Powered By Blogger

18 March 2013

Abah...

Allah SWT sedang menguji abah dan kami sekeluarga. Semoga abah dapat bertahan secara fizikal dan mental untuk op dan komplikasi selepasnya. Semlm balik melaka melawat abah di hospital tp x puas rasanya bersembang. Abah nampak relax je tp aku tahu dia sedang 'bertahan'. Maybe sbb anak2 dan cucu datang dia rasa happy.

Kasihan juga pada mak, x hilang lelahnya bergilir2 menjaga atuk yg x sihat di kampung sampai tak sempat nak tengok abah selalu, abah makan ubat ke tak, rehat ke x... Agaknya itu yg mak kesalkan sangat sampai kadang2 mengalir air mata dia menahan rasa bersalah... 

InshaAllah arini abah akan op (selepas 3 hari menunggu, puasa buka, puasa buka, sampai badan pun naik lemah tgu turn nak masuk ot). Ikutkan hati nak je balik Melaka temankan abah tapi anak2 sekolah pula, dan makbear pun dah kritikallllll sangat get prepared for final exam dia. Kesian juga tengok makbear, dugaan dia lagi besar untuk dihadap sbb mak abah mertua akupun mmg dah lama x sihat + dia pun nak final exam.

Ya Allah ko peliharalah keselamatan abah. Kau berikanlah abah dan mak ku kekuatan dan kesihatan yang baik. Ko permudahkanlah segalanya. sesungguhnya hanya kepadaMu sahajalah aku berserah... Ya Allah....

P/s: aku ni nampak mcm x kesah tp sebenarnya sangat kesah... ;(

Sent from my iPhone

7 comments:

Masy said...

mak apak kita dah tua, sangat tua sebenarnya.. tp dalam hati kita memandang dorang sama je mcm masa kita kecik2 gak. deswai Allah turunkan ujian, beri dorang sakit - utk kita pandang realiti mak apak kita. gitulah yg aku ckp dgn diri sndirik (nak sedapkan ati) huhu

apepon moga ayah ko cepat sembuh, dan mertua ko pun mcm tu jugak. insyaallah..~ *tepuk2 bahu dari kejauhan*

isabelle frankly said...

semoga abah kau cpt sembuh. dan semoga makbear tenang menjelang nak exam

pakbear said...

Betul masy, aku setuju dgn statement ko tu, kdg2 kita rasa dia muda lagi umur 30-40an mcm kita sekolah2 dulu walhal dah tua sbnrnya. Jlnpun x laju, nk membaca pun kena pakai cermin mata... Itulah yg selalu aku ingatkan pada diri sendiri... Kena selalu tengok mak abah kena selalu tgk mak abah... Tanya khabar... Hurm.... ;(

pakbear said...

Thanx Is...

pakbear said...

Dalam makbear nak menghabiskan masternya nie rama yg berkorban dan terkorban sebenarnya waimah huda yg x paham apa2 lg tu... Semoga segalanya cpt berakhir

pakbear said...

Fairus: sorry bro, aku terdelete comment ko tp aku sempat baca ada ko tulis... Begitulah fitrahnya bro.., ;)

fairus said...

SAMPAI HATI DELETE.. :(