga lalu pintu nursery) ada 3 orang awek pakai spender jee (nk g mandilah tu) menyambut kedatangan Waseem, dah malu2 anak bujang aku! Hahaha

Anw, siapa pernah tengok cerita Doggie Howser M.D? Ceritanya dia jd seorang doktor dalam usia yg sgt muda, lps tu setiap akhir cerita akan ada scene mcm dia taip diari apa yg berlaku pada hari itu or minggu tu. Kenapa? xde pape, saje cerita... :)

19 January 2013

NO MESS, NO FUN

Arini on the way balik dari menuntut ilmu di HKL, pakbear mesej aku...mesej yg bernada penuh kemarahan dn ke'tension'an...dan bila aku tanya kenapa? Pakbear jawab "Ask your son!!"....

Aku dah agak dah something yang agak teruk telah berlaku...sampai je rumah, aku tengok Waseem dengan comel nya senyum kat aku...pastu aku tengok rambut Waseem...OMG!!! OMG!!! hahaha...yg tukang potong Abg Wafiy..mana plak budak2 ni dapat gunting...sabor je lah...

So kata2 hikmat untuk hari ni..

NO CHILDREN, NO MESS
NO MESS, NO FUN
NO FUN, NO EXPLORATION...

Berlapang dada lah wahai Umi dan Dedi...Anak2 kita tengah ber'eksperimen' tu...explore dunia keliling mereka...hahaha..

Baju Pengawas

Masa tengah membasuh dan menila (nila) kasut Wafiy (bukan kasut aku daa... aku surarumah x main laa pakai kasut putih!), tetiba teringat kisah nila menila masa zaman2 sekolah dulu. Almaklum laa 5 tahun duk asrama, 3 tahun jadi 'pemawas' lagi (pemawas sekolah aku seluar putih), memang harus laa tak boleh berpisah dengan nila nie!

Tau x nila tue apa? Aku rasa kebanyakan 'budak hostel' mmg kenal nila nie. Harus kenal (especialy pompuan laa, lelaki pun ada juga yg tau) , kalau x kenal dia mmg budak selebet, baju kepam 2 minggu x basuh, tunggu mak datang hujung minggu hantar baju bersih angkut baju kepam tue bawak balik rumah basuh. Eeee... tak malu, kesian mak bapak, dah besar panjang pun susahkan mereka lagi. Huhuhu...

Aku x tau laa org lain, tapi kalau aku... baju, seluar dan kasut putih harus dinilakan ataupun apa2 je laa yg putih mesti bernilai. Baru cantik, kalau baju putih xde nila, macam korek telinga pakai cotton butt bud, x best! pakai pengorek telinga besi tue lagi best! Fuiyohhh! Hahaha...

Masa zaman aku dulu nilanya dalam bentuk serbuk. Kalau bancuh x rata alamat bertompok2 laa baju tue macam polkadot muffin warna biru ataupun macam bumbung rumah smurf. Ekekeke... Kalau baju dah bertompok2 xde dah cara lain kecuali basuh balik, pastu nila lah balik ikut prosuder biasa. Ikut pengalaman aku biasanya nilai bertompok nie sbb pakai softener ataupun sebab lama nau dihempuk2 dalam baldi sebelum sidai.

Tapi sekarang nila dah ada dalam bentuk cecair dah. Brand yg paling feymes brand ujala tue laa. Pakai nilai ujala nie lagi mudah tp personally aku lg suka warna biru nila serbuk tue berbanding nila cecair. Lgpun x thrill laa pakai yang cecair tu! Alah sekarang nie xdan dah nak thrill2 kan?! Janji bernila!

Alahai teringat masa zaman sekolah rendah dulu, mmg ada satu famili tue, mereka adik beradik semua pakai baju putih tapi dah bertukar biru sebab nila. Dah mcm baju pengawas dah kitorg tengokkan. X tau lah apa sebabnya, sbb anak2 dia mmg teringin nak jadi pengawas ke ataupun mak dia buta warna (xde kena mengena dengan buta warna). Hahaha....

Kasut surarumah mcm nie tapi warna hijau kepam. Huhuhu

18 January 2013

Ambilkan Bulan Bu...


Salam Jumaat! *Chapter 1 xde kena mengena dengan tajuk... Huhuhu*
"Alangkah bagusnya kalau Wafiy bersekolah di sekolah dan kelas yang sama dengan Amir..." itulah luahan hati aku sebaik saja aku baca pasal insiden anak buah aku (Amir) yang dikhuatiri dipau/dibuli oleh murid di sekolahnya, seperti yang ditulis oleh mamanya di fb. Ye mmglah khuatir, sapa yang xde lansung rasa khuatir pasal anak dia yang baru darjah 1 kena buli ke, pukul ke, ugut ke hatta kena jentik pun, mesti ada something wrong dgn mereka ataupun anak mereka dah terlalu ramai sampai they don't even bother what happened to their children or even worst sbnrnya anak mereka tu lah pembuli! ;)

Ekceli Makbear ada gak ulas pasal isu ni, berapi2 Makbear... makwe aku tu mmg garang, dr jaman bercinta dulu sampai sekarang in fact masa zaman muda2 dulu, Makbear lg garang tau, sekarang dah kurang sikit. aku dah asah 'kuku' dia jgn tajam2 nau. kalau x naye sapa buat hal dgn dia, mmg kena racik halus2!! Aku... nyaris2 juga kena racik (maklum laa notti..) tp lom lg kena betu2l laa... calar balar je. huhuhu... sori umi, gurau je.

Anw, kembali semula kepada statement aku td, pasal kan bagus kalau Wafiy satu sekolah dgn Amir adalah so that mereka can always looking for each other back at school. At least bila jd benda2 yg x diingini, salah sorang boleh bantu or boleh jadi saksi utk direpot ke cikgu. Ye mereka mmg rapat, mmg kami pernah plan utk sekolahkan mereka sama2 darjah 1 dulu tp sbb plan changed, kami terpaksa pindah dr Melaka. Kalau x, kalau mama dia x larat (baru dpt baby) nak g jumpa cikgu biar aku je g wakilkan mama/abah dia... Biar aku g jeling2 sikit kat budak yg membuli tu... Nak kata sound tu mcm over sgt tp biar aku psiko kan sikit budak tu. Tp ni kalau betullah kejadian tu, kalau cuma salah faham budak2 je, xpelah... Syukur Alhamdulillah...

Aku ada baca komen2 mak bapak di fb n blog pasal isu buli2 di peringkat 'pra-matang' (budak2 baru nak naik kata orang) ni and some of them mmg bersikap acuh x acuh.. Alaa biasa laa budak2, nakal sikit…. salah faham je tue, budak tgh nak cr kawan mmg laa mcm tue n yang paling best, ibu bapa pulak yang dipersalahkan. Kata terlalu manjakan anak laa, suka sangat campur urusan anak2, percaya je apa yang anak2 complaint… I'm like… huh?!! Ko nak tgu sampai anak ko patah tangan kaki ke baru nak masuk campur. Anak2 ko x makan kat sekolah sbb duit kena pau ko tau ke x? Tup tup anak xnak pergi sekolah (takut sebenarnya), tapi tuduh budak tue malas dan mcm2 lagi tuduhan yang x berasas. *Koma* 

*Chapter 2*
Budak2 skrang bukan macam dulu. Meh aku bgtau satu citer, al-kisah masa hari pendaftaran (Sabtu) Wafiy, aku nampak sorang budak yang karektarnya lain dr lain. Baju x kemas x masuk dalam, rambut walaupun x panjang, tp x sekemas mcm yg sepatutnya laa.. mcm dah lama gunting, kulit tangan dan badan mcm 'pekung' sikit (bukan kutuk tp nak gambarkan mcm badan tue x dijaga bersih) dan ada parut/kesan2 luka yg dalam di pipi. Beratur pun belakang sekali dan sering membuat aksi yang 'mcm bagus' dan agak 'kerek'. Aku peratikan kerektar budak nie mcm ada potensi utk jadi gangster. Aku tgk mak dia sound supaya 'behave' tp dia buat endah x endah je. Tapi aku xnak double standard. Aku cuba berlapang dada dan pikirkan benda yg positif. Tup-tup ari Isnin ada perhimpunan pagi (parents kena dtg lagi utk urusan buku teks) , budak tu datang lambat, so kena tahan dgn cikgu disiplin dan bajunya masih di luar seluar. Nampak? Aku x kata budak tu gangster (hanya kerana sampai lewat), tp aku tau budak tue ada masalah. Something wrong somewhere, parent dia ke, masalah di rumah dgn adik beradik ke or dia ada kisah silam yang kita x tau yang kalau tidak dibendung segera akan merebak menjadi masalah yang lebih serius.

Pada pandangan aku, parents tau sampai takat mana sesuatu perkara tu berlaku baru mereka akan masuk campur. Xdelah terus nak serang cikgu or parents lain memboboi buta. Macam kitorang pun, pantau2 dari jauh jee. Xdelah lorat2 tunggu kat sekolah (masa minggu orientasi) setiap hari. Hari pertama je. Tu pun lepas rehat aku tinggalkan dia. Sungguhpun begitu, x pernah lak sekali pun kami tunjuk yang kami abaikan dia. Everyday tanya how's school today, td rehat makan apa etc… So anak2 taulah kita care terhadap mereka. Kadang2 kami pesan juga, kalau ada sesapa kacau, pertahankan diri sikit, or at least elakkan dari terlibat secara lansung. Kalau masih berterusan, repot terus pada cikgu. So far Alhamdulillah utk darjah 1 nie Wafiy mmg xde komplen laa ada org buli dia ke apa… Cuma masa mula2 dulu ktorg ada risau sikit pasal bagi duit RM5 tapi bila sebutkan apa yg dimakan tu x sampai plak jumlahnya RM5. So kitorang tanya laa baik2. Anw cerita tu aku dah pernah ceritakan dalam entri sebelum nie.
Allah, panjang juga entri ni. Aku sebenarnya tgh nak blaja taip pendek2 je. Tapi terpanjang lagi pulak. Huhuhu… So kesimpulannya jgn nak stress2 x tentu pasal dgn anak2, kena siasat dulu dan berbincang laa secara baik dgn suami isteri untuk cari jalan penyelesaian kalau ada sebarang masalah. Untuk beri pesanan pada anak2 pun kita x boleh bg arahan gitu2 je. Mereka bukan robot, mereka ada hati dan perasaan. Ada caranya secara psikologi yg kita boleh tackle supaya dia ikut cakap kita. Sayangilah anak2 kita, pada mereka kitalah penjaga dan pelindung mereka. Seberani mereka pun, bila gelap dia cari kita untuk perlindungan dan minta pasangkan lilin, hehehe... Macam lagu Ambilkan Bulan Bu... (Sheila on 7). Akhir kata saya akhiri syarahan saya dengan serangkap pantun ehh lagu nie… Enjoy!! ;)


17 January 2013

Aku Mak Yg Tidak Rasional Bila.......

Masa Wafiy umur 5 tahun bersekolah di tadika Genius Aulad dulu ada sorang budak pompuan yg amat2 rajin kacau Wafiy...

Budak pompuan tu tumbuk Wafiy, tendang Wafiy dn kemuncaknya baling botol air kat muka Wafiy sampai hidung Wafiy berdarah....

Sume insiden tu berlaku dalam van sekolah Wafiy...luluh hati aku tengok Wafiy nangis sedu2 sedih tiap kali cerita pasal budak pompuan tu...mula2 memang aku dan pakbear ambil pendekatan tunggu dan lihat tapi akhirnya bila hidung Wafiy berdarah tu aku amik keputusan bgtau pengetua tadika tu...sejak itu budak pompuan tu diasingkan dr Wafiy masa dalam van...dan akhirnya Wafiy kata lama2 budak pompuan tu pun dh x naik van tu lagi...Wafiy pun tak tau kenapa...

Aku teringat kisah ni semula setelah mendapat tahu yg ada ciri2 buli di sekolah anak buah aku yg sebaya Wafiy sekarang...darjah satu tu...;(

Entahlah...aku memang bukan seorang Umi yg rasional bila ada orang menganiaya anak aku, buli anak aku..Anak2 aku adalah jiwa raga aku, bagai oksigen yg aku sedut hari2 untuk hidup...kalu ada yg tak kena dengan permata hati ni, aku pun bole jadi 'hypoxia' and start delirious...hahaha..paham ke orang yg baca ni..

in fact aku ringan je kaki nk jumpa parents budak pembuli tu...
Nak bertumbuk dgn mak budak tu..hehe..see..aku memang tak rasional bila ada orang kacau anak2 aku...rs nk injek high dose potassium chloride kat budak tu dan mak bapak dia bior cardiac arrest...collapse...dan wassalamu...kecik2 dah menyusahkn orang...huh!!!!

Malu Weih!!!

Rambut laki tadi lagi dahsyat!
Derrrr... aku taulah rumah ko blkg sekolah tu jee! Kot ye pun ko pakai singlet koyak berkain pelikat (gulung besar pulak tu!) dengan rambut serabai x bersikat hantar anak naik motor tunggang langgang g sekolah apa citer?

Kalau ye pun ko x malu pada org lain, malu laa pada diri sendiri... Malu laa pada anak2 yang pagi2 dah bangun mandi pakai baju sekolah hensem2, bapak dia itu gitu2 gayanya. Segan weih!! Kot laa anak ko pun malu dengan cikgu dan parents lain tengok ayahnya semacam pak lampir keja overtime. Nak tegur kang makan penampor jepun pulak pagi2 ni.. Huhuhu... Kesian ko nak ada bapak mcm tu.

Soriler aku bukan nak ngutuk, tapi aku sakit atiey tengok mak ayah yang pesen mcm tu. Kalau ye pun lom mandi, cuciler muka tu, sikat rambut baik2. Pakai baju yang ok, kalau baju basahan duk umah pun xpe tp jgnler singlet (ada lubang2) . Ni kang... kang... Haishh!! Malas ler aku nak komplen membazir air liur jee! Hahaha...

P/s: Ingatan utk diri sendiri... :)

16 January 2013

Dah Nak Exam!!!


Jadual final exam mpath aku dah keluar...nervous giler rasa...rasa macam bole short satu wayar otak aku sekarang ni...banyak sangat benda nak kena sumbat masuk dalam otak..tak taulah ada space tak otak aku ni...feel like dying very very soon...

Lecturer aku nervous tengok mock exam kitorg sume hancus!!! Argggghhhh!!! Kalu aku bole jerit, satu hospital bole dengar suara aku agaknya..huhuhu

Tapi aim sekarang selain study dengan bersungguh2...aku juga kena mengepam susu bersungguh2...exam kali ni jauh nun di HUSM Kubang Kerian..utk 10 hari akan berpisah dgn buah hati pengarang jantung si comel Nawal Huda...so kena make sure stok susu mencukupi utk budak comel tu...yang lagi sedih masa exam tu birthday Huda....sedih sedih!!! 

The Chronicles of Househusband. Part 3

Baru lepas suap Huda makan. Sekejap lg pukul 12.30 Waseem akan balik dari taska. Apa cerita budak hensem tu. Asyik malu... malu.. malu je katanya.

Anw, kalau perasan semalam aku baru update pasal dua gadget yang aku guna untuk warm kan EBM dan baby food kan? So arini aku nak citer plak gadget no 3 yang x kurang pentingnya dalam penjagaan bayi terutamanya dlm penyediaan makanannya. Sori another entry yg panjang lebar sbb ada kawan2 yg dah bertanya, so daripada aku terangkan gitu2 kat FB, baik aku taip terus entry di blog, boleh share dengan org lain. Gadget yang aku maksudkan adalah:
Philips Avent Steamer Blender
Sebenarnya kat pasaran Malaysia nie tak banyak produk yang boleh steam n blend baby food nie sbb x ramai yang minat nak pakai kot maybe dorang pikir cukup sekadar guna blender biasa yang ada di rumah. Betullah juga. Kalau dah ada blender di rumah, boleh guna, rebus/steam dulu makanan tu, toast kan n then blend ataupun lecek dengan sudu bersama penapis. Tapi pada sesiapa yang mencari kaedah yang lebih praktikal dan effisyen dalam penyediaan makanan pelengkap pertama untuk baby especially yang berumur 6 bulan ke setahun, produk steamer blender seumpama ini adalah penyelesaiannya. Yang ada dan paling feymes di pasaran (Malaysia) adalah brand Little Bean dan Philip Avent. Kami guna Philips Avent Steamer Blender ni.

Aku x pernah guna yang brand Little Bean so aku akan cakap berdasarkan pengalaman aku menggunakan steamer blender Philip Avent nie je lah. Antara sebab utama kenapa kami memilih brand ini kerana ianya hanya menggunakan satu bekas dan x perlu salin2 ke bekas lain. Secara ringkasnya container yang mengandungi sweet potatoes (sbg contoh) yang telah di steam terlebih dahulu, hanya perlu diterbalikkan untuk blending pulak. So x perlu pindah2  bekas, steam, terbalikkan, blend dan tuang ke dalam bekas untuk simpan dlm freezer ataupun untuk terus serve pada baby... Contoh gambar di sebelah, yang bekas2 biru tu untuk simpan wat stok dlm freezer dan yang warna hijau tu adalah bekas khas warmer Little Bean aku yang aku gunakan sebagai bekas makanan untuk baby. Ringkas kan? Saiznya pun compact. X besar dan senang untuk dibersihkan serta disimpan. Oh lupa nak bgtau, selain dari untuk buat makanan bayi, untuk buat jus buah2an baby pun boleh.

Ada org x suka dengan steamer blender brand ni sbb katanya containernya kecik, so x boleh nak steam n blend banyak2. Pengalaman aku sekali blend boleh laa dpt banyak mcm dlam gambar tu. Baby aku makan 1 hari 1 bekas biru tu. Kadang2 je terlebih lapar akan mkn lebih sikit. So basicly untuk sekali blend boleh laa buat stok utk 4-5 hari. Oklah tu. Campur2 laa makanan baby tu. **Jgn ler bagi sweet potatoes je sampai seminggu. Kembung perut baby tue. Huhuhu... Mcm aku, selain sweet potatoes, aku buat pisang + papaya, bubur nasi + brokoli, dgn carrot, dengan ikan bilis and also epal. Baru nak try dgn ayam pula nanti. Feveret Huda adalah sweet potatoes, itulah makanan lengkap pertama yang dia terima dan sampai sekarang mmg kalau makan sweet potatoes dia akan mkn dgn banyak sekali! Tapi kami campur2 laa juga dgn menu lain2.. Huhuhu...

**Tips: Sbg permulaan bagi satu jenis makanan pelengkap utk tempoh 5-7 hari supaya bayi x keliru kalau kita tukar2 banyak menu. Bila bayi dan serasi baru tukar menu lain. Untuk permulaan elok juga campurkan sedikit dgn EBM ataupun susu formula (kalau bayi dah minum campur) untuk meningkatkan selera makan bayi. Lagi satu sila rasa sendiri dulu sebelum bg bayi makan. Jgn kita syok2 wat puree campur tu, campur ni pastu bg terus bayi makan. Ntah2 rasanya wekkk!! Hahaha... kesian menganianya baby! Basuh tangan bersih2 dan sila jaga kebersihan dalam penyediaan makanan ye bapa/ayah/abah/abi yang baik sekalian.... :)

Pagi Yang Gelap, Kini Sudah Terang!

Alkisahnya pagi tadi Waseem tersesat dalam alam mimpi yang dahsyat (agaknya). Tak jumpa jalan keluar. Puas aku kejutkan, pujuk bagai... Gurau2 ganas gitu supaya dia bangun, tp x bangun2 juga. Tue lah malam td suruh tidur awal tp xnak. X ngantuk lg katanya (sbb ptg tue dia dah trtidur dlm keadaan yang sungguh tragis! Hahaha). Hati aku dah buntu mcm mana caranya nak kejutkan budak ni, last2 baru teringat... Makbear bgtau semlm teacher school Waseem pesan supaya pakai baju sukan setiap hari rabu. Aku pun bgtau Waseem,
"Bangun dik... arini teacher suruh pakai baju sukan, main playground", wah terus bangun! Magic sungguh perkataan 'playground' tue! Hehehe (boleh pun bangun...).

Sib baiklah nk bangun juga si Waseem nie. Aku bukannya apa, aku x suka nak kejutkan n marah pagi2 nie, nanti Waseem menangis, bad mood, dia moody plak nak g school. Lagipun kalau marah2 pagi2 nie org tua kata rezeki x masuk... So biasanya aku suka guna pendekatan bergurau dgn Waseem, geletek2 dia buat2 bising dgn bunyi2 funny sebelah dia, buka kelopak mata dia.. Main angkat kambing biri2.. Hahahaha.... Pastu biarkan sekejap, lg 5 minit kacau lagi... Maunya x terus bangkit budak tue! Hilang mamai dia... Kihkihkih!
Kalau Wafiy (abg yg no1) x mcm tu... Kalau bab bangun tidur mmg senang. Kecuali kalau mlmnya tue dia tidur betul2 lewat, baru dia susah sikit nak bangun tp senang laa... berbanding Waseem. Wafiy nie bab tidur ikut perangai aku, susah tidur senang bangun... Tp lps2 tue kepala pening sbb x cukup tdo. ;p Pastu dgr laa Makbear membebel.. Ya ampun!!! Dengan aku2 sekali kena tempiasnya.
Cerita pasal Wafiy teringat kisah semlm, dia balik2 sekolah je terus excited nak tengok Huda dah boleh merangkak lom. Sbbnya dulu dia ada tanya, bila Huda boleh berjalan? Kami jawab Huda kecik lg, tunggulah Huda 8 bulan ke, barulah Huda merangkak n pastu berjalan. So dia terima pakai jawapan kami tu. Ingat pulak tu. Rupanya pagi semlm pun Makbear bgtau aku, dia cakap x sabar nak tgu balik sekolah, nak tengok huda merangkak/jalan.
Akhirnya Wafiy frust sendiri sbb Huda berpusing2/golek2 mcm tue je. Hehehe... Tp semlm Wafiy berjaya juga mengangkat dan memangku adik dia sendiri. Lamalah juga. Sukalah tu. Eloklah bang, cpt2 sikit belajar pegang Huda tu. Pasni dd dah boleh pass over urusan pegang Huda pada awak... Boleh gitu? Huhuhuhu...

15 January 2013

The Chronicles of Househusband. Part 2


Peringatan: Entri nie panjang berjela sikit! ;)

Malam nie aku rasa nak share something yang lebih berinfomatif. Special entry untuk para surarumah (househusband laa tu) dan juga isteri kepada para suraramah yang memang betul2 mengharapkan suami  mereka agar lebih efisyen menjaga anak di rumah (since their husband working from home). Kalau suami mereka memang menjaga anak2 di rumah laa. Kalau hantar nursery/pengasuh, x kira. Hehehe.. Bukannya apa, aku rasa bagi seorang househusband, adalah lebih afdhal sekiranya mereka dapat menjaga sendiri anak2 mereka especially baby yang less then 2 years and yang belum bersekolah tadika/taska/playschool/kindergarden (whatever u call it) compare to sending them to nursery.

Almaklumlah dalam keadaan sekarang nie, macam2 insiden yang berlaku di nursery/rumah pengasuh, bukan laa aku kata dorang nie x bagus atau kerja x betul (x niat pun nak cakap mcm tu) tapi bukankah lebih bagus kalau boleh jaga mereka sendiri. Selain daripada menjimatkan wang, juga boleh mengelakkan perkara2 yang x diingini berlaku. Kalau berlaku juga bukan salah orang lain laa tapi salah kita sendiri... Hehehe.. Hey, seronoklah sebenarnya tengok anak membesar depan mata! Don't worry, as the time goes by, u will get use with the process and procedure, mmg laa penat sikit tapi adventure sebenarnya. Furthermore, it will strengthen the father n kids bonding  eventually...

Ok, as a househusband (dengan x malunya mengaku) aku nak share beberapa gadget yang aku dengan Makbear berpendapat elok ada dalam memastikan urusan seharian aku di rumah berjalan lancar. Especially untuk menjaga my baby boo (Nawal Huda - 8 m.o.) yang aku jaga sendiri dari umur dia 2 bulan sampai sekarang. So gadget pertama yang aku nak cerita adalah:

Little Bean 2-in-1 Bottle Warmer
Benda nie dinamakan 2-in-1 sbb actually dia boleh memanaskan susu (EBM) dan juga makanan baby (puree, bubur etc). Since Huda mmg fully breastfeeding, so Makbear mmg kena pump susu supaya kitorang boleh simpan stok. Sbb tu orang panggil EBM (Expressed Breast Milk). Stok susu ni disimpan dalam freezer, bila nak guna cairkan dulu (sampai hilang ais) then baru 'warm' kan. Kalau manual pakai air suam laa (jgn air panas mendidih) dan kalau yang canggih sikit, mcm yang aku pakai nie. Bagi aku mmg mudah laa.. Malam sebelumnya keluarkan beberapa paket susu dr dalam freezer dan letak di peti sejuk (fridge), untuk cairkan ais tp EBM kekal sejuk. Esok pagi boleh keluarkan dan masukkan dalam botol susu untuk di 'warm' kan. Sungguh mudah, semudah A B C! x perlu masak air, nak kontrol suhu air ke 40 darjah celcius. On kan jee mendealah nie, masukkan air sikit jee then it will heating up n keep the EBM warm sampai masa baby nak minum susu tu. Tp perlu diingat, EBM yang terdedah ke suhu bilik boleh tahan 3-5 jam sahaja. So kena pandai2 budget laa...

Selain dari tu, mcm aku ckp tadi fungsinya yg kedua adalah untuk 'warm'kan baby food. Kalau mcm kami, kami beri Huda puree buah2an ataupun bubur yang telah di'blend'. Untuk buat puree n blended baby food ni aku akan cerita dlm entri yang lain yee. Hehehe... Tu pun sama juga,  prepare the puree first then keep it in special container n freeze it. Bila nak pakai, cairkan, put it in container that came along with the set (bekas hijau yang ada telinga arnab tu) n then warm it! Setkan temperature ke 70 darjah celcius. Tunggu dlm 10 minit then boleh bagi baby makan. Yum yum!! ;) Satu lagi special features warmer Little Bean ni adalah ianya boleh juga digunakan dalam kereta (using special adaptor yang dicucuk di tempat pencucuh rokok). Boleh digunakan with or without water. So bila ada benda nie, kami berjalan2 tu x susahlaa untuk warmkan susu or puree Huda. Kalau x mana nak cari air panas kat shopping complex kan?

Gadget kedua yang aku nak cerita ni adalah sebagai tambahan kepada 2-in-1 warmer yang aku cerita tadi iaitu:

Little Bean Car Bottle Warmer
Fungsinya sama juga untuk 'warm'kan susu baby, ada special plug untuk dicucuk ke tempat pencucuh rokok kereta and it will keep the EBM/susu warm. Sampai ke destinasi, boleh cabut n gulung the cord, masukkan dlm pocket yg ada kat tepi beg tu and we're ready to go! Masuk shopping complex, pergi playground etc, the EBM will lasting warm for almost 2-3 hours. This is my favourite. Selalu jalan2 dgn anak2 bawa nie je, Makbear xde pun xpe utk bg susu. Huhuhu.. janji ada stok laa... Aku juga guna satu bekas kecil yang boleh muat beg nie utk bawa puree n air masak utk bagi Huda makan bila time kitorang berhenti utk makan. Very practical and easy to carry. Kalau 2-in-1 warmer tu mcm besar sikit nak bawa, n kereta aku xde compartment yg sesuai utk pastikan ia x terbalik. As a solution  guna car bottle warmer ni. Mudah dan ringkas...

So itulah dia utk permulaan ni. Insha Allah kalau ada masa aku update lg gadget2 lain yang aku guna (yg aku rasa seorang househusband pun patut ada utk menyenangkan kerja). Peduli apalah orang nak kata ngada2 ke apa, yang pasti aku tau apa yg aku buat dan aku tau kemampuan aku takat mana. Ye lah lelaki nie kalau dah penat, kusut2, benda jadi remeh temeh, dia cpt naik angin. Bila dah jadi mcm tu, apa pun x boleh kan? So kita gunakan apa pilihan yang ada. Kalau x, xkan diorang susah payah rekacipta gadget2 nie kalau bukan utk kemudahan dan kesenangan pengguna kan? Pucuk pangkalnya yang penting anak2 x kelaparan dan kita boleh layan mereka dengan happy dan efisyen. Tapi ye lah ikut kemampuan masing2ye, jangan pula nak paksa2 beli kalau budget tu dah ada benda lain yang patut diutamakan. Sorry entry panjang berjela.. x tau mcm mana nak cut it short. Rasanya semua penting nak cerita. Hahaha...

Finding Nemo!


Lanjutan daripada entri memelihara ikan aku sebelum nie, aku teringat mcm pernah rakam video guna phone one of my favourite tank ever setup iaitu akuarium ikan air laut masin ataupun marine fish. Alaa mcm citer 'Finding Nemo' tue! Aku dgn Makbear mmg suka sangat tgk marine fish nie berenang, lengggok renangnya lembut je dan rasa sungguh mendamaikan. So tadi aku godeh2 ler komputer cari video nie. Jumpaler tp masa nie aku baru2 setup.. ikan x banyak n coral pun x cantik lagi... yang kemudian2 punya video dah x jumpa. Sayang....

Actually this is the 2nd time aku bela ikan nie... yang kali pertama mati secara sia2 sbb xde ilmu pengurusan marine fish, yang org jual ikan tu pun mcm xnak nak jee ajar aku. Nampak mcm senang rupanya susah giler, maintainance tinggi! Percubaan kali kedua agak berjaya, penjualnya pun ambik berat pasal client2 dia punya tank dan banyak ajar serta bagi panduan. Tapi banyak jugalah habis2 aku ingat ada gak dlam 5-6 ribu.. merasalah pelihara dalam setahun. Seronok tengok tank ni tiap2 hari...

Anw eventually ikan2 tu pun mati jugak selepas kami berpindah ke rumah baru. punyalah susah payah aku buat migration procees utk ikan2 tu tp akhirnya mati sebab kedudukan akuarium di tempat baru tu x sesuai.. panas... ikan pun stress agaknya.. akupun stress ler kejap.. lepas tue ok balik. Hehehe... :) Nak pelihara marine fish nie kena ada ilmu, banyak baca n google di internet. Modal pun tinggi jugak, bohong ler kalau org kata modal x tinggi... setidak2nya lg mahal laa dari bela ikan guppy ataupun ikan mas! Huhuhu...

Selamat Pagi Donia!

Pagi ni terasa mengantuk lebih sikit agaknya sbb mlm td tdo lewat sangat. Anw just a quick update pasal Wafiy g kelas mewarna last weekend.

Kelas mewarna Wafiy ni adalah lanjutan daripa kelas yang Wafiy attend masa school break last summer (wahh summer gitu!)... Tp disebabkan Wafiy ada absent for almost about 10 days sbb bersunat aritu so teacher offer for kelas ganti but just on weekend la instead of setiap hari Isnin - Jumaat masa cuti sekolah dulu.

So ari Ahad aritu aku hantar laa Wafiy ke kelas tu. Wafiy dah masuk level mewarna dgn water colour which is the last stage in the colouring syllabus. First stage dulu mewarna dengan colour pencil, then crayon, magic pen and last skali water colour. Wafiy colour x laa lawa sgt, tp oklah sikit nampak ler ada teknik. Hehehe...

Recap sikit, kitorg hntar Wafiy dulu masa cuti sekolah end of last year sbb saja nak penuhi masa cuti dia dgn aktiviti berfaedah sikit. Daripada tgk tv n main games je, elok g kelas mewarna ni. Boleh exercise otak sikit kasi otak kiri n kanan berkerjasama, as we know otak kanan manusia terangsang kepada segala aktiviti berfikir berkaitan seni dan sebelah kanan untuk critical thinking. Correct me if i'm wrong ;) 

Actually ada banyak gak school break class yg kitorg pertimbangkan mcm swimming class, handcfraft class etc tp mmg  jodoh Wafiy dengan Kelas Anak Seni ni setelah mempertimbangkan beberapa perkara.

Anw suasana kelasnya bagus. Teacher (Mr. Farouk) pun baik and very flexible. Tp kitapun kadang2 kena la fleksibel juga pada dia ie. kelas lewat sikit, terawal sikit, postponed sbb ada hal yang x dpt dielakkan. Tp teacher nya akan bgtaulah awal2.. Teacher bz, banyak class lain.  Boleh follow aktiviti diorang kat FB >>Kelas Anak Seni.

Sent from my iPhone
P/s: Update pakai email dr phone jee ;)