Powered By Blogger

24 November 2005

Cincin

Ketet ketet ketet..
*SMS di taip.

"Awak ada nampak tak cincin (nikah) abang?"
"Takde"
*Message Recieved.

Sudah! Cincin aku yang diberi oleh MakBear masa nikah aritue dah hilang. Mana aku nak cari lagi nie? Nak kata tercicir, setahu aku cincin tu takkan boleh tercicir dengan mudah dari jari montok aku nie. Paling-paling kena pulas 2 3 kali baru boleh tercabut.

Tapi kalau tak tercicir, mana pulak perginya? Aku cuba ingat-ingat balik, memutarkan memori masa ke lebih kurang 12 jam sebelumnya, di mana kali terakhir aku betul-betul pasti aku masih lagi terlihat cincin silver berbatu quartz purple terikat kemas di jariku.

Aku masih gagal. Kerana sistem otak aku menolak segala kemungkinan aku ada menanggalkan cincin berkenaan dengan sengaja dan terlupa memakainya semula sehingga kehilangan.

Aku susur jalan, jejak yang aku tinggalkan sekembalinya aku dari minum pagi tadi. Itu saja, takde ke tempat lain. Namun aku masih belum berjumpa. Aku cari dalam pejabat, bawah meja, dalam poket seluar. Tiada. Kosong.

Pada saat ini, aku teringat pada satu perisitiwa yang hampir sama berlaku lebih kurang 18 tahun dulu, mak aku pun kehilangan gelang tangan emasnya. Takut tercicir semasa mak memanggung lengannya di pintu kereta ketika dalam satu perjalanan menziarahi saudara. Ketika tue kami di sebatang jalan yang sunyi, kereta hanya lalu sekali sekala dan di kiri kanan jalan hanya ada semak, estet getah dan kawasan perkuburan hindu. Tambahan dalam keadaan cuaca rembang petang sekitar jam 5.30pm tue, cukup menggerunkan.

Mak sudah ulang nangis 2 3 kali sambil menyusur jalan berjalan kaki. Kaki dah melenguh, air mata dah hampir kering. Kami dalam kereta hanya mampu berdoa supaya segalanya cepat berakhir. Mulut abah terkumat-kamit dalam kereta kemudian abah kata
"kalau gelang tue dari rezeki yang halal, maka KAU pulangkanlah hak kami". Tidak lama selepas itu gelang mak dijumpai semula.

+++
Ketika aku pulang ke rumah, aku terus mencari sambil mengulang ayat yang sama seperti kata ayahku. Depan ke belakang. Atas ke bawah.
"Ehh, macam aku tau jee benda yang berkilau-kilau tue", rupanya cincin aku telah ditemui semula di atas katil yang menyebabkan MakBear dan aku tak percaya sebab kami dan 2 3 kali mengibas cadar dan bantal katil tue tapi tidak berjumpa.

"Alhamdulillah..", bisik hati kudusku.

4 comments:

coklat~vanilla said...

aku akan igt doa abah hang tuh:D

Anonymous said...

pb, aich sama ke? hehehe

cempakabiru, ingat jangan tak ingat.

~nanina~ said...

Pak bear,mmg ayat tu mujarab sbb akak dah banyak kali hilang barang..setiap kali cakap cam tu, sure tak lama pas tu jumpa balik..alhamdulillah..

Anonymous said...

esh esh esh.. cemana ler lehh jadik cam ni...