Powered By Blogger

19 November 2004

Film Review # 2

Filem yang aku nak review kali ini adalah filem 7 Perhentian. Filem yang sedang ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia sempena perayaan hari raya Aidilfiri. Filem ini turut berentap di pawagam dengan filem I Know What U Did Last Raya dan beberapa lagi filem luar negara seperti Shark Tale dan The Incredible. Seperti yang korang sedia maklum filem ini arahan sutradara kontroversi iaitu Profesor Razak Mohaideen dan dibarisi para pelakon seperti Erra Fazira dan Farid Kamil sebagai pendokong utama dan juga beberapa pelakon sampingan seperti Vaneeda Imran, Waheeda Wassini, Hattan, Rashidi Ishak dan yang lain²nya yang aku kurang kenal.

Sebenarnya filem 7 Perhentian nie adalah filem kedua semenjak filem Ladder 49 yang aku tonton awal bulan Ramadhan aritue. Secara keseluruhannya... sorry to say, citer nie memang macam hampeh dan mengecewakan sangat. Aku tak tau orang lain, aku komen nie dari pandangan aku sebagai penonton yang terdorong untuk menonton sebuah cerita yang diwarwarkan sebagai filem romantik thrill yang julung² kali diterbitkan. Pada peminat² Erra Fazira or maybe Farid Kamil even Prof. Razak sendiri yang merasakan filem nie best, aku respect pendapat korang. Ini cumalah pendapat aku dariapa penonton biasa yang tiada langsung latar belakang seni dan filem dalam jiwa aku.

Sepanjang hampir 2 jam aku menonton, tiada perasaan lain yang aku dapat gambarkan selain daripada bosan yang teramat sangat! Dan yang menariknya, dalam aku kebosanan tue, aku dapat merasakan orang kiri, kanan, depan dan belakang aku juga berkongsi perasaan yang sama berdasarkan reaksi diorang semasa filem berkenaan dipertontonkan. Aku rasa RM6.00 yang aku bayar untuk menonton filem tue tak berbaloilah sangat²nyer. Walaupun Prof. Razak memang terkenal dalam membikin filem² yang dikatakan lebih menumpukan kepada aspek komersial dan tidak kredibilitinya sendiri sebagai seorang Sarjana dalam subjek perfileman seperti Anak Mami, Mami Jarum, Cinta Kolestrol mahupun Jutawan Fakir (filem nie dia bikin ke? Aku lupalah..), aku still boleh tahan lagi, tapi produk beliau kali nie, macam aku cakap tadi.. sangat² mengecewakan. Macam tangkap muat jerk...

Filem nie kalau tak keterlaluan aku cakap, macam takde halatuju. Aku tercari² motif yang ingin disampaikan dalam cerita nie.. tapi tak jumpa. Kalau adapun, tak sampai kepada penonton. Dahlah ending cerita tergantung, penonton tertanya² apa kesudahannya hubungan Amirul (lakonan Farid Kami) dengan Mira (Vaneeda Imran). Yelah.. dia kekal sebagai suami isteri ke ataupun dia bercerai sebab Amirul dan tergila²kan Soraya (Lakonan Erra Fazira). Tapi tak mungkin Soraya boleh terima cinta Amirul bulat² camtue apatah lagi dalam keadaaan Amirul yang mengalami masalah mental. Apa endingnyer? Agak² kalau yee pun nak buat sequence, biarlah ending tue nampak dramatik sikit at least macam cerita Trauma (Arahan Aziz M. Osman lakonan Amy Mastura, Nasha Aziz dan Azhar Sulaiman). Ni tak, Soraya yang sebenar jumpa Amirul, Amirul senyum terus habis... Konpius aku.

Jalan cerita antara scene pun terlalu panjang dengan skrip yang meleret². Penonton Malaysia bukannya bodoh sangat. Dengan beberapa skrip ringkas, penonton dah boleh ramal apa yang berlaku dalam scene yang berikutnya. Aku takler cakap semua scene skripnya mesti pendek², tue dah jadi macam cerita Charlie Chaplin lak nanti. Maksud aku masa part² yang tak penting laa, macam masa part Hattan kena soal siasat dengan polis, masa part Amirul marah² staff dia dan juga beberapa lain part lain yang akupun dah tak berapa nak ingat. Lakonan² kaku dan menghafal skrip daripada para pelakon juga memburukkan lagi perjalanan cerita dan yang paling teruk ialah lakonan Abdul Latif Mohaideen yang memegang watak ASP apa ntah dalam cerita nie. Begitu juga dengan lakonan Rashidi Ishak, Serina Redzuawan (yang pernah melakonkan watak dalam filem lain dengan lebih baik.. but not this time!) dan juga Waheeda Wassini dengan lakonannya yang ‘so-so’.

Tapi aku nie taklah kejam sangat.. Dalam kutukan dan komen yang tak membina aku nie, aku nak puji outstanding acting daripada Erra Fazira. Erra Faziara mebuktikan dialah pelakon wanita tersohor di Malaysia setakat ini. Pujian nie bukan kerana aku memang minat Erra Fazira ke apa (bahkan sebelum nie aku tak pernah minat dia pun, aku paling meluat lakonannya dalam filem Hingga Hujung Nyawa dan Kuliah Cinta!) Lakonan Vaneeda Imran dan Maya Karin pun not bad.. Untuk Farid Kamil, aku rasa dia ada potensi untuk jadi pelakon (Maybe bukan tahap star laa) dan untuk permulaan sebagai pendokong utama filem aku rasa OK. Yang lain² aku nak puji, aku suka baju kemeja merah yang Farid Kamil pakai walaupun mustahil aku boleh pakai dan kereta mercedeznya yang gerek habis! Hehehe...

Overall.. 2 bintang aku kasi untuk filem nie. Tuepun satu bintang dari Erra Fazira, setengah dari Vaneeda dan masing² suku bintang dari Farid Kamil dan Maya Karin. Yang lain tue, sori beb... korang kena usaha lagi! Tapi walau macam mana pun aku tak rasa filem nie akan rugi di pasaran sebab citarasa penonton di Malaysia nie berbeza² ye tak? Ada yang menonton mahupun kepuasan dari setiap ringgit yang diorang keluarkan, ada yang menonton untuk menengok lakonan pelakon pujaan mereka dan ada juga yang saja² menonton serta menghabiskan masa dan tak kisah dengan berapa jumlah duit yang diorang belanjakan. Sori, kalau ulasan aku nie nampak terlalu laser dan membunuh minat pada sesapa yang nak tengok filem nie. Korang kalau rasa nak tengok, tengoklah.. Aku cuma bagi komen seikhlas yang boleh supaya korang tak rasa tertipu dan menghabiskan RM6.00 pada sesuatu yang takde kualiti. More review.. click here!
Rating aku-

.:Nota Tangan:. – Tak suka kena tipu...

0 comments: