Powered By Blogger

18 September 2005

Orang Tipu Orang

Cukup membengangkan aku!

Trend menipu zaman sekarang pakai kertas gores dan menang. Dengan modal 50sen, si penipu boleh dapat untung ribuan ringgit! Macam-macam helah, dapat cabutan bertuah laa. Kupon, baucer atau apa sahaja sehingga ke potongan harga istimewa untuk memiliki kereta Naza Ria idaman sehinggalah Gen2, buat jadi '2nd car' memudahkan isteri tersayang ke sana ke mari.

Budak-budak yang datang minta derma dan menjual pelbagai macam benda juga dah susah nak dipercayai. Dari menjual takwim Islam, pelekat doa naik kenderaan sehinggalah ke menjual keropok ikan ataupun sarung kotak tisu berharga RM10 kononnya untuk derma pembinaan masjid, rumah anak yatim ataupun untuk menampung kos belajar. Satu lagi bagi buku fadhilat dan seumpamnya kononnya ikhlas nak bagi, bistue minta dari kita derma ikhlas pula. Ikhlas ke tu?! Kalau tak bagi karang kata kedekut, kalau bagi nanti dah ada 5 buku yang serupa kat rumah.

Mak bapak aku pun dah terkena. Kononnya dapat cabutan bertuah daripada kupon-kupon pembelian barangan elektrik yang pernah dibeli sebelum ini. Kebetulannya bapa aku memang suka menghantar kembali kupon-kupon tue. Tarikh, masa dan tempat telah di'set'kan. Hujung minggunya mereka pergilah ke sebuah kedai di Muar, tawarannya lumayan. Mak bapak berpeluang mendapat cabutan bertuan yang terditi daripada sebesar-besar kereta Atoz, motor Virago, sehinggalah ke set teater rumah ataupun wang tunai RM20k. Semua hadiah-hadiah tue berharga RM20k ke atas.

Bapak aku terus setuju. Kira punya kira, kupon tak cukup beberapa keping. Untuk melayakkan bapak aku membuat cabutan bertuah tue, bapak aku kena tambah RM8k. Mak aku dah mula syak sesuatu, tapi bapak aku dah tak peduli. Nak sangat dapat laba segera dalam sekelip mata. Mengadu di dinding, wang segera RM8k selamat dikeluarkan dan terus bertukar tangan. "Jangan risau kak, abang, kesediaan abang membayar duit ini membolehkan akak dapat sebuah Gen2 pulak bulan 12 tahun depan dan duit kakak dengan abang akan kami pulangkan 100%", kerani berwajah manis dan berbaju kurung sopan memujuk.

Tiba masa mencabut undi, bapak aku terkumat-kamit membaca doa murah rezeki. Alamak dapat set teater rumah jee! Mak bapak aku tepuk dahi. Siapa yang nak gunakan set tue, anak-anak bujang semua dah beristeri. Tiada maknanya!

"Takpe kak barang-barang nie boleh bawak balik terus hari ini. Kami hadiahkan lagi tv dan set pengurut kaki" bila tengok mak aku dah tersenyum kelat. "Tahun depan kita jumpa lagi, kami bagi Gen2 dan pulangkan duit sekali, kakak jangan susah hati".

Ini semua kes orang tipu orang. Kesian mak bapak aku, duit dah terbang RM8k, hanya berharap-harap dan tunggu Gen2 tahun depan mampu dimiliki. Mimpi yang tak pasti.

1 comments:

Anonymous said...

Shop at your favorite stores 24 hours a day. Why go to the mall when you can shop online and avoid the traffic