Powered By Blogger

09 December 2004

Blurr...

Errkk... rasa macam ada pasir lak kat dalam anak tekak aku nih. Dari sepagi tadi sampai skarang nie makin teruk lak keadaannya. Rasa pedih, rasa panas dan berkahak. Akupun tak tau dari mana aku dapat virus nie. Nak kata sejak hari keluarga aritue dan lepas 2 3 hari dah berlalu. Nak kata kena hujan takdelah pulak aku berhujan sehari dua nie. Konpius aku.. Tak taulah kot kalau2 sebab cuaca sejuk melampau kebelakangan nie yang menyebabkan aku camnie. Mata pun pedih semacam badan rasa tak sedap. Adakah aku nak demam? Ish.. tak suka demam. Menderita aku dibuatnya nanti. Tadi lepas makan aku dan telan 2 bijik panadol ngan ubat pencair kahak. Hopefully besok boleh hilang virus nie. Kat pejabat tue ada banyak lagi keje yang aku nak buat..

By the way, pagi tadi ada mesyuarat pagi. Mesyuarat nie lebih kurang macam mesyuarat pengurusan laa. Cuma bezanya mesyuarat pengurusan dulu diadakan sebulan sekali. Mesyuarat pagi nie sekaligus menggantikan mesyuarat pengurusan dan dibuat tetiap minggu setiap hari Khamis. Tujuan mesyuarat nie diadakan secara mingguan sebab nak buat pemantauan kerja tue secara mingguan laa.. Maklum laa.. bila dah ada pemantauan berterusan macam nie keje pun lajulah sikit ye tak? Tetiap minggu bos ketuk..

Pegawai2 kat pejabat aku memang benci betul ngan mesyuarat pagi nie. Bukannya apa, kadang2 mesyuarat nie jadi medan menghentam satu sama lain. Tapi baiklah jugak. Sekurang2nya lepas dah menghentam tue jumpa laa solution camner nak setelkan workload. Kalau tak pending jerk, sampai biler tak siap. Nasib baik takde point untuk aku dalam minit mesyuarat tue. Kalau tak berpeluh gak aku nak sediakan jawapan maklum balas.

Huwargh.. tak taulah apa nak citer. Blurr... Badan rasa letih. Aku memang rasa kreativiti dan produktiviti kerja aku memang menurun sejak akhir2 nie. Tapi aku anggap perkara tue normal sebab letih open house, orang kahwin, kenduri dan hari keluarga memang tak hilang lagi. InsyaAllah.. nanti oklah tue. Amin..

.:Nota Tangan:. – Tengah carik idea entry baru..

0 comments: