Powered By Blogger

17 June 2005

Bapaku Superhero?

Minggu ini adalah minggu hari bapa.

Bapa aku bukan seorang superhero sebab sepanjang kehidupanku, aku tak pernah nampak dia mengeluarkan sarang labah-labah dari pergelangan tangannya, ataupun memakai pakaian koyak rabak dengan kulit badan yang berwarna hijau apatah lagi memakai spender di luar seluar katoknya.

Bapa aku sama sahaja istimewanya seperti bapa orang lain. Dia bukanlah yang paling-paling istimewa sebab semua bapa di dunia ini melakukan perkara-perkara yang sepatutnya dilakukan oleh seorang bapa kepada anaknya. Berusaha melahirkan kita ke dunia, membesar dan menjaga kita seadanya serta cuba untuk memenuhi keperluan kita selagi termampu.

Dalam banyak perkara, satu perkara yang aku amat kagum dengan beliau nie iaitu sifat lemah lembut, sabar, tutur katanya yang baik dan sifat tenang yang ada pada dirinya. Percaya tak kalau aku kata ayahku jarang-jarang sangat meninggikan suara di kalangan kami adik beradik apatah lagi kepada emak aku kecuali kalau emak aku 'nakal'. Dia tidak pernah menggunakan kekerasan dalam mendidik anak-anaknya cukup dengan teguran dan bercakap secara baik-baik.

Istilah rotan, tampar atau pukul memang tidak pernah wujud dalam keluarga kami. Seingat aku ayah aku pernah beli rotan sekali saja khusus untuk mendenda abang aku yang ponteng sekolah agama dan itulah sekali aku nampak rotan kat atas almari tue, lepas tue lesap entah ke mana. Mujur adik beradik aku mendengar kata dan takdelah pulak bila dan besar ada yang jadi setan.

Terima kasih abah kerana membesarkan kami adik beradik. Terima kasih kerana mendidik kami dan mengajar kami berbudi bahasa. Di kalangan kami adik beradik aku yang paling bangga kerana aku yang paling banyak mewarisi sifat beliau sebab tue aku nie baik, penyabar dan bersopan santun kan kan kan? :)

Tapi abah kenapa abah dengan mak manusia tapi kami jadi anak beruang? 3 ekor orang pulak tue! hahahaaa.

"SELAMAT HARI BAPA, ABAH!!"

0 comments: