Powered By Blogger

22 January 2005

Gangster? Tak Gangster...

Aku berjaya jugak menonton filem Gangster selepas aku memenangi pertandingan 'oosom' sebanyak 3 pusingan menentang Najah di hadapan GSC Mahkota Parade (bersaksikan penjaga kaunter tiket) hari Selasa lepas, kalau tak silap aku. Hahaha... Najah tak moh tengok citer Gangster sebab dia kata banyak review yg dia baca mengenai citer nie menyebabkan dia hilang minat untuk menonton sebaliknya lebih berminat untuk menonton cerita lain. Tapi sebab aku menang kan, dia kenalaa ikut pilihan aku. Ngehngehngeh...

Just to be frank, akupun takdelah minat sangat untuk menonton Gangster sebabnya aku cam boleh agak jee jalan citer nie camner. Tapi tuelah... aku nie kalau menonton sesuatu filem, bukannya sebab citer tue best sangat baru aku tengok, tapi kalau filem tue tak best giler dan berkontroversi pun, aku sanggup untuk mem'burn'kan beberapa ringgit duit aku sekadar untuk membuktikan ketidakbestan citer tue.

Tapi untuk Gangster kali nie, aku memilih untuk menonton kerana aku berminat untuk melihat buah tangan Bada kali nie selepas KL Menjerit dan sememangnya aku agak-agak terpengaruhlah kiranya untuk menonton sebab ada Rosyam Nor dan Saiful Apek. Lagipun melihatkan 'gazet' citer nie di kaca televisyen, melalui adengan kereta EVO bunyi cam kerete F1 tue, aku pikir cam menariklah plak kan untuk menonton.

Setiap orang ada pilihan genre filem masing-masing, misalannya si ND suka tengok citer pengembaraan ala-ala Indiana Jones dan si Ayares ngan Superdiman suka layan citer perang-perang. Aku plak, suka menonton citer high-speed car chasing yang memperlihatkan superb driving skills, kereta kostum dan kecanggihan teknologi turbo charger serta suntikan nitrogen supaya enjin power tahap dewa. Fast & Furious, Too Fast Too Furious, Lagi-lagi Senario dan Taxi part 1&2 cukup untuk membakar melonjak (diman kata perkataan membakar kurang seswai) adrenalin aku to the max. Faktor x ini jugaklah yang mendorong aku untuk menonton filem nie. Mana tau untung nasib ada filem ode tempatan yang mampu mencapai tahap kalau tak sama hebat pun setidak-tidaknya mempunyai kemampuan untuk berkembang (melalui filem-filem produksi lain) manjadi lebih baik.

Malangnya tak banyak yang boleh aku garap daripada Gangster, selain daripada kagum dengan kebolehan Rosyam Nor membawak 2 3 watak dalam satu filem (watak Nala memang ngeri arr), adengan perlumbaan kereta dan aksi stunt (yang boleh dibanggakan bagi sebuah produk label tempatan) dan aksi bersahaja Saiful Apek dalam cerita ini. Watak-watak pembantu seperti Umie Aida (memang poyo giler dalam cerita ini dengan fesyen tudung makcik kat kampung), Hasrul serta pendatang baru seperti Nana dan Siti (siti apa eks nama dia? nthalaa..) sekadar melengkapkan jalan cerita. Kemampuan Ako untuk membawakan watak pelumba jalanan dalam cerita ini pun kurang berkesan kerana masih kelihatan terlalu charmed dan tidak cukup brutal (bagi aku laa). Di samping itu, aku juga terpaksa bergabung otak dengan Najah untuk mencari pucuk pangkal jalan cerita yang agak tunggang terbalik. Patutlah daripada banyak dari review yang aku baca, ramai yang tak paham dengan jalan ceritanya, rupa-rupanya Gangster banyak menggunakan pendekatan flashback dalam flashback dan sutradaranya tidak pulak memasukkan signage seperti "3 hari sebelumnya..." dan seumpamanya untuk memaklumkan kepada audience bahawa ianya adalah flashback. Aku tak tau samada ianya adalah disengajakan ataupun sebaliknya.

Kesimpulannya, korang boleh tengok filem ini sebagai menyokong produk tempatan dengan harapan mudah-mudahan lagi banyak filem seumpama ini di pasaran Malaysia pada masa-masa akan datang. Untuk Bada dan Rosyam Nor, secara peribadinya aku rasa KL Menjerit lebih baik daripada Gangster kerana mesej dan jalan ceritanya lebih berat dan memberikan kesan yang lebih mendalam kepada aku sebagai audience. Daripada 5 bintang, aku sedekahlah 3 bintang kepada Gangster sempena hari raya korban nie.
Rating aku-

.:Nota Tangan:. -Masih lagi yakin dengan kemampuan Bada sebagai pembikin yang berkaliber dan unik.

0 comments: