Powered By Blogger

11 March 2015

Resepi apam simple Nek Com

Tadaaaa....lama betul aku tinggalkan blog aku ni...seriously aku sibuk dan sgt tidak larat kebelakangan ni...kenapa tak larat? Ni semua gara2 pakbear...kehkehkeh...tp kerja aku memang banyak. Rasa macam tak cukup nafas. Dan ada beberapa kali aku dok cover slide kawan aku yg mc, walaupun aku sendiri rasa mcm aku pun kena mc...hehe...walaupun aku doktor dan keja hospital percaya tak aku dan kawan2 aku yg doktor dalam 5-10 tahun kerja mungkin takde sehari pun ambik mc...sbb kalau nk mc, kena fikir bnyk kali ada replacement tak utk oncall, utk cover unit kita, utk cover kerja kita, last2 dengan tak berapa larat tu datang jugak kerja sambil cover diri dengan mcm2 ubat, biasanya doktor ni ubat biasa2 dah tak jalan, kita ambik antibiotik high end punya sbb nak cepat baik..haha..kawan aku aritu kena denggi masa pregnant pun masih bekerja...dah ada bleeding baru dia akhirnya cuti...huhu. Korang ingat ada org nk kesian kat doktor yg sakit? Cian ktorg tau..asik fikir kesian patient...

So antara cara aku mengubati hati dan badan yg keletihan adalah dengan belajar masak kuih2 yg mak aku rajin buat masa aku kenit2 dulu. Nak harapkan mak buat, mak aku jauh, jadi terpaksa lah aku perah otak mengingat semula resepi mak aku yg main campak2 je tu...dan resepi tu aku olah semula mengikut beberapa blog blogger masakan yg famous.

Maka terhasillah apam gandum ni...aku kan dalam bnyk2 apam yg aku makan, aku rasa apam gandum mak aku le yg paling power...hehe..korang tak percaya korang tanya pakbear...dan juga Wafiy...dia punya lemak manis dan gebu, fuh!!! Takde sapa boleh lawan..haha..so aku gigih la ni nak mengalahkan Mak aku...dan hasilnya memang mak aku hampir tewas lah aku rasa..kihkihkih

Aku mmg suka apam kaler2, cantik...:)


So di sini, aku share la resepi yg aku follow:

BAHAN-BAHAN A :-)
1/2 cawan hirisan gula melaka
1/2 cawan gula pasir
2 cawan air
1 helai daun pandan, disimpul

BAHAN-BAHAN B :-)
11 gram instant yeast (mauripan)
1/2 cawan air suam
3/4 camca teh gula halus

BAHAN-BAHAN C :-)
4 cawan tepung gandum
1/2 cawan air
Secubit garam halus

Kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam, untuk dimakan bersama apam.

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masak bahan2 A hingga gula larut dan mendidih. Pandan tu optional, aku tak letak pun. Kemudian dah mendidih, biar sejuk, kemudian tapis. Dalam satu bekas, satukan bahan2 B, kacau rata hingga sebati dan biar 10 minit hingga bancuhan yeast berbuih2. 
  2. Masukkan tepung ke dalam bekas besar bersama secubit garam halus, kacau rata. Tuang bancuhan yeast, 1/2 cawan air dan air gula melaka tadi. Kacau rata dengan whisk ke tangan ke sudip ke hingga semua sebati dan licin. Perap 1 jam hingga adunan naik dua kali ganda.
  3. Panaskan kukusan, balut tutup kukusan dengan tuala dapur bersih. Lenser loyang dengan sedikit marjerin. Ni terpulang pada korang, aku suka guna loyang comel2, so comel2 la ketul2 apam aku tu. Pakai loyang besar pun boleh. Tuang adunan apam tadi, biar 10 minit, kemudian kukus dengan api besar selama 40 minit atau hingga masak.
  4. Uji dengan mencucuk lidi sate ke garpu ke dibahagian tengah apam, jika keluar bersih, tanda apam telah masak. Keluar loyang dari kukus dan biarkan betul2 sejuk sebelum dikeluarkan. Tapi aku jenis tak sabau, suam2 je aku dh keluarkan. Hehe...korang boleh hidangkan bersama kelapa parut yg dibubuh garam sikit
Sekian sahaja resepi apam budak kampung mcm aku..no eno, no nasi...hanya bahan2 asas...asli dan enak...resepi org tua dolu2...memang sedap...pakbear yg berdiet tu pun tewas bila dh rasa kuih apam buatan aku ni....hehe...selamat berdiet pakbear, mulai esok sy taknak masak sedap2 dah, nanti awak susah nk slim pulak..:p

0 comments: