Powered By Blogger

26 January 2005

Diari Dr. X II

Pada sesiapa yang pernah membaca Diari Dr. X aku yang pertama dahulu, pastinya mengingati betapa susahnya semasa Dr.X mengharungi saat-saat awal bergelar seorang bakal pegawai perubatan. Hari ini juga aku akan bawakan sebuah kisah yang aku dengar sendiri daripada Dr.X yang aku rasakan cukup menyentuh hati...

Dr. X sekarang bertugas di wad O&G iaitu di bahagian ibu-ibu mengandung. Di wad yang Dr. X bertugas sekarang ada sepasang suami isteri yang kurang sempurna kerana mempunyai masalah penglihatan (buta). Kali pertama Dr.X terpandangkan pada pasangan itu Dr.X dah mula terasa kasihan akan nasib yang menimpa pasangan suami isteri berkenaan. Setelah diselidiki latar belakang mereka, rupa-rupanya si isteri sedang mengandung untuk kali yang ke-6. Walaubagaimanapun, daripada 5 kelahiran si ibu, hanya seorang sahaja yang masih diberikan kesempatan oleh Allah untuk terus hidup manakala yang lainnya terlebih dahulu dipanggil olehNya. Pasangan berkenaan pasrah namun masih beriktiar dan bertawakal. Dr. X kagum sungguh dengan kasih sayang, keyakinan dan kesungguhan yang ditunjukkan mereka.

Antara sedar dan tidak, pasangan berkenaan telah menjadi 'tetamu' yang paling istimewa dalam diri Dr.X. Biarlah pesakit yang lain, terkesima dan makan hati dengan ugutan dan jerkahan Dr.X supaya menjaga kesihatan dan diri mereka (Ialah, bukan untuk orang lain, untuk kebaikan mereka juga). Tapi untuk 'si ibu' yang satu nie, bicara yang paling lembut Dr.X tuturkan supaya si ibu sentiasa selesa dan tidak berasa hati. Makin lama, Dr.X bersama mereka, makin banyak kisah suka duka mereka yang Dr.X dengar. Makin luluh hati Dr.X... seluluh hati pasangan yang berjiwa cekal itu. Fikiran Dr.X lebih terbuka biler mendengar kisah mereka.

"Rupanya masih ramai lagi insan di dunia ini yang kurang bernasib baik jika dibandingkan aku", Dr.X menghela nafas dengan penuh keinsafan.

Pada suatu pagi, semasa Dr.X berada di wad...
"Pagi nie anak dalam kandungan saya ada bergerak beberapa kali nurse".
Dr. X pasang telinga. Biler dah terdengarkan perbualan tue, Dr.X tergerak nak bertanyakan sesuatu pada si ibu...
"Kak, macam mana akak tahu sekarang dah siang?", Dr.X pelik.
"Ermm.. saya tak tau Dr. Saya agak-agak jee",

"Dah berapa kali baby akak bergerak?", Dr.X bertanya sebab penting untuk mengetahui samada baby berkenaan aktif ke tak. Biasanya seorang ibu yang mengandung, perlu mengira berapa kali baby mereka bergerak dari pukul 9.00 pagi sehingga 9.00 malam. Paling minima perlulah melebihi 10 kali. Kalau lebih kerap lagi bagus menandakan bayi berkenaan aktif.
"Saya tak kira Dr. berapa kali", Balas si ibu.
"Akak tak tahu ke macam mana nak kira pergerakan baby? Selama akak bersalin 5 kali sebelum nie, tak pernah ke Dr. lain ajar akak cara nak kira?"
"Tak pernah Dr. Tak tau pun camner nak kira", Dr.X terperanjat!

"Ok kak, saya ajar akak... mulai hari nie akak kena kira tau berapa kali baby akak bergerak dari pukul 9.00 pagi sampai 9.00 malam", ujar Dr.X dengan nada yang paling lembut.
"Ehh tapi camner plak dia nak tau dah pukul 9.00 kalau dia tak boleh melihat?" Bisik hati Dr.X.
"Takpe kak, saya bantu yee... lepas nie setiap pagi pukul 9.00 saya akan datang check akak, akak mula kira tau masa tue... sampai laa saya round ward malam pulak. Akak kira jee... sebab saya akan datang kul 9.00 malam. Boleh kak?".
"Terima kasih Dr... saya cuba ikut nasihat Dr.",
Lega rasanya dapat membantu si ibu.

Pada suatu pagi, di atas sebab yang tak dapat dielakkan, Dr.X terlewat menjengah 'tetamu istimewanya' untuk melakukan pemeriksaan rutin . Jam 10 lebih baru Dr.X berkesempatan menjenguk si ibu.
"Apa khabar kak, sihat?", sapa Dr.X mesra.
"Alhamdulillah sihat Dr...".

"Akak dah kira pergerakan baby? Dah berapa kali?", tanya Dr.X.
"Err.. belum kira Dr... Dr. kata tunggu Dr. datang dulu baru kira...".

Ya Allah!! Bagai kaca terhempas ke batu. Hati Dr.X remuk. Hiba... Cecair hangat sudah bertakung di kelopak mata. Hampir menitis...
"Betapalah engkau lemah dan pada masa yang sama, aku alpa akan janjiku sendiri pada dirimu waha si ibu!"

"Sabarlah wahai si air mata... jangan kau menitis sekarang".
"Tabahlah wahai hati kerana si pemilik hati di depanmu ini lebih tabah dari diriku....".

Sehari dalam segugus pengalaman Dr.X yang takkan dilupakan buat selama-lamanya.. Terasa begitu hangat 'sapaanMu' yang satu ini Tuhanku...

----------
"Alaa awak.. rasa nak nangis lagi! Biler saya teringat jee kisah nie mesti saya rasa nak nangis".
"Takpelah, sekali sekala senaman jiwa pun bagus juga. Kan jiwa kita juga memerlukan senaman", Balas aku dalam kehibaan.

.:Nota Tangan:. -Entri aku yang paling sedih!! (I guess..) Waaaaa.....

0 comments: