Powered By Blogger

17 February 2013

Misi Membeli Basikal


Misi arini adalah membeli basikal untuk 2wau (Wafiy + Waseem) setelah tertangguh atas sebab2 yang tak dapat dielakkan semalam.

Sejujurnya plan untuk membelikan basikal nie (walaupun x masuk dlm budget) aku dgn Makbear jee yang beria-ria sebenarnya. Anak2 'opkos' ler suka tapi sbb kitorang dah tanya nak basikal ke tidak? Kalau tak 2wau ckp2 gitu je xdeler request betul2 nak beli. Paling2 pun Wafiy kata, "kalau ada basikal best kan dedi, abg boleh kayuh petang2 kat playground", hahaha 'beli jiwa' kan? Wafiy kalau bab bercakap mmg pandai berdiplomasi… Anak dedilah katakan... ;)

Kat rumah Melaka pun mmg dah ada basikal sorang satu), tp tu untuk masa dorang balik kg laa main2 basikal. Xkan tiap kali balik kg nak angkut basikal2 tue. Huhuhu… So dipendekkan cerita objektif utama kitorang beria nak beri 2wau nie basikal sbb kami rasa dalam keadaan kehidupan seharian yang padat dan stressful, hanya hari2 minggu je la masanya untuk dorang nie nak beriadah keluarkan peluh, nak release tension. Selalunya aku akan bawa dorang gi playground dekat area2 rumah aku nie. Main gelungsur2 dan panjat2, main bola, jogging2 so lepas nie ada lg satu aktiviti baru iaitu berbasikal! Yeay!!

Lagi satu aku pikir kalau ada basikal nie xyah tunggu weekend pun bole main, petang2 boleh bagi dorang main basikal area bawah rumah nie, berbumbung and quite spacious. Sesuai laa untuk bebudak nie nak berbasikal 'kekdah'nya. Basikal untuk aku, makbear n huda je xde lg. Plannya nak cari something like baby carrier yang boleh letak belakang basikal. Tp x taulah bila masanya nak beli tue sbb 1) Huda pun x stabil lg duduk dlm baby carrier, kot dia berjaya melepaskan diri dia dari carrier tue naya je. 2) Budget dah lari hehehe… (ngaku terus terang jee). Biar orang tau walaupun baca dlm blog mcm2 kami beli dan buat, tp tue semua kena ikut budget hokey, bukan sesuka jee. No budget no talk.

So berbalik pada kisah mencari basikal tadi, pagi2 td aku dah cakap dah dengan 2wau, kalau nak beli basikal g mandi cepat, berdesup laa semua mandi dan bersiap. Pastu kami g lah ke kedai basikal yang mmg dah lama kami usha tapi tengok je dari jauh. Alaa kedai kg je, otw je jalan kami hantar dan jemput Wafiy dari sekolah. x silap aku nama kedai tu Kedai Basikal Brother Fine. Boleh tahan laa fine nya, layanan bagus, servis cepat, harga… aku x tau tang harga sbb aku x buat survey, mana yg berkenan, tanya harga, agak munasabah terus beli. Tapi oklah orgnya, serius berniaga. Suka tgk anak2 muda melayu berniaga dan maju. 1st impression, very fine. Hehehe…
Ni ler kedainya, gambar amik dr 'fourthsquare.com' je. Aku rasa kedai dia dah renovate jadi 2 tingkat.
Sampai2 kedai terus usha basikal. Wafiy pilih basikal nie Raliegh Junior. Harga tulis RM380 dpt tawar RM300 sbb beli 2 biji dengan basikal Waseem. Hehehe.. saja reveal harga utk korang boleh membuat perbandingan kalau masa2 depan ada plan nak beli. Kalau rasa mahal, kat tempat lain lg murah pun boleh bgtau kami, untuk dijadikan pedoman di masa hadapan. (kelihatan di belakang Waseem tgh usha basikal utk Huda, bukan untuk dia.. Hehehe)
Akhirnya Waseem pilih nie. Basikal GoMax. Menurut 'Brother Fine' basikal nie yg feymes laa untuk kanak2 sbb cantik dan tahan lasak. Tak taulah betul ke x.. Hehehe. Harga RM150. Kalau timbang kati lagi murah. Hahaha...
Brother Fine tgh fine tune, tambah roda tambahan. Hehehe...
Assistant Brother Fine tgh upgrade ke racing specs. ;p
Kuda putih dgn kuda hijau striking dah masuk belakang. Nampak muat ye latio masuk 2 basikal. Yeayy!!
Petang2 x sempat tukar baju lagi dah test ride. Wafiy tgh guna hikmat menjejak awan untuk mencilok Waseem dari belakang.
Muka senyuummmm jee dah dapat basikal...

5 comments:

fairus said...

KENA SIMPAN BEBAIK, SEKARANG BASIKAL PUN ORANG DAH AIM.. TAKUT KENA KEBAS JE NANTI..

makbear said...

nk ikut jumpa abg fine... memang nmpk begitu fine abg fine itu...;)

pakbear said...

Simpan dlm rumah bro... Pangsapuri, mana lg nak letak. Bukan ada garaj pun. Anw thanx for the reminder... ;)

pakbear said...

Amboiiii gedisss nyerr! Nak kena 'zero fine' bolehlah try... Hahaha ;p

makbear said...

Zero fine? Alah...sesekali tukau taste...asik muka cina je..teringin gak mat bangla...kahkahkah...