Powered By Blogger

05 January 2005

Letih dan Teruja

Letih dan teruja..
Perasaan itulah yang aku rasa sekarang ini.

Sebetulnya baru pulang dari KL bersama Najah selepas menyelesaikan beberapa urusan yang berkaitan dengan pernikahan dan resepsi kami yang tak berapa bulan lagi. Walaupun bagi sesetengah orang, ianya masih terlalu awal, namun bagi kami eloklah disegerakan mana yang boleh selagi mampu mencuri2 masa, kalau tidak takut tak terkejar bila masa semakin menghimpit.

Sebetulnya juga banyak peristiwa yang berlaku dalam sehari dua nie, namun tak dapat aku garap semua lantaran kelesuan fizikal dan spiritual. Fikiran akupun terlalu berserabut untuk menyusun kata-kata dalam koordinasi yang paling sesuai menyebabkan aku memutuskan untuk tidak meneruskan rencana peneceritaan ini (yang pastinya berjela) dan mula berfikir agar sekali-sekala tidak berentri untuk bercerita mengenai segala perkara (termasuk hal yang remeh temeh..).

"Korang berdua nie kelakar laa..!"

Pertemuan dengan Kak Zuki semalam (bakal juru andam kami), agak mencuit hati untuk difikir2kan. Bermula dengan mengangkut sebeban majalah pengantin dan album2 perkahwinan yang lama2 ke butik andamannya, menjadikan diskusi ringkas kami mengenai perancangan yang tersirat di hati begitu terjemah dengan jelas di atas kertas. Hati menjadi sangat lega kerana beberapa kerunsingan yang bersarang telah menemui jalan penyelesaian (beserta kos! Hehehe...). Cuma ada beberapa perkara lain yang mungkin akan dapat diputuskan dalam pertemuan yang seterusnya. InsyaAllah.. Di kedai Kak Zuki semalam juga seolah-olah telah menjadi satu majlis pra-pemilihan baju pengantin di mana aku dan Najah masing2 dapat mencuba melaram pakaian pengantin (walaupun sepatunya memilih baju pengantin ini hanya akan dibuat sebulan sebelum hari langsung) dan mujurlah apabila pakaian terletak di badan hanya sesedang-sedang elok (Cuma pada aku yang memerlukan sedikit modifikasi! Hehehe...) dan kecerian semakin bertambah apabila masing2 mula berposing di hadapan Kak Zuki (dan juga beberapa tetamu lain yang kebetulan berada di situ)! Tak tahu malu kami nie kan?!

Di jalan TAR, proses mencari beberapa jenis kain yang diperlukan bermula dengan agak hambar. Meninjau dari kedai ke kedai tidak begitu menarik perhatian dan keadaan di mana hanya kami berdua di dalam kedai (ditemani jurujual) adalah sangat tidak mengujakan dan sekali-sekala hampir mematikan mood kami untuk berseleksi. Di salah satu kedai, paten kain yang berkenan adalah sangat menjerut tangkai hati (apabila melihatkan harganya). RM198 untuk semeter kain adalah agak tidak munasabah dan nyata di luar budget kami! Menguatkan hati untuk terus melangkah (di kala harapan untuk berjumpa dengan kain yang berkenan senakin pudar), seketika menonong kami masuk di sebuah kedai kain yang telah kami lewati sebelumnya. Sapaan dan keramahan jurujual menyebabkan kami memutuskan untuk mencuba nasib dan akhirnya berjumpa dengan yang berkenan di hati. Keceriaan bertaut kembali...

"Kalau boleh pukul 11 mesti dah ada di Nilai 3"

Begitulah pesan Najah semasa kami bersarapan bersama pagi tadi. Nilai 3 adalah destinasi terakhir kami sebelum pulang ke Melaka. Rencana sebenarnya adalah untuk membeli bunga (untuk dibuat bunga telur) dan juga mencari barang untuk dijadikan cenderamata istimewa untuk teman-teman yang sudi hadir di majlis resepsi kami nanti. Jadi peringatanlah kepada sesiapa yang hendakkan hadiah istimewa dari kami tue jangan lupa untuk berjumpa dengan kami. Kalau makan dan terus pulang, alamatnya tiadalah bahagian untuk kalian!

Tiba di rumah, terus saja mengadap pc. Tahu sahajalah, 2 hari tidak mengjenguk weblog, mungkin ada beberapa post yang memerlukan respond segera. Jangkaanya aku tepat setelah mendapat mesej daripada Nazri bro dan Tok Rimau mengenai butiran diri yang perlu di-email segera untuk dimasukkan dalam sisipan iKon. Alhamdulillah, telah dilaksanakan...

Lewat petang tadi juga mendapat berita yang kurang mengembirakan apabila dimaklumkan oleh Tok Rimau yang artikel untuk GT3 aku tak sempat dimasukkan (lantaran kelewatan mengepos artikel berkenaan dalam 100 salinan) dan akan dimasukkan dalam GT4. Hurm.. nak dikirakan ralat memanglah tersangat ralat sebab teringin sangat nak tengok nukilan sendiri dalam GT3 tue. But u know what? It was just fair enough!! Siapa cepat dia dapat. Aku tak salahkan sesiapa. Aku yang terlewat perlulah menunggu untuk lagi beberapa ketika lagi. Mudah-mudahan akan termuat dalam GT4 kelak. Dah tersenarai masuk tue pun dan cukup baik. Pikir aku...

.:Nota Tangan:. - Thanx to Tok Rimau dan ND yang banyak membantu...

0 comments: