Powered By Blogger

19 June 2005

Membisu

Membisu sudah telefon tanganku. Ia sudah tidak berbunyi lagi. Merajuk mungkin padahal aku tidak pernah pula merancang untuk mencari pengganti. Puas sudah aku menggodeh-godehnya namun masih begitu. Mungkin speakernya sudah rosak aku tak pasti, yang pasti berdasarkan kepada keadaan poket aku yang kurang memberangsangkan ini, mungkin sebulan dua nanti baru aku mampu menghantarnya untuk dibaiki.

Pabila ia membisu seperti ini, keadaannya amatlah sukar. Mujur kuasa vibratenya masih ada dan sememangnya aku hanya mengharapkan pada getarannya itu baru aku menyedari bahawa adanya penggilan masuk ataupun SMS. Maaf pada teman-teman andainya ada panggilan anda tidak berjawab ataupun mesej anda lambat dibalas, semuanya kerana keadaaan membisu ini.

Tiada lagi melodi membingit yang akan mengejutkan aku dari tidur kini. Selalunya aku tiada masalah untuk bangun kerana biasa aku akan terlebih dulu celik sebelum seminit dua ia berbunyi. Namun begitu langkah berjaga-berjaga amat perlu takut-takut kesiangan pula nanti.

Cerita suatu pagi..

Memandangkan ianya sudah tidak berbunyi, aku terpaksa mencari jalan penyelesaian bagaimana untuk memastikan aku tetap boleh bangun pagi seperti biasa pada waktunya. Solusinya, aku letakkan telefon tanganku betul-betul dekat kepala di atas kepala katil. Harapan aku aku akan terjaga pabila terdengar bunyi getaran tatkala badannya bergetar dengan kepala katil.

6.15a.m..

Benar aku terjaga, tapi bukan kerana bunyi getarannya yang menyakitkan telinga, tetapi kerana ia bergetar dan bergetar sampai jatuh betul-betul di dahi luasku! 'KelEkUkK!!'.. AdoiiiiIIiii!!!

0 comments: