Powered By Blogger

04 February 2013

Masanya Tiba Jua... Alhamdulillah!

Sebenarnya aku xde plan untuk menghebahkan perkara ni kepada semua, tapi Makbear ada bertanya, xnak masukkan dlm blog ke? So aku pikir, why not? Benda baik eloklah diwarwarkan. Alhamdulillah sesungguhnya rezeki Allah tu datang dalam pelbagai bentuk, walaupun kami tidak merancang pun untuk menambah bilangan ahli keluarga (especially dalam tempoh terdekat nie), be coz kami plan biarlah sampai huda at least dah setahun lebih, tapi Allah SWT ada perancangan tersendiri bagi setiap hambaNya yang telah tertulis di loh mahfuz. ;)

Sesungguhnya apalah daya kita untuk menghalang takdirnya. Kalau DIA berkehendakkan sesuatu dengan kuasa 'kun-fayakun'NYA, maka 'kun' lah ia... So nak dijadikan cerita pada hari Jumaat lepas semasa aku ke kedai, aku didatangi oleh seekor kucing, kucing biasa2 je (bukan persian pun), bak kata orang mcm kucing kampung tue. Comot, telinga capang, badan kurus tapi perut je buncit sikit, x taulah penuh dengan makanan ke cacing. Hehehe... Tapi mcm yang aku cakap tadi, kami mmg ada plan nak pelihara kucing sementelahan kami anak beranak mmg suka kucing especially Makbear, tp memikirkan Huda masih kecik, dan tempat tinggal kami sekarang (pangsapuri) agak kurang sesuai untuk memelihara kucing, aku buat 'donno' je lah dengan kehadirannya (mula2...). Tapi sejurus sebelum aku nak beredar, kucing tue datang lagi menggesel2 manja di kaki aku...

"ishh... kucing tu masuk lagi eh bang? saya dah halau dah dia datang lagi. Kucing baru sampai malam tadi ni bang, ada orang buang... Menyibuk jee kucing nih!", komplen adik kedai.
"Kucing nie xde ibunya ke? konpem ea xde tuan? Saya bawa baliklah", spontan keluar dari mulut. Ahh sudah, x pasal2 tanggung beban. Nie mmg betul jalan2 cari pasal nie.

Selalunya aku jarang membuat keputusan drastik tanpa berbincang dulu dengan Makbear, tp ntah laa yang kali ni aku mcm spontan je. Sejujurnya masa aku memegang kucing tu bawa masuk dalam kereta, aku mmg xde pape perasaan yang spesifik, suka tak, kesian x, sedih pun x... bila dah masuk dalam kereta baru aku mencari rasional tindakan spontan aku tu. Kereta masih di hadapan kedai, belum bergerak, aku masih lg boleh mengubah keputusan kalau aku nak... 

"Hurm xpelah rezeki kucing nie kot nak bertuankan aku, Makbear pun selalu stress lately sbb nak exam final year, dengan keadaan rumah yang makin tunggang langgang lately atas ketidak effisyenan 'pakwe' dia nie, mana tau dengan kehadiran kucing nie boleh merealesekan sikit tension dia. Makbear suka bercakap2 dengan kucing@binatang meluahkan perasaan dia. Huhuhu... anak2 pun xde masalah dengan kucing rasanya. Perihal Huda we will figure out later...", getus hati aku. Nampak mcm panjang kan? tp aku pikir less than 3 seconds je. Hahaha...

So there it goes... Sekarang kami dah ada anak angkat (lah pulak). Namanya Wafiy yang bagi. Cerita pasal nak bagi nama kucing pun kelakar juga. Wafiy tanya boleh bagi nama manusia x? Kami dah senyum2 dah sbb kami rasa mesti dia nak bagi nama 'Lisa' (kucing tu betina) , sbb Wafiy mmg x sabar2 nak bagi nama Lisa untuk baby girl yg akan datang.

"Kita bagi nama Batrisya lah", we all like hah?! Hahaha... Wafiy2... Siap nama panjangnya Nurain Batrisya lagi. Fullamak glamer nama kucing aku.
"Ehh xnak lah kita bagi nama Shasya", haa ok sikitlah... Waseem x reti sebut 'Shasya' sebab pelat lagi dia panggil Chaca... Oklah Shasya pun shasya lah!
Muka budak bertuah, dari hidup bergelandangan ke 'banglo mewah'... Hehehe.. Masa ni belum mandi lagi. Kasi can rehat2 dulu...
Lupa nak cerita tadi, bila sampai rumah as expected Makbear terkejut laa (tapi aku tau dalam hati dia suka + sikit risau kalau aku xleh commit jaga kucing nih). Dia cakap kalau betul nak bela, g lah pet shop n beli pape keperluan asas yang patut untuk kucing macam sangkarnya (rumah banglo laa tu), pasir (untuk main istana pasir), makanan dll. So aku g kedai sini, siap jadi member lagi. Murah jee RM15 untuk 3 tahun, aku tengok banyak gak diskaunnya kalau jadi member.
Ni lah rumah banglo 2 tingkat. Siap ada hammock. Toilet dan kitchen di tingkat bawah. Hehehe...
Dah mandi, nampak 'senonoh' sikit muka. Bau lavender uuu!! Huhuhu... Seperti dijangka kucing betina nie biasanya mmg hyperactive sikit. Lari sana, lari sini, gigit2 n cakar2 manja orang lain. Abis Huda pun jadi mangsa. Marah laa Makbear.
Nampak tu, percubaan nak 'ambush' Wafiy n Waseem pulak! Kekeke...
Last2 sbb 'notty' kena kurung balik... Muka budget sedey jee.. Padan muke! ;p
Termenung jauh memikirkan masa depan...
Penatlaa nak pikir masa depan! Tidur dululah!! Hehehe...

p/s: GAMBAR PREGNANCY TEST TIADA KENA MENGENA DENGAN INI CERITA. KAHKAHKAH...

16 comments:

Masy said...

ingat ke ade tambahan ahli keluarga berbentuk manusia tadi.. huehehehhe

pakbear said...

kihkihkih... nyaris2 uolsss!! ;p

fairus said...

BAGUS.. HAIWAN KESAYANGAN NABI NI..

Unknown said...

hihi..suspens je,comella cat tu:)

pakbear said...

Alhamdulillah... Hehehe

pakbear said...

Kannnn?! ;)

Anonymous said...

gambar, title kan main lg. ingat ko gile productive. hehehe..

pakbear said...

Hahaha haruslah gempak!!!sapa ni? ;)

isabelle frankly said...

terpedaya aku sejenak. chaittt.
wei..korg genus beruang, mana boleh keluar kucing. apedaaa

pakbear said...

Hahaha... 'Genus' katanya. Dah nk akhir zaman ni nampaknya mcm2 boleh berlaku. ;)

pB said...

tahniah

pakbear said...

yq pB... hehehehe ;)

BaTiK_PiNk said...

waaahh..comel plak tgk shasha ni....

pakbear said...

hehehe.. kucing tu mmg nampak comel je pada penggemar kucing. kalau x suka, hilanglah comelnya. ;)

~ rainbow ~ said...

Da terbuntang bijik mata tgk pregnancy test senyum lebau.. haha rupenye tambah ahli keluarga baru yg berekor.. hehe.. welcome syasya!!

makbear said...

Hahaha...senyum lebau ye....