Powered By Blogger

13 December 2004

Suratan Atau Kebetulan?

Entry aku kali nie khusus untuk orang yang sedang bercinta ataupun ada pengalaman bercinta. Hehehe...

“Awak letih, malam nie nak borak tak?”
Aku send sms kat Najah.
*Sesaat kemudian. Toot..tooot.. ~ Message Received
“Abah kata nikah buat Jumaat malam Sabtu.”

Erk... aku terkonpius sekejap. Apsal reply dia tak menjawab langsung soalan aku? Hurmmm....

*Toot..tooot... ~ Message Received
“Kita hantar sms serentak lagi kan?”
“Ha’ah.. once again! Magic kan, camner bleh jadi camtue ek?!”
Aku reply...

Insiden yang baru berlaku 10 minit tadi adalah satu senario yang dan berpuluh2 kali berlaku dalam sejarah aku bersama Najah. Korang pernah tak mengalami insiden macam tue? Kalau korang ada, sharelah ngan aku. Sebab apa aku rasa macam magic sangat camner insiden macam ter’send’ sms or even ter’call’ makwe/kawan kita secara serentak nie boleh berlaku. Yelah.. kalau sekali takpelah, nie banyak kali. Lately nie aku rasa lagi kerap. Nak kata masa kami bersms tue sama dan konsisten jerk everytime tak jugak. Kadang2 berlaku awal pagi, tengahari, petang, malam dan kadang2 tengah malam. Dalam 86,400 saat sehari, kenapa saat yang satu tue boleh sama serentak send sms?

Aku ingat lagi pada satu insiden yang mana masa tue aku angkat gagang telefon sebab nak call Najah. But then lepas aku mendail tue aku dengar bunyi toot.. toot.. toot.. kat hujung talian. Seolah bunyi orang mendail. Pastue aku dengar senyap jerk. Tapi aku sure orang yang di hujung talian lagi satu tue tak hang-up lagi. So aku cakaplah..
“Hello?!”
“Hello ya?!”
Aik.. Najah rupanya yang mendail tue! Dia nak call rumah aku. Kitorang sesama tergelak besar. Rupanya kami mengangkat gagang telefon hampir serentak! Cuma bezanya dia dail lewat sikit dari aku. Kebetulan just before the phone ringing dia angkat.. Sebab tuelah aku boleh dengar bunyi dia mendail nombor rumah aku! Hehehe.. lawak kan?

Ada tue pulak.. bila aku call rumah dia engaged.. pastue aku dapat sms daripada Najah, dia tanya kenapa dia call rumah aku engaged? Erkk.. apa aku nak jawab.. memanglah engaged, sebab masa dia call aku tue, aku tengah dail nombor rumah dia! Suratan atau kebetulan?

.:Nota Tangan:. – Teringat masa zaman bergayut kat public phone zaman dedulu. Kalau masa tue dah ada h-set kan senang...

1 comments:

Anonymous said...

We [url=http://www.onlinecasinos.gd]casino online[/url] have a rotund library of utterly freed casino games in regard to you to sport opportunely here in your browser. Whether you pine for to unaccustomed a mesa round master plan or scarcely sample elsewhere a some original slots once playing in the direction of real money, we have you covered. These are the rigid still and all games that you can treat cavalierly at veritable online casinos and you can with them all quest of free.