Powered By Blogger

21 January 2005

Kawan Lama

Ketika itu si mentari baru kelihatan seinci dari kaki langit di ufuk timur. Aku sudahpun berlegar-legar di perkarangan masjid melawat 'kawasan'. Rasanya kali terakhir aku ke sini adalah semasa raya puasa kelmarin.Tak banyak yang berubah cuma di belakang masjid tertambat beberapa ekor lembu yang bakal menjadi korban selepas solat raya nanti. Bau lembu dan bahan buangannya mencucuk hidung."Lembu nie seekor binatang yang hensem jugak kan.... Selain daripada kuda dan kambing". Hahaha... bisik aku pabila melihat kumpulan lembu berkenaan (Najah kata kambing korban kat rumah dia dulu hensem!). Saja berlawak, nak melupakan perasaan k*s*h*n, takut tak bleh makan plak aku nanti daging korban tue kalau aku rasa begitu.

Sedang aku leka memerhatikan lembu-lembu tue, aku disapa seseorang... kawan lama.

Kawan Lama : Wehh... Assalamualaikum!
Aku : Wa'alaikumsalam... Ehh Fauzi!!
Fauzi nie kawan lama aku masa sekolah rendah dulu. Dia nie kira antara kawan baik dan juga pesaing sihat aku di sekolah.
Aku : Wah... lama betul aku tak jumpa ko kan?
Kawan Lama : Ha'ah, last time aku jumpa ada laa 4 5 tahun lepas. Kita jumpa kat Bandar Melaka...
Aku : Yelaa... ko keje mana sekarang, kat tempat lama lagi ke?
Kawan Lama : Kat mana ler lagi aku nak keje... Wah ko semakin sihat yee?
Aku : Hurmm..nak buat camner, hati dah senang di samping faktor genetik yang membantu. Hahahaha...

Perbualan berlangsung beberapa minit sampailah tiba waktu untuk sembahyang..
Aku : Okeh... jumpa lagi lepas nie.


Selepas sembahyang, kami sambung bersembang. Memang banyak perkara yang disembangkan terutama mengenai perkembangan kawan-kawan sekolah dulu. Hahaha... nak tergelak jee rasanya bila mengenangkan saat kanak-kanak riang yang dah hampir 13 tahun aku tinggalkan. Ternyata banyak jugak yang aku dah lupa. Especially bab-bab nama gelaran kawan-kawan dulu. Ada tanduk, ada jepun, ada kelly... macam-macam nama.

Kawan Lama : Apalaa ko nie... Tue pun dah lupa.
Aku : Wehh... aku nie nama samaran jee lupa. Tapi kalau aku pegang gambar kelas kita dulu, sorang-sorang aku boleh sebutkan tau!

Aku cuba menegakkan benang yang sediakala basah! Hahaha...

Rupanya dah ramai teman-teman sepermainan kami dahulu yang yang berkahwin, akan berkahwin, yang dah beranak dan sedang sarat mengandung. Yang dah tiada pun ada (Al-Fatihah...). Begitu cepat masa meninggalkan kita. Rasanya baru semalam kami bermain galah panjang dan polis sentri di belakang sekolah. Hurmmm... begitu indah kenangan semalam...

.:Nota Tangan:. -Tak lupa bertukar no kontek untuk memanjangkan silaturrahim...

0 comments: