Powered By Blogger

08 July 2013

Menjandakan Diri Dari Kesibukan Metropolitan di Janda Baik

Pada 29 Jun yang lepas bersempena besday aku kami telah bercuti ke Janda Baik, Pahang. Ekceli this plan should going to be a 'surprise' holiday to me, maksudnya aku x tau ke mana akan dibawa untuk bercuti. Tapi disebabkan 2 3 tempat pilihan utama telah pun di fully booked, makanya Makbear pun tension, dah putus asa dah kononnya. Pastu aku cakap "tue lah rahsia2 nau, xnak bgtau... x berkat. kalau bgtau kan senang, inshaAllah ada yang available...", hehehe saja je usik Makbear.

Last2 Makbear tunjuk gak laa kat mana dia nak ajak aku pergi walaupun aku dah boleh agak2 laa. Aku cakap ok, best. Makbear cadangkan kita buat BBQ malam nye. Pergh lgler aku teruja! Makbear pun uruskan hal ehwal nak booking kat tempat yang dia cadangkan tue (selepas membaca beberapa review di blog), sib baik masih available. Yeayy!! Bestnya... X sabar sangat. Tunggu seminggu rasanya mcm setahun. Chewahhh! Kihkihkih... Akupun dah standby laa bahan2 utk BBQ, mgu sebelumnya pun dah balik kampung angkat set mini BBQ aku yg pernah aku beli masa nak buat BBQ di kampung. Sebenarnya aku xler pandai nau buat BBQ nie, belasah je. Tp aku mmg berhasrat kalau plan kali nie berjaya, alamatnya mmg selalu laa kami berchalet/bercamping dan beBBQ pasnie!

Kami telah memilih Zaini Guest House sebagai destinasi percutian kami. Tempatnya agak terpencil jauh sikit ke dalam, sbb semua orang tau kawasan Janda Baik nie mmg ada banyak chalet/camp site/resort, bersepah! Tapi Zaini Guest House nie adalah antara yang dah hujung2 dah lokasinya selepas ABC Resort, bersebelahan betul2 dengan Kak Long Chalet tetapi sebelum Kem Latihan UMNO (ILMU). Kiranya kalau terlepas tue kena lah pusing balik. Hehehe... Kalau diikutkan Zaini Guest House antara yang sempoi laa tempatnya. So kalau berhajat nak resort atau chalet yang grand2 tue, this is definitely not your place, cari laa resort 'standard2' kat situ, banyak.

As for us, tempat nie just nice... simple. Kiranya mmg betul2 'back to nature' laa kata orang. Udaranya nyaman, sejuk... Hijau jee saujana mata memandang. Mmg sesuai dengan mode percutian kami kali ini, trying something different. Yelah selalu bercuti tido hotel je.. kali nie duduk kat chalet dlm hutan. Mandi sungai, masak sendiri... BBQ lah tue. Tp don't worry ada jee kedai makan sebelah guest house nie. Hehehe... Furthermore makbear pilih tempat nie sbb dia rasa mesti aku suka nak amik2 gambar since dia tau aku mmg minat fotografi. Suke suke suke!
Inilah permandangan chalet kami dari luar. Kalau berhajat nak chalet nie kena mention 'Family Chalet', sbb ada satu je kat situ, siap ada toilet tingkat atas, kat bawah ada tempat makan, sinki, kamar mandi dan peti ais (kecik je peti aisnya tapi cukuplah nak isi bahan2 untu BBQ)!

Keadaan dalam chalet, just nice... Selesa untuk sebuah keluarga sederhana. Takde kipas hokey! Tp don't worry mmg sejuk jee al the time. Dinding ada lubang2, tp tue yg best tue, open air katanya! Hehehe...
Toilet dalam bilik (tingkat atas) yang juga berkonsepkan open air, tingkap sebesar2 alam, boleh dengar deruan sungai di belakannya, bunyi unggas... Sejuk jeee. Memang sesuai untuk 'termenung' berjam2! :)
Nampak x sungai kecil tue, mmg mengalir betul2 belakang chalet kitorang. Dengan jee bunyi deruan airnya tue sepanjang masa.




Sampai2, angkat barang, rehat lebih kurang terus berendam dalam sungai depan guest house tue. Airnya mmg sejuk, persekitaran bersih (bagi kitorang oklah) dan mengundang mood untuk bermandi manda.


 Lepas mandi manda, main badminton plak dpn chalet. Ramai pulak tue peminat yang tengok. Tue semua jatuh cinta dengan ai, dah tau dah! :P
Sempat snap sekeping gambar nie...


Sebelah malamnya seperti yang aku cerita tadi kami buat BBQ. So mmg boleh kelihatan di belakang tue gambar chef amatur yang terkial2 tgh buat BBQ. Hehehe, sebenarnya banyak aku buat... ada ayam, ikan, sosej, udang dan sotong, cicah dengan kicap taruk cili dgn limau, perghhh!!! Yang dalam gambar nie yang bakinya jee bila masing2 dah kekenyangan.






Malam masih muda, darah masih panas... lepas makan BBQ acara potong kek plak untuk besday boy! Seronok betul mlm tue, main gambar2... lawak2... :)
Esoknya awal2 pagi aku dah bangun g beli nasi lemak kat Janda Baik nie. Baca kat blog ada a few kedai yang nasi lemaknya best. Aku pun x sure yang mana satu, main agak jee... tapi oklah. Boleh layan, Makbear kata sambal kurang, kalau lebih lg sedap. Hehehe...

Gambar nie xde kena mengena dengan nasi lemak, saja nk bgtau antara aktiviti aku berfotografi di waktu pagi.
Boleh sewa basikal, 1 jam RM6. Satu hari RM20. Boleh ronda2 kampung. Aritu masa pendek, kalau x teringin juga nak try.
Mercu tanda Zaini Guest House. Kalau google images mesti ada keluar gambar nie. Unik!

Ada jambatan yang menghubungkan antara parking kereta ke kawasan chalet.
Nak juga snap gambar pepatung nie walaupun blur. Jenuh! Hehehe
Ada jambatan gantung juga, tapi aku ambik gambar talinya saja. Hahaha...
Masa nie semua dah mandi sebenarnya... pagi2 dah berendam dlm sungai. Tapi pastu rendam2 kaki pulak, ikut dedi snap2 gambar...

Mmg semulajadi habis! Sapa tau gambar yang kedua tue apa? :)
Budak 'embam' berlatih jalan tanpa kasut, merasai rumput2 menghijau... merangsang deria tapak kaki. supaya cepat berjalan hehehe...
Bersama Miss Angela, kakak angkat kepada kepada owner guesthouse nie. Zaini n family balik kampung di France. Angela sgt ramah orgnya dan fasih berbahasa melayu. Sempoi, jalan pun x pakai selipar.




Macam biasa aktiviti terakhir sebelum balik adalah berposing2 sakan. Cuaca masa tue pun macam best je untuk bergambar, so apa lagi. Klik klik klik! Hehehe..

Anw pengalaman yang tak dapat dilupakan di Janda Baik, di Zaini Guest House. Zaini Guest House is a really great place. Kalaulah ada beberapa komen yan aku boleh nyatakan di sini adalah:
1) I'm sorry, i really have to mention this. Ada seekor anjing yang memang jinak dan x mengganggu orang sering berkeliaran di kawasan ini, agak x sesuai sebab aku tengok majoriti yang datang sini adalah muslim, so kalaulah anjing tue milik ownernya, perlu dikurung demi keselesaaan tetamu.
2) Ada kemudahan untuk aktiviti flying fox dan juga jambatan gantung, tp need maintainance. Don't know safe ke x untuk guna. Aku tgk ada jugak anak2 tetamu yang panjat, tp secara mata kasarnya mmg nampak dah x selamat.
3) Signage, signage, signage! Tetamu nak mencari x jumpa sbb xde sebarang signage dari mula masuk ke Janda Baik sampai laa dpn guest house, ada laa satu, kecik jee... tue pun dah nak koyak. Kalau owner nya ada inisiatif untuk memasang lebih banyak papan tanda, ianya adalah sangat membantu. Kami hanya berpandukan clue selepas ABC dan sebelum ILMU. Tue pun terlepas, tanya org rupanya sebelah jee. Hehehe....
More info on Zaini Guest House >>http://jandabaikpahang.blogspot.com/ >>http://www.zainiguesthouse.com/ dan juga di FB serta blog2 lain.

Sayonara Janda Baik, kami pasti akan datang lagi. Baru seminggu berlalu dah rasa rindu. Ada teman yang baru berkunjung ke sana hari minggu yg lalu nie, cemburu tau! Hahaha :P





4 comments:

Anonymous said...

Nak tanya la klu pergi hari cuti sibok tak kat sana??dan berapa kos kesemuanya?



makbear said...

Depends on days la...kalau pegi musim cuti sekolah dn public holiday rasanya Janda Baik mmg ramai org pegi...kos tu depends kita pilih chalet camne..yg ktorg duduk ni rm130 per night kalau tak silap...boleh gugel Zaini guest house website

Maria Qiptiyah said...

gambar kedua itu adalah gambar sarang kerengga? betul tak? dpt hadiah tak ni?

JebadZ said...

Assalamualaikum bro... nk tny, pki dslr ape...?

from ~ newbie baru nk carik kamera