Powered By Blogger

25 April 2005

Kisah Rumah Tangga

Kisah #1
Aiseh, tertinggal pulak 'barang' aku semasa sedang berlenang-lenang di rumah petang tadi. Dahlah besok siang selepas Najah on-call dia nak balik rumah tu. Kalau dia jumpa 'barang' aku tu malulah aku! Tulah tadi masa teringat 'barang' tu tertinggal tak mahu pusing balik. Sekarang nie Najah nak datang, aku takkan sempat punya datang ke rumah untuk mencilok 'barang' tu sebelum Najah. Eeeee, malunya. Mana aku nak letak muka nie!!

Takpe, nanti bila dah kawin dia kena jugak biasakan diri dengan 'barang' aku tu! Heheheheee.

Kisah #2
Sekarang nie setiap hari selepas kerja, rajin jugak aku menyinggah ke rumah tangga aku. Sikit-sikit bersihkan mana-mana sawang yang tertinggal, menyapu, mengemop, mengelap dan membasuh apa-apa yang patut.

Tapi yang menjadi kebiasaan ialah mengutip bisnes kad along. Bukan main banyak lagi. Dah macam rutin harian pulak aku terbongkok-bongkok mengutip kad-kad yang bersepah di atas lantai. Satu hari 5 jenis kad. 3 hari rumah tinggal ada 15 keping kad bisnes. Tak serik-serik diorang menyelit dan membaling kad ke garaj kereta aku, serik pulak aku yang kena mengutipnya setiap hari.

Ish, muka aku nie ada macam muka papa kedana nak pinjam duit ke?

Kisah #3
Rumah tangga dan makin bersih dan cantik. Daripada rumah macam rumah tinggal sekarang nie dah jadi betul-betul macam rumah yang bersedia untuk diduduki. Astro dah masuk, line phone pun dah ada, tengah tunggu Streamyx. Tak tau cover ke tak kawasan aku tue.

Daripada aku yang sorang-sorang jadi penunggu setia rumah tue, sekarang nie aku dah ada pesaing tegar (Najah) yang turut membuat percubaan untuk mengecop turn melepak di rumah tue. Oleh kerana kami masih lagi dalam 'tempoh' berpantang, jadi kena SMS dulu. Check turn siapa yang boleh balik rumah hari nie.

Kalau tidak takut pantang terbantut sebab terserempak depan pintu rumah. Terpaksa pulak kami lari sambil menekup muka menyorok belakang tiang. Alahaiii, tak dapat jumpa dapat bau pun ok ler! Hehehehe.

AMARAN
Sila bersihkan otak anda semasa membaca entri ini!

0 comments: